Wednesday, 4 February 2015

10 Tips Mendidik Anak Oleh Doktor Pakar Child Psychiatrist

10 Tips Mendidik Anak Oleh Doktor Pakar Child Psychiatrist. #2 Sangat Berguna Kalau Anak Anda Selalu Main iPad
Nota Editor : Adlil Rajiah ialah seorang ibu yang sangat menjaga isu-isu parenting. Beliau banyak berkongsi di blog beliau. Di bawah ini ialah perkongsian real yang beliau dapat daripada Doktor Sherine, seorang Doktor Pakar Child Psychiatrist di Hospital Gleneagles, Pulau Pinang. Sesuai untuk parents yang mempunyai anak berumur 0-2 tahun.

#1 Biasakan & Kerapkan Bawa Anak Main Pasir, Buih, Rumput & Plastesin.
Kalau boleh biar dia sentuh guna tangan dan kaki. Biar dia exposed dan touched dengan texture pasir, rumput, buih, etc. Benda-benda tu sangat merangsang motor skills dan sensory skills anak-anak.

#2 Don’t Expose Too Much Things In A Box.
‘Things in a box’ itu macam TV, iPad, tablet, phone, games, etc. Yang ni paling ngeri.
Aku tengok sendiri dengan mata kepala aku, masa pergi special school Dr Sherine tu, ada seorang budak Australian ni. Umur baru 4 tahun. Jari tangan dia, kaki dia, lutut dia; semacam tak normal. Tak tahu nak describe macam mana.
Tapi korang nak tahu apa sebab dia jadi macam tu?
Sebab too much exposed to computer light and touch screen!
Tak sangka boleh jadi gitu kan. Mak dia exposed budak tu main Ipad sejak lahir tau T_T
Aku borak dengan mak budak tu, sampai nangis-nangis makcik tu cerita kat aku. Dia cakap saraf-saraf anak dia dah rosak. Sebab tiada rangsangan dan kurang latihan pergerakan masa kecil.
Patutnya masa kecil kan, baby aktif nak meniarap la, nak merangkak la, nak melompat-lompat la, kan? Tapi sebab parents dia terlalu busy, dan diorang tiada pembantu rumah, so dia bagi je la baby tu leka dengan iPad 24/7!
So, bila anak dia dah umur 4 tahun ni, baru nak pergi kelas pemulihan. Belajar lompat, belajar meniarap, belajar merangkak. Kesian kan?
Sampaikan diorang tak bagi keluarkan apa-apa gadget depan budak tu. Ada sekali tu, phone aku ada SMS masuk, so aku nak keluarkan la dari beg. Nak check SMS kan. Tiba-tiba, Dr Sherine cakap kuat-kuat,
“No handphone in front of Alex! No handphone in front of Alex, please!”
Gitu. Takut aku.
Aku ada minta komen Dr Sherine tentang gadget ni. Sebab aku pun selalu je tengok Boboiboy dengan Haikat di iPad. Hehehe. Ini jawapan Dr Sherine,
“Tiada masalah kalau nak tengok benda in a box ni (iPad, TV, Phone). But make sure not more than 10 minutes at a time”
“Never leave the child and iPad alone. Watch with him. Tengok Boboiboy sama-sama dengan dia, interact dengan dia. For example, kita cakap; Oh Boboiboy is wearing a red cap. Oh there, Boboiboy plays badminton with his friends! Sentiasa interact dengan dia while watching”
“It’s a good sign when he want to watch iPad, he asks you to join him. But bad sign when he doesn’t want anyone to disturb or join him while he’s watching. Itu petanda buruk.  So always always always be with him and interact with him while watching”
Ini bahasa mudah untuk faham kenapa iPad, TV, phone, games tak elok untuk perkembangan anak-anak. Menurut Dr Sherine :
Bila kita tengok iPad, mata kita tertumpu pada 1 level sahaja. Tiada pergerakan ‘rolling’ oleh mata. So, bila too much iPad, that means no eyes nerves stimulation. So, lama-lama pandangan anak itu tak luas. So, brain dia pun tak boleh fikir dengan luas/kreatif. So, parents digalakkan supaya banyak stimulate mata baby.
How?
Bawa keluar rumah. Look around. Atas, tunjuk sky, tunjuk airplanes. Bawah, tunjuk grass, tunjuk cat, tunjuk flowers. Kalau tak boleh keluar rumah, still boleh buat dalam rumah. Contohnya, boleh guna mainan flash cards ABC tu. Flash huruf A kat atas, supaya anak dongak ke atas. Pastu, flash huruf B ke bawah pulak. Pastu, flash huruf C sebelah kiri. Huruf D sebelah kanan. Dan sebagainya.
Dengan cara macam tu, automatik ada ‘rolling’ eyes movement. So, bila ada pergerakan mata atas bawah atas bawah camtu, saraf mata dirangsang dengan baik. So, brain development pun berlaku dengan baik.

#3 Stimulate Their Imitation Skills.
Imitation skills ini ialah kebolehan mengikut atau meniru apa sahaja perkara yang dilihat sekeliling. Contoh, kalau anak nampak kita clap hands, dia pun ikut clap hands. Camtu.
Dr Sherine kata, ini masalah terbesar budak-budak sekarang. Lack of imitation skills.
So, vocab kurang, otak lambat pick-up, etc. Because language and speech is also an imitation skill, attitude pun immitation skill, cara berfikir pun imitation skill, dan semua-semua tu pun related to brain development.
Jadi, parents digalakkan buat kaedah-kaedah macam ini :
·         Say a word, dan suruh anak ulang.
·         Lukis satu simple drawing, dan suruh anak tiru.
·         Buat mimik muka macam nangis, senyum, gelak, marah dan suruh anak tiru.
·         Buat satu kerja mudah macam susun bantal atas katil, susun buku di rak, dan suruh anak ikut.
·         Nyanyi satu lagu, dan suruh anak ikut nyanyi.
·         Dance mengikut muzik, dan suruh anak tiru step yang kita buat.
·         Buat satu pergerakan macam merangkak, melompat, mencangkung, bergolek, dan suruh anak buat sama.
Oh satu lagi, Dr Sherine cakap, pergerakan merangkak ialah sangat-sangat bagus. Sebab dia melibatkan seluruh anggota badan, dari kepala ke hujung kaki.
Dan menurut kajian, baby yang mengalami fasa merangkak yang lama, dikatakan lebih genius dan berfikiran kreatif berbanding baby yang merangkak sekejap atau tak merangkak langsung (terus boleh berjalan).
Part ini aku terkedu, sebab Haikal memang tak merangkak langsung. Dia tu kan dulu lepas meniarap, terus duduk. Lepas duduk, terus berdiri dan berjalan.
Tapi takpe, Dr Sherine kata masih belum terlambat. So, sekarang hari-hari aku suruh Haikal jadi tiger. Sebab nak suruh dia merangkak. Kahkah. Bila anak jadi tiger, mak pun kena jadi tiger juga ok.
Imitation skill, ingat tu.

#4 Banyakkan Concept Toys Berbanding Mainan Superheroes, Monsters, Etc.
Concept toys tu macam ABC 123 blocks, Lego, animals (yang realistik dan senang recognize), shape blocks, vehicles, colour blocks, etc.
Sebab benda-benda ni boleh tambah vocab anak. Plus, boleh belajar sambil bermain.
Dr Sherine kata, avoid belikan mainan-mainan yang tak realistik. Macam barbie doll, superheroes dalam TV, monsters, etc. Sebab masa bermain, dia tak boleh kaitkan dengan dunia realiti dia. Takut dia terlebih taksub dengan dunia yang fantasi tu pulak. Macam tak elok sangat la kan.

#5 Bila Nak Ajar Anak Bercakap, Ajar Word Dulu. Avoid Sentence.
Contoh macam kalau kita pergi zoo, kita nak tunjuk elephant kat anak. Better cakap,
“Elephant!”
bukan
“That is elephant!”
atau
“Wow, you see that big elephant?”
Unless, kalau anak dah hafal animals tu semua, so boleh ajar sentence dengan adjective pulak. Contoh,
“Tall giraffe. Big elephant. Beautiful butterfly. Yellow bird.”
Avoid guna perkataan ‘The, this, that, and, with, etc’.
Direct je cakap “Big tiger. Beautiful bird.”
Ajar word by word. Nak ajar budak bercakap, kena slowly dan repetitively. Bila nak bagi arahan pun sama. Sebut perbuatan itu sahaja. Without a complete sentence. Contoh,
“Eat”
bukan
“Come and eat”
atau
“You must eat”
“Sit”
bukan
“Come and sit beside Mama”
atau
“Sit and keep quiet”
Lama-lama, budak tu akan cepat recognize, which one is noun, adjective, verb, etc. Lepas dia dah banyak vocab, baru boleh start ajar buat sentence.

#6 Kalau Budak Takut Strangers, Ask Them To High-5. Avoid Salam, Hug or Kiss.
Biasanya budak yang takut strangers ni sebab dah banyak kali trauma atau ada bad experience each time jumpa strangers.
Contoh budak yang selalu sakit. Banyak kali jumpa doktor/nurse yang asyik cucuk atau bagi ubat. So, bila jumpa strangers mana-mana pun, dia expect orang tu akan buat apa-apa kat dia. So, macam fobia camtu la kan.
Untuk overcome benda ni, Dr Sherine suggest; bila jumpa je sesiapa yang anak tu takut, suruh orang tu High-5 dengan anak kita. Biasanya kalau kita jumpa kawan ke saudara mara ke, mesti diorang nak peluk cium salam anak kita kan? So, kalau anak yang jenis takut strangers ni, jangan bagi orang salam peluk terus. Suruh High-5 dulu. Kalau orang tanya kenapa, jawab ikut style nigga. Yaw yaw yaw :D
Menurut Dr Sherine, High-5 is very powerful.
Dia boleh ubat mentaliti anak within seconds. Bila kita High-5, akan berlaku sentuhan dalam beberapa saat. Dan budak tu akan realize yang orang tu tak merbahaya. So, lepas tu, dia akan ok la dengan orang tu.

#7 Bila Anak Buat Salah; Explain, Instead of Marah.
Macam kalau anak main marker pen, conteng satu rumah. Hoih, mahu tak hangin kan?
So, Dr Sherine kata, instead of marah-marah membebel tak tentu pasal, better explain clearly kat anak tu; kenapa benda yang dia buat tu salah.
Ingat, anak tu tengah exploring his world, bukan saja-saja nak cari pasal dengan kita. Lagi satu, setiap kali explain atau bercakap dengan anak, make sure mata kita dengan dia satu level.
Melutut depan anak. Jangan cakap atau marah sambil berdiri. Anak jadi bertambah takut. Nanti dia tak absorb pun apa yang kita nak sampaikan.
Kalau anak baring, kau pun kena baring. Punya gigih nak mata satu level tadi kan -..-

#8 Overly-Attached To One Person Is Not A Good Sign.
Contoh macam anak tu rapat dengan mak sahaja. Dengan ayah, tak seberapa rapat. So, itu petanda tak bagus. Something wrong with his self-esteem. So, kena biasakan dia rapat dengan semua orang. Especially, family members.

#9 Bila Bermain, Follow His Interest.
Kalau anak nak main ball, jangan tiba-tiba korang nak ajak dia main basikal. Kalau anak nak melukis, jangan korang nak ajak dia main ball.
Ikut kehendak anak ketika itu.
Sebab brain development akan berlaku pada tahap maksima bila budak tu betul-betul interested dan happy buat sesuatu perkara. Lain la kalau anak minta nak main benda bukan-bukan. Haruslah dimarahin dong.

#10 Bagi Pilihan Jawapan Untuk Enhance Communication Skill Anak.
Contoh bila kita bertanya sesuatu kat anak kita, kalau anak diam je sebab tak tahu nak jawab macam mana, jangan biarkan soalan itu tak terjawab. Kita yang kena bagi pilihan jawapan kepada anak.
Contoh macam kalau kita tanya,
“Kenapa Haikal menangis?”
Tapi, Haikal diam sahaja. Mungkin sebab tak tahu nak jawab macam mana. So, kita bagi la beberapa pilihan jawapan. Macam,
“Haikal jatuh?”
“Haikal sakit perut?”
“Haikal nak ikut papa pergi kerja?”
“Haikal bosan?”
Itu contoh. Even if dia respon dengan sekadar angguk je pun dah memadai. At least, soalan dah terjawab. Dan lama-lama, dia tahu la nak jawab macam mana if soalan yang sama diajukan di masa akan datang.




Pureen Warehouse 2015

Pengumuman! Pengumuman!
Pureen Warehouse
Stock Clearance
Promotion
7 - 8 Mac 2015
(Sabtu & Ahad)
9.30 pagi - 5.30 petang

No. 12A, Jalan Perunding U1/17,
Glenmarie Industrial Park,
40150 Shah Alam, Selangor
(GPS:  3.09305, 101.56458)