Tuesday, 26 February 2013

KITCHEN CABINET 3G MURAH & CANTIK

Zaman sekarang ini, kalau beli rumah baru wajib buat Kitchen Cabinet (KC).  Walaupun wanita sekarang ini rata-ratanya bekerjaya tetapi masak-memasak tetap menjadi kewajipan kaum hawa.  Walaupun tidak ramai yang berkesempatan untuk masak selepas pulang dari kerja tetapi dapur yang kemas, selesa & cantik adalah tempat kaum hawa untuk menyimpan segala khazanah dapur yang ada.

Begitu juga dengan MP, walaupun jarang sekali memasak tetapi tetap inginkan ruang dapur yang dilengkapi dengan Kitchen Cabinet yang cantik, kemas & elegan bagi kepuasan diri ini.  MP buat Kitchen Cabinet ini adalah kerana untuk menyimpan pinggan mangkuk hadiah perkahwinan kami 2 tahun yang lepas.  Banyak sangat berkotak-kotak.  MP juga tidak suka dapur yang tidak teratur dan tidak mempunyai cabinet yang khas kerana susah untuk menyimpan perkakas yang ada.

Panjang sungguh mukadimah MP.  Jadi mesti ramai yang nak tahu dimana MP buat Kitchen Cabinet 3G yang murah & cantikkan?  Jom MP ceritakan.

23 Februari 2013, hari Sabtu kami telah membuat keputusan untuk menggunakan khidmat Abang Zulmi dari Labohan Dagang, Banting.  Untuk pengetahuan anda semua, kami telah survey banyak tempat tetapi akhirnya  kami memilih khidmat Abang Zulmi juga.

Kedai Abang Zulmi
Abang Zulmi (AZ) banyak membantu kami dalam memberi idea dan pandangan mengenai dapur kami.  Dapur kami tidaklah sebarapa besar.  AZ telah ukur berapa keluasan untuk membuat KC, 6 kaki 5 inci X 9 kaki.

Ruang Dapur Rumah Kami
Nak tengok hasil rekaan AZ?  AZ telah design mengikut citarasa kami berdua.  Kami memang teringin sangat nak buat KC 3G tetapi rata-rata yang kami survey semuanya 6k keatas tetapi alhamdulilah AZ dapat memberikan harga yang murah kepada kami.  Tetapi untuk makluman korang semua AZ hanya membuat KC sahaja, segala keperluan lain seperti Hod & Hoob, sinki, kepala paip kami beli sendiri.  Nak tengok Hod & Hoob kami?  Nanti klik entri Hod & Hoob ye.  


Design asal KC kami.  Ada counter di sebelah kanan tetapi setelah dikira-kira, bajet agak lari.  Design ini hanya berharga RM6500, KC 3G ye kawan-kawan.  Kira masih murah lagilah berbanding dengan kontraktor lain.


Inilah KC 3G yang AZ lakarkan untuk kami.  Buang counter itu.  Kalau nak tengok hasil yang sebenar.  Kena tunggu bulan depan.  Siap sahaja KC ini, MP akan update ye.


Mesti ramai yang ternanti-nanti berapa harga KC 3G yang kami buat ni kan??  Jeng..  jeng..  jeng.....  



Material:  3G

Keluasan:  6.5 kaki X 9.4 kaki
Tema:  Black & Red

Harga: RM4500 sahaja

Macamana murah tak harga tu?  Bagi kami murahlah juga bila nak dibandingkan dengan kontraktor lain.  Tapi bila dikira-kira balik Hod & Hoob, Sinki, Kepala Paip, kami beli sendiri jadi total lebih kurang RM6299.  Oklah tu kan. 

Lagi satu, AZ ni best sebab AZ ni memang tak berkira kalau kami minta tolong buatkan apa-apa pun.  Contohnya kalau kontraktor lain, pasang sinki, hod & hoob, pasang cerowong asap untuk hod & hoob kena caj tapi AZ ni tak caj langsung.  RM4500 termasuk KC, pasang sinki & kepala paip, pasang hod & hoob, pasang cerowong asap untuk hod & hoob, pindahkan suis yang ada kt ruang KC tu.  Memang bestlah AZ ni.  Semoga Allah memurahkan rezeki Abang Zulmi.


