Friday, 30 May 2014

Adab Mandikan Baby Yang Baru Lahir Mengikut Cara Islam



Adab Mandikan Bayi Baru Lahir Dengan Cara Betul - Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas sembilan bulan tinggal di alam rahim. Justeru ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam.

Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.

1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.

2. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.

3. Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.

4. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.

5. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi.

6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.

7. Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.

8. Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.

Tuesday, 27 May 2014

Amalan Ketika Anak Sedang Tidur

Sebagai ibu bapa eloklah kita cuba lakukan kepada anak-anak.

♥►Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun-ubun kepalanya sebanyak yang mungkin atau 100 kali. seterusnya,

♥►Membaca surah al fatihah 1 kali, alam nasyrah 1 kali. Berbisiklah ditelinga anak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya.

♥►Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya.

♥►Ayah dan ibu juga hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak.

Friday, 23 May 2014

JENIS-JENIS BENTAN


Bentan bermaksud sakit semula setelah hampir sembuh semasa dalam proses rawatan selepas bersalin.  Ini bermakna walaupun anda hampir sihat namun kerana culas tentang penjagaan diri dalam tempoh itu akan menyebabkan kemungkinan sakit semula.  Oleh sebab itu, ada segelintir ibu mengalaminya pada penghujung atau selepas proses rawatan selepas bersalin.

Jenis-jenis Bentan.

-  Bentan Urat  -
Merujuk kepada keadaan badan yang lemah seperti demam, bisa-bisa urat dan sendi badan seperti lutut, menggigil kesejukan walaupun pada waktu tengahari, seluruh otot tegang dan kekejangan.  Ia berlaku apabila ibu terlalu aktif atau melakukan aktiviti fizikal lasak.  Rawatan bertangas atau wap herba mampu melegakan keadaan ini.

-  Bentan Urat Peranakan/Urat Rahim  -
Sakit di bahagian ari-ari yang sederhana atau terlampau sakit hingga mengakibatkan tumpah darah.  Boleh berlaku jika si ibu mengangkat objek yang berat.  Selain itu, tersepak ibu jari kaki atau terhempas yang boleh menyebabkan bentan urat peranakan.

-  Bentan Urat Besar (Pinggang)  -
Urat besar ialah urat buluh rahim yang melalui bahagian pinggul menyebabkan rasa lenguh dan sakit di atas bahagian belakang.  Selalunya, terjadi kepada ibu yang bersalin secara pembedahan.  Kadang-kadang kesakitan di bahagian pinggang dan tumit yang serius sampai ibu jalan berdingkit-dingkit.

Thursday, 15 May 2014

PENGALAMAN SCAN 4D UNTUK LIHAT BABY DALAM RAHIMKU

Alhamdulilah setelah survey punya survey dekat mana nak buat Scan 4D untuk lihat baby dalam rahimku ini, akhirnya MP telah booking online di https://www.appointmentquest.com/scheduler/2160064131 .  MP ada buat entri tentang blog tersebut di blog MP so anda boleh klik sini ye http://teratakmrspejan.blogspot.com/2014/05/klinik-scan-4d-murah-dan-berbaloi-baloi.html 

Tarikh:  15 Mei 2014
Hari:  Khamis
Masa:  3.40 petang
Klinik:  Poliklinik An-Nisa'
Kawasan:  Seri Kembangan
Harga Scan 4D:  RM120
-  CD  -
-  4R Colour Printout  -

Inilah klinik yang kami kunjungi untuk melakukan SCAN 4D

Alamat Poliklinik An-Nisa' Seri Kembangan:
No. 5, Jalan BPP 8/1,
Bandar Putra Permai,
43300 Seri Kembangan,
Selangor Darul Ehsan.

Kami ambil cuti untuk pergi Scan ni.  Kami dari Banting dalam pukul 1.45 ptg, kami singgah makan dulu kat Kedai Makan Asam Pedas yang sangat sedap di tepi jalan menghala ke Klang kemudian gerak dari Kedai Makan Asam Pedas yang sedap tu ke Poliklinik An-Nisa' dalam pukul 2.30 petang.  Kami sampai Poliklinik An-Nisa' dalam pukul 3.30 petang.  Alhamdulilah kami sempat juga sampai sebelum masa sepatutnya 3.40 petang.  Semasa kami masuk Poliklinik tersebut ada 2 couple, jadi MP pergi ke kaunter untuk membuat pendaftaran.  Nurse memberi sekeping kertas dan meminta MP tulis nama dan No. HP sahaja.  Selepas selesai tulis, MP dan Incik Husband pun menunggu.  Sambil menunggu tu, MP makan coklat supaya nak bagi baby bangun.  Alhamdulilah, masa makan coklat tu, memang MP rasa baby banyak gerak so MP sangat lega sebab baby gerak (ingat baby tak tidolaaa...)  Dalam pukul 
nama MP di panggil oleh Miss Jezzlyn (MJ) yang sangat kecil molek dan comel lote orangnyer.  MP ingat Miss Jezzlyn ni Melayu rupanya Chinese.  Orangnya sangat baik dan pandai memujuk baby.  Masa dah baring tu, MJ scan dulu saiz kepala, perut, tulang kaki dan sebagainya.  Alhamdulilah, kepala dan tulang kaki mengikut saiz sebenar baby tetapi saiz perut ada terlebih sikit sebab sepatutnya 27 weeks tetapi saiz perut terlebih seminggu 28 weeks.  Maybe sebab ibunya makan banyak, al maklumlah ibunya langsung tak alahan.  Jadi apa lagi, makan jela ibunyer puuun.  Tetapi MJ kata its ok sbb hanya beza 1 weeks je so dun worry.  Pastu MJ kata baby masih dalam keadaan songsang lagi tetapi katanya it's ok masih 27 weeks so masih ada masih ada masa lagi untuk baby duduk di tempat yang sepatutnya.  Dannn apabila hendak mula scan untuk melihat wajah baby....  scan-scan punya scan rupa-rupanya...  Our Baby sleeeeppzzzzzzz....  hmmm...

