Thursday, 22 January 2015

Resepi Puri Epal


Bahan-Bahan:
50 gram Oat
1 Biji Epal 
(Dikupas dan Potong Kecil)
100 ml Susu Ibu/Susu Formula
Air Panas/Suam Secukupnya

Cara-Cara:
1.  Sebelum dikisar, Epal di"Steam" atau direbus dengan air yang sedikit
2.  Sediakan pengisar, masukkan Oat, Epal, Susu dan Air Panas
3.  Kisar sehingga lumat dan halus.  Tambahkan air jika terlalu pekat.
4.  Tuangkan ke dalam mangkuk
5.  Biarkan puri menyejuk sebelum diberikan kepada bayi
6.  Jika ada lebihan puree boleh simpan dalam tempat beku


~~  Selamat Mencuba  ~~







My Precious Baby


Selama 2 Tahun lebih kami menanti akan zuriat dari darah daging kami sendiri, akhirnya Allah swt telah mengurniakan kami Anugerah yang tidak ternilai berbanding harta wang ringgit iaitu dengan lahirnya seorang bayi lelaki yang paling indah dimata kami

Nama Diberi:
Zhareef Aryan Bin Mohd Faizal

Lahir Pada:
31 Julai 2014
4 Syawal 1435

Hari:
Khamis

Bertempat:
Hospital Serdang

Seberat:
3.39 kg

Sepanjang:
51 cm

Jam:
11.11 pagi