Wednesday 30 January 2013

Kos Treatment Of Pregnant

Treatment of Pregnant/Rawatan Kehamilan

Mendapatkan Rawatan di KLINIK SELVA di Semenyih Pelangi

First Treatment
Oktober 2012

Treatment
Scan
Pil Metformin
Pil Folic Acid

Kos Treatment
RM70 Sahaja

Second Treatment
30 Oktober 2012 (Selasa)

Treatment
Scan
Pil Metformin
Pil Folic Acid

Kos Treatment
RM70 Sahaja

Third Treatment
25 Januari 2013 (Jumaat)

Treatment
Scan
Ubat Turun Period (Pil Norcutin)

Kos Treatment
RM50 Sahaja


NO PERIOD, UPT NEGATIF, RAHIM KOSONG

31 Januari 2013 (Khamis), Hari ini lewat sebulan aku tidak datang period.  Disebabkan 26hb yang lepas aku ada Family Day jadi 25 Januari 2013 (Jumaat), aku dengan husband terpaksa pergi ke Kinik Selva tempat aku mendapatkan rawatan hamil kerana untuk mendapatkan pandangan sepatutnya kerana aku telah 3 kali buat UPT tetapi semua keputusan NEGATIF.  Jadi aku pun pergi menhadap doktor Selva.  Scan perut, doktor kata rahim kosong, UPT Negatif.  Aku conpius.  Kenapa rahim kosong, UPT Negatif tetapi aku masih belum datang period. Adakah aku sakit??  PCOS?? Tetapi doktor kata its ok.  Semuanya normal.  Rahim aku normal.  Ovari aku normal.  Tapi aku tak pernah lewat period sampai macam ni.  

Jadi setelah buat scan, wat UPT..  Doktor telah memberikan aku ubat turun period yang bernama Norcutin.  Jadi aku kena makan sehari sebiji 3 kali.  Tetapi aku ni jenis yang memang suka skip makan ubat jadi masuk hari ni aku ada balance lagi 6 biji yang belum aku telan.  Hehe..  Jadi aku akan habiskan ubat ni esok.  Hope selepas habiskan ubat ni period aku akan turun.  Insyallah. 

Oh lupa plak nak mention, untuk treatment kali ni scan, upt dan ubat turun darah jumlah kos RM50 sahaja.

Friday 18 January 2013

SENARAI BIDAN DAN RAWATAN MENGURUT SELEPAS BERSALIN DI SEKITAR SELANGOR

Asalnya aku cari maklumat ni untuk adek aku yang baru lepas bersalin pada 16/1/2013 (Rabu) jadi aku pun masukkan dalam blog aku untuk dijadikan sebagai rujukan apabila aku memerlukan kelak juga sebagai rujukan untuk rakan-rakan semua.

Makcik Ara (Kg. Raja Uda, Klang) - 03-31687149
Rawatan mengurut selepas bersalin, pakej penjagaan selepas bersalin, bersunat untuk bayi perempuan, urut untuk mendapat cahaya mata & lain-lain yang berkaitan dengan wanita.  Makcik Ara mendapat ilmu berbidan secara turun temurun dari nenek dan ibunya.  Urutan cara lama yang sangat efektif.

Cik Bedah (Sungai Ramal, Kajang) - 03-87349281
Rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin.  Untuk khidmat lain yang berkaitan, sila tanya pada Cik Bedah)

Embah Duk (Sungai Merab, Kajang) - 03-89257006
Rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin.  Untuk khidmat lain yang berkaitan, sila tanya pada Embah Duk.

Kak Dah (Kajang) - 016-9045167
Rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin.

Kak Sutinah (Shah Alam) - 019-3698449
Rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin.  Urutan tradisional cara Jawa (Kak Sutinah mendapat ilmu berbidan dari ibunya)

Puan Ani (Putra Heights, Subang) - 017-3969031
Rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin.  Untuk khidmat lain yang berkaitan, sila tanya Puan Ani.

