Thursday, 25 April 2013

RAHSIA TAHI LALAT


1. Bibir atas kanan= Banyak rezeki, pandai
2. Bibir atas kiri = Ramai kawan, baik hati
3. Bibir bawah kanan= Disegani orang, ramai yang suka
4. Bibir bawah kiri = Pandai bicara, tak mudah kalah
5. Leher kanan = Cerdas, jujur, berani menderita

6. Leher kiri = Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahua
7. Leher di tengah= Tercapai cita-cita
8. Biji mata kanan = Suka serong dan pembohong
9. Biji mata kiri = Pembohong tetapi baik hati
10. Hujung mata kanan= Baik hati, sopan santun, cerdas

11. Hujung mata kiri= Baik budi, murah rezeki
12. Punggung kanan= Agak mengalami kesulitan
13. Punggung kiri = Malas dan suka duduk
14. Betis kanan= Suka berhibur, boros
15. Betis kiri= Rajin, tidak suka menganggur

16. Lutut kanan= Bersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha
17. Lutut kiri= Kurang kuat berusaha
18. Kepala sebelah kanan = Terkabul cita-cita
19. Kepala sebelah kiri= Sering menemui kesusahan
20. Kepala sebelah belakang= Jujur, sabar dan tekun

21. Kening kanan = Cerdas dan cekap
22. Kening kiri= Cerdas dan sopan santun
23. Tengah kening= Keras hati dan berani segala hal
24. Hujung mulut kanan= Kecil rezeki, tak mudah kalah
25. Hujung mulut kiri= Suka berpoya-poya

26. Ketiak kanan= Dapat menyimpan rahsia
27. Ketiak kiri= Jujur, banyak yang cinta
28. Pergelangan kaki kanan= Suka keluar rumah
29. Pergelangan kaki kiri= Kehendak kuat
30. Batang hidung= Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya

31. Pada hidung= Banyak rezeki
32. Dagu bawah kanan= Jujur dan baik hati
33. Dagu bawah kiri= Bijaksana, dan berbudi luhur
34. Kemaluan kanan atau kiri= Baik, suka senggama
35. Tumit kanan= Jujur dan banyak kawan

36. Tumit kiri= Baik budi
37. Alis kanan= Suka menolong dan baik hati
38. Alis kiri= Ramai yang suka
39. Pangkal peha kanan= Kemahuan kuat
40. Pangkal peha kiri= Suka kerja apa pun

41. Telapak kaki kanan= Tak mudah mengeluh
42. Jari kaki kanan= Suka menolong
43. Jari kaki kiri= Berbudi, suka berbuat baik
44. Bahu kanan= Cermat dlm mbuat keputusan, byk tanggungan
45. Bahu kiri= Suka kerja keras, banyak tanggungjawab

46. Buah dada kanan= Baik hati, pendiam, simpan rahsia
47. Buah dada kiri= Ramai kawan, setia pada pasangan
48. Lengan kanan= Setia dan taat pada atasan
49. Lengan kiri= Menepati janji dan rajin
50. Pipi kanan= Ramai teman

51. Tengah-tengah pipi kanan= Ramai yang suka
52. Tengah-tengah pipi kiri= Ramai teman
53. Ubun-ubun= Kurang jujur
54. Pusat= Cerdas, tangkas, tekun
55. Pusat bahagian kanan= Sejahtera dalam hidup

56. Pusat bahagian kiri= Beroleh kemuliaan
57. Pinggang kanan= Sayang pada pasangan hidup
58. Pinggang kiri= Disayang pasangan hidup
59. Dada kanan= Dapat mengatasi masalah
60. Dada kiri= Berani, jujur dan sabar

61. Telapak kaki kanan= Tidak mudah mengeluh
62. Telapak kaki kiri= Baik budi pekertinya
63. Siku tangan kanan= Kuat ingin memiliki kejayaan
64. Siku tangan kiri= Baik hati, suka menolong
65. Jari tangan kanan= Serba beroleh keuntungan

66. Jari tangan kiri= Serba baik bekerja
67. Jari telapak tangan kanan= Banyak rezeki tetapi boros
68. Jari telapak tangan kiri= Banyak rezeki dan cermat
69. Pergelangan tangan kanan= Boros, suka bersukaria
70. Pergelangan tangan kiri= Dapat berpangkat

71. Perut bawah kanan= Banyak rezeki, suka memberi maaf
72. Perut bawah kiri= Baik hati, tenang hidupnya
73. Sudut mata kanan dalam= Disayang suami atau isteri
74. Sudut mata kiri dalam= Tidak mudah dilupakan pasangan
75. Sudut mata kanan luar= Baik budi, ramai yang cinta