Inilah Abang Zulmi yang best & baik itu...  Tak sabar nak tengok hasil kerja AZ.  Hope semuanya berjalan dengan lancar.


Bagi sesiapa yang berminat untuk memasang Kitchen Cabinet dan Wardrobe disini disertakan alamat dan no telefon beliau.

Alamat:
Silver Optimum Furniture
No. 6, Bangunan PNKS,
Jalan Labohan Dagang,
42700 Banting, Selangor

Juga boleh hubungi:
016-373 3282
019-609 6192











11 comments:

Syikeen Harith said...

table top konkrit dengan kabinet dari kontraktor yang sama ke?

Dunia Mrs. Pejan said...

Kontraktor yang sama tapi kontraktor tu sub pd member dia.... rakan niaga dia... abg yg buat table top tu mmg akan buatkan table top utk kontraktor tu setiap kali kontraktor tu dpt job...

Syikeen Harith said...

owh..maknenye total cost RM4500 tu untuk table top konkrit skali dengan kitchen kabinet ke? kemas tak kerja kontraktor ni?

Dunia Mrs. Pejan said...

Ye... RM4500 total kos untuk table top konkrit skali dgn kitchen cabinet tapi... hod & hoob + sinki saya beli sendiri... tak termasuk dlm kos RM4500 tu... kontraktor ni wat keje kemas jgkla cuma ambil masa jgklah nk siapkan... biasalah org melayu... huhu... contoh janji siapkan sehari jd ttangguh 3 hari... mcm tulah... yg slek kt situ jelah yg lain semuanya ok... keje ok... bnyk btolak ansur... btimbang rasa... baik...

Syikeen Harith said...

ahaa..saya da deal ngn abg Zulmi. betol la..die xberkira sgt especially bab harga..

Dunia Mrs. Pejan said...

Salam Syikeen Harith...

Bagusla klu mcm tu... MP pn hepi ble dpt tlg sesama kita... Nanti kalau dah siap Kitchen Cabinet jgn lupa tnjukkn gambar kt MP ye... :)

Syikeen Harith said...

hehe insyaallah. :)

Anonymous said...

TQ cik puan cantik share info yg sgt brguna cz i pun duk tgh survey2 jgk..

Anonymous said...

Assalamualaikum...maaf jika tersalah kata.Pada mulanya, saya teruja juga dgn komen2 di atas,saya pun cuba hubungi en zul untuk buat tempahan kabinat di rumah saya.Pada awalnya...ok lah...tapi makin lama makin geram dan meluat saya dibuatnya.Janji tak ditepati,Bukan saya nak memburukkan dia..tapi saya sgt2 kesal.Hampir 4 bulan saya tunggu,sehingga ari ini dia xdtg juga pasang kabinat.Duit pendahuluan saya dah bank in.Saya bukan apa,selalu terkena dgn janji2 melayu.Saya lebih suka labur duit bg peluang pada org melayu..Kalau dah cenggini jadinya..pas ni saya kena berhati2 dgn jnji mlayu.Insya allah...Maaf jika sesiapa terasa.Bukan niat nak memburukkan sesiapa..cuma meluahkan kesedihan saya

Dunia Mrs. Pejan said...

Salam pada yg sudi komen di atas...

Untuk pengetahuan puan, saya pun ada minta Abg Zulmi dtg kerumah untuk buat kabinet dapur tambahan dari bulan puasa hari tu tapi smpai kehari ni abg zulmi tak dpt dtg sbb abg zulmi sgt bz dgn tempahan.. walaupun saya sudah bayar wang pendahuluan tetapi abg zulmi tak dpt dtg lg... so saya juga terpaksa tunggu sbb kita kena ikut turn kitalah baru dia boleh dtg rumah kita.. kalau puan tak sanggup tunggu... apa kata puan hubungi semula abg zulmi minta balik duit yg sudah puan dahulukan tu dan puan bolehlah cari tempat lain yang puan rasa boleh buat ikut kehendak puan.. benda boleh bincangkan so tak perlulah nak meluahkan dalam blog saya tentang keburukan org.. saya tidak suka... maaf jika puan terasa dengan kata-kata saya ni...

ai said...

salam,mcmana nie...saya dah deal kan abg zulmi..nanti dia dtg...risaunya ada bad feedback..mcmana nie.