Tuesday, 26 February 2013

KITCHEN CABINET 3G MURAH & CANTIK

Zaman sekarang ini, kalau beli rumah baru wajib buat Kitchen Cabinet (KC).  Walaupun wanita sekarang ini rata-ratanya bekerjaya tetapi masak-memasak tetap menjadi kewajipan kaum hawa.  Walaupun tidak ramai yang berkesempatan untuk masak selepas pulang dari kerja tetapi dapur yang kemas, selesa & cantik adalah tempat kaum hawa untuk menyimpan segala khazanah dapur yang ada.

Begitu juga dengan MP, walaupun jarang sekali memasak tetapi tetap inginkan ruang dapur yang dilengkapi dengan Kitchen Cabinet yang cantik, kemas & elegan bagi kepuasan diri ini.  MP buat Kitchen Cabinet ini adalah kerana untuk menyimpan pinggan mangkuk hadiah perkahwinan kami 2 tahun yang lepas.  Banyak sangat berkotak-kotak.  MP juga tidak suka dapur yang tidak teratur dan tidak mempunyai cabinet yang khas kerana susah untuk menyimpan perkakas yang ada.

Panjang sungguh mukadimah MP.  Jadi mesti ramai yang nak tahu dimana MP buat Kitchen Cabinet 3G yang murah & cantikkan?  Jom MP ceritakan.

23 Februari 2013, hari Sabtu kami telah membuat keputusan untuk menggunakan khidmat Abang Zulmi dari Labohan Dagang, Banting.  Untuk pengetahuan anda semua, kami telah survey banyak tempat tetapi akhirnya  kami memilih khidmat Abang Zulmi juga.

Kedai Abang Zulmi
Abang Zulmi (AZ) banyak membantu kami dalam memberi idea dan pandangan mengenai dapur kami.  Dapur kami tidaklah sebarapa besar.  AZ telah ukur berapa keluasan untuk membuat KC, 6 kaki 5 inci X 9 kaki.

Ruang Dapur Rumah Kami
Nak tengok hasil rekaan AZ?  AZ telah design mengikut citarasa kami berdua.  Kami memang teringin sangat nak buat KC 3G tetapi rata-rata yang kami survey semuanya 6k keatas tetapi alhamdulilah AZ dapat memberikan harga yang murah kepada kami.  Tetapi untuk makluman korang semua AZ hanya membuat KC sahaja, segala keperluan lain seperti Hod & Hoob, sinki, kepala paip kami beli sendiri.  Nak tengok Hod & Hoob kami?  Nanti klik entri Hod & Hoob ye.  


Design asal KC kami.  Ada counter di sebelah kanan tetapi setelah dikira-kira, bajet agak lari.  Design ini hanya berharga RM6500, KC 3G ye kawan-kawan.  Kira masih murah lagilah berbanding dengan kontraktor lain.


Inilah KC 3G yang AZ lakarkan untuk kami.  Buang counter itu.  Kalau nak tengok hasil yang sebenar.  Kena tunggu bulan depan.  Siap sahaja KC ini, MP akan update ye.


Mesti ramai yang ternanti-nanti berapa harga KC 3G yang kami buat ni kan??  Jeng..  jeng..  jeng.....  



Material:  3G

Keluasan:  6.5 kaki X 9.4 kaki
Tema:  Black & Red

Harga: RM4500 sahaja

Macamana murah tak harga tu?  Bagi kami murahlah juga bila nak dibandingkan dengan kontraktor lain.  Tapi bila dikira-kira balik Hod & Hoob, Sinki, Kepala Paip, kami beli sendiri jadi total lebih kurang RM6299.  Oklah tu kan. 

Lagi satu, AZ ni best sebab AZ ni memang tak berkira kalau kami minta tolong buatkan apa-apa pun.  Contohnya kalau kontraktor lain, pasang sinki, hod & hoob, pasang cerowong asap untuk hod & hoob kena caj tapi AZ ni tak caj langsung.  RM4500 termasuk KC, pasang sinki & kepala paip, pasang hod & hoob, pasang cerowong asap untuk hod & hoob, pindahkan suis yang ada kt ruang KC tu.  Memang bestlah AZ ni.  Semoga Allah memurahkan rezeki Abang Zulmi.


Inilah Abang Zulmi yang best & baik itu...  Tak sabar nak tengok hasil kerja AZ.  Hope semuanya berjalan dengan lancar.


Bagi sesiapa yang berminat untuk memasang Kitchen Cabinet dan Wardrobe disini disertakan alamat dan no telefon beliau.

Alamat:
Silver Optimum Furniture
No. 6, Bangunan PNKS,
Jalan Labohan Dagang,
42700 Banting, Selangor

Juga boleh hubungi:
016-373 3282
019-609 6192











14 comments:

  1. table top konkrit dengan kabinet dari kontraktor yang sama ke?

    ReplyDelete
  2. Kontraktor yang sama tapi kontraktor tu sub pd member dia.... rakan niaga dia... abg yg buat table top tu mmg akan buatkan table top utk kontraktor tu setiap kali kontraktor tu dpt job...

    ReplyDelete
  3. owh..maknenye total cost RM4500 tu untuk table top konkrit skali dengan kitchen kabinet ke? kemas tak kerja kontraktor ni?

    ReplyDelete
  4. Ye... RM4500 total kos untuk table top konkrit skali dgn kitchen cabinet tapi... hod & hoob + sinki saya beli sendiri... tak termasuk dlm kos RM4500 tu... kontraktor ni wat keje kemas jgkla cuma ambil masa jgklah nk siapkan... biasalah org melayu... huhu... contoh janji siapkan sehari jd ttangguh 3 hari... mcm tulah... yg slek kt situ jelah yg lain semuanya ok... keje ok... bnyk btolak ansur... btimbang rasa... baik...

    ReplyDelete
  5. ahaa..saya da deal ngn abg Zulmi. betol la..die xberkira sgt especially bab harga..

    ReplyDelete
  6. Salam Syikeen Harith...

    Bagusla klu mcm tu... MP pn hepi ble dpt tlg sesama kita... Nanti kalau dah siap Kitchen Cabinet jgn lupa tnjukkn gambar kt MP ye... :)

    ReplyDelete
  7. TQ cik puan cantik share info yg sgt brguna cz i pun duk tgh survey2 jgk..

    ReplyDelete
  8. I read your blog. its simply superb. Useful Information about Bakery Equipments Manufacturers. Thanks for sharing

    Refrigeration Equipments Manufacturers

    ReplyDelete
  9. Awak... saya dah deal dg En Zulmi tapi saya dpt 3g glass ni RM6500! tak tau lah mungkin sbb dah GST bagai ke... dan dah thn 2015 kan.... tp saya ok sebab En Zulmi ni betul lah tak berkira sangat. saya kira buat tempat wuduk skali

    ReplyDelete
  10. Sy dh ada table top.. dh deal gn en zulmi.. sy bg ukuran dia agak2 kira dlm rm3k lebih kc 3g.. bila dtg ukur btl2 jdi rm6k lebih.. yg dtg ukur org lain.. dh tawar2 dia bg kurang la.. dlm proses nk byr depo pastu blh teruskan buat kc..

    ReplyDelete
  11. Salam die pasang area shah alam tak

    ReplyDelete
  12. Salam die pasang area shah alam tak

    ReplyDelete
  13. singgah & folow..sya pun baru amik ngan dia...ok lah..

    ReplyDelete