10 Tips Mendidik Anak Oleh
Doktor Pakar Child Psychiatrist. #2 Sangat Berguna Kalau Anak Anda Selalu Main
iPad
Nota
Editor : Adlil
Rajiah ialah seorang ibu yang sangat menjaga isu-isu parenting. Beliau banyak
berkongsi di blog beliau. Di bawah ini ialah perkongsian
real yang beliau dapat daripada Doktor Sherine, seorang Doktor Pakar Child
Psychiatrist di Hospital Gleneagles, Pulau Pinang. Sesuai untuk parents yang
mempunyai anak berumur 0-2 tahun.
#1
Biasakan & Kerapkan Bawa Anak Main Pasir, Buih, Rumput & Plastesin.
Kalau boleh biar dia sentuh guna tangan dan kaki.
Biar dia exposed dan touched dengan texture pasir, rumput, buih, etc.
Benda-benda tu sangat merangsang motor skills dan sensory skills anak-anak.
#2
Don’t Expose Too Much Things In A Box.
‘Things in a box’ itu macam TV, iPad, tablet,
phone, games, etc. Yang ni paling ngeri.
Aku tengok sendiri dengan mata kepala aku, masa
pergi special school Dr Sherine tu, ada seorang budak Australian ni. Umur baru
4 tahun. Jari tangan dia, kaki dia, lutut dia; semacam tak normal. Tak tahu nak
describe macam mana.
Tapi korang nak tahu apa sebab dia jadi macam tu?
Sebab too much exposed to computer light and touch screen!
Sebab too much exposed to computer light and touch screen!
Tak sangka boleh jadi gitu kan. Mak dia exposed
budak tu main Ipad sejak lahir tau T_T
Aku borak dengan mak budak tu, sampai nangis-nangis
makcik tu cerita kat aku. Dia cakap saraf-saraf anak dia dah rosak. Sebab tiada
rangsangan dan kurang latihan pergerakan masa kecil.
Patutnya masa kecil kan, baby aktif nak meniarap
la, nak merangkak la, nak melompat-lompat la, kan? Tapi sebab parents dia
terlalu busy, dan diorang tiada pembantu rumah, so dia bagi je la baby tu leka
dengan iPad 24/7!
So, bila anak dia dah umur 4 tahun ni, baru nak
pergi kelas pemulihan. Belajar lompat, belajar meniarap, belajar merangkak.
Kesian kan?
Sampaikan diorang tak bagi keluarkan apa-apa gadget
depan budak tu. Ada sekali tu, phone aku ada SMS masuk, so aku nak keluarkan la
dari beg. Nak check SMS kan. Tiba-tiba, Dr Sherine cakap kuat-kuat,
“No handphone in front of Alex! No handphone in
front of Alex, please!”
Gitu. Takut aku.
Aku ada minta komen Dr Sherine tentang gadget ni.
Sebab aku pun selalu je tengok Boboiboy dengan Haikat di iPad. Hehehe. Ini
jawapan Dr Sherine,
“Tiada masalah kalau nak tengok benda in a box ni
(iPad, TV, Phone). But make sure not more than 10 minutes at a time”
“Never leave the child and iPad alone. Watch with
him. Tengok Boboiboy sama-sama dengan dia, interact dengan dia. For example,
kita cakap; Oh Boboiboy is wearing a red cap. Oh there, Boboiboy plays
badminton with his friends! Sentiasa interact dengan dia while watching”
“It’s a good sign when he want to watch iPad, he
asks you to join him. But bad sign when he doesn’t want anyone to disturb or
join him while he’s watching. Itu petanda buruk. So always always always
be with him and interact with him while watching”
Ini bahasa mudah untuk faham kenapa iPad, TV,
phone, games tak elok untuk perkembangan anak-anak. Menurut Dr Sherine :
Bila kita tengok iPad, mata kita tertumpu pada 1
level sahaja. Tiada pergerakan ‘rolling’ oleh mata. So, bila too much iPad,
that means no eyes nerves stimulation. So, lama-lama pandangan anak itu tak
luas. So, brain dia pun tak boleh fikir dengan luas/kreatif. So, parents
digalakkan supaya banyak stimulate mata baby.
How?
Bawa keluar rumah. Look around. Atas, tunjuk sky,
tunjuk airplanes. Bawah, tunjuk grass, tunjuk cat, tunjuk flowers. Kalau tak
boleh keluar rumah, still boleh buat dalam rumah. Contohnya, boleh guna mainan
flash cards ABC tu. Flash huruf A kat atas, supaya anak dongak ke atas. Pastu,
flash huruf B ke bawah pulak. Pastu, flash huruf C sebelah kiri. Huruf D
sebelah kanan. Dan sebagainya.
