Thursday, 30 May 2013

Rahsia Bulan Kelahiran - Hasil Kajian Dato' Fadhilah Kamsah Selama 25 Tahun

JANUARI


# BERCITA-CITA TINGGI DAN ORANGNYA SERIUS
# SUKA MENDIDIK DAN DIDIDIK
# SANGAT MUDAH MELIHAT KELEMAHAN ORANG DAN SUKA MENGKRITIK
# RAJIN DAN SETIAP YG DIBUAT NAMPAK KEUNTUNGAN
# SUKA SMART, KEMAS DAN TERATUR BERSIFAT SENSITIF ,BERFIKIRAN MENDALAM
# PANDAI MENGAMBIL HATI ORG LAIN PENDIAM KECUALI TELAH DIRANGSANG
# AGAK PEMALU
# DAYA TUMPUAN YANG SANGAT TINGGI MUDAH MENDISIPLINKAN DIRI SENDIRI # BADANNYA SIHAT TETAPI MUDAH DISERANG SELSEMA
# BERSIKAP ROMANTIK TETAPI TIDAK PANDAI MEMPAMIRKANNYA
# CUKUP SAYANG PD KANAK-KANAK
# SUKA DUDUK RUMAH
# SETIA PADA SEGALA-GALANYA
# PERLU BELAJAR KEMAHIRAN SOSIAL
# CUKUP CEMBURU YG SANGAT TINGGI


FEBRUARI


# BERFIKIRAN ABSTRAK
# SUKAKAN BENDA YANG REALITY DAN ABSTRAK
# INTELIGENT, BIJAK DAN GENIUS
# BERPESONALITY YG MUDAH BERUBAH
# MUDAH MENAWAN ORG LAIN
# AGAK PENDIAM. PEMALU DAN RENDAH DIRI
# JUJUR DAN SETIA PD SEGALANYA
# KERAS HATI UNTUK MENCAPAI MATLAMAT
# TIDAK SUKA DIKONGKONG
# MUDAH MEMBERONTAK APABILA DIKONGKONG
# SUKA KEGIATAN YG LASAK
# EMOSINYA MUDAH TERLUKA DAN SGT SENSITIF
# MUDAH MEMPAMIRKAN MARAHNYA
# TIDAK SUKA BENDA YG REMEH-TEMEH
# SUKA BERKAWAN TAPI KURANG MEMPAMERKANNYA
# SANGAT BERANI DAN SUKA MEMBERONTAK
# BERCITA-CITA TINGGI DAN SUKA BERANGAN-ANGAN DAN ADA HARAPAN UTK
MEREALISASIKAN IMPIANNYA
# PEMERHATIAN YG TAJAM
# SUKA HIBURAN DAN SUKAN
# SUKA BENDA YG BERSIFAT SENI
# SANGAT ROMANTIK PADA DALAMAN TETAPI TIDAK PADA LUARAN
# BERKECENDERUNGAN PD BENDA YG TAHYUL
# AMAT MUDAH DAN BOLEH MENJADI TERLALU BOROS
# BELAJAR UNTUK MEMPAMIRKAN EMOSI


MAC


# BERPESONALITI YG MENARIK DAN MENAWAN
# MUDAH DIDAMPINGI
# SGT PEMALU DAN PEMENDAM RASA
# SGT BAIK SECARA SEMULAJADI, JUJUR, PEMURAH DAN MUDAH SIMPATI
# SGT SENSITIF PD PERKATAAN YG DITUTURKAN DAN ALAM PERSEKITARAN
# SUKA PADA KEDAMAIAN
# SGT PEKA KEPADA ORANG LAIN
# SESUAI DGN KERJAYA YG MEMBERI KHIDMAT KEPADA ORG LAIN
# TIDAK CEPAT MARAH DAN SANGAT AMANAH
# TAHU BALAS BUDI DAN TAHU KENANG BUDI
# PEMERHATIAN DAN PENILAIAN YG SANGAT TAJAM
# KECENDERUNGAN UTK BERDENDAM JIKA TIDAK DIKAWAL
# SUKA BERANGAN-ANGAN
# SUKA MELANCONG
# SGT MANJA DAN SUKA DIBERI PERHATIAN YG SANGAT TINGGI
# KELAM KABUT DALAM MEMILIH PASANGAN
# SUKA DGN HIASAN RUMAHTANGGA
# PUNYA BAKAT SENI DALAM BIDANG MUZIK
# KECENDERUNGAN KEPADA BENDA YANG ISTIMEWA DAN BAIK
# JGN TERLALU MOODY.


