Alhamdulilah setelah survey punya survey dekat mana nak buat Scan 4D untuk lihat baby dalam rahimku ini, akhirnya MP telah booking online di https://www.appointmentquest.com/scheduler/2160064131 . MP ada buat entri tentang blog tersebut di blog MP so anda boleh klik sini ye http://teratakmrspejan.blogspot.com/2014/05/klinik-scan-4d-murah-dan-berbaloi-baloi.html
Tarikh: 15 Mei 2014
Hari: Khamis
Masa: 3.40 petang
Klinik: Poliklinik An-Nisa'
Kawasan: Seri Kembangan
Harga Scan 4D: RM120
Harga Scan 4D: RM120
- CD -
- 4R Colour Printout -
- 4R Colour Printout -
Inilah klinik yang kami kunjungi untuk melakukan SCAN 4D
Alamat Poliklinik An-Nisa' Seri Kembangan:
No. 5, Jalan BPP 8/1,
Bandar Putra Permai,
43300 Seri Kembangan,
Selangor Darul Ehsan.
Kami ambil cuti untuk pergi Scan ni. Kami dari Banting dalam pukul 1.45 ptg, kami singgah makan dulu kat Kedai Makan Asam Pedas yang sangat sedap di tepi jalan menghala ke Klang kemudian gerak dari Kedai Makan Asam Pedas yang sedap tu ke Poliklinik An-Nisa' dalam pukul 2.30 petang. Kami sampai Poliklinik An-Nisa' dalam pukul 3.30 petang. Alhamdulilah kami sempat juga sampai sebelum masa sepatutnya 3.40 petang. Semasa kami masuk Poliklinik tersebut ada 2 couple, jadi MP pergi ke kaunter untuk membuat pendaftaran. Nurse memberi sekeping kertas dan meminta MP tulis nama dan No. HP sahaja. Selepas selesai tulis, MP dan Incik Husband pun menunggu. Sambil menunggu tu, MP makan coklat supaya nak bagi baby bangun. Alhamdulilah, masa makan coklat tu, memang MP rasa baby banyak gerak so MP sangat lega sebab baby gerak (ingat baby tak tidolaaa...) Dalam pukul
nama MP di panggil oleh Miss Jezzlyn (MJ) yang sangat kecil molek dan comel lote orangnyer. MP ingat Miss Jezzlyn ni Melayu rupanya Chinese. Orangnya sangat baik dan pandai memujuk baby. Masa dah baring tu, MJ scan dulu saiz kepala, perut, tulang kaki dan sebagainya. Alhamdulilah, kepala dan tulang kaki mengikut saiz sebenar baby tetapi saiz perut ada terlebih sikit sebab sepatutnya 27 weeks tetapi saiz perut terlebih seminggu 28 weeks. Maybe sebab ibunya makan banyak, al maklumlah ibunya langsung tak alahan. Jadi apa lagi, makan jela ibunyer puuun. Tetapi MJ kata its ok sbb hanya beza 1 weeks je so dun worry. Pastu MJ kata baby masih dalam keadaan songsang lagi tetapi katanya it's ok masih 27 weeks so masih ada masih ada masa lagi untuk baby duduk di tempat yang sepatutnya. Dannn apabila hendak mula scan untuk melihat wajah baby.... scan-scan punya scan rupa-rupanya... Our Baby sleeeeppzzzzzzz.... hmmm...
MJ try pujuk, punya pujuk pun Baby wat dekkk je. Sakit pulak hati kite ni. Macam-macam cara MJ buat, goyang-goyang MP punya tummy pun tak jalan, dan akhirnya MJ terpaksa minta MP berjalan-jalan dulu di luar sebab baby tidur, kaki kat muka, tangan kat muka, tali pusat kat muka. Masa scan semuanya kat muka, asyik menguap je, tali pusat pun dalam mulut. Sibuk dok main dengan tali pusatnya tu. Kejap pegang tali pusat, kejap tali pusat dalam mulut. Kaki tangan kat muka macamana nak snap gambo muka baby yang tembam tu. Jadi terpaksalah MP dan Incik Husband berjalan-jalan di luar dan di dalam Klinik.
Rupa-rupanya couple sebelum kami pun mengalami masalahnya yang sama, maybe baby mereka pun tidak memberi kerjasama yang sepatutnya. Jadi selepas kami keluar, couple tu pun diminta masuk semula. Selepas 15 minit kami berjalan-jalan, nama MP pun dipanggil masuk. Alhamdulilah, baby mula memberi kerjasama dengan baik, walaupun masih tidurrrr tetapi kaki tangan baby sudah tidak di muka lagi cuma tali pusat sahaja yang agak mengganggu sedikit di kawasan mulut baby. Tetapi tak mengapalah janji boleh nampak keseluruhan muka baby pun jadilah. Kalau tak sia-sialah ibu dan abahmu ini mengambil cuti untuk melihatmu sayang.
Dan inilah aksi-aksi yang telah Our Baby berikan... Enjoy...
Kami dapat 11 Video aksi baby kami tetapi saya hanya dapat masukkan yang ini sahaja sebab berat.... hehehe...
Pesanan dari penaja... hehehe...
Make sure anda datang ketika baby anda tak tidur. Anda mesti perasan kan waktu bila baby anda aktif so anda booking dan pilih masa yang baby anda aktif kalau tak nanti jadi macam MP, datang tak kena dengan time. Baby MP aktif selalunya selepas pukul 5 petang tetapi sebab hari tersebut MP ambil cuti jadi MP tukar masa ke pukul 3.40 petang supaya cepat sikit habisnya dan keputusannya agak mendukacitakan sebab baby sleeeppzzzz... So gambar-gambar yang terhasil tidaklah memberansangkan.
Dan lagi kalau boleh makanlah gula-gula ke, coklat ke, air kotak ke (something yang manis)10-20 minit sebelum scan supaya baby lebih aktif dan dapat berikan aksi yang memuaskan hati ibunya. Tapi kalau dah memang waktu itu waktu tidurnya makanlah apa pun dia tetap akan tidur walaupun tummy ibunyer di gegarkan macam gempa bumi sekalipun dia tetap akan tidur punyer...... sabar jelah wahai hati....
3 comments:
AsSalamualaikum sis,
Happy dpt tau sis da preggy :) semoga bertambah lagi rezeki keluarga sis..
Salam...
Terima kasih dear... :D
Salam..
Ni nak jawab pertanyaan pasal minyak urut bunga matahari tu ya...
Minyak urut tu akak beli kat salah sebuah kedai kat Kuala Lipis.. Kedai tu dekat area bas stand lama Kuala Lipis tu.. Maaf sebab tak ingat nama kedai dan takde no phone kedai tu..
Harap dapat membantu..
Post a Comment