Dengan cara macam tu, automatik ada ‘rolling’ eyes
movement. So, bila ada pergerakan mata atas bawah atas bawah camtu, saraf mata
dirangsang dengan baik. So, brain development pun berlaku dengan baik.
#3 Stimulate Their Imitation Skills.
Imitation skills ini ialah kebolehan mengikut atau
meniru apa sahaja perkara yang dilihat sekeliling. Contoh, kalau anak nampak
kita clap hands, dia pun ikut clap hands. Camtu.
Dr Sherine kata, ini masalah terbesar budak-budak
sekarang. Lack of imitation skills.
So, vocab kurang, otak lambat pick-up, etc. Because
language and speech is also an imitation skill, attitude pun immitation skill,
cara berfikir pun imitation skill, dan semua-semua tu pun related to brain
development.
Jadi, parents digalakkan buat kaedah-kaedah macam
ini :
·
Say a word, dan suruh anak ulang.
·
Lukis satu simple drawing, dan suruh
anak tiru.
·
Buat mimik muka macam nangis, senyum,
gelak, marah dan suruh anak tiru.
·
Buat satu kerja mudah macam susun
bantal atas katil, susun buku di rak, dan suruh anak ikut.
·
Nyanyi satu lagu, dan suruh anak ikut
nyanyi.
·
Dance mengikut muzik, dan suruh anak
tiru step yang kita buat.
·
Buat satu pergerakan macam merangkak,
melompat, mencangkung, bergolek, dan suruh anak buat sama.
Oh satu lagi, Dr Sherine cakap, pergerakan
merangkak ialah sangat-sangat bagus. Sebab dia melibatkan seluruh anggota
badan, dari kepala ke hujung kaki.
Dan menurut kajian, baby yang mengalami fasa
merangkak yang lama, dikatakan lebih genius dan berfikiran kreatif berbanding
baby yang merangkak sekejap atau tak merangkak langsung (terus boleh berjalan).
Part ini aku terkedu, sebab Haikal memang tak
merangkak langsung. Dia tu kan dulu lepas meniarap, terus duduk. Lepas duduk,
terus berdiri dan berjalan.
Tapi takpe, Dr Sherine kata masih belum terlambat.
So, sekarang hari-hari aku suruh Haikal jadi tiger. Sebab nak suruh dia
merangkak. Kahkah. Bila anak jadi tiger, mak pun kena jadi tiger juga ok.
Imitation skill, ingat tu.
#4 Banyakkan Concept Toys Berbanding Mainan
Superheroes, Monsters, Etc.
Concept toys tu macam ABC 123 blocks, Lego, animals
(yang realistik dan senang recognize), shape blocks, vehicles, colour blocks,
etc.
Sebab benda-benda ni boleh tambah vocab anak. Plus,
boleh belajar sambil bermain.
Dr Sherine kata, avoid belikan mainan-mainan yang
tak realistik. Macam barbie doll, superheroes dalam TV, monsters, etc. Sebab
masa bermain, dia tak boleh kaitkan dengan dunia realiti dia. Takut dia
terlebih taksub dengan dunia yang fantasi tu pulak. Macam tak elok sangat la
kan.
#5 Bila Nak Ajar Anak Bercakap, Ajar Word Dulu.
Avoid Sentence.
Contoh macam kalau kita pergi zoo, kita nak tunjuk
elephant kat anak. Better cakap,
“Elephant!”
bukan
“That is elephant!”
atau
“Wow, you see that big elephant?”
bukan
“That is elephant!”
atau
“Wow, you see that big elephant?”
Unless, kalau anak dah hafal animals tu semua, so
boleh ajar sentence dengan adjective pulak. Contoh,
“Tall giraffe. Big elephant. Beautiful butterfly.
Yellow bird.”
Avoid guna perkataan ‘The, this, that, and, with,
etc’.
Direct je cakap “Big tiger. Beautiful bird.”
Direct je cakap “Big tiger. Beautiful bird.”
