Wednesday, 9 January 2013

Tahun 2013 bersamaan 1434 Hijrah

Selamat Tahun Baru 
Tahun 2013
Bersamaan
1434 Hijrah


Hari ini 10 Januari 2013.  Sudah 10 hari masuk tahun baru, baru nak ucapkan Selamat Tahun Baru.  Tapi apa-apa pun nak wish juga.  Tahun. Sejak bergelar isteri kami hanya sambut tahun baru hanya dirumah.  Selepas berkahwin dah tak rasa nak celebrate-celebrate ni.  Rasa macam waste time.  Lebih baik duduk kat rumah.  Bersantai-santai.. Berdua-duan bersama semua tersayang dari keluar semata-mata nak celebrate-celebrate ni.


Bila tengok kat tv banyak konsert-konsert yang diadakan.  Rasa macam...  Perlukah semua tu.  Ya..  Memang saya akui dulu pun saya ada join juga benda-benda macam tu tapi bila umur sudah semakin meningkat ni timbul kesedaran yang semua tu tak perlu kalau untuk celebrate new year.  Tapi tula umur banyak mendewasakan seseorang itu.  Syukur, Alhamdulilah.  

Alangkah bagusnya kalau anak muda sekarang ni dapat kesedaran itu lebih awal tak macam saya dulu.  Bila melihat anak muda sekarang ni yang dahulunya saya juga turut berkelakuan begitu terasa betapa bodohnya saya waktu itu.  Kenapalah saya dulu tidak berfikiran seperti sekarang ini.  KENAPA??  Tapi tak mengapalah jadikan semua tu sebagai pengajaran dan pengalaman hidup.


Tapi saya bersyukur sangat, Dataran Kemerdekaan Shah Alam, sambut Tahun Baru 2013 dengan kehadiran Ustaz Azhar Idrus yang memberi ceramah agama.  Ribuan anak muda yang hadir untuk mendengar ceramah.  Indahnya rasa hati bila dapat melihat ribuan anak muda dapat berkumpul untuk menimba ilmu agama ISLAM.  Dari menghadirkan diri ke konsert-konsert yang mengundang maksiat.  Mungkin ada yang kata tengok konsert je tapi ketahuilah dari hanya datang tengok konsert, dengan keadaan yang sesak, bergesel-gesel antara laki dan prempuan yang bukan muhrim walaupun tanpa niat dan tanpa disengajakan pun boleh mengundang kita ke arah yang bertentangan dengan agama.

Saya bercerita melalui pengalaman silam.  Semasa saya masih cetek ilmu di dada, semasa hanya memikirkan keseronokan semata-mata. Adik-adik semua tu hanya sementara.  Dan bila sudah berumur macam saya mesti adik-adik akan rasa apa yang saya rasa sekarang ni.  Betapa bodohnya saya, betapa ceteknya ilmu agama saya ketika itu hanya semata-mata untuk mencari keseronokan yang pastinya hanyalah sementara.  

Tapi masih tidak terlambat untuk insaf dan bertaubat.  Kerana pintu taubat sentiasa terbuka pada semua umat Allah swt yang mahukan perubahan dalam hidup mereka.  Allah swt itu sangat penyayang.  Saya akui dulu agak susah jugak untuk saya bersujud padaNya.  Tapi alhamdulilah Allah swt telah memberikan hidayah kepadaku supaya kembali bersujud padaNya.  Malah selepas saya mula bersolat, saya mendapati diri ini lebih berasa tenang dan tenteram.  Bila tak solat saya rasa hidup serba tak kena.  Jadi saya tak sanggup untuk hidup serba tak kena lagi dengan meninggalkan solat jadi saya akan pastikan diri ini tidak meninggalkan solat.


Mungkin ada yang akan berkata.  Alah dia pun sama juga, ingatkan baik sangat, kata pergi konsert tak eloklah apalah tapi dia pun baru nak solat tapi saya tak marah bila ada yang berkata begitu sebab memang saya sendiri sedar yang saya agak lambat baru nak sedar.  Sudah 29 tahun baru nak sedar semua itu, tapi saya bersyukur, sekurang-kurangnya Allah swt masih memberi peluang kepada saya untuk bertaubat.  Saya amat takut kalau-kalau saya tidak diberi peluang untuk bertaubat kerana saya takut hati saya sudah menjadi gelap.  Tetapi Allah swt itu Maha Besar, Maha Pengampun Dan Maha Penyayang.  Akhirnya saya mula menjalani kehidupan sebagai Islam yang sempurna dengan sujud padaNya. Alhamdulilah.

Jadi tahun ni saya sudah berazam...  Nak tau apa AZAM saya untuk 2013??  Klik AZAM....

No comments: