Monday, 6 July 2015

APPETON: Multivitamin Plus Infant Drops Membantu Menambah Selera Makan Baby

Ibu mana yang tidak risau akan selera makan anak yang semakin merosot.  Semua makan dah diberi, bubur, buah, biskut dan macam-macam lagilah tapi semuanya dia sembur.  Tengok anak orang lain bagi apa semuanya mereka makan tapi anak kita susah betul nak bagi makan.  Harap susu badan je, susu formula pun dia tak nak.  Kisah susu formula nanti Ibu cerita kat page lain ye.

Selera makan makin merosot ni lebih kronik masa Aryan demam sampai kena admit sebab platelet darah Aryan yang sangat rendah sampai 102 (Cerita bab ni pun nanti ibu cerita kat page lain ye).  Sebelum demam tu pun memang Aryan memang tak suka makan, jadi bila demam lagilah langsung Aryan tak nak makan.  Susu ibu je yang dia nak.  Berat badan pun makin lama makin turun.

Jadi apa lagi ibu pun googlelah ada tak vitamin yang boleh tambahkan selera makan, Alhamdulilah terjumpa satu blog ni (lupa plak apa nama blog tu, terima kasih), yang menceritakan tentang pengambilan Multivitamin Plus Infant Drops ni dapat membantu menambah selera makan anak.

Ibu pun apa lagi, dengan segera pergi mencarinya di farmasi.  Masa tu Ibu balik Kapar rumah Parent ibu, jadi ibu pun pergi dengan Encik Husband ke Pekan Kapar, cari punya cari, Ya Allah, MAHALnya bendalah ni.  Semuanya harga RM50 ++ jadi kami pun cancellah nak beli kat Pekan Kapar.  Esoknya masa kami nak balik Banting, kami singgah Klinik Dr. Rosli kat Seksyen 18, Shah Alam, jangan pelik ye, kami tinggal di Banting tapi pergi Klinik kat Shah Alam.  Dalam banyak-banyak Klinik yang kami pergi kami anak beranak memang serasi dengan ubat dari Klinik Dr. Rosli, Seksyen 18 sebab tu bila sakit selalunya kami memang pergi situ je.  Hari tu kami pergi untuk ambil ubat untuk Aryan.  Selepas pergi klinik kami pergi farmasi berdekatan dengan klinik tersebut.  Alhamdulilah kami jumpa Appeton MPID ni harga asal RM50++ selepas diskaun RM43 so tanpa berlengah-lengah lagi kami pun terus beli.

Esoknya kami bagi pada Aryan, alhamdulilah Aryan suka sangat dengan MPID ni tak perlu pun paksa nak makan macam kita paksa dia makan ubat.  Aryan suka dengan rasanya yang macam oren.  Selepas bagi MPID ni, Alhamdulilah Aryan jadi makin kuat makan.  Sebelum tidur makan, bangun tidur makan, asyik makan jelaaa..  Suka.. Suka... Suka.. Berat pun makin bertambah-tambah.  Tapi masih maintain belum sampai overweight or obesiti.  Susu formula pun Aryan sudah mula minum walaupun bukanlah sehebat anak-anak lain yang minum sampai beroz2.  Kami kalau Aryan dapat minum habis 3oz or 4oz pun kami dah rasa bersyukur sangat dah.  Bagi Aryan tiada apa yang dapat menandingi Susu Ibu dia yang lebih banyak berperisa dari susu formula kot sebab ibu Aryan suka makan so air susu pun mesti macam-macam perisa dia rasa.

Cuma bagi ibu-ibu yang teringin nak bagi anak makan MPID ni ibu sarankan supaya tidak menggunakan tiub kaca yang mereka beri sebab first botol hari tu kami ada menggunakan tiub kaca tu tapi selepas 2 minggu menggunakannya tiub kaca tu patah kat dalam botol tu, kami pun tak tau nak cerita macamana boleh pecah, yang pastinya bila dah pecah kat dalam, ibu terus tak bagi MPID tu pada Aryan sebab takut serpihan-serpihan kaca tertinggal kat dalam botol jadi ibu terpaksa buang, terasa sayang tengok MPID yang masih berbaki dalam botol tu.  Tapi untuk menjaga kesihatan Aryan kami akur dengan membuang botol tu dan beli MPID yang baru.

Tapi dengan MPID yang baru ini, kami gunaka syringe (picagari) mengikut sukatan yang diberikan iaitu 1ml.  Selepas guna tutup semula dengan penutup asal selepas tu basuh syringe tu pastu keringkan.  Lagi terjamin kebersihannya.  Tapi terpulang pada ibu-ibu samada nak gunakan ataupun tidak.  Tiada paksaan dalam memberikan anak makan MPID..  hehe..