Makcik Salmah (Area Puchong Perdana,Puchong) 
- 03-83195090
Rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin.  Makcik ni kena ambil dia.  Dia tiada transport dan dia urut waktu malam sahaja sebab siang dia jaga cucu.

Puan Ramlah (Parit Baharu, Sabak Bernam)
- 03-32137496
Rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin.  Untuk khidmat lain yang berkaitan, sila tanya pada Puan Ramlah.

Makcik Nab (Taman Melati, Gombak) 
- 03-41075585
Rawatan mengurut selepas bersalin, pakej penjagaan selepas bersalin dan membetulkan uri yang ke bawah (placenta previa).

Puan Hani (Bandar Baru Bangi) - 012-3166074
Rawatan selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin.

Makcik Ramlah (Kuang, Sg. Buloh) 
- 017-3763381/03-60371204

Kak Timah (Bandar Baru Sg. Buloh) 
- 03-61565421

Kalsom Binti Saat
Lot 2138, 
Jalan Persiaran Hamzah Alang Meru,
Meru, Klang.
019-3636657
Rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin.  Urutan tradisional cara Jawa.  Untuk khidmat lain yang berkaitan, sila tanya Mak Som.

Huzaimah Mohamad 
No. 43, Lorong Tepi Sungai 3,
Taman Kota Jaya, Klang, Selangor.
014-3286478

Kak Esah (Batu Caves, Ulu Yam) - 016-3908180
Rawatan mengurut selepas bersalin, urut untuk mendapatkan zuriat dan urut seluruh badan atau bahagian-bahagian tertentu.  Bertungku dan bertagas juga boleh serta mandi.

Nenek Melah - 019-2054640
Rawatan untuk mendapatkan zuriat.  Tapi dia tidak urut untuk selepas bersalin.  Dia juga arif bab-bab lain.

Bidan Jah (Ustazah Jah) - 016-3414577
Selayang Baru (Berhampiran Balai Polis Selayang yang Lama & Pasar Harian)

Mak Yang - 012-3600047
KM 13, Jalan Bernam,
Lot 113, Lorong Haji Janor,
Tanjung Karang, Selangor.

Nenek Merah (Olak Lempit, Banting)
- 03-31491007
Malam Jumaat tidak mengurut.

Nenek Hamidah (Presint 16, Putrajaya) 
- 012-4819795


TREATMENT PREGNANT/HAMIL

Setelah hampir 2 tahun aku mendirikan rumahtangga sampai sekarang aku masih belum dikurniakan zuriat.  Jadi setelah berbincang dengan Hubby, kami telah membuat keputusan untuk menjalankan treatment.  Begini ceritanya.

Hujung tahun 2011.  Aku ada pergi satu klinik di Semenyih.  Nama klinik ni Klinik Selva.  Pada mulanya aku pergi ke klinik ini kerana untuk mendapatkan rawatan disebabkan demam.

Bila masuk saja bilik doktor tu, aku nampak banyak gambar baby.  Gambar-gambar tu ada mix lah ada baby india, melayu, cina.  Jadi aku berseloroh dengan doktor, aku kata "Eh doktor, ramainya anak u", pastu doktor tu kata "Eh tak dalah ini, baby-baby patients, klinik saya ada sediakan rawatan untuk parents yang ingin dapatkan baby." Oooo...  begitu rupanya..  sebenarnya aku dah dapat agak tapi saja cari peluang untuk doktor terangkan sendiri kat aku...  hehehe...

Walaupun aku sudah dapat info tentang klinik hujung tahun 2011 tapi hujung 2012 baru aku terbuka hati untuk mendapatkan rawatan di klinik ini.  Jadi bulan Oktober 2012 aku telah memulakan rawatan di klinik ini.  Pada 1st period aku bulan Oktober iaitu pada 30hb aku telah pergi ke klinik tersebut.

Apabila doktor cek aku punya perut, doktor scan katanya rahim aku ok, cuma aku ada "cyst" disebelah kiri perut aku tapi doktor kata tak perlu risau sebab kalau aku jadi pregnant "cyst" tu akan mengecut sendiri. Doktor tu kata "cyst" aku kandung air. So tak bahaya sangat. Alhamdulilah lega...