76. Pelipis kiri= Murah rezeki, dapat jadi kaya
77. Pelipis kanan= Serba berhasil dalam usaha
78. Kelopak mata kanan atas= Baik hati, ramah, berjaya
79. Kelopak mata kiri atas= Baik budi, ramai yang suka
80. Kelopak mata kanan bawah= Agak malas

81. Kelopak mata kiri bawah= Agak bodoh, kurang bijaksana





Wednesday, 24 April 2013

Permohonan Tambahan Dan Pindaan Bangunan Rumah, dan Kedai/Pejabat Sediada Yang Perlu Dijelaskan Kepada Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL)

Sebelum kami hendak buat Reno rumah kami tercari-cari info berkenaan permohonan ini.  Bagaimana nak mohon??  Dokumen apa yang perlu disediakan untuk memohon?? Berapa yang perlu dibayar??  Bahagian mana yang perlu dirujuk?? Kami agak terkilan kerana tiada sebarang info yang membantu kami untuk membuat permohonan ini.

Jadi oleh itu, MP sediakan entri ini untuk membantu sahabat-sahabat diluar sana bagi memudahkan anda semua membuat permohonan.

MP membuat permohonan ini di Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) kerana rumah kami di Banting jadi anda semua bolehlah membuat permohonan di Majlis Daerah masing-masing ye.

MP rasa prosedur permohonan kemungkinan lebih kurang sama sahaja.  Mungkin kalau ada beza maybe sedikit sahaja.

Mula-mula kami pergi ke Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) di alamat:

Majli Daerah Kuala Langat
(MDKL)
Persiaran Majlis Baru
42700 Banting,
Selangor Darul Ehsan.

Nombor Telefon MDKL:
03-3187 2825
03-3187 2732
03-3187 8957

Nombor Faks:
03-3187 9304

Kemudian kami pergi ke 
Ground Floor,
Jabatan Kawalan Bangunan
Instruction:
Masuk Lobi -> Terus -> Turn Left (Kiri)
Uols akan nampak signage kat atas tu.

Masuk pintu kaca tu dan tunggu sehingga staff datang pada kita.  Kami pergi Jabatan Kawalan Bangunan tu untuk mengambil borang dan beli buku PELAN SETARA.  Apa Buku Pelan Setara ni kan??  Nanti MP terangkan ye.

Sebelum tu mari kita lihat 
Checklist Permohonan Tambahan Dan Pindaan Bangunan Rumah dan sebagainya.


Ini contoh borang yang staff MDKL beri pada kami yang perlu kami isi untuk mendapatkan kebenaran Reno rumah kami.


Kita WAJIB membeli Buku Pelan Setara ini dan pembayaran perlu dibuat di kaunter khas di Kaunter Pembayaran berdekatan dengan lobi.
Buku Pelan Setara ini memudahkan owner untuk membuat permohonan kerana owner tidak perlu pening kepala untuk mencari Pelukis Pelan untuk melakar bahagian rumah anda yang hendak di ubahsuai.

Di Buku Pelan Setara ini dilengkapi dengan Pelan ubahsuai yang diluluskan oleh Majlis Daerah.

Harganya tidaklah semahal mana dan kita boleh simpan dan sekiranya kita hendak tambah mana-mana bahagian lain dirumah kita kelak kita tidak perlu untuk membelinya lagi kerana kita boleh memfotokopi dari Buku Pelan Setara yang kita sudah beli sebelum ini.

Harga Buku Pelan Setara ini hanya
RM15.00 sahaja.

Dan kita akan dapat resit ini:

Kemudian kita kena photostate 4 helai pelan yang berkenaan dengan pengubahsuaian rumah kita.

Masa kami jumpa staff di Jabatan Kawalan Bangunan, dia ada berikan kami borang.  Borang-borang yang perlu kami isi selain borang di atas adalah:

Akujanji Pemilik

Akujanji Pemborong/Kontraktor

Akujanji Pemilik Menggunakan Perkhidmatan Tong Sisa Bahan Binaan.
(Kami tidak menggunakan perkhidmatan ini kerana kami tidak perlu memecahkan dinding yang ada jadi tiada batu atau sampah yang perlu dibuang menggunakan Tong Sisa Bahan Binaan).

Tapi kami perlu membuat surat tunjuk sebab kenapa kami tidak menggunakan perkhidmatan ini jika ingin wang cagaran dikembalikan.

