Monday, 18 November 2013

Apa Itu Laparoscopy ??

 


Ia merupakan pemeriksaan untuk melihat secara terus ke dalam perut wanita melalui sejenis teropong yang digelar laparoskop. Teropong ini dimasukkan melalui satu hirisan sepanjang setengah inci di bawah pusat. Menerusi teropong ini doktor boleh melihat keadaan ovari, salur fallopian dan sekeliling rahim. Jika terdapat sesuatu penyakit yang menimbulkan masalah bagi kesuburan wanita, rawatan yang sewajarnya perlu diberi.
Pemeriksaan laparoskopi ini juga sangat penting kerana memang terdapat penyakit seperti ketumbuhan dan jangkitan kuman yang tidak memberi sebarang tanda, boleh dikesan melalui teropong tersebut. Antara jenis penyakit yang selalu tumbuh ialah sejenis ketumbuhan yang digelar endometriosis. Penyakit ini kerapkali mengganggu pengeluaran benih dan ia juga menyekat saluran peranakan. Menurut kajian Dr. Hamid Arshat Pakar, iaitu Pakar Sakit Puan yang terkenal di negara kita, kejadian penyakit ini kini kian meningkat. Ini mungkin disebabkan oleh lebih ramai wanita zaman sekarang yang melambatkan perkahwinan ataupun menangguhkan kehamilan dan kelahiran anak.

Selain itu juga wanita yang pernah mengalami keguguran sama ada secara sengaja atau tidak, kerapkali juga dijangkiti oleh kuman khususnya pada bahagian saluran peranakan. Saluran peranakan boleh rosak dan tersumbat. Ketumbuhan juga boleh berlaku pada kilang ovari dan ini boleh mengganggu pengeluaran benih.
Sesetengah penyakit yang dikesan ketika pemeriksaan `laparoskopi’ dirawat pada masa itu juga tetapi ini adalah terhad. Kadangkala, rawatan selanjutnya perlu dilakukan dengan satu pembedahan besar untuk mengatasi masalah saluran tersumbat ataupun untuk mengeluarkan ketumbuhan pada rahim atau ovari.








Apa itu HSG (Hysterosalpingogram) ??


 Ia merupakan ujian yang dilakukan pada seseorang wanita untuk memastikan saluran peranakannya (tiub fallopio) tersumbat ataupun tidak. Prosedur ujian ini khusus untuk melihat ruang rahim dan juga saluran peranakan menerusi gambar X-ray. Sebelum gambar X-ray diambil, satu jenis cecair khas atau contrast medium disuntikkan ke dalam pangkal rahim dan selepas itu beberapa gambar X-ray diambil. Ujian ini biasanya dilakukan sebaik sahaja berhenti darah haid tetapi sebelum waktu subur. X-ray yang dilakukan selepas waktu subur dikhuatiri akan memberi kesan buruk kepada bayi sekiranya berlaku kehamilan akibat terdedah kepada bahangan atau sinar X-ray.








Sunday, 17 November 2013

Pengalaman Mendapatkan Rawatan Kehamilan/Kesuburan di LPPKN

Rawatan Kali Pertama.
29 April 2013
(Isnin)
2.00 petang

Kami diminta tunggu sehingga nurse panggil MP untuk ditemuduga dan suami MP diminta untuk mengambil sample "MONEY" di tingkat 7.

Yang bagusnya di LPPKN ini, ada menyediakan bilik khas untuk para suami mengeluarkan "MONEY" dengan rasa selesa, tidak seperti di Hospital-hospital kerajaan yang lain yang memerlukan para suami mengeluarkan "MONEY" hanya dalam TANDAS.

Setelah husband selesai mengeluarkan "MONEY" dan turun di tingkat 6, husband juga turut dipanggil untuk sesi temuduga.  Selepas sesi temuduga, MP dan husband dipanggil untuk pengambilan darah untuk cek penyakit kelamin jika ada.

********************************************

Rawatan Kali Kedua
28 Mei 2013
(Selasa)

Rawatan untuk kali ini adalah MP diminta untuk mengambil darah sekali lagi untuk cek tahap kesuburan.  Dan nurse minta MP pergi ke Hospital Tawakal untuk buat HSG pada hari ke 21 period.