Pastu doktor bagi aku ubat Folic acid & ubat hormon untuk sebulan.  Doktor kata ubat hormon tu ubat untuk orang kencing manis tapi ubat ni baik untuk wanita yang nak pregnant.  Ok aku pun makan jela.

Bila aku search kat Pakcik Google tentang ubat hormon tu based on apa yang doktor cerita kat aku rupanya nama ubat tu METFORMIN.  Nak tahu apa functionnya Metformin ni, uols boleh klik entri ni yer. Macam biasalah aku akan makan pil metformin ni bersama pil folic acid.  Aku kena makan pil metformin sehari 2 kali.  Pagi sekali, malam sekali.  Semuanya selepas makan.  

Aku pun makan punya makan sampai habis, period aku pun datang pada 29 November 2012.  Last period aku 30 Oktober 2012.  Oklah tak lari jauh sangat period aku kali ni.  Pastu 1st day aku period aku kena jumpa doktor balik, doktor nak bagi aku makan ubat subur tapi nasib baik husband perasan yang tarikh sepatutnya kami "bersama" selama 7 hari berturut-turut tu aku kena pergi kursus induksi.  Sebab apabila aku makan ubat subur tu (bape hari ntah aku lupa), selepas 3 hari rehat, aku kena "bersama" 7 hari berturut-turut jadi apa gunanya aku telan ubat subur tu kalau aku kena pergi kursus induksi selama 5 hari. Jadi kami menangguhkan proses untuk mengambil ubat subur.

Oleh itu, bagi meneruskan rawatan, doktor memberikan aku ubat yang sama dengan 1st rawatan iaitu pil metformin & folic acid.

Pil Metformin
Pil Folic Acid

Jadi aku pun teruskan treatment tu dengan semangatnya.  Hari Jumaat 4 Januari 2013, hari yang sepatutnya aku period tapi tak period, aku mengalami sakit perut sebelah kiri yang teramat sangat.  Berlarutan hampir seminggu.  Aku ingat gastrik sebab sakit perut sebelah kiri.  Tapi aku pernah kena gastrik dan yang pastinya sakit gastrik bukannya macam tu.  Kalau bukan gastrik takkan senggugut sebab sakit senggugut lain bukan macam tu. Rasa sakitnya tak dapat nak digambarkan tapi aku cuba gambarkan sikit, rasa sakitnya macam dicucuk, ditarik-tarik. Ha lebih kurang macam tulah rasa sakitnya.

Untuk pengetahuan semua, sampai sekarang 18/1/2013 (Jumaat) period masih belum muncul-muncul lagi.  Pada mulanya aku telah tetapkan tarikh 12/1/2013(Sabtu) untuk buat UPT tapi aku tangguh sehingga 18/1/2013(Jumaat) iaitu hari ini tapi aku masih belum ada kekuatan untuk buat UPT jadi aku nak tangguhkah sehingga 20/1/2013 (Ahad), kalau tak tarikh tu maybe tarikh akhir sekali 29/1/2013.  Tarikh tu genap 2 bulan dari tarikh akhir aku period.  

Sabar ye wahai suamiku, ibu dan abahku, along, alang, adib, azim & fazriq (my siblings), sahabat-sahabatku, aku masih belum ada kekuatan untuk membuat UPT kerana aku takut akan kecewa lagi.

Selepas aku buat UPT, aku akan update ye.  Aku harap semua doakan supaya UPT aku POSITIF... Amiinnn....  :) 

Kos untuk First Treatment: 
Scan + Ubat Metformin (Ubat Hormon) + Folic Acid = RM70 sahaja.

Kos untuk Second Treatment:
Scan + Ubat Metformin (Ubat Hormon) + Folic Acid = RM70 sahaja.