APRIL


# SGT AKTIF DAN DINAMIK
# CEPAT BERTINDAK BUAT KEPUTUSAN TETAPI CEPAT MENYESAL
# SGT MENARIK DAN PANDAI MANJAKAN DIRI
# PUNYA DAYA MENTAL YG SANGAT KUAT
# SUKA DIBERI PERHATIAN
# SGT DIPLOMATIK (PANDAI MEMUJUK ).BERKAWAN DAN PANDAI MENYELESAIKAN MASALAH ORG
# SGT BERANI DAN TIADA PERASAAN TAKUT
# SUKA ADVENTURE, PENGASIH, PENYAYANG, SOPAN SANTUN DAN PEMURAH
# EMOSI CEPAT TERUSIK
# TRY CONTROL THE EMOTION
# KECENDERUNGAN BERSIFAT DENDAM
# AGRESIF, KELAM KABUT UTK MEMBUAT KEPUTUSAN
# KUAT DAYA INGATAN
# GERAK HATI YG SANGAT KUAT
# PANDAI MENDORONG DIRI SENDIRI DAN MEMOTIVASIKAN ORG LAIN
# BERPENYAKIT DISEKITAR KEPALA DAN DADA
# SGT CEMBURU DAN TERLALU CEMBURU


MEI


# KEKERASAN HATI & DEGIL
# KUAT SEMANGAT & BERMOTIVASI TINGGI
# PEMIKIRAN YG TAJAM
# MUDAH MARAH APABILA TIDAK DIKAWAL
# PANDAI MENARIK HATI ORG LAIN & MENARIK PERHATIAN
# PERASAAN YG AMAT MENDALAM
# CANTIK DR SEGI MENTAL & FIZIKAL
# TIDAK PERLU DIMOTIVASIKAN
# TETAP PENDIRIAN TETAPI MUDAH DIPENGARUHI OLEH ORG LAIN
# MUDAH DIPUJUK
# BERSIKAP SISTEMATIK (OTAK KIRI)
# SUKA BERANGAN
# KUAT DAYA FIRASAT MEMAHAMI APA YG TERLINTAS DI HATI ORG LAIN TANPA DIBERITAHU
# BAHAGIAN TELINGA & LEHER MUDAH DISERANG PENYAKIT
# DAYA KHAYALAN YG TINGGI
# PERMIKIRAN YG TAJAM
# PANDAI BERDEBAT
# FIZIKAL YG BAIK
# KELEMAHAN SISTEM PERNAFASAN
# SUKA SASTERA,SENI & MUZIK SERTA MELANCONG
# TIDAK BERAPA SUKA DUDUK DIRUMAH
# TIDAK BOLEH DUDUK DIAM
# TIDAK PUNYA RAMAI ANAK
# RAJIN DAN BERSEMANGAT TINGGI
# AGAK BOROS


JUN


# BERFIKIRAN JAUH & BERWAWASAN
# MUDAH DITAWAN KRN SIKAP BAIK
# BERPERANGAI YG LEMAH LEMBUT
# MUDAH BERUBAH SIKAP,PERANGAI,IDEA @MOOD
# IDEA YG TERLALU BANYAK DIKEPALA
# BERSIKAP SENSITIF
# OTAKNYA AKTIF (SENTIASA BERFIKIR)
# SUKAR MELAKUKAN SESUATU DGN SEGERA
# BERSIKAP SUKA MENANGGUH-NANGGUH
# BERSIKAP TERLALU MEMILIH & MAHUKAN YG TERBAIK
# CEPAT MARAH & CEPAT SEJUK
# SUKA BERCAKAP & BERDEBAT
# SUKA BUAT LAWAK & BERGURAU
# OTAKNYA CERDAS BERANGAN-ANGAN
# MUDAH BERKAWAN & PANDAI BERKAWAN
# ORG YG SANGAT TERTIB
# PANDAI MEMPAMERKAN SIKAP
# MUDAH KECIL HATI
# MUDAH KENA SELSEMA
# SUKA BERKEMAS
# CEPAT RASA BOSAN
# SIKAP TERLALU MEMILIH & CEREWET
# KURANG MEMPAMERKAN PERASAAN
# LAMBAT NAK SEMBUH APABILA TERLUKA HATI
# SUKA KEPADA BARANG YANG BERJENAMA
# MUDAH MENJADI EKSEKUTIF
# KEDEGILAN YG TIDAK TERKAWAL
# SESIAPA YG MEMUJI SAYA ADALAH MUSUH SAYA TETAPI SIAPA MENEGUR SAYA ADALAH KAWAN SAYA.


