Monday, 6 July 2015

APPETON: Multivitamin Plus Infant Drops Membantu Menambah Selera Makan Baby

Ibu mana yang tidak risau akan selera makan anak yang semakin merosot.  Semua makan dah diberi, bubur, buah, biskut dan macam-macam lagilah tapi semuanya dia sembur.  Tengok anak orang lain bagi apa semuanya mereka makan tapi anak kita susah betul nak bagi makan.  Harap susu badan je, susu formula pun dia tak nak.  Kisah susu formula nanti Ibu cerita kat page lain ye.

Selera makan makin merosot ni lebih kronik masa Aryan demam sampai kena admit sebab platelet darah Aryan yang sangat rendah sampai 102 (Cerita bab ni pun nanti ibu cerita kat page lain ye).  Sebelum demam tu pun memang Aryan memang tak suka makan, jadi bila demam lagilah langsung Aryan tak nak makan.  Susu ibu je yang dia nak.  Berat badan pun makin lama makin turun.

Jadi apa lagi ibu pun googlelah ada tak vitamin yang boleh tambahkan selera makan, Alhamdulilah terjumpa satu blog ni (lupa plak apa nama blog tu, terima kasih), yang menceritakan tentang pengambilan Multivitamin Plus Infant Drops ni dapat membantu menambah selera makan anak.

Ibu pun apa lagi, dengan segera pergi mencarinya di farmasi.  Masa tu Ibu balik Kapar rumah Parent ibu, jadi ibu pun pergi dengan Encik Husband ke Pekan Kapar, cari punya cari, Ya Allah, MAHALnya bendalah ni.  Semuanya harga RM50 ++ jadi kami pun cancellah nak beli kat Pekan Kapar.  Esoknya masa kami nak balik Banting, kami singgah Klinik Dr. Rosli kat Seksyen 18, Shah Alam, jangan pelik ye, kami tinggal di Banting tapi pergi Klinik kat Shah Alam.  Dalam banyak-banyak Klinik yang kami pergi kami anak beranak memang serasi dengan ubat dari Klinik Dr. Rosli, Seksyen 18 sebab tu bila sakit selalunya kami memang pergi situ je.  Hari tu kami pergi untuk ambil ubat untuk Aryan.  Selepas pergi klinik kami pergi farmasi berdekatan dengan klinik tersebut.  Alhamdulilah kami jumpa Appeton MPID ni harga asal RM50++ selepas diskaun RM43 so tanpa berlengah-lengah lagi kami pun terus beli.

Esoknya kami bagi pada Aryan, alhamdulilah Aryan suka sangat dengan MPID ni tak perlu pun paksa nak makan macam kita paksa dia makan ubat.  Aryan suka dengan rasanya yang macam oren.  Selepas bagi MPID ni, Alhamdulilah Aryan jadi makin kuat makan.  Sebelum tidur makan, bangun tidur makan, asyik makan jelaaa..  Suka.. Suka... Suka.. Berat pun makin bertambah-tambah.  Tapi masih maintain belum sampai overweight or obesiti.  Susu formula pun Aryan sudah mula minum walaupun bukanlah sehebat anak-anak lain yang minum sampai beroz2.  Kami kalau Aryan dapat minum habis 3oz or 4oz pun kami dah rasa bersyukur sangat dah.  Bagi Aryan tiada apa yang dapat menandingi Susu Ibu dia yang lebih banyak berperisa dari susu formula kot sebab ibu Aryan suka makan so air susu pun mesti macam-macam perisa dia rasa.

Cuma bagi ibu-ibu yang teringin nak bagi anak makan MPID ni ibu sarankan supaya tidak menggunakan tiub kaca yang mereka beri sebab first botol hari tu kami ada menggunakan tiub kaca tu tapi selepas 2 minggu menggunakannya tiub kaca tu patah kat dalam botol tu, kami pun tak tau nak cerita macamana boleh pecah, yang pastinya bila dah pecah kat dalam, ibu terus tak bagi MPID tu pada Aryan sebab takut serpihan-serpihan kaca tertinggal kat dalam botol jadi ibu terpaksa buang, terasa sayang tengok MPID yang masih berbaki dalam botol tu.  Tapi untuk menjaga kesihatan Aryan kami akur dengan membuang botol tu dan beli MPID yang baru.