Tuesday 15 January 2013

TANDA-TANDA HAMIL

Sejak aku kelewatan period ni. Hari-hari kerja aku search kat Pakcik Google tentang Tanda-tanda Hamil.  Jadi disini aku kumpulkan semua maklumat yang aku dapat untuk dijadikan panduan buat semua.

1. Payudara membengkak / terasa sakit 


Antara petanda awal kehamilan ialah payudara anda menjadi sensitif atau membengkak disebabkan oleh pertambahan hormon. Payudara membengkak bukanlah bermaksud ianya membesar tetapi ianya terasa seperti sebelum anda haid. Ketidakselesaan ini akan berkurangan apabila anda memasuki fasa kedua sepanjang kehamilan. Tubuh anda akan mula berubah mengikut perubahan hormon. 



2. Rasa lelah yang berlebih / keletihan



Rasa lelah yang berlebih akan membuat Anda cepat tertidur. Hal ini disebabkan dari perubahan hormon dan juga akibat dari kinerja organ-organ vital untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan janin. Biasanya rasa lelah ini hanya pada trimester pertama dan akan hilang saat memasuki trimester kedua. 



3. Mual / loya / muntah



Ini merupakan tanda-tanda yang paling dikenal oleh para wanita hamil. Pemicunya adalah adanya peningkatan hormon secara tiba-tiba pada aliran darah. Gejala mual ini biasanya terjadi selama enam minggu saat anda dinyatakan hamil. Biasanya mual akan datang pada pagi, siang dan malam hari. Rasa mual ini biasanya akan menghilang memasuki kehamilan trimester kedua. Jika, rasa mual dan muntah masih terjadi pada usia kehamilan trimester kedua, sebaiknya periksakan dan konsultasi mengenai hal ini ke dokter Anda, karena akan mengganggu kehamilan.




4. Lebih sensitif terhadap bauan



Jika anda baru hamil, sensitif atau lebih peka terhadap bauan adalah perkara biasa. Mungkin ini adalah kesan sampingan dari peningkatan hormon estrogen di dalam sistem badan anda. Jika dahulu anda menikmati pelbagai hidangan dengan aroma yang mengasyikkan, tetapi apabila hamil anda mungkin langsung tidak boleh menghidu sebarang bau. 




5. Kembung perut



Oleh kerana perubahan hormon berlaku di awal kehamilan ianya mungkin akan menjurus kepada rasa kembung di bahagian perut, sama seperti rasa ketika hendak datang haid. Kerana itulah pakaian anda akan terasa sendat di bahagian pinggang walaupun uterus masih lagi bersaiz kecil. 



6. Kerap buang air kecil



Apabila anda sudah hamil, anda akan mendapati diri anda kerap ke tandas dalam jangkamasa yang singkat. Kenapa ini terjadi? Ini kerana sepanjang kehamilan jumlah darah dan bendalir dalam badan akan meningkat, ianya menjurus kepada cecair yang berlebihan akan diproses oleh buah pinggang dan akhirnya ke pundi kencing.



Simptom ini biasanya bermula sejak 6 minggu pertama di dalam fasa pertama kehamilan dan akan terus berlaku atau lebih kerap lagi apabila proses kehamilan dan bayi semakin membesar yang memberi tekanan di dalam pundi kencing anda. 





7. Sakit kepala 


Memang terdengar aneh, karena sakit kepala sering dialami juga oleh orang yang tidak hamil. Namun akibat dari banyaknya perubahan hormon di dalam tubuh, sehingga disertai juga dengan perubahan hormon yang ada di kepala. Jika Anda terbukti hamil dan mengalami sakit kepala, gunakan pg-safe acetaminophen dibandingkan dengan ibuprofen. 





8. Sakit punggung 


Sakit punggung yang dirasakan saat hamil dikarenakan beberapa ligamen di punggung Anda sudah tidak ada. Sakit ini akan terus berasa saat berat badan anda bertambah dan selama masa kehamilan.




9. Kram Perut


Memang kram akan dialami oleh wanita hamil karana rahim yang akan membesar dan merenggang untuk menyiapkan tempat bagi bayi Anda. 