JULAI


# SANGAT SERONOK DIDAMPING
# BANYAK BERAHSIA DAN SUKAR DIMENGERTI TERUTAMANYA LELAKI
# AGAK PENDIAM KECUALI DIRANGSANG
# ADA HARGA DAN MARUAH DIRI
# TAK SUKA MENYUSAHKAN ORANG LAIN TAPI TIDAK MARAH APABILA DISUSAHKAN
# MUDAH DIPUJUK DAN BERCAKAP LURUS
# SANGAT MENJAGA HATI ORANG LAIN
# SANGAT PERAMAH
# EMOSI SANGAT MENDALAM TAPI MUDAH TERLUKA HATINYA
# BERJIWA SENTIMENTAL
# JARANG BERDENDAM
# MUDAH MEMAAFKAN TAPI SUKAR MELUPAKAN
# TIDAK SUKA BENDA REMEH-TEMEH
# MEMBIMBING CARA FIZIKAL DAN MENTAL
# SGT PEKA, CARING DAN MENGASIHI SERTA PENYAYANG
# LAYANAN YG SERUPA DGN SEMUA ORANG
# TINGGI DAYA SIMPATI
# PEMERHATIAN YG TAJAM
# SUKA MENILAI ORG LAIN DGN PEMERHATIAN
# MUDAH DAN RAJIN BELAJAR
# SUKA MUHASABAH DIRI
# SUKA MEGENANGKAN PERISTIWA ATAU KAWAN LAMA
# SUKA MENDIAMKAN DIRI
# SUKA DUDUK DIRUMAH
# SUKA TUNGGU KAWAN TAPI TAK CARI KAWAN
# TAK AGRESIF KECUALI TERPAKSA
# LEMAH DARI SEGI KESIHATAN PERUT
# MUDAH GEMUK KAWAL TAK KAWAL DIET
# MINTA DISAYANGI
# MUDAH TERLUKA HATI TAPI LAMBAT PULIH
# TERLALU MENGAMBIL BERAT
# RAJIN DALAM MEMBUAT KERJA


OGOS


# SUKA BERLAWAK
# MUDAH TERTAWAN KEPADANYA
# SOPAN SANTUN DAN CARING TERHADAP ORG LAIN
# BERANI DAN TIDAK TAHU TAKUT
# ORGNYA AGAK TEGAS & BERSIKAP KEPIMPINAN
# PANDAI PUJUK ORG LAIN
# TERLALU PEMURAH & BERSIKAP EGO
# NILAI HARGA DIRI YG SANGAT TINGGI
# DAHAGAKAN PUJIAN
# SEMANGAT JUANG YG LUAR BIASA
# CEPAT MARAH & MUDAH MENGAMUK
# MUDAH MARAH APABILA CAKAPNYA DILAWAN
# SANGAT CEMBURU
# DAYA PEMERHATIAN YG TAJAM & TELITI
# CEPAT BERFIKIR
# FIKIRAN YG BERDIKARI
# SUKA MEMIMPIN & DIPIMPIN
# SIFAT SUKA BERANGAN
# BERBAKAT DLM SENI LUKIS, HIBURAN & SILAT
# SANGAT SENSITIF TAPI TIDAK MUDAH MERAJUK
# CEPAT APABILA DITIMPA PENYAKIT
# BELAJAR UTK RELAX
# SIKAP KELAM KABUT
# ROMANTIK, PENGASIH, PENYAYANG
# SUKA MENCARI KAWAN


