Monday, 6 July 2015
Susu Formula
Alhamdulilah MP berjaya menyusukan Zhareef Aryan (ZA) sepenuhnya sehingga 6 bulan tanpa campur susu formula tetapi disebabkan ZA sangat gemarkan susu ibu (maksudnya minum banyak) stok yang MP sediakan tidak mencukupi untuk hantar ke Babysitter (BS) so MP terpaksa beri ZA susu formula semasa berada di rumah BS. Pada asalnya MP try bagi susu formula NAN tetapi ZA macam tak berapa minat. ZA lebih banyak sembur dari minum. Selepas bagi 2 kotak masih macam tu juga, saya cuba Bebelac, mula-mula tu ZA minum jugalaaa tapi nak habiskan 3oz pun susah. Selepas 3 tin pun ZA masih minum main-main tak serius macam budak-budak lain. Kami try bagi minum lactogen. Ada kawan ni bagi sedikit sample susu lactogen untuk bagi Aryan try tapi Aryan boleh terus sembur. Terus tak nak minum. Geram jugak rasanya sebab kecik-kecik dah pandai demand. So kami try pulak beli susu ducth lady pun sama jugak Aryan terus sembur tak nak minum.
Masa di Office sembang-sembang dengan Officemate, dia kata try susu Anmum, asalnya memang kami nak bagi susu Anmum tapi ada orang kata susu Anmum ni manis jadi kami tak berani nak bagi sebab saya ada salasilah kencing manis semasa pregnant so agak risau untuk beri pada Aryan. Tetapi disebabkan nak juga bagi Aryan susu yang Aryan nak minum, why not kami cuba kan. Mula-mula tu Aryan rasa dulu sikit, agaknya susu tu sedap jadi dia terus habiskan 3oz yang sebelum ni nak habiskan 1oz pun susah. Jadi akhirnya kami teruskan dengan pemberian susu Anmum pada Aryan. Tetapi ada 1 masalah pula yang datang. Najis Aryan keras. Macam Tahi Kambing. Kesian pula tengok Aryan. Sampai merah tempat keluar najis tu. Bila sapu krim menjerit Aryan. Kami terpaksa tukar lagi susu sebab tak sanggup nak tengok Aryan sembelit. (Aryan kuat minum air putih tetapi tetap sembelit).
Sekarang ni kami dah standby susu S26. Susu Anmum masih ada lagi jadi kami akan selang seli kan susu Anmum dengan susu S26. Nanti bila dah try susu S26. MP udpate ye. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment