Wednesday, 5 June 2013

Info Fertility Treatment/Rawatan Kesuburan di LPPKN

Selama 2 Tahun 3 Bulan Usia Perkahwinan kami, pelbagai rawatan yang MP dan suami telah cuba.  Dalam Quran pun ada menyatakan kita perlu berusaha sedaya upaya terlebih dahulu baru kita tawakal dan redha.

Jadi kali ini, kami mengambil keputusan untuk membuat rawatan di LPPKN.  Kami harap rawatan kali ini berjaya.  MP harap pada rakan-rakan yang baca blog MP, MP mohon untuk mendoakan supaya kami dipermudahkan untuk mendapat zuriat.

Bagi rakan-rakan yang baru pertama kali untuk membuat rawatan di LPPKN ini, disini MP akan berkongsi sedikit sebanyak info yang MP tahu ye.

Sebelum itu, MP akan nyatakn LPPKN singkatan untuk apa.  LPPKN singkatan untuk Lembaga Penduduk & Pembangunan Keluarga Negara.  Setiap negeri mempunyai cawangan LPPKN tetapi untuk membuat Fertility Treatment/ Rawatan Kesuburan hanya ada di Klinik LPPKN, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, LPPKN Johor & LPPKN Ipoh, Perak sahaja.  Tetapi untuk makluman semua, hanya LPPKN di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur sahaja yang mempunyai doktor LPPKN sendiri manakala di LPPKN Johor & Ipoh pula, menggunakan khidmat doktor luar iaitu memanggil doktor dari hospital lain untuk menjalankan rawatan ke atas pesakit.

MP dan suami membuat rawatan di Klinik LPPKN di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.  Jadi MP hanya dapat berkongsi maklumat berkenaan Klinik LPPKN di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur sahaja.

KLINIK LPPKN:

Bahagian Reproduksi Manusia
Lembaga Penduduk & Pembangunan Keluarga Negara
12B, Bangunan LPPKN
Jalan Raja Laut
50350 Kuala Lumpur.

No. Telefon:
03-26937555
(minta sambungkan ke Subfertility Treatment)

Sebelum rakan-rakan datang ke Klinik LPPKN, rakan-rakan perlu menghubungi pihak LPPKN terlebih dahulu untuk membuat appointment.
Selepas dapat tarikh appointment, pastikan rakan-rakan follow tarikh tu jika tidak rakan-rakan akan rugi kerana perlu dapatkan appointment baru yang kita tidak tahu bila tarikhnya.

Rakan-rakan boleh datang ke Klinik LPPKN yang beralamat di atas.  Sampai sahaja di sana rakan-rakan boleh membuat pilihan samada untuk parking terus di bangunan LPPKN ataupun parking di tempat parking berhampiran bangunan LPPKN tetapi ia memerlukan rakan-rakan untuk berjalan dalam 5 ke 10 minit untuk ke bangunan LPPKN.  Kerana parking di bangunan LPPKN agak mahal.  Tetapi MP dan suami akan terus parking di dalam bangunan LPPKN walaupun mahal tetapi sebab agak malas untuk menapak jauh jadi bayar jela. huhu.

Masuk sahaja pintu bangunan LPPKN, rakan-rakan akan diminta untuk meninggalkan lesen dan mengisi buku pelawat dan akan diberikan sekeping slip pelawat.

Slip Pelawat

Kemudian rakan-rakan naik lift ke tingkat 6 menuju ke Bahagian Reproduksi Manusia Pusat Kepakaran Reproduksi Manusia untuk memulakan rawatan.

Tingkat 6

Bahagian Reproduksi Manusia Pusat Kepakaran Reproduksi Manusia.

36 comments:

Anonymous said...

salam sis.. berminatnye la nak g. dr taun lepas lagi rase nak pegi tp sebab kena tgu usia perkahwinan setahun baru boleh pegi. now da setahun lebih. bape sume treatment di sini sis??

Dunia Mrs. Pejan said...

Salam... sorry lambat balas... n sorry sbb tak sempat nk update apa kisah treatment & kos selanjutnya... nanti kalau MP free, MP akan cuba update sebaik mungkin... :)

Unknown said...

Salam sister.. jemputlah berkunjung ke blog Hijab Valley. Banyak koleksi tudung2 dan shawl2 yang menarik dari HV collection. Harga yang ditawarkan murah dan berpatutan. Jangan lupa follow juga ye..

Terima kasih =)
http://hijab-valley.blogspot.com

Unknown said...