SEPTEMBER


# SANGAT BERSOPAN SANTUN & BERTOLAK ANSUR
# SANGAT CERMAT,TELITI & TERATUR
# SUKA MENEGUR KESILAPAN ORG LAIN & MENGKRITIK
# PENDIAM TAPI PANDAI BERCAKAP
# SIKAP SANGAT COOL, SANGAT BAIK & MUDAH SIMPATI
# SANGAT PERIHATIN & TERPERINCI,AMANAH,SETIA & JUJUR
# KERJA YG DILAKUKAN SANGAT SEMPURNA
# SANGAT SENSITIF YG TIDAK DIKETAHUI
# ORG YG BANYAK BERFIKIR # OTAK BIJAK & MUDAH BELAJAR
# SUKA MENCARI MAKLUMAT
# KAWAL DIRI DARI TERLALU MENGKRITIK
# PANDAI MENDORONG DIRI SENDIRI
# MUDAH MEMAHAMI ORG LAIN (DAYA FIRASAT YG TINGGI) KRN BANYAK SIMPAN RAHSIA
# SUKA SUKAN,HIBURAN & MELANCONG
# KURANG MENUNJUKKAN PERASAANNYA
# TERLUKA HATINYA SANGAT LAMA DISIMPAN
# TERLALU MEMILIH PASANGAN
# SUKAKAN BENDA YG LUAS
# BERSISTEMATIK


OKTOBER


# SUKA SEMBANG
# SUKA ORG YG SAYANG PADANYA
# SUKA AMBIL JLN TENGAH
# SANGAT MENAWAN & SOPAN SANTUN
# KECANTIKAN LUAR & DALAM
# TIDAK PANDAI BERBOHONG & BERPURA-PURA
# MUDAH RASA SIMPATI,BAIK PENTINGKAN KAWAN
# SENTIASA BERKAWAN
# HATINYA MUDAH TERUSIK TETAPI MERAJUKNYA TAK LAMA
# CEPAT MARAH
# MACAM PENTINGKAN DIRI SENDIRI
# TIDAK MENOLONG ORG KECUALI DIMINTA
# SUKA MELIHAT DARI PERSPEKTIFNYA SENDIRI
# TIDAK SUKA TERIMA PANDANGAN ORG LAIN
# EMOSI YG MUDAH TERUSIK
# SUKA BERANGAN & PANDAI BERCAKAP
# EMOSI YG KELAM KABUT
# DAYA FIRASAT YG SANGAT KUAT (TERUTAMANYA PEREMPUAN)
# SUKA MELANCONG, BIDANG SASTERA & SENI
# PENGASIH, PENYAYANG & LEMAH LEMBUT
# ROMANTIK DLM PERCINTAAN
# MUDAH TERUSIK HATI & CEMBURU
# AMBIL BERAT TENTANG ORG LAIN
# SUKA KEGIATAN LUAR
# ORG YG ADIL
# BOROS & MUDAH DIPENGARUHI PERSEKITARAN
# MUDAH PATAH SEMANGAT


NOVEMBER


# BANYAK IDEA DALAM PERKARA
# SUKAR UTK DIMENGERTIKAN ATAU DIFAHAMI SIKAPNYA
# BERFIKIRAN KEHADAPAN
# BERFIKIRAN UNIK DAN BIJAK
# PENUH DGN IDEA-IDEA BARU YG LUAR BIASA
# PEMIKIRAN YG TAJAM
# DAYA FIRASAT YG SGT HALUS DAN TINGGI
# BAGUS UTK JADI DOKTOR
# CERMAT DAN TELITI
# PERSONALITY DINAMIK
# SIFAT YG BERAHSIA, PANDAI MENCUNGKIL DAN MENCARI RAHSIA
# BANYAK BERFIKIR, KURANG BERCAKAP TETAPI MESRA 
# BERANI, PEMURAH, SETIA DAN BYK KESABARAN
# TERLALU DEGIL DAN KERAS HATI APABILA HENDAK DIUSAHAKAN SEHINGGA BERJAYA
# TAK SUKA MARAH KECUALI DIGUGAT
# MUDAH AMBIL BERAT TERHADAP ORANG LAIN
# PANDAI MUHASABAH DIRI
# CARA BERFIKIR LAIN DARI ORG LAIN
# OTAK YG SANGAT TAJAM
# PANDAI MENDORONG DIRI SENDIRI
# TIDAK HARGAI PUJIAN
# KEKUATAN SEMANGAT DAN DAYA JUANG YG SGT TINGGI DAN APABILA HENDAK SESUATU
# CUBA SAMPAI BERJAYA
# BADAN YG TOUGH
# KASIH SAYANG DAN EMOSI YANG SANGAT MENDALAM
# ROMANTIK
# TIDAK PASTI DGN HUBUNGAN KASIH SAYANG
# SUKA DUDUK DIRUMAH
# SANGAT RAJIN DAN BERKEMAMPUAN TINGGI
# AMANAH, JUJUR, SETIA DAN PANDAI BERAHSIA
# TIDAK BERAPA BERJAYA DALAM MENGAWAL EMOSI
# BERCITA-CITA TINGGI
# PERANGAI TIDAK DAPAT DIRAMAL DAN MUDAH BERUBAH-UBAH


DISEMBER


# SANGAT SETIA DAN PEMURAH
# BERSIFAT PATRIOTIK
# SANGAT AKTIF DALAM PERMAINAN DAN PERGAULAN
# SIKAP KURANG SABAR DAN TERGESA-GESA
# BERCITA-CITA TINGGI
# SUKA MENJADI ORANG YANG BERPENGARUH DLM ORGANISASI
# SERONOK DIDAMPINGI
# SUKA BERCAMPUR DGN ORG
# SUKA DIPUJI, DIBERI PERHATIAN DAN SUKA DIBELAI
# SANGAT JUJUR AMANAH DAN BERTOLAK ANSUR
# TIDAK PANDAI BERPURA-PURA
# CEPAT MARAH
# PERANGAI YG BERUBAH-UBAH
# TIDAK EGO WALAUPUN HARGA DIRI YANG SANGAT TINGGI
# BENCI PADA KONGKONGAN
# SUKA BERLAWAK
# PANDAI BUAT LAWAK DAN BERFIKIRAN DGN LOGIK






Wednesday, 29 May 2013

Israk Mikraj Negeri Selangor Tidak Cuti

Israk Mikraj
27 Rejab 1434
6 Jun 2013
Khamis

Ramai yang tertanya-tanya samada hari ini kita diberi cuti ataupun tidak.  Sebenarnya Negeri Selangor TIDAK CUTI.  Negeri-negeri yang dapat cuti adalah negeri KEDAH, NEGERI SEMBILAN & PERLIS sahaja.  Harap Maklum.






Peristiwa Israk Mikraj/Isra' Mikraj




Mari kita mendalami peristiwa disebalik Israk Mikraj.  Tambahkan ilmu pengetahuan tentang Islam amat berguna untuk diri kita dan generasi kita kelak.  Insyallah.

Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj merupakan satu perjalanan kilat Rasulullah s.a.w. pada sebahagian malam atas kekuasaan dan kehendak Allah dari Masjidilharam ke Masjidil Aqsa, kemudian naik ke langit sampai ke Sidratulmuntaha, bahkan ke Mustawa dan sampai di bawah Arasy Allah dengan menembusi tujuh lapisan langit, lalu kembali semula ke Mekah pada malam yang sama.

Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku mengikut beberapa riwayat pada malam 27 Rejab tahun kesebelas kerasulan Baginda dan berlaku setahun sebelum hijrahnya Rasulullah s.a.w. ke kota Madinah. Walaubagaimanapun sebenarnya para ulama' tidak bersependapat mengenai tarikh sebenar berlakunya israk mikraj ini walaupun yang pastinya ia berlaku sebelum hijrah nabi ke Madinah....ada pelbagai pendapat tentang tarikh ini iaitu ada yang menyatakan ia berlaku pada 17 Rabiulawal, bulan Zulkaedah, Syawal, Ramadhan , Rejab, 17 Ramadhan, 27 Rejab dan lain-lain lagi.
 