Ajar word by word. Nak ajar budak bercakap, kena
slowly dan repetitively. Bila nak bagi arahan pun sama. Sebut perbuatan
itu sahaja. Without a complete sentence. Contoh,
“Eat”
bukan
“Come and eat”
atau
“You must eat”
bukan
“Come and eat”
atau
“You must eat”
“Sit”
bukan
“Come and sit beside Mama”
atau
“Sit and keep quiet”
bukan
“Come and sit beside Mama”
atau
“Sit and keep quiet”
Lama-lama, budak tu akan cepat recognize, which one
is noun, adjective, verb, etc. Lepas dia dah banyak vocab, baru boleh start
ajar buat sentence.
#6 Kalau Budak Takut Strangers, Ask Them To High-5.
Avoid Salam, Hug or Kiss.
Biasanya budak yang takut strangers ni sebab dah
banyak kali trauma atau ada bad experience each time jumpa strangers.
Contoh budak yang selalu sakit. Banyak kali jumpa
doktor/nurse yang asyik cucuk atau bagi ubat. So, bila jumpa strangers
mana-mana pun, dia expect orang tu akan buat apa-apa kat dia. So, macam fobia
camtu la kan.
Untuk overcome benda ni, Dr Sherine suggest; bila
jumpa je sesiapa yang anak tu takut, suruh orang tu High-5 dengan anak kita.
Biasanya kalau kita jumpa kawan ke saudara mara ke, mesti diorang nak peluk
cium salam anak kita kan? So, kalau anak yang jenis takut strangers ni, jangan
bagi orang salam peluk terus. Suruh High-5 dulu. Kalau orang tanya kenapa,
jawab ikut style nigga. Yaw yaw yaw
Menurut Dr Sherine, High-5 is very powerful.
Dia boleh ubat mentaliti anak within seconds. Bila
kita High-5, akan berlaku sentuhan dalam beberapa saat. Dan budak tu akan
realize yang orang tu tak merbahaya. So, lepas tu, dia akan ok la dengan orang
tu.
#7 Bila Anak Buat Salah; Explain, Instead of Marah.
Macam kalau anak main marker pen, conteng satu
rumah. Hoih, mahu tak hangin kan?
So, Dr Sherine kata, instead of marah-marah
membebel tak tentu pasal, better explain clearly kat anak tu; kenapa benda yang
dia buat tu salah.
Ingat, anak tu tengah exploring his world, bukan
saja-saja nak cari pasal dengan kita. Lagi satu, setiap kali explain atau
bercakap dengan anak, make sure mata kita dengan dia satu level.
Melutut depan anak. Jangan cakap atau marah sambil
berdiri. Anak jadi bertambah takut. Nanti dia tak absorb pun apa yang kita nak
sampaikan.
Kalau anak baring, kau pun kena baring. Punya gigih
nak mata satu level tadi kan -..-
#8 Overly-Attached To One Person Is Not A Good
Sign.
Contoh macam anak tu rapat dengan mak sahaja.
Dengan ayah, tak seberapa rapat. So, itu petanda tak bagus. Something wrong
with his self-esteem. So, kena biasakan dia rapat dengan semua orang.
Especially, family members.
#9 Bila Bermain, Follow His Interest.
Kalau anak nak main ball, jangan tiba-tiba korang
nak ajak dia main basikal. Kalau anak nak melukis, jangan korang nak ajak dia
main ball.
Ikut kehendak anak ketika itu.
Sebab brain development akan berlaku pada tahap
maksima bila budak tu betul-betul interested dan happy buat sesuatu perkara.
Lain la kalau anak minta nak main benda bukan-bukan. Haruslah dimarahin dong.
#10 Bagi Pilihan Jawapan Untuk Enhance
Communication Skill Anak.
Contoh bila kita bertanya sesuatu kat anak kita,
kalau anak diam je sebab tak tahu nak jawab macam mana, jangan biarkan soalan
itu tak terjawab. Kita yang kena bagi pilihan jawapan kepada anak.
Contoh macam kalau kita tanya,
“Kenapa Haikal menangis?”
“Kenapa Haikal menangis?”
Tapi, Haikal diam sahaja. Mungkin sebab tak tahu
nak jawab macam mana. So, kita bagi la beberapa pilihan jawapan. Macam,
“Haikal jatuh?”
“Haikal sakit perut?”
“Haikal nak ikut papa pergi kerja?”
“Haikal bosan?”
“Haikal sakit perut?”
“Haikal nak ikut papa pergi kerja?”
“Haikal bosan?”
Itu contoh. Even if dia respon dengan
sekadar angguk je pun dah memadai. At least, soalan dah terjawab. Dan
lama-lama, dia tahu la nak jawab macam mana if soalan yang sama diajukan di
masa akan datang.