MJ try pujuk, punya pujuk pun Baby wat dekkk je.  Sakit pulak hati kite ni.  Macam-macam cara MJ buat, goyang-goyang MP punya tummy pun tak jalan, dan akhirnya MJ terpaksa minta MP berjalan-jalan dulu di luar sebab baby tidur, kaki kat muka, tangan kat muka, tali pusat kat muka.  Masa scan semuanya kat muka, asyik menguap je, tali pusat pun dalam mulut.  Sibuk dok main dengan tali pusatnya tu.  Kejap pegang tali pusat, kejap tali pusat dalam mulut.  Kaki tangan kat muka macamana nak snap gambo muka baby yang tembam tu.  Jadi terpaksalah MP dan Incik Husband berjalan-jalan di luar dan di dalam Klinik.

Rupa-rupanya couple sebelum kami pun mengalami masalahnya yang sama, maybe baby mereka pun tidak memberi kerjasama yang sepatutnya.  Jadi selepas kami keluar, couple tu pun diminta masuk semula.  Selepas 15 minit kami berjalan-jalan, nama MP pun dipanggil masuk.  Alhamdulilah, baby mula memberi kerjasama dengan baik, walaupun masih tidurrrr tetapi kaki tangan baby sudah tidak di muka lagi cuma tali pusat sahaja yang agak mengganggu sedikit di kawasan mulut baby.  Tetapi tak mengapalah janji boleh nampak keseluruhan muka baby pun jadilah.  Kalau tak sia-sialah ibu dan abahmu ini mengambil cuti untuk melihatmu sayang.  

Dan inilah aksi-aksi yang telah Our Baby berikan...  Enjoy...








Kami dapat 11 Video aksi baby kami tetapi saya hanya dapat masukkan yang ini sahaja sebab berat....  hehehe...


Pesanan dari penaja...  hehehe...

Make sure anda datang ketika baby anda tak tidur.  Anda mesti perasan kan waktu bila baby anda aktif so anda booking dan pilih masa yang baby anda aktif kalau tak nanti jadi macam MP, datang tak kena dengan time.  Baby MP aktif selalunya selepas pukul 5 petang tetapi sebab hari tersebut MP ambil cuti jadi MP tukar masa ke pukul 3.40 petang supaya cepat sikit habisnya dan keputusannya agak mendukacitakan sebab baby sleeeppzzzz...  So gambar-gambar yang terhasil tidaklah memberansangkan.

Dan lagi kalau boleh makanlah gula-gula ke, coklat ke, air kotak ke (something yang manis)10-20 minit sebelum scan supaya baby lebih aktif dan dapat berikan aksi yang memuaskan hati ibunya.  Tapi kalau dah memang waktu itu waktu tidurnya makanlah apa pun dia tetap akan tidur walaupun tummy ibunyer di gegarkan macam gempa bumi sekalipun dia tetap akan tidur punyer......  sabar jelah wahai hati....






KLINIK SCAN 4D MURAH DAN BERBALOI-BALOI

Hari ini 15 Mei 2014 (Khamis), saya dan Incik Husband pergi ke Poliklinik An-Nisa' di Seri Kembangan untuk melakukan Scan 4D.  Sebelum pergi sini untuk buat Scan 4D, kita perlu membuat appointment di http://bayi-ibu.com/3d-4d-scan-malaysia/ 


Anda juga boleh mendapatkan sedikit sebanyak info berkaitan dengan Scan dan panduan ibu mengandung di blog ini.  Anda juga boleh mengetahui pakej-pakej yang disediakan oleh blog ini.  Setelah anda melayari blog ini, anda boleh membuat ONLINE BOOKING di blog ini dengan klik https://www.appointmentquest.com/scheduler/2160064131 

Booking Online Scan 4D

Perkhidmatan SCAN 3D/4D ini meliputi kawasan:

Selangor:

Bangi
(Klinik As-Salam)

Seri Kembangan
(Poliklinik An-Nisa')