Menurut Ibn Ishaq ia berlaku selepas 10 tahun baginda dilantik menjadi Rasul. Az-Zuhri pula berpendapat ia berlaku setahun sebelum baginda berhijrah ke Madinah iaitu pada bulan Rabiul Awal, sementara as-Suddi menegaskan ia berlaku pada bulan Rabiul Awal, 16 bulan sebelum baginda berhijrah. Ada pun al-Hafiz Abdul Ghani Ibn Surur al-Maqdisi berpendapat ia berlaku pada 27 Rejab sebelum penghijrahan baginda ke Madinah. 
 
Sementara Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi pula berpendapat, bahawa riwayat mengenai peristiwa Israk dan Mikraj terdapat banyak pembohongan dan riwayat palsu yang boleh menggugat kedudukan iman Muslim, kerana peristiwa tersebut tidak berlaku pada bulan Rejab berdasarkan penjelasan al-Hafiz Ibnu Hajar al-'Asqalani, di mana ia tidak berlaku pada malam 27 Rejab kerana ia tidak disokong dengan hadis-hadis Sahih atau pun kata-kata Sahabat yang Sahih. 

Itulah juga pendapat Imam an-Nawawi daripada mazhab Imam as-Syafie dan Imam Abu Ishaq yang berpendapat bahawa Israk Mikraj berlaku pada malam 27 Rabiul Awal.

Tetapi apa yang penting diambil iktibar daripada peritiwa itu, ialah pengajaran mengenai perjalanan baginda dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa dan mikraj Rasul hingga ke langit ketujuh (Sidratul Muntaha). 




Peristiwa ini bersabit dengan firman Allah s.w.t di dalam surah Al-Isra’ ayat yang pertama maksudnya: Maha suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjidil Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Pada paginya, Rasulullah s.a.w. termenung, memikirkan bagaimanakah baginda dapat memberitahu umat manusia tentang peristiwa tersebut, kerana ia adalah sesuatu yang di luar kemampuan manusia. Sedangkan perjalanan ke Baitulmaqdis sahaja mengambil masa hampir sebulan, inikan pula dalam satu malam.

Begitu pun Rasulullah s.a.w. menyahut cabaran Abu Jahal agar dikumpulkan manusia untuk memberitahu mereka tentang peristiwa perjalanan Rasulullah s.a.w. ke Masjidil Aqsa. Apabila manusia telah berkumpul, dan Rasulullah s.a.w. menceritakan mereka tentang perjalanan baginda ke Masjidil Aqsa dalam satu malam, ramai daripada mereka yang tidak percaya. Malah, mereka yang lemah imannya juga mendustakan Rasulullah s.a.w. Namun, dalam masa yang sama, mereka yang sudah kuat imannya, bertambah kukuh lagi keimanan, seperti Sayidina Abu Bakar As-Siddiq r.a.

Keberanian Rasulullah s.a.w. memaklumkan kepada umat manusia tentang perjalanan Baginda tersebut, memberikan iktibar kepada umat Islam masa kini supaya perlu bersabar dan terus menunjukkan akhlak yang baik, walaupun ditentang oleh mereka yang tidak beriman dan tidak memahami Islam.

Sudah menjadi lumrah, mereka yang tidak memahami Islam akan mempunyai pandangan serong dan silap faham terhadap Islam. Tetapi, contohi Rasulullah s.a.w. Walaupun baginda diperli, dikeji dan didustai kerana menyampaikan berita Israk, Rasulullah s.a.w. tetap bersabar dan menunjukkan akhlak yang baik.

Maka, sebagai orang Islam yang tinggal di negara majmuk seperti Malaysia ini, ada kalanya kita menghadapi silap faham daripada mereka yang bukan Islam. Kita perlu tunjukkan akhlak yang baik serta bersabar dan terangkan kepada mereka tentang ajaran Islam yang sebenar, yang menggalakkan keharmonian dan juga kemakmuran.

Kita juga perlu tunjukkan bahawa kewujudan kita di negara ini, di tempat kerja, di sekolah dan di rumah, membawa kesejahteraan bagi orang di sekeliling kita. Sesungguhnya, orang Islam yang baik adalah juga rakyat, pekerja, majikan, pelajar dan ahli keluarga yang baik.

