Baru-baru ini Samsung telah melancarkan gajet terbaru mereka di IFA Show. Gajet yang dikategorikan sebagai phablet (smartphone + tablet) itu dinamakan dengan Samsung Galaxy Note 2 @ II. Seperti Galaxy Note pertama yang pernah dikeluarkan sebelum ini, generasi kedua Note ini mempunyai kelebihan dan spesifikasi yang lebih tinggi.
Seperti yang dapat dijangka phablet ini mempunyai kelajuan yang lebih tinggi dengan pemproses quad-core 1.6GHz, pilihan cakera memori sehingga 64GB dan RAM 2GB untuk penggunaan yang lebih pantas. Di samping itu seperti gajet-gajet terbaru Samsung, Galaxy Note 2 juga didatangkan dengan OS terbaru Android iaitu Android 4.1 Jelly Bean.
Perkara yang paling menarik pada Samsung Galaxy Note 2 @ II ini adalah kebolehannya baterinya yang ditetapkan sehingga 3100mAh. Ini sangat bagus untuk gajet seperti ini yang memerlukan kuasa bateri yang besar untuk penggunaan yang lebih lama. Disamping itu teknologi baru NFC juga diterapkan dalam Galaxy Note 2 ini.
Seperti diduga Samsung mengekalkan kelebihan mereka pada phablet ini dengan paparan skrin seluas 5.5 inci Super AMOLED dan dengan mempunyai kamera belakang 8MP serta 2MP (depan). Selain itu Samsung juga menawarkan simpanan Dropbox sebanyak 50GB untuk 2 tahun!
Jom tengok spesifikasi Samsung galaxy Note 2 @ II ni.
Spesifikasi Samsung Galaxy Note 2 @ II
- Android 4.1 (Jelly Bean)1.6GHz ARM Cortex-A9 Quad-core processorMali-400MP GPU, Exynos 4412 chipset16GB/32/64 GB internal storageMicroSD up to 32GB2GB RAM
- 5.5-inch HD (720 x 1280) Super AMOLED display8MP AF Camera (3264×2448 pixels) with LED flash
- HSPA+ (HSDPA, 21 Mbps; HSUPA, 5.76 Mbps); 4G LTE-enabled, GPRS, EDGEWi-Fi 802.11 a/b/g/n, Wi-Fi Direct, Wi-Fi HotspotGPS, A-GPS and GLONASSUSB 2.0, USB OTGBluetooth 4.0 with A2DP and EDR
- 3.5mm audio jack3100 mAh Li-Ion battery151.1 x 80.5 x 9.4 mm
- Marble White / Titanium Gray
Harga Samsung Galaxy Note 2
No comments:
Post a Comment