Setelah hampir 2 tahun aku mendirikan rumahtangga sampai sekarang aku masih belum dikurniakan zuriat. Jadi setelah berbincang dengan Hubby, kami telah membuat keputusan untuk menjalankan treatment. Begini ceritanya.
Hujung tahun 2011. Aku ada pergi satu klinik di Semenyih. Nama klinik ni Klinik Selva. Pada mulanya aku pergi ke klinik ini kerana untuk mendapatkan rawatan disebabkan demam.
Bila masuk saja bilik doktor tu, aku nampak banyak gambar baby. Gambar-gambar tu ada mix lah ada baby india, melayu, cina. Jadi aku berseloroh dengan doktor, aku kata "Eh doktor, ramainya anak u", pastu doktor tu kata "Eh tak dalah ini, baby-baby patients, klinik saya ada sediakan rawatan untuk parents yang ingin dapatkan baby." Oooo... begitu rupanya.. sebenarnya aku dah dapat agak tapi saja cari peluang untuk doktor terangkan sendiri kat aku... hehehe...
Walaupun aku sudah dapat info tentang klinik hujung tahun 2011 tapi hujung 2012 baru aku terbuka hati untuk mendapatkan rawatan di klinik ini. Jadi bulan Oktober 2012 aku telah memulakan rawatan di klinik ini. Pada 1st period aku bulan Oktober iaitu pada 30hb aku telah pergi ke klinik tersebut.
Apabila doktor cek aku punya perut, doktor scan katanya rahim aku ok, cuma aku ada "cyst" disebelah kiri perut aku tapi doktor kata tak perlu risau sebab kalau aku jadi pregnant "cyst" tu akan mengecut sendiri. Doktor tu kata "cyst" aku kandung air. So tak bahaya sangat. Alhamdulilah lega...
Pastu doktor bagi aku ubat Folic acid & ubat hormon untuk sebulan. Doktor kata ubat hormon tu ubat untuk orang kencing manis tapi ubat ni baik untuk wanita yang nak pregnant. Ok aku pun makan jela.
Bila aku search kat Pakcik Google tentang ubat hormon tu based on apa yang doktor cerita kat aku rupanya nama ubat tu METFORMIN. Nak tahu apa functionnya Metformin ni, uols boleh klik entri ni yer. Macam biasalah aku akan makan pil metformin ni bersama pil folic acid. Aku kena makan pil metformin sehari 2 kali. Pagi sekali, malam sekali. Semuanya selepas makan.
Aku pun makan punya makan sampai habis, period aku pun datang pada 29 November 2012. Last period aku 30 Oktober 2012. Oklah tak lari jauh sangat period aku kali ni. Pastu 1st day aku period aku kena jumpa doktor balik, doktor nak bagi aku makan ubat subur tapi nasib baik husband perasan yang tarikh sepatutnya kami "bersama" selama 7 hari berturut-turut tu aku kena pergi kursus induksi. Sebab apabila aku makan ubat subur tu (bape hari ntah aku lupa), selepas 3 hari rehat, aku kena "bersama" 7 hari berturut-turut jadi apa gunanya aku telan ubat subur tu kalau aku kena pergi kursus induksi selama 5 hari. Jadi kami menangguhkan proses untuk mengambil ubat subur.
Oleh itu, bagi meneruskan rawatan, doktor memberikan aku ubat yang sama dengan 1st rawatan iaitu pil metformin & folic acid.
Pil Metformin |
Pil Folic Acid |
Jadi aku pun teruskan treatment tu dengan semangatnya. Hari Jumaat 4 Januari 2013, hari yang sepatutnya aku period tapi tak period, aku mengalami sakit perut sebelah kiri yang teramat sangat. Berlarutan hampir seminggu. Aku ingat gastrik sebab sakit perut sebelah kiri. Tapi aku pernah kena gastrik dan yang pastinya sakit gastrik bukannya macam tu. Kalau bukan gastrik takkan senggugut sebab sakit senggugut lain bukan macam tu. Rasa sakitnya tak dapat nak digambarkan tapi aku cuba gambarkan sikit, rasa sakitnya macam dicucuk, ditarik-tarik. Ha lebih kurang macam tulah rasa sakitnya.
Untuk pengetahuan semua, sampai sekarang 18/1/2013 (Jumaat) period masih belum muncul-muncul lagi. Pada mulanya aku telah tetapkan tarikh 12/1/2013(Sabtu) untuk buat UPT tapi aku tangguh sehingga 18/1/2013(Jumaat) iaitu hari ini tapi aku masih belum ada kekuatan untuk buat UPT jadi aku nak tangguhkah sehingga 20/1/2013 (Ahad), kalau tak tarikh tu maybe tarikh akhir sekali 29/1/2013. Tarikh tu genap 2 bulan dari tarikh akhir aku period.
Sabar ye wahai suamiku, ibu dan abahku, along, alang, adib, azim & fazriq (my siblings), sahabat-sahabatku, aku masih belum ada kekuatan untuk membuat UPT kerana aku takut akan kecewa lagi.
Selepas aku buat UPT, aku akan update ye. Aku harap semua doakan supaya UPT aku POSITIF... Amiinnn.... :)
Kos untuk First Treatment:
Scan + Ubat Metformin (Ubat Hormon) + Folic Acid = RM70 sahaja.
Kos untuk Second Treatment:
Scan + Ubat Metformin (Ubat Hormon) + Folic Acid = RM70 sahaja.
Scan + Ubat Metformin (Ubat Hormon) + Folic Acid = RM70 sahaja.
Kos untuk Second Treatment:
Scan + Ubat Metformin (Ubat Hormon) + Folic Acid = RM70 sahaja.
7 comments:
Hi. Nana klinik selva. Nama dokter nya selva juga ke? Rasa mcm tertarik nak pergi jumpa. Saya pon dah hampir setahun cuba nak pregnant
assalamualaikum.metformin tu bukan ke ubat diabetes?
ye mmg untuk diabetes, tp fungsi tu bole dimakan untuk yg ade pcos supaya menurunkan kadar gula dalam darah
Klinik selva tu da naik harga ke rm85 utk 1st treatment
Assalammualaikum...sy nk tny ambil folic asid sejurus slps mknn metformin atau kene selang bp jam yee??
Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tips Tingkatkan peluang hamil
Thanks utk perkongsian, dan tahniah!:)
Post a Comment