Di dalam perjalanan yang begitu istimewa ini, terlalu banyak yang dilihat oleh Baginda Rasulullah s.a.w. dan begitu banyak pelajaran yang dapat kita peroleh. Antara pelajaran yang harus kita renungkan bersama adalah manusia harus sentiasa memerhatikan hubungannya dengan Allah, dan sentiasa menilai kembali dan berusaha memperelokkan hubungan tersebut.

Hubungan dengan Allah s.w.t. ini mestilah wujud tatkala ditimpa kesusahan dan ujian mahupun di kala mendapat kesenangan dan kemudahan. Ini kerana hanya Allah sahajalah yang berkuasa dan mampu memberikan pertolongan, menghilangkan segala kesedihan, dukacita dan kesusahan kepada diri kita.

Menyingkap kembali peristiwa Israk dan Mikraj ini, Nabi telah ditimpa beberapa kesulitan sebelum terjadi Israk dan Mikraj. Dalam keadaan demikian, datang perintah untuk Israk dan Mikraj, iaitu untuk berhadapan dengan Allah s.w.t. Ini memberi pengajaran kepada kita agar mendekatkan diri kepada Allah sewaktu didatangi musibah dan pelbagai permasalahan dalam kehidupan.

Caranya ialah kita sentiasa beristiqamah, terus-menerus melaksanakan semua perintah-Nya dan menjauhi semua larangan-Nya dan bukan menjadi orang taat hanya pada waktu susah dan melupakan Allah pada waktu senang.

Kehidupan kita yang ingin berjuang untuk kebaikan pasti akan dipenuhi dengan cabaran dan dugaan. Ia tidak akan sentiasa mudah tetapi kita akan berhadapan dengan kesusahan terlebih dahulu.

Namun, semua yang berlaku itu demi untuk mengukur dan menilai keimanan kita di dalam hati. Adakah kita sanggup menghadapinya dengan penuh ketabahan dan kesabaran atau kita tergolong dalam golongan yang mudah berputus harapan? Firman Allah s.w.t. di dalam surah Al-Insyirah ayat 5 dan 6., Ertinya: Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu bahawa) Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran ada disertai kemudahan, (sekali lagi ditegaskan): sesungguhnya tiap-tiap kesukaran ada disertai kemudahan.

Seperti yang ditunjukkan Allah s.w.t. kepada Nabi-Nya yang tercinta, bahawa Allah tidak akan membiarkan hamba-Nya yang ikhlas dan benar berjuang keseorangan. Ia akan dibantu Allah s.w.t. Ia akan diberikan kegembiraan oleh Allah s.w.t. Bahkan Allah s.w.t. akan mengangkat darjat dan kedudukannya.

Pengajaran yang besar juga daripada Isra’ dan Mikraj ini ialah kewajipan untuk menjauhi perkara mungkar dan maksiat. Semasa peristiwa Israk dan Mikraj, Baginda Rasulullah s.a.w. telah ditunjukkan keadaan neraka dan ahlinya.

Baginda melihat pelbagai bentuk penyeksaan dahsyat yang sedang dialami oleh berbagai kaum akibat daripada segala macam bentuk kejahatan yang pernah mereka lakukan. Misalnya Nabi diperlihatkan kepada satu kaum yang memecahkan sendiri kepala mereka dengan batu besar, setelah pecah ia kembali seperti sedia kala.

Nabi, juga melihat seksaan bagi pemakan riba, penzina, pengumpat, yang suka memfitnah dan lain-lain lagi. Ini semua memberi iktibar kepada kita yang hidup di dunia ini, agar tidak melakukan segala perbuatan yang mungkar dan tercela, tidak kira apa bentuknya sekalipun kerana seksaan yang disediakan Allah s.w.t. amatlah dahsyat.

Selain itu, Perintah solat merupakan suatu bentuk ibadah yang begitu penting di dalam kehidupan seseorang hamba Allah s.w.t. Kewajipan solat begitu istimewa dibandingkan dengan kewajipan yang lain seperti puasa, zakat dan haji. Ini kerana kewajipan solat diterima langsung oleh Nabi s.a.w. daripada Allah sewaktu bertemu Allah pada malam Mikraj tanpa perantaraan malaikat Jibrail.

Ini menunjukkan keistimewaan dan kelebihan solat berbanding ibadah-ibadah lain, dan solat juga amalan yang paling awal dihisab di akhirat kelak.