20 Februari 2013 (Rabu), terdetik hati ini untuk meminta husband call Lebar Kencana (Pemaju Perumahan kami di Banting) tentang urusan kunci rumah baru kami. Bila kami boleh datang pejabat untuk mendapatkan kunci sebab rumah, air & api rasanya semuanya sudah setel.
Ini Bukan Kunci Rumah Kami.. Hehe... |
Dan... Alhamdulilah pihak pemaju berkata esok sudah boleh dapatkan kunci. Hepi sangat rasanya. Kami buat keputusan untuk cuti pada esok hari untuk selesaikan urusan rumah.
Tak sabar rasanya nak dapatkan kunci dan kami rancang selepas dapat sahaja kunci, kami akan terus ke rumah kami di Taman Kenanga, Banting (Belakang rumah Keluarga Sidek).
Pihak pemaju kata kami hanya perlu bawa Wang dalam seratus ringgit lebih sahaja. Ikutkan kami kena denda sebab pihak perbendaharaan (pinjaman perumahan kerajaan) ada lambat membuat pembayaran tapi pekerja tu kata pihak syarikat tidak mahu tuntut. Alhamdulilah lega rasanya... Kalau tak, tak tahulah berapa yang kami kena bayar.
Kalau nak tahu cerita selanjutnya orang akan update esok ye. Hope esok semuanya berjalan dengan lancar dan tak perlu mengeluarkan duit dengan banyaknya.
Oh ye... Esok juga selepas kami melihat rumah dan wat "defect" rumah kami akan teruskan dengan operasi mencari kontraktor yang boleh mengubahsuai rumah kami... Yang penting... Grill, Kitchen Cabinet, Awning. Kalau sempat nak survey sofa. Hehehe... Muka ada senyum...
No comments:
Post a Comment