Seksyen 13, Shah Alam
(Hospital Umra)

Bandar Puchong Jaya
(Klinik Selva)

Kota Damansara/Sg. buloh
(Hospital Pusrawi)

Kuala Lumpur:

Ampang
(Klinik Fauziah, Desa Ampang)

Kepong Taman Ehsan
(Klinik Dr. Khalil, Kepong)

Ipoh
(Klinik As-Salam, Bandar Cyber Ipoh)

Pulau Pinang
(Klinik Mediviron, Gelugor, Penang)


Sila baca NOTA PENTING di bawah ini:

Ingat sebarang pertanyaan anda hanya perlu dail no ini sahaja:
017-6202933

Pakej-pakej Scan Baby yang disediakan pula adalah seperti berikut:

3D 4D Scan:  RM120
-  CD
-  4R Colour Printout
-  20% Disount Voucher

Detail Scan Dalam 2D:  RM150
-  CD
-  4R Colour Printout
-  20% Disount Voucher

Pakej 3D 4D + Details Scan Dalam 2D:  RM220
-  CD
-  4R Colour Printout
-  20% Disount Voucher

2D Scan:  RM50
-  Gambar Printout Sahaja

***************************************************************************

Twin Baby:

3D 4D Scan:  RM130
-  CD
-  2 Keping 4R Colour Printout
-  20% Disount Voucher

Detail Scan Dalam 2D:  RM280
-  CD
-  4R Colour Printout
-  20% Disount Voucher

Pakej 3D 4D + Details Scan Dalam 2D:  RM320
-  CD
-  2 Keping 4R Colour Printout
-  20% Disount Voucher

Nak baca pengalaman saya semasa melakukan SCAN 4D dan nak lihat gambar baby saya kawan-kawan boleh klik kat sini ye...

http://teratakmrspejan.blogspot.com/2014/05/pengalaman-scan-4d-untuk-lihat-baby.html










Sunday, 11 May 2014

CARA-CARA MENGURUSKAN URI SELEPAS BERSALIN


Kita selalu terlupa benda-benda macam ni.  Kepada yang akan menimang cahaya mata tidak lama lagi.  Sila baca dan fahami.
SEMUA LELAKI MESTI TAHU ILMU INI.  Antara tanggungjawab penting suami perlu tahu dan pelajari ialah menanam uri.  MENANAM URI ANAK Uri atau dikenali sebagai placenta, dan juga disebut tembuni.  Uri jangan dibuang atau ditinggalkan di hospital.

Uri adalah teman rapat/kembar bayi semasa di dalam kandungan dan uri amat penting kepada bayi.Uri perlu ditanam dengan segera bagi mengelakkan uri busuk.  Jangan disimpan uri hingga dua tiga hari baru dibasuh.  Orang tua kata tidak elok.  Kalau boleh, cepat-cepat basuh.  Contohnya, kalau dapat uri pagi, petang dah tanam.
Simpan di peti ais beku jika tak sempat basuh uri tersebut pada hari yang sama/segera.  Uri perlu diuruskan dengan baik.  Jangan mengikut kepercayaan karut-marut masyarakat Melayu yang diwarisi turun-temurun.  Semoga, kita dapat menghindarkan diri daripada amalan khurafat ini, yang dibimbangi boleh menjejaskan akidah kita tanpa sedar.
Cara menguruskan uri:
1)  Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim.

2)  Cuci bersih-bersih hilangkan darah-darah.  Jangan guna sabun/shampoo.

3)  Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik (Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci).

4)  Cuci uri dengan garam.  Lumurkan garam dan cuci bersih-bersih.

5)  Cuci uri dengan asam jawa.  Lumurkan asam jawa dan cuci bersih-bersih.  (Untuk hilangkan bau hanyir darah).

6)  Perahkan 4 biji limau ke atas uri hingga naik bau limau dan untuk harumkan uri.

7)  Letakkan dalam plastik/bekas mudah reput seperti plastik tesco/kotak mudah reput, letak garam kasar dan asam keping.  Ikat seperti sup bunjut.  ***Mengurangkan bau hanyir yang menarik perhatian binatang, yang mungkin akan menggali uri ini nanti.

8)  Letak dalam kain putih dan ikat kemas-kemas seperti sup bunjut.

9)  Gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau/dikesan dan dikorek anjing nanti atau binatang-binatang lain nanti.

10)  Baca Bismillahirahmannirrahim dan selawat semasa letakkan uri dalam-dalam dan timbus.

11)  Tanam ditempat yang bersih dan selamat.  Contohnya perkarangan surau/masjid.

12)  Letak batu sebagai tanda bagi memastikan tidak digali oleh anjing dan binatang-binatang lain.

13)  Jangan di letak lilin dan barangan sebagainya yang boleh mendatangkan syirik dan khurafat.  Hukum menanam uri adalah HARUS. (JAKIM).

Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan.  Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh di bakar atau dijual.  Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri itu untuk ditanam di tempat masing-masing.
Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku, pensil dan sebagainya adalah amalan khurafat.