10. Ngidam 


Sudah tidak asing lagi mendengar kata ini saat ada seseorang yang sedang hamil. Mau ini, mau itu lalu tiba-tiba Anda ingin makan buah-buahan yang rasanya asam, padahal sebelumnya sangat benci terhadap buah yang rasanya asam. Jika Anda menjadi pemerhati masalah makanan, mungkin ini adalah tanda-tanda sedang hamil.




11. Peningkatan temperatur tubuh 


Jika terjadi kehamilan atau ovulasi, maka suhu tubuh ibu akan meningkat. Kondisi ini akan bertahan selama terjadinya kehamilan. Kondisi ini tidak akan turun ke kondisi sebelum terjadinya ovulasi. 




12. Bau Badan 


Mungkin tanda ini jarang ditemui pada wanita hamil. Namun jika memang muncul bau badan, maka adanya peningkatan hormon yang berlebih sehingga menyebabkan kelenjar keringat meningkat. 





13. Pusing atau pengsan 

Mungkin Anda sering menonton adegan wanita hamil yang pingsan. Namun faktanya ini dapat terjadi karena kadar jumlah gula di tubuh yang rendah. Oleh karena itu, pastikan anda cukup makan dan tentunya banyak minum supaya tidak kekurangan cairan tubuh.





14. Munculnya darah 


Darah ini muncul sebelum menstruasi yang akan datang, biasanya terjadi antara 8-10 hari setelah terjadinya ovulasi. Darah ini disebabkan oleh implantasi atau menempelnya embrio. 



15. Moody


Sering marah-marah pada suami dan mengalami perubahan tingkah laku. Hal ini disebabkan dari kemunculan hormon-hormon baru di dalam tubuh anda. Perubahan yang drastik daripada tidak pernah marah kepada pemarah akan berlaku saat kehamilan.



16. Tidak datang haid (period)



Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.


17.Keputusan positif oleh alat ujian kehamilan



Kebanyakan alat ujian kehamilan tidak begitu sensitif untuk mengesan kebanyakan kehamilan selepas seminggu tidak datang haid. Jadi, jika anda mengambil keputusan untuk mencubanya pada minggu pertama haid tidak datang dan mendapat keputusan yang negatif, anda mungkin ingin mencubanya semula selepas beberapa hari.

Selepas mendapat keputusan yang positif, buatlah temujanji dengan doktor peribadi anda. Tahniah!

NOTA MENANTIKAN HAMIL/PERIOD

Bermulanya episod menghitung hari samada aku hamil ataupun tidak. Aku sendiri tidak pasti tanda-tanda yang ada pada aku samada hamil ataupun period.

Tarikh akhir periodku 29 November 2012.  Jadi hari ini 16 Januari 2013.  29 November 2012 ke 29 Disember 2012 sudah sebulan tambah dengan 16hari + 2hari = 18 hari sama dengan Sebulan 18 hari.  Mengikut calendar "My Days" dalam HP aku, sepatutnya due period aku pada 4 Januari 2013 sebab cycle aku 36 hari.  Lamakan??  Jadi hari ini sudah 16hb, kiranya aku sudah lewat 12 hari.  

Untuk pengetahuan uols, aku pernah buat UPT selepas 3 hari period aku lewat.  Tapi hasilnya hampa NEGATIF.  So sampai sekarang aku TAK MAHU BUAT UPT lagi sebab takut kecewa.

Jadi 9hb aku pun gatal gi cari orang yang boleh ngurut jadi aku suruhlah akak tuh tolong tengokkan perut aku.  Masa akak tu urut dia kata perut urat rahim aku da kembang ke bengakak ntah aku pun da lupa.  Aku tanya nape macam tuh dia kata sekarang ni aku tengah subur masalahnya waktu tu sepatutnya tarikh aku period takkan time tu baru aku nak subur sebab tulah tak period-period.  Sebab last period akukan 29/11/12 jadi aku pun peliklah nape boleh jadi macam tu.  Akak tu kata da nak jadi da ni tapi kena tunggu seminggu selepas tarikh urut tu kalau tak period jugak insyallah aku pregnant.  Aku pun tak pasti betul ke apa yang akak tu katakan.

