Petua 1:
a. Ingat 10% apa yang dibaca
b. Ingat 20% apa yang didengar
c. Ingat 50% apa yang didengar dan dilihat
d. Ingat 70% apa yang dicakapkan
e. Ingat 90% setelah dipraktikkan
Petua 2:
a. Belajar secara aktif dengan pen/pensil di tangan
b. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah)
c. Belajar dalam persekitaran kondusif
d. Pastikan cahaya adalah terang
e. Kurangkan gangguan bunyi
f. Tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
g. Tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
h. Kerusi dan meja menghadap kiblat
i. Jangan lupa untuk senyum
Petua 3:
Mengulangkaji menggunakan kaedah “output learning” iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku atau nota, ingat kembali, lakar atau tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
Petua 4:
Amalkan Teknik FOKUS
a. Masukkan maklumat dalan memori
b. Simpan maklumat dalam sel memori
c. Ingat kembali
d. Gunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain
Petua 5:
Amalkan Teknik Membaca Secara Berkesan
a. Duduk dengan tegak dan bernafas dengan betul
b. Beri tumpuan sepenuhnya
c. Gunakan jari telunjuk untuk membaca
d. Sesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan.
Petua 6:
Amalkan Teknik Mengulang Kaji
a. Mengulangkaji secepat mungkin. Ulangkaji ringkas selepas belajar sebab manusia mudah lupa 80% apa yang dipelajari.
b. Mengulang kaji secara persendiran atau berkumpulan.
No comments:
Post a Comment