Borang Akuan Sumpah

Selain daripada melengkapkan borang-borang di atas kami perlu menyediakan:

.1.
SLIP PEMBAYARAN CUKAI TAKSIRAN Majlis Daerah YANG TERKINI

.2.
RESIT CAGARAN (SYABAS)

.3.
SATU SALINAN KAD PENGENALAN (IC) PEMILIK

.4.
SATU SALINAN SURAT HAKMILIK/SALINAN SURAT PERJANJIAN JUAL BELI PEMILIK/S&P

.5.
RESIT PEMBAYARAN CUKAI TANAH TERKINI

.6.
4 SALINAN PELAN BUKU GARIS PANDUAN
* Cadangan tambahan binaan baru hendaklah diwarnakan *
* Ulasan rajah kasar hendaklah disertakan *

.7.
2 KEPING GAMBAR TAPAK SEMASA
* Bahagian hadapan bangunan (rumah) *
* Bahagian belakang bangunan (rumah) *
* Bahagian tepi bangunan (rumah) (jika ada) *

.8.
SALINAN RESIT PEMBELIAN BUKU GARIS PANDUAN
(BUKU PELAN SETARA)

.9.
SALINAN RESIT BAYARAN PROSES PELAN

Jadi setelah kami lengkapkan semua borang-borang dan menyediakan setiap dokumen yang diminta beserta bayaran pihak MDKL akan memberikan kita sehelai A4 paper yang menyatakan KELULUSAN PELAN TAMBAHAN DAN PINDAAN

Disini saya sertakan senarai pembayaran yang perlu kita buat berdasarkan ruang yang hendak kita ubahsuai.

Alhamdulilah..  Lega akhirnya dapat juga MP sempurnakan entri ini.  Asyik tertangguh je.  MP harap entri ini serba sedikit dapat membantu anda semua mendapatkan kebenaran sebelum membuat proses ubahsuai rumah kerana jika anda tidak mendapatkan kebenaran dan pihak Majlis Daerah dapat tahu dan datang ke rumah anda akan dikenakan denda dan jika nasib anda tidak baik pihak Majlis Daerah akan meruntuhkan bahagian yang anda ubahsuai.  Jadi jika anda tidak mahu perkara sebegitu berlaku adalah lebih baik anda dapatkan kebenaran dahulu sebelum membuat ubahsuai jika tidak anda juga yang rugi.

Jangan risau kita boleh dapatkan kembali wang yang kita cagarkan jika kita mengikuti syarat-syarat yang dikenakan oleh Majlis Derah masing-masing.

Sekian, terima kasih.







       





Tuesday, 16 April 2013

AYAMAS DELIVERY DI BANTING

First time MP tengok AYAMAS ada delivery.  Setahu MP yang ada delivery ni McD, Pizza Hut dan Dominos je.  Tu yang agak teruja terus snap pic dan baru hari ini berkesempatan update dalam blog.


Taraaa.....
Inilah dia Motor Delivery AYAMAS di Banting.





Thursday, 11 April 2013

TANDA-TANDA HARI KESUBURAN


Saya dapat info ini dari pamplet PHCM yang saya beli bulan lepas. Tetapi baru hari ini saya mula makan pil ini sebab hari ini 12 April 2013 (Jumaat) bendera saya baru berkibar.  Bulan lepas bendera saya hilang entah kemana.

Jadi disini saya kongsi info berkenaan tanda-tanda Hari Kesuburan.

.1.
Serviks basah keluar lendir seakan putih telur (eggwhite-EW)

.2.
Serviks terasa tinggi menebal dan lembut.

.3.
Keinginan bersama akan bertambah.

.4.
Payudara terasa nyeri atau sakit.

.5.
Terasa sakit dibahagian ari-ari.

.6.
Mood rasa lebih bertenaga daripada kebiasaan.

.7.
Kembong perut atau terasa senak.

.8.
Sedikit pendarahan yang berwarna coklat.

.9.
Peningkatan suhu tubuh/terasa pening dan loya.

.. Kebiasaan Ovulasi/Kesuburan berlaku kepada setiap wanita yang berumur 12 tahun sehingga berumur 48 tahun ..

Semoga anda semua dapat merasa kehadiran hari subur anda.









Tuesday, 9 April 2013

HASIL KITCHEN CABINET 3G YANG MURAH, CANTIK & KEMAS.

Mesti ramai yang ternanti-nanti hasil Kitchen Cabinet 3G yang kami tempah untuk rumah kami di Banting.  Kami sangat berpuas hati dengan hasil kerja Abg Zulmi (AZ).  


Jadi tanpa membuang masa MP sertakan gambar-gambar untuk tatapan semua.  
(Bukan niat untuk menunjuk-nunjuk tapi hanya semata-mata untuk berkongsi dengan kawan-kawan untuk dijadikan panduan idea untuk membuat Kitchen Cabinet, itu sahaja).

Inilah Abang Jimmy yang tolong buatkan Table Top Konkrit.

Proses pertama yang perlu dilakukan.

Antara bahan-bahan untuk membuat Table Top Konkrit untuk Kitchen Cabinet.
("Bahan-bahan" macam nak buat kek plak.. hehe..)