Aku pun search kat Pakcik Google tanda-tanda kehamilan/tanda-tanda hamil/tanda awal kehamilan/tanda-tanda awal kehamilan dan macam-macam lagi seangkatan dengannya.  Jadi aku banyak menimba pengalaman dari sahabat-sahabat di ratuhati.com 

Tanda-tanda hamil yang aku sering baca:

1.  Haid Terlewat
2.  Loya & Muntah
3.  Kerap Kencing
4.  Keletihan/kepenatan
5.  Payudara Bengkak,Sakit & Sensitif
6.  Lebih Sensitif Pada Bauan
7.  Kembung Perut
8.  Sakit Kepala
9.  Sakit Punggung
10.  Mengidam
11.  Kuat Makan (Asyik rasa lapar je)
12.  Kram Perut
13.  Peningkatan Suhu Badan
14.  Bau Badan
15.  Pusing atau Pengsan
16.  Munculnya Darah (Spotting)
17.  Keputusan Positif UPT

Fuh banyaknya aku senaraikan dari research yang aku dapat dari Pakcik Google.  Kalau nak dapatkan penerangan satu persatu nanti boleh klik entri ni yer sebab entri yang ini hanya cerita mengenai diri aku sahaja.  Harap maklum.  Hehehe...  

Banyak-banyak yang aku listkan kat atas tu kebanyakkannya aku tak rasa.  Cuma yang aku rasa yang terutama sekali mestilah 

1.  HAID TAK MUNCUL-muncul
(setakat hari ini sudah 12 hari lewat)

2.  KERAP KENCING
(Kerap kencing ni aku rasa biasa je bagi aku sebab aku memang kerap kencing pun sejak azali sebab aku memang suka minum air putih.. hmmm..)

3.  KELETIHAN/KEPENATAN. 
(Tak delah rasa sangat cuma bila naik tangga kat rumah tu rasa mengah sikitlah...  rasa macam kalau dah naik bilik malasnya nak turun-turun...  hehehe)

4.  KEMBUNG PERUT. 
(Memanglah kembung perut sebab makan banyak sangat kot...  hehe...  ada je selera nak makan.  Tapi sejak akhir-akhirnya banyak betul angin dalam badan.  Asyik nak kent***t je...  hehehe...  Sampai terasa angin bergelodak dalam perut ni...  ke sebab salah makan...  ke sebab makan sayur kangkung...  ntahlah...  hehehe...)

5.  SAKIT KEPALA.  
(sometimes dia datang sometimes ok..)

6.  SAKIT PUNGGUNG.  
(Memanglah sakit punggung mahunya tak sakit punggung asyik dok ngadap PC je kat office ni memanglah sakit punggung.  Pergi dan balik kerja pulak naik motor...  Berulang alik dari Semenyih ke Puchong tak ke sakit punggung org ni ha...  memang WAJIB sakitlah kan...  huhu)

7.  KRAM PERUT. 
(Aku pun tak pasti kram perut ni sebenarnya macamana...  Yang pastinya sekarang ni aku tak boleh nak wat-wat kempiskan perut..  kalau dulu bile perut nampak buncit je aku pun cover dengan mengempiskan perut tapi now cannot...  i donno why...)

8.  PENINGKATAN SUHU BADAN.  
(Memanglah panas.. bayangkan tidur dalam akon pun tak mo pakai selimut sebab bahang badan yang menyebabkan aku panas...)

9.  KUAT MAKAN.  
(Orang dari dulu sampai sekarang memang kuat makan...  tengok bodyla...  haha...  tapi sejak akhir-akhir ni aku memang kuat makan...  asyik terasa lapar je perut ni smpai pedih-pedih perut...  jadi disebabkan itu aku terpaksa melatih diriku supaya dapat control makan jadi aku pun berpuasa...  kalau tidak makin chubbylah aku...  walaupun perut pedih tapi aku gagahi jugak...  huhuhu...)