Second botol kami beli kat Pekan Banting, nama Farmasi tu Farmasi Banting, Alhamdulilah lagi murah harga asal RM40 dapat diskaun jadi RM38.  2 farmasi yang saya suka pergi kat Pekan Banting iaitu:




19 comments:

seroje said...

Baby berape bulan boleh makan ye???

Unknown said...

saya pom bru jer nk try ni . bru je beli..hhehe . anak sy 4 bulan,masalh berat badan,menyusu kurg sbb tu nak try

Anonymous said...

Tengku firna da try kt ank ke.elok xnyusu

Unknown said...

Sy pn tgh bg baby mkn vit nie..4bln tp bru 4.4kg..alhamdulillah mkin kerap susu..sblum nie blh mnm susu time tido je..skrg time berjaga pn nk mnum jgk

Unknown said...

Eh asal kua komen cmpur bhsa nie?😂

Unknown said...

Sy pun baru beri anak yg usia 2 bulan.sbb sy ada nmpk kat Hosp pun doktor bg bAyi yg x cukup bulan

Unknown said...

Sy pun baru beri anak yg usia 2 bulan.sbb sy ada nmpk kat Hosp pun doktor bg bAyi yg x cukup bulan

Unknown said...

Sis sy nak tanya babyi sy baru usia 2 bulan lebih nak masuk 3 bulan ..dia kurang menyusu ...boleh x sy bagi vitami ...ada x vitamin yg sesuai untuk tambah selera menyusu dia...sebab sy risau berat dia menuru...sebab masa lahir berat dia 2.2kg je

Anonymous said...

Bby sy prem ms lahir.. Berat 3.2kg dan g6pd...doctor bg vit ni.. Ms dia 2 bulan..dan doctor sarankan dia mnum vit ni smpi dia putus susu... Vit ni ok.. Bg naik selera bby.. Tp xdelah smpi obes. .Bby sy sihat alhamdulillah...dia mnum susu cmpur sbb kuning dia lama.. Tp skrg dia lg suka susu bdn..Alhamdulillah...skrg dah nk msuk 6 bln..dia mbesar sihat dan tggi..

Unknown said...

Baby saya dah 10 buln..mmg takmau mkn nasi..susu pon minum sikit je..lebih pada main je..ingtkn bby bawah setahun tak boleh mkn supliment..baca kat sini baru saya yakin nak cuba..baru beli tadi..doakan ank saya selera makn..

Unknown said...

Bg sebelum mkn nasi ke atau selepas atau xkisa bile2?

Unknown said...

Tengku firna ank sy mmg kurang mnyusu.. Susu bdn dh lama stop dr 2 bulan. So skrang ank 5 bulan mnum susu pun kurang.. Berjaya ke pkai appeton ni

Unknown said...

Min sy da beli vitamin ni sukatan dia 1.0ml ke? Bkn ape tgok cm bnyk je so confius

Nur Amnan said...

Assalammualaikum awak dah try ke.. Doc suggested unt anak sy 7bulan ambil vitamin ni sebb masalah berat badan kurg

Cahaya Ramadhan said...

Sy bg anak saya yg baru sebulan. Doc yg sarankan sebab anak sy Kurg vitamin D, skrg dia da 4 bulan berat pun da 6kg lebih.. Alhamdulillah ubat ni bagus.. Bg 1.0ml je sehari ikut sukatan👍👍

Unknown said...

Appeton ni mmg bagus ...baby Sy 10m berat badan x cantik , dlm 5 hari mcm tu( repeat) kg naik ..suka Sgt2... appeton MMG terbaik

Anonymous said...

Bayi saya setahun , menyusu badan tapi badan lemah je kurus je berat badan pun turun. Bagi makan na oun dia tolak Boleh kan bagi vitamin ni saja?

Anonymous said...

Bayou saya Masa lahir 2.4kg..skrang masuk bulan ke dua.3.2kg.tapi dia kurang menyusu..saya agak risau..nak try appeton tapi takut

Unknown said...

Wahh semua feedback bgus2,sy baru 2 hr cuba vitamin ni,bby 8bln,lahir 2.4kg je,mggu leps dia demam dn smpai skrg xnak mkn,fm xnk,bf je xtolak.risau nti 9bln nk g klinik utk timbang risau takut turun berat bdn nti misi bising.hrp mjd lh ikhtiar mama dgn bg mnum appeton.