Inilah hasilnya Table Top Konkrit.  Kami minta tiles kaler hitam sbb kalau kotor tak delah nampak sangat.  Dan untuk pengetahuan kawan-kawan semua dalam pun Abang Jimmy tolong tileskan tau.  Memang kemas sangat.

Inilah hasilnyaaaa.....

Ruang sinki.

Dapur belum dipasangkan lagi.  Tapi senang je pasang dapur tu rupanya.

Tara....  Inilah hasilnya... 
Kitchen Cabinet 3G kami.
Tema Black & Red.

Ini pula Abang Zulmi yang telah mereka dan menghasilkan Kitchen Cabinet 3G untuk kami.


Inilah Cik Abg Saya.

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang berapa harga, no telefon Pembuat Kitchen Cabinet kami dan sebagainya boleh kliks sini.




KEDAI TAYAR & SPORT RIM MURAH DI JALAN KAPAR, KLANG

Mesti ramai yang tercari-cari dimana terletaknya kedai tayar & sport rim murahkan? Jadi disini MP nak kongsi pada semua peminat kereta yang ingin kereta mereka kelihatan menarik dengan sport rim yang cun dan tayar yang berkualiti tetapi dalam harga yang murah dan berbaloi-baloi.

Inilah kedai yang MP war-warkan tu.

Alamat:
Kedai Barum
Hin Leong, Jalan Kapar,
Klang, Selangor.

Juga dikenali:
Kedai Papan

Memang murah, cantik dan banyak pilihan.  Family MP memang suka beli kat sini.  Yang datang beli tayar & sport rim ni bukan sahaja dari orang setempat tapi yang jauh pun ada antaranya orang dari Negeri Sembilan, Luar dari Klang macam dok dekat Cheras, Ampang, Rawang, Semenyih, Gombak, Selayang dan serata tempat lagi.

Inilah tayar kereta kami yang lama.  Tayar dan sport rim ni pun kami beli dikedai yang sama. Hampir 2 tahun kami pakai.  Tapi time tu bajet kurang jadi kami terpaksa menggunakan tayar brand Falken.

Tayar Falken import dari Indonesia.  Pengalaman kami menggunakan tayar Falken ni, tidaklah berapa best sebab first thing yang kami tak suka sebab bunyi yang bising, berdengung terutama sekali time kat highway.  Sakit telinga.  Pastu time corner rasa tak best macam tak safety gitu.  Kalau hujan rasa membuang.

Oleh itu kami terpaksa beralih arah ke Tayar TOYO.  Tayar Toyo memang best.  Time corner perghhh mmg best, confident je bawak walaupun time laju.  Sudah tiada bunyi tayar yang menyakitkan hati dan telinga.  Smoothhh je.  Puas hati bila pakai Tayar TOYO ni.  

Sebelum ni kami ada survey harga Tayar Toyo dan Yokohama di luar tapi harganya sangatlah mahal dan tidak mampu utk kami membelinya.  Tapi alhamdulilah di Kedai Barum ni kami dapat 1 tayar RM200 sahaja.

Jadi kami tolak tayar & sport rim lama, orang kedai tu ambil RM400.  Oklah dari tak ambil langsung lagi naya kami.  


Sangat-sangat rambang mata.  Ini baru sikit.  Banyak lagi design & size.

Ini antara Sport Rim yang berkenan di hati.

Akhirnya inilah menjadi pilihan kami.

 Price siap Alignment & Balancing.

Harga nanti MP akan update lain sebab resit ada dalam kedai jadi lupa harga yang sebenar tapi yang pastinya memang sangat puas hati dan berbaloi-baloi.



Kawan-Kawan Diluar Sana Tolonglah Update Tarikh Kemasukan Mana-Mana Universiti Untuk Pengajian Jarak Jauh (PJJ) @ Pengajian Luar Kampus (PLK) ye.




Setelah 2 Tahun kahwin tapi masih belum dikurniakan cahaya mata terdetik di hati ini untuk MP sambung belajar.  



Dulu pun ibu abah ada pesan nanti time kerja ada masa sambung belajar balik, amik degree.  Selepas habis diploma, terus dapat kerja MP rasa macam malas nak sambung balik tetapi bila fikir balik kalau MP tak sambung balik macam rugi je.


Jadi dengan semangat yang berkobar-kobar MP pun search di internet tentang Permohonan PJJ @ PLK tetapi nasib MP tak berapa baik sebab kebanyakannya permohonan sudah tutup.  Agak sedikit hampa, tapi tidak mengapa semua itu mesti ada hikmah, Allah lebih mengetahui yang mana terbaik untuk diri kita.

Oleh itu, MP minta sangat pada kawan-kawan diluar sana untuk mengupdate tarikh permohonan untuk PJJ @ PLK di mana-mana universiti tempatan (IPTA).  Terima kasih ye.

Boleh email MP
gorgeouslady8@yahoo.com