Wednesday, 13 February 2013

SYARAT PERMOHONAN REBATE RM200 UNTUK TELEFON BIMBIT



UPDATE: Kabinet memutuskan untuk mansuhkan had harga maksimum RM500 untuk pembelian telefon pintar 3G (smartphone) bagi yang layak mendapat rebate RM200.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mendedahkan bahawa rebat RM200 smartphone untuk Belia yang diumumkan dalam Bajet 2013 adalah hanya untuk telefon pintar yang berharga di bawah RM500.
SKMM telah menyatakan syarat-syarat permohonan berikut dalam laman webnya:
1) Hanya untuk rakyat Malaysia yang berumur dari 21-30 tahun.
2) Pendapatan bulanan adalah sebanyak RM3,000 dan ke bawah.
3) Model Telefon Pintar (Smartphone) bawah harga RM500.
4) Setiap Belia hanya layak untuk membeli satu telefon pintar.
5) Pelanggan boleh menggunakan jalur lebar mudah alih mereka yang sedia ada atau memohon untuk pakej baru.
Menurut notis yang disiarkan semalam, program rebat RM200 ini adalah di bawah Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan (NBI). Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM300 juta yang akan memberi manfaat kepada 1.5 juta golongan belia. Permohonan untuk rebat adalah terbuka dari 1 Januari hingga 31 Disember 2013 dan belia yang berminat boleh memohon melalui laman web SKMM.
Selepas mendaftar, para pengguna akan diberikan tempoh selama 30 hari untuk menebus potongan sebanyak RM200 daripada wakil-wakil penjual yang dilantik. Sekiranya tidak beli dalam tempoh tersebut, akuan itu terbatal dan perlu memohon semula.




No comments:

Post a Comment