Tapi dengan MPID yang baru ini, kami gunaka syringe (picagari) mengikut sukatan yang diberikan iaitu 1ml.  Selepas guna tutup semula dengan penutup asal selepas tu basuh syringe tu pastu keringkan.  Lagi terjamin kebersihannya.  Tapi terpulang pada ibu-ibu samada nak gunakan ataupun tidak.  Tiada paksaan dalam memberikan anak makan MPID..  hehe..

Second botol kami beli kat Pekan Banting, nama Farmasi tu Farmasi Banting, Alhamdulilah lagi murah harga asal RM40 dapat diskaun jadi RM38.  2 farmasi yang saya suka pergi kat Pekan Banting iaitu:




Susu Formula


Alhamdulilah MP berjaya menyusukan Zhareef Aryan (ZA) sepenuhnya sehingga 6 bulan tanpa campur susu formula tetapi disebabkan ZA sangat gemarkan susu ibu (maksudnya minum banyak) stok yang MP sediakan tidak mencukupi untuk hantar ke Babysitter (BS) so MP terpaksa beri ZA susu formula semasa berada di rumah BS.  Pada asalnya MP try bagi susu formula NAN tetapi ZA macam tak berapa minat.  ZA lebih banyak sembur dari minum.  Selepas bagi 2 kotak masih macam tu juga, saya cuba Bebelac, mula-mula tu ZA minum jugalaaa tapi nak habiskan 3oz pun susah.  Selepas 3 tin pun ZA masih minum main-main tak serius macam budak-budak lain.  Kami try bagi minum lactogen.  Ada kawan ni bagi sedikit sample susu lactogen untuk bagi Aryan try tapi Aryan boleh terus sembur.  Terus tak nak minum.  Geram jugak rasanya sebab kecik-kecik dah pandai demand.  So kami try pulak beli susu ducth lady pun sama jugak Aryan terus sembur tak nak minum.

Masa di Office sembang-sembang dengan Officemate, dia kata try susu Anmum, asalnya memang kami nak bagi susu Anmum tapi ada orang kata susu Anmum ni manis jadi kami tak berani nak bagi sebab saya ada salasilah kencing manis semasa pregnant so agak risau untuk beri pada Aryan.  Tetapi disebabkan nak juga bagi Aryan susu yang Aryan nak minum, why not kami cuba kan.  Mula-mula tu Aryan rasa dulu sikit, agaknya susu tu sedap jadi dia terus habiskan 3oz yang sebelum ni nak habiskan 1oz pun susah.  Jadi akhirnya kami teruskan dengan pemberian susu Anmum pada Aryan.  Tetapi ada 1 masalah pula yang datang.  Najis Aryan keras.  Macam Tahi Kambing.  Kesian pula tengok Aryan.  Sampai merah tempat keluar najis tu.  Bila sapu krim menjerit Aryan.  Kami terpaksa tukar lagi susu sebab tak sanggup nak tengok Aryan sembelit.  (Aryan kuat minum air putih tetapi tetap sembelit).

Sekarang ni kami dah standby susu S26.  Susu Anmum masih ada lagi jadi kami akan selang seli kan susu Anmum dengan susu S26.  Nanti bila dah try susu S26.  MP udpate ye.  Terima kasih.

Maksud Di Sebalik Warna Air Kencing


Perubahan warna air kencing boleh berlaku di dalam beberapa keadaan iaitu:

1) Warna Kuning Gelap jika berlaku kekurangan air di dalam badan atau dehidrasi
2) Warna Kuning Cerah jika minum air yang berlebihan
3) Warna Air Teh 'O' jika terdapat kandungan darah di dalam air kencing
4) Warna Merah jika berlaku pendarahan ketara di dalam sistem buah-pinggang atau pundi kencing