Salam sis... Jgn pnah putus asa, boleh jgak try d klinik dr hamid arshat.

sury said...

salam..
rezeki insya allah ada..if tak keberatan blh cuba product di blog wann ye..

www.wannsury.com

ini pun salah satu rawatan juga..insyaallah

Anonymous said...

Salam...mrs MP nk tny awk g LPPKN dpt which doktor???

:::..liya i r y a n i..::: said...

Salam MP.. Sy faham perasaan awk 2 years plus kahwin tp belum dikurniakan zuriat lg.. Sy pun hadapi masalah yg sama.. 3 thn kahwin tp belum ada baby lg.. Sy pun ada pergi LPPKN juga mula2 dulu..sy bwat 1 round IUI tp failed..tu lepas 3 tahun camtu kahwin,dlm bulan july 2012.. IUI kt LPPKN RM1000 x termasuk injections dan ubat.. Lepas gagal je IUI tu, sy dgn hubby terus bwat appointment dgn unit infertiliti HKL..sy start treatment dgn HKL 13/2/2013, lps tu 8/3, doctor confirmkan yg sy pregnant..alhamdulillah.. IUI kt HKL RM5..tp yg sy bwat ni ICSI.. ICSI kalau kt LPPKN RM10000 ke atas.. Kt HKL, diorg suruh prepare RM5,000 tp total kos sy RM3600 je.. Mcm manapun, Sy doakan attempt sis kt LPPKN ni berjaya.. :) and good luck juga pada kwn2 lain yg tgh ttc..

Dunia Mrs. Pejan said...

Salam liyairyani...
Tahniah ye saya ucapkan... masa dpt berita yg awk pregnant mesti awk hepi sgt2kan... mesti awk tak sangka2 gak kan... saya harap saya pun diberi kesempatan dan peluang untuk pregnant dan mempunyai zuriat sendiri. sekarang ni saya buat rawatan dgn Dr. Hamid Arshat. LPPKN saya pergi.. Dr. Hamid Arshat pn saya pergi.. hehehe.. Saya harap kali ini beroleh hasil.. Kawan-kawan tolong doakan sekali ye.. Saya juga turut doakan semoga semua sahabat-sahabat yang senasib dengan saya dipermudahkan untuk mendapat cahaya mata.. Insyallah..

Dunia Mrs. Pejan said...

Salam awak yang bertanya pada saya tentang doktor yang saya dapat di LPPKN.. Saya dapat Dr. Hamizah..

:::..liya i r y a n i..::: said...

Owh..sy pun dgn dr. Hamizah dulu.. :)
Anyways,good luck ya sis.. Update2 slalu tau perkembangan treatment.. :)

Unknown said...

Assalamualaikum, salam perkenalan...saya pun dulu treatment kat LPPKN under Dr. Hamizah tp itu dah 7 thn lepas. Saya buat sekali je IUI kat sana tp failed. Lepas tu terus mcm nak merajuk, tup tup lepas je failed IUI tu, sebulan lepas tu period delay. Alhamdlillah saya pregnant. Doakan awak dan suami juga akan dimurahkan rezeki.

Dunia Mrs. Pejan said...

Salam Hanie..
Seronoknya baca awak punya komen.. Apa2 pon terima kasih diatas doa hanie.. Sekarang da bape thun da anak hanie?? Saya arap saya dan suami pn dberi peluang utk memiliki cahaya mata mcm hanie...

Dunia Mrs. Pejan said...

Salam Hanie..
Seronoknya baca awak punya komen.. Apa2 pon terima kasih diatas doa hanie.. Sekarang da bape thun da anak hanie?? Saya arap saya dan suami pn dberi peluang utk memiliki cahaya mata mcm hanie...

shams said...

Assalammualaikum MP, Sy pn prnh buat rawatan di lppkn ipoh..rawatan pn dh smpai tahap iui tp failed. Last rawatan sblm bln puasa, skrg rest dulu. Tgh cuba set kesuburan shaklee tp blm nmpk kesan,, hormon pula t'ggu. Rawatan di lppkn ipoh xmahal sgt..iui 350 tp xt'msk ubat. Tp rawatan icsi tu apa ye? Sy sndr dh b'kahwin 3 thn 3 bln, jd mp jgn putus asa. Rezeki Allah yg bg, tgs kita adalah b'usaha dan b'doa..insyaAllah..yakin dgn Allah.

shams said...

Assalammualaikum MP, Sy pn prnh buat rawatan di lppkn ipoh..rawatan pn dh smpai tahap iui tp failed. Last rawatan sblm bln puasa, skrg rest dulu. Tgh cuba set kesuburan shaklee tp blm nmpk kesan,, hormon pula t'ggu. Rawatan di lppkn ipoh xmahal sgt..iui 350 tp xt'msk ubat. Tp rawatan icsi tu apa ye? Sy sndr dh b'kahwin 3 thn 3 bln, jd mp jgn putus asa. Rezeki Allah yg bg, tgs kita adalah b'usaha dan b'doa..insyaAllah..yakin dgn Allah.

Dunia Mrs. Pejan said...

Salam shams..
Terima kasih sebab sudi beri kata2 semangat pada MP.. Sama2 kita berdoa agar kita juga diizinkan Allah swt untuk memiliki cahaya mata kita sendiri...

Anonymous said...

Sis.. tahniah.. u wt appointment dl kt HKL or trus g

Unknown said...

Salam, rawatan dekat situ bayaran untuk iui mahal tak??..

Dunia Mrs. Pejan said...

Salam...

Saya belum pernah dapat buat iui.. tetapi rasa2 saya kalau dicampur-campur clomid, injection untuk matangkan telur, injection untuk pecahkan telur dalam RM500 bergantung keadaan seseorang tu dan selepas dapatkan buat semua tu dan dapat 3 telur yang matang baru boleh kita proceed untuk buat iui, mungkin prosedur iui, u perlu tambah dalam RM500 lagi rasanya... so total dalam seribu jugaklah... tapi kalau saya berjaya untuk buat iui saya akan share pengalaman dan kos pada u ye... :)

CAHAYA HAYATI said...

Salam. Sis, saya pn hadapai masalah yang sama. dah genap 2 tahun perkahwinan 1 Muharam 1435H dan masih belum dikurniakan zuriat. Tahun lepas bulan 12 ada menjalani rawatan di LPPKN Sec 16, Shah Alam. HSG pn pernah buat. alhamdulillah doctor cakap xde apa2 masalah. Sekarang baru plan nak buat IUI pula. Doakan semoga saya akan dikurniakan zuriat. sekarang pn setiap hari menangis sedih bila dapat ujian mcm ni. doakan semoga saya kuat hadapi ujian Allah ini.. :)

Dunia Mrs. Pejan said...

Salam Cahaya Hati...

Sama-samalah kita berdoa supaya IUI kita berjaya ye... Cahaya Hati kena ingat ni tau.. Allah swt takkan menduga hambaNya melebihi tahap kemampuannya.. Allah swt lebih mengetahui segalanya.. Rahsia Allah swt adalah Rahsia yang paling indah... Insyallah... Yakin dengan-Nya...

cikorkid said...

Saya sudah berkahwin hampir 7 bulan..belum ada rezeki la untuk dapat zuriat..setiap bulan penuh dengan harapan tapi selalun kecewa...tunggu setahun dulu..insyaAllah, terpikir juga nak pergi Lppkn.

Anonymous said...

Hi, terharu sy dengar kesungguhan korang. Sy pun dh kwin 3 tahun tp belum lgi di kurniakan cahaya mata. :-( suami sy govermen. Sy nak minta nasihat kwn kwn adakah patut sy buat di HUKM @ HKL @ LPPKN?

Unknown said...

assalam...salam perkenalan...saya juga berada dalam situasi Dunia Mr pEJAN...

Unknown said...

Assalamualaikum, nak bertanya. Untuk rawatan kesuburan di lppkn ni untuk y dah berapa lama berkahwin yea? Lebih dari setahun atau y baru 4 5 bulan kahwin?

Unknown said...

salam perkenalan..saya nk tny, utk pemeriksaan kesuburan tu brp bayaran yg dikenakan?? saya da kawen 2thn lebih, tp blm dikurniakan zuriat, risau sbb saya ada pelihara kucing.. ramai yg ckp kucing adalah salah satu factor ssh pregnant.. risau..

Dunia Mrs. Pejan said...

Salam CikOrkid:
In sha Allah ada rezeki cik orkid nanti.. Saya pun hampir 3 tahun baru dikurniakan cahaya mata... Apa2 pun jangan putus asa ye..

Hai CikChokie:
Bagi pandangan saya better buat di LPPKN sebab doktor yang handle kes kita tak bertukar... contoh kalau kita start dengan doktor farah... doktor farah yang akan handle kes kita sampai habis... kalau buat treatment di HUKM @ HKL or hospital yang lain doktor akan bertukar2 so menyukarkan kita untuk buat treament dengan doktor yang bertukar2 ni... itu hanya pandangan saya sahaja... terpulang pada sis...

Salam Imina Ratu:
Salam perkenalan, In sha Allah ada rezeki sis.. Jangan berputus asa ye...

Salam Zara Ben:
Selalunya lebih dari setahun.. Tapi kalau dah 7 bulan ke atas pun try je call tanya.. kalau mereka terima terus buat appointment... lagi cepat kita dapatkan rawatan lagi bagus... lagi cepat kita boleh dapat baby... In sha Allah... :D

Salam Asyura Zaaba:
Salam Perkenalan.. kos pemeriksaan saya dah detailskan di atas.. sis ada tanya pasal kucingkan?? sebelum ni ramai juga yang berkata macam tu pada saya sebab saya pun ada bela kucing lebih dari 3 ekor saya bela.. tetapi alhamdulilah Allah swt beri saya peluang merasa pregnant dan memiliki cahaya mata walaupun saya bela kucing... semua itu rezeki datang dari Allah swt.. dengan kucing tulah mereka mendoakan kita... Apa2 pun jangan putus asa.. Ada rezeki sis nanti.. Yakin dengan Allah swt...

Unknown said...

Slm sy jg ttarik utk cb rwatn d lppkn...blh x bg no lppkn ipoh n share pglmn kwn2

Urban Ummy said...

Brape lama jangkamasa awak register kat hkl utk dpt rawatan tu? Lama x tggu turn?

Urban Ummy said...

Brape lama jangkamasa awak register kat hkl utk dpt rawatan tu? Lama x tggu turn?

Anonymous said...

Salam sis..sya tertarik dgn cara rawatan yg sis ceritakan di blog, saya dah 1 tahun berkahwin & belum dikurnikan zuriat..bole sye tau adakah sye bole rujuk lppkn di Terengganu utnuk rawatan sebegini?

Dunia Mrs. Pejan said...

As'salam Sis Noor,

Maaf saya tiada nombor telefon LPPKN Ipoh, sis cuba google LPPKN Ipoh, In shaa Allah ada nombor telefon LPPKN.

As'salam Urban Ummy,
Maaf sis, saya tak buat rawatan di HKL, saya buat rawatan di LPPKN, KL. Tak dela lama sangat kami tunggu turn... bulan 4 start mula rawatan, alhamdulilah dgn izin Allah swt bulan 11 saya pregnant.. tapi tiap2 bulan mmg ada rawatan di LPPKN.. just follow je prosedur, tak skip rawatan, In shaa Allah ada rezeki sis..

As'salam Anon,
Saya pun tak pasti samada LPPKN Terengganu ada buat rawatan kehamilan ke tidak, sis boleh google dan dapatkan no telefon dan tanya pada mereka. Maaf sebab tak dapat membantu.

Anonymous said...

SALAM SIS, NAK TANYE I DH CALL LPPKN UTK OPPTMENT.. MEREKA KATE BAYARAN DALAM RM 200 .. TAPI I XTANYE DETAIL TTG BAYARAN APE TU.. BILA I BACA COMEN U TTG DETAIL BAYARAN RAWATAN.. AGAK TERKEJUT JUGAKLAH.. BELOM AD KEMAMPUAN UTK COZ RAWATAN YG TINGGI.. SOALAN YG MENJADI TANDA TANYA, SESIAPA YG TAHU BAYARAN RM200 TU UTK COZ APE PULAK YE??

pilvy said...

dah buat 2 kali iui di lppkn ttp gagal... sedih sgt2...

Adams said...

Hey tony! Nama saya Julia, terima kasih atas ketenangan maklumat yang anda bagikan mengenai Dr. Iyabiye mengenai penyembuhan hepatitis, dia dalam keberkahan saya menghubungi dia dan saya sembuh selepas memohon rawatannya. Beliau menghantar saya ubat melalui khidmat kurier DHL yang mudah untuk saya dapatkan dan mengambil ubat selama 4 minggu dan saya pergi ke hospital selepas itu untuk ujian dan negatif. Saya datang ke sini untuk memberitahu anda bahawa anda betul-betul di mana-mana ubatnya, semuanya baik dengan saya sekarang. Terima kasih banyak - banyak. Hanya sekiranya ada sesiapa di luar sana yang ingin menghubunginya, di sini adalah kenalannya: iyabiyehealinghome@gmail.com Panggilan / Whatsapp: +2348072229413

Karolina Zarębska said...

Świetna sprawa. Pozdrawiam serdecznie.