Buat masa ini aku tak mengalami Loya & Muntah, Payudara Bengkak/Sakit/Sensitif, lebih sensitif pada bauan, mengidam, bau badan, pusing/pengsan, bau badan, spotting & UPT pun negatif.

Adakah disebabkan aku tak rasa semua tu maknanya aku tak pregnant??  Kalau betul aku tak pregnant kenapa aku tak datang period lagi.  Adakah aku ada masalah??  Hormon aku?? Aku pun tak pasti.  Aku akan tunggu sampai 18hb ni kalau tak datang jugak aku nak wat UPT pastu positif or negatif aku tetap akan pergi jumpa doktor.  

Aku harap semuanya baik-baik sahaja.  Risau jugak takut-takut ada masalah lain.  Selepas aku jumpa doktor aku update keputusannya ye.  





Monday 14 January 2013

AZAM TAHUN 2013

AZAM

Setiap tahun saya mesti ada list down azam.  Tapi jarang sungguh untuk merealisasikan azam-azam itu.  Jadi tahun ini saya melistdownkan lagi azam-azam yang perlu saya realisasikan pada tahun ini.  Saya harap tahun ini Allah swt mempermudahkan saya mencapai azam-azam saya ini.  Nak tahu apa AZAM saya pada TAHUN 2013??  

PERTAMA
Ingin solat 5 waktu sehari semalam tanpa meninggalkan walaupun 1 waktu pun.

KEDUA
Ingin jadi Isteri yang solehah.  Jaga makan pakai suami.  Jaga adab dengan suami.  Memberi layanan dan kasih sayang yang mendamaikan hati suami.  hehehe...

KETIGA
 Berusaha dengan gigih lagi untuk mendapatkan zuriat.

KEEMPAT
Ingin lebih banyakkan beribadat.  Menggaji, bersedekah, mendengar ceramah agama dan sebagainya.


KELIMA

Ingin menjadi anak/menantu yang solehah.  Pekerja yang rajin & berdedikasi. Sahabat yang setia. Muslimah yang sejati.

KEENAM
Hope tahun ni rumah dapat CF dengan pantasnya.  Jadi tahun ni dengan pantasnya juga kami boleh pindah masuk.  So sebelum masuk rumah kami nak setelkan grill, kitchen cabinet, awning belakang rumah, pasang lampu & kipas.  Kalau duit ada lebih nak beli sofa, nak beli katil, nak wat almari yg lekat kat dinding tu... hehehe...  kalau ada lebihlah...


KETUJUH
 
Teingin untuk menguruskan badan tapi azam tu kena buat selepas jika diberi rezeki mendapat zuriat tahun ni.  Sebab time tu je boleh makan apa2 supplement utk kurus.  Untuk wat masa ni tak berani nak makan sebab nak pregnant.  hehehe..

KELAPAN
 
AZAM yang terakhir sekali adalah...  TAHUN 2013 saya nak tulis apa sahaja yang saya lalui setiap hari dalam blog...



  Ya Allah swt semoga Engkau perkenankan segala doaku dan semoga semuanya dipermudahkan oleh-Mu.  Amiinnnn...

Wednesday 9 January 2013

Tahun 2013 bersamaan 1434 Hijrah

Selamat Tahun Baru 
Tahun 2013
Bersamaan
1434 Hijrah


Hari ini 10 Januari 2013.  Sudah 10 hari masuk tahun baru, baru nak ucapkan Selamat Tahun Baru.  Tapi apa-apa pun nak wish juga.  Tahun. Sejak bergelar isteri kami hanya sambut tahun baru hanya dirumah.  Selepas berkahwin dah tak rasa nak celebrate-celebrate ni.  Rasa macam waste time.  Lebih baik duduk kat rumah.  Bersantai-santai.. Berdua-duan bersama semua tersayang dari keluar semata-mata nak celebrate-celebrate ni.


Bila tengok kat tv banyak konsert-konsert yang diadakan.  Rasa macam...  Perlukah semua tu.  Ya..  Memang saya akui dulu pun saya ada join juga benda-benda macam tu tapi bila umur sudah semakin meningkat ni timbul kesedaran yang semua tu tak perlu kalau untuk celebrate new year.  Tapi tula umur banyak mendewasakan seseorang itu.  Syukur, Alhamdulilah.  

Alangkah bagusnya kalau anak muda sekarang ni dapat kesedaran itu lebih awal tak macam saya dulu.  Bila melihat anak muda sekarang ni yang dahulunya saya juga turut berkelakuan begitu terasa betapa bodohnya saya waktu itu.  Kenapalah saya dulu tidak berfikiran seperti sekarang ini.  KENAPA??  Tapi tak mengapalah jadikan semua tu sebagai pengajaran dan pengalaman hidup.


Tapi saya bersyukur sangat, Dataran Kemerdekaan Shah Alam, sambut Tahun Baru 2013 dengan kehadiran Ustaz Azhar Idrus yang memberi ceramah agama.  Ribuan anak muda yang hadir untuk mendengar ceramah.  Indahnya rasa hati bila dapat melihat ribuan anak muda dapat berkumpul untuk menimba ilmu agama ISLAM.  Dari menghadirkan diri ke konsert-konsert yang mengundang maksiat.  Mungkin ada yang kata tengok konsert je tapi ketahuilah dari hanya datang tengok konsert, dengan keadaan yang sesak, bergesel-gesel antara laki dan prempuan yang bukan muhrim walaupun tanpa niat dan tanpa disengajakan pun boleh mengundang kita ke arah yang bertentangan dengan agama.

Saya bercerita melalui pengalaman silam.  Semasa saya masih cetek ilmu di dada, semasa hanya memikirkan keseronokan semata-mata. Adik-adik semua tu hanya sementara.  Dan bila sudah berumur macam saya mesti adik-adik akan rasa apa yang saya rasa sekarang ni.  Betapa bodohnya saya, betapa ceteknya ilmu agama saya ketika itu hanya semata-mata untuk mencari keseronokan yang pastinya hanyalah sementara.  

Tapi masih tidak terlambat untuk insaf dan bertaubat.  Kerana pintu taubat sentiasa terbuka pada semua umat Allah swt yang mahukan perubahan dalam hidup mereka.  Allah swt itu sangat penyayang.  Saya akui dulu agak susah jugak untuk saya bersujud padaNya.  Tapi alhamdulilah Allah swt telah memberikan hidayah kepadaku supaya kembali bersujud padaNya.  Malah selepas saya mula bersolat, saya mendapati diri ini lebih berasa tenang dan tenteram.  Bila tak solat saya rasa hidup serba tak kena.  Jadi saya tak sanggup untuk hidup serba tak kena lagi dengan meninggalkan solat jadi saya akan pastikan diri ini tidak meninggalkan solat.


Mungkin ada yang akan berkata.  Alah dia pun sama juga, ingatkan baik sangat, kata pergi konsert tak eloklah apalah tapi dia pun baru nak solat tapi saya tak marah bila ada yang berkata begitu sebab memang saya sendiri sedar yang saya agak lambat baru nak sedar.  Sudah 29 tahun baru nak sedar semua itu, tapi saya bersyukur, sekurang-kurangnya Allah swt masih memberi peluang kepada saya untuk bertaubat.  Saya amat takut kalau-kalau saya tidak diberi peluang untuk bertaubat kerana saya takut hati saya sudah menjadi gelap.  Tetapi Allah swt itu Maha Besar, Maha Pengampun Dan Maha Penyayang.  Akhirnya saya mula menjalani kehidupan sebagai Islam yang sempurna dengan sujud padaNya. Alhamdulilah.

Jadi tahun ni saya sudah berazam...  Nak tau apa AZAM saya untuk 2013??  Klik AZAM....