********************************************

Rawatan HSG
Hospital Tawakal
5 Jun 2013
(Rabu)
10.00 pagi

Untuk pengetahuan semua, HSG adalah singkatan untuk Hysterosalpingogram. HSG prosedur adalah untuk mengesan samaada tiub fallopio kita tersumbat ataupun tidak.  Dan keputusannya alhamdulilah semuanya baik belaka.  Tiada masalah.





********************************************

Rawatan Kali Ketiga
2 Oktober 2013
(Rabu)

Jika anda perasan tarikh rawatan kali kedua MP jauh berbeza dengan tarikh rawatan kali ketiga adalah kerana beberapa faktor:

Yang Pertama:
Selepas rawatan kedua, MP perlu datang semula ke LPPKN semasa kedatangan haid bulan berikutnya.  Dan semasa kedatangan haid bulan berikutnya jatuh pada Bulan Ramadhan (Bulan Puasa) iaitu pada bulan Julai 2013 maka tidak dapatlah MP meneruskan rawatan kerana untuk makluman semua, pihak LPPKN tidak mengambil sebarang temujanji yang berkaitan dengan Rawatan Kehamilan.

Yang Kedua:
Selepas bulan puasa iaitu bulan Ogos 2013 MP tidak dapat lagi hadir ke LPPKN untuk meneruskan rawatan atas sebab ketiadaan doktor.  Maka tertangguh lagilah untuk kesian kalinya.

Disebabkan seterusnya jatuh pada 30 September 2013 jadi MP dapat jumpa doktor pada 2 Oktober 2013.

Hari itu, adalah pertama kali kami berjumpa dengan Doktor Hamizah.  Doktor Hamizah (DH) adalah seorang doktor yang baik dan lemah lembut.  Beliau banyak memberi pandangan yang baik dan tidak pernah men"down"kan kami.  Sentiasa beri kata-kata positif supaya kami tidak berputus asa dan terus berusaha untuk mendapatkan zuriat.

Untuk rawatan pada ketika itu, Doktor telah menerangkan keputusan ujian "MONEY" husband, keputusan HSG, dan keputusan darah kami.

Alhamdulilah, keputusan ujian "MONEY" husband sangat Excellent.  Keputusan HSG saya juga tiada masalah.  Tiub tak tersumbat.  Dan keputusan darah kami menyatakan tiada penyakit kelamin.  Cuma keadaan Ovum (Telur) MP tidak memberansangkan.  Telur banyak tetapi tidak matang.  Walaupun rasa down sangat ketika itu, tetapi MP cuba fikirkan positif, Telur tak matang tak semestinya tak boleh mengandung, dan MP patut bersyukur sebab ada alternatif lain untuk mematangkan telur iaitu dengan injection.  Jadi jangan terus cepat mengalah kerana ada jalannya.  In syaa Allah.

Maka pada hari itu, DH pun telah membekalkan kami Clomid dan Injection HuMoG 75iu.



Clomid:
2 biji sehari untuk selama 5 Hari.
9.00 mlm

Injection HuMoG 75iu:
4/10/2013 - 10.00 mlm
6/10/2013 - 10.00 mlm
8/10/2013 - 10.00 mlm



Rawatan Susulan
10 Oktober 2013
(Khamis)

Appointment LPPKN, buat Transvaginal Ultrasound (TVs) melalui vagina menggunakan ultrasound transducer.




 Ultrasound Transducer

Setelah mengambil Clomid dan Injection HuMoG 75iu, keputusannya amatlah mendukacitakan kerana Telur (Ovum) tidak membesar dengan sepatutnya.

Jadi DH menambah lagi 2 kali Injection HuMoG 75iu.  Dan diambil selang sehari juga iaitu pada malam tersebut 10/10/2013 dan 12/10/2013.

Selepas itu kami dikehendaki ke LPPKN pada 14/10/2013 sehari sebelum Hari Raya Haji.



Rawatan Susulan
14 Oktober 2013
(Isnin)

Hari tersebut, MP dikehendaki buat perkara yang sama iaitu TVs.  Bila DH masukkan alat tersebut dan lihat discreen, sekali lagi amat mendukacitakan kerana telur yang matang hanya ada SATU sahaja belah kanan.

Niat dihati, dengan harapan dapatlah buat IUI tetapi tiada rezeki kami untuk buat IUI.  Reasonnya, jika ingin proceed dengan IUI, pesakit perlu memiliki 3 Telur yang MATANG.  Oleh disebabkan MP punya telur ada satu sahaja, DH minta bersama secara manual sahaja.

Setelah jumpa Doktor, MP diminta untuk ke bilik Nurse untuk Injection Pecahkan Telur pada jam 8.30 pagi.


Injection HuCoG 5000iu

Kemudian, kami diminta bersama selepas 36 jam iaitu pada keesokkan harinya jam 8.30 mlm - 10.30 mlm.

Dan DH ada menyatakan bahawa jika 7/11/2013 MP tidak period, In syaa Allah MP akan mengandung.  Dan DH juga ada bekalkan MP Duphaston, katanya untuk menguatkan rahim jika MP pregnant tetapi jika tak pregnant, ubat tersebut akan membantu menurunkan period.

5/11/2013 period pun muncul, memang tiada rezeki kami.  Kami redha.  Tetapi itu tidak bermakna kami akan berhenti disitu sahaja kerana kami akan tetap terus mencuba, dan terus mencuba.  Jika ini dugaan yang perlu kami tempuh suami isteri, In syaa Allah kami akan terus harungi bersama.  Kami yakin satu hari nanti Allah swt pasti akan berikan kami zuriat.  Kami akan nantikan saat itu dengan penuh kesabaran dan akan terus berusaha sehingga berhasil.  In syaa Allah.


********************************************


Rawatan Kali Keempat
8 November 2013
(Jumaat)

5hb MP period, jadi hari keempat baru MP datang bertemu doktor.  Kenapa tidak hari kedua atau hari ketiga??  Sebab hari-hari tersebut MP ada hal yang tidak dapat dielakkan.  Tetapi tak mengapa kerana Pembantu DH kata boleh buat rawatan sehingga hari KeLima Period.  Jadi MP pun buat appointment pada hari tersebut.

Setelah berjumpa dengan Doktor Hamizah (DH), DH kata, beliau ingin naikkan dos suntikan dari 75iu ke 150iu.  Jadi DH telah bekalkan pada MP Clomid dan Injection HuMoG 150iu.

Clomid:
2 biji sekali sehari untuk 5 hari.
11.00 mlm

Injection HuMoG 150iu:
10/11/2013 - 11.00mlm
12/11/2013 - 11.00mlm
14/11/2013 - 11.00mlm
16/11/2013 - 11.00mlm



Rawatan Susulan
18/11/2013
(Isnin)

Seperti biasa, MP diminta baring untuk buat TVs.  Dan hasilnya MP memiliki 6 biji telur yang matang, 5 biji kanan dan sebiji belah kiri.  6 biji yang matang ini berukuran 17mm ke atas.  Dan sebenarnya MP memiliki telur yang hampir matang iaitu berukuran 14mm lebih dari 5 biji.  Dan mengikut kiraan DH jumlah keseluruhan telur yang MP miliki telur yang matang campur yang hampir matang lebih kurang 15 biji.  Oleh disebabkan terlalu banyak, DH tidak membenarkan MP untuk buat prosedur IUI.

Mesti ramai yang nak tahu kan, kenapa MP miliki telur yang matang dan banyak tetapi tidak boleh buat IUI??  Ini kerana ia boleh mengundang risiko sakit yang teramat sangat dan kemungkinan besar akan menyebabkan pesakit akan dimasukkan ke hospital dan boleh menyebabkan kematian.

Jadi, DH tidak mahu ambil risiko tersebut kerana ia bermain dengan nyawa, jadi DH minta kami teruskan dengan bersama secara manual.  Bermula malam ini, kemudian selang sehari sehingga 22/11/2013.

MP juga ada bertanyakan tentang rahim MP, adakah rahim MP normal dan adakah rahim MP nipis atau tebal.  Dan alhamdulilah, DH kata yang rahim MP normal dan ketebalannya juga normal iaitu 7mm (eh yeke "mm"..  yela kot..  hehe..).  Jadi DH kata tak perlu risau.  "Bersama" mengikut hari yang beliau suruh, In Syaa Allah jika ada rezeki, ada zuriat untuk kami.

Jika 12/12/2013 (Khamis), masih tidak period, In Syaa Allah MP akan pregnant.  Tetapi itu semua kuasa Allah swt.  Dia yang menentukan segalanya.