Wednesday 1 August 2012

Panduan sebelum, semasa & selepas survey kedai keperluan rumah baru

Kadang-kadang ramai juga orang yang pergi survey kedai untuk tempah grill, awning, langsir dan sebagainya dengan tangan kosong...  lenggang kangkong...  Tak boleh macam tu...  Kita buat sesuatu tu mesti ada target... So sebelum kita pergi buat survey kedai untuk keperluan rumah baru, kita perlu ready dengan maklumat yang lengkap...  

So dekat sini saya senaraikan perkara-perkara yang perlu dibuat sebelum, semasa dan selepas kita pergi survey untuk tempah/beli grill, awning, langsir, tinted, rumput, tiles dan sebagainya mengikut cara aku yer...


SEBELUM

1.  Sediakan buku khas untuk semua catatan berkenaan rumah anda...

2.  Bahagikan buku catatan rumah anda itu dengan "tagging" supaya senang dirujuk...  contohnya tag untuk iklan nombor telefon dan alamat, kemudian selangkan dalam 20 helai (ikut kehendak masing2) baru korang "tagging" dengan info or apa sahaja korang nak tulis sebagai rujukan.

3.  Selepas korang sudah ada buku, sudah buat tagging...  Baru korang pergi rumah baru korang tuh untuk ambil ukuran...  Ukur betul-betul mengikut keluasan tingkap, sliding door, pintu dan sebagainya...  Jangan pandai-pandai buat anggaran ukuran sendiri...  Nanti pandai-pandailah orang kedai tu lebihkan sendiri ukuran tu...  Mereka lebih mahir...  

4.  Sekarang ni semua hp dah canggih so jangan lupa tangkap gambar pintu, tingkap dan sebagainya sebagai rujukan orang kedai tu nanti...  Kalau korang tak tau nak cerita keadaan rumah korang tu korang tunjuk je gambar rumah korang tu pada dia...  Insyallah mereka akan faham dan dapat gambaran rumah korang tu macamana... Selalunya mereka akan suggestkan pada korang banyak mana ukuran yang perlu korang tambah dan apa yang perlu dan elok untuk rumah korang nanti.... so dont worry...

5.  Kalau korang cari dalam internet, korang call kedai tu tanya harga yang boleh kedai tu bagi...  kalau macam ok je harga yang kedai tu bagi korang pergilah kedai dia untuk tanya dengan lebih details lagi...


SEMASA

1.  Jangan lupa bawa buku catatan rumah korang tu....  

2.  Bagi ukuran yang telah korang catat...  Bagitahu kat orang kedai tu yang ukuran tu ngam-ngam dengan benda yang korang ukur so minta dia adjust ukuran sendiri, berapa yang kena tambah...  

3.  Selepas korang terangkan pada orang kedai tu tentang bagaimana rupa bentuk tingkap, pintu korang dan sebagainya, diaorang tetap tak boleh nak bayangkan so itulah gunanya korang tangkap gambar tingkap, pintu, sliding door, rumah korang sebenarnya...  bagi dia tengok gambar yang korang tangkap tu... kan senang...  dia punya keje pun senang nak buat kira-kira untuk korang...  korang pun puas hati sebab dia boleh faham apa yang korang inginkan atau katakan...

4.  Kalau korang was-was dengan apa sahaja tentang rumah korang, korang cubalah minta pendapat dari mereka...  Mereka lebih mengetahui...  Serahkan pada yang pakar...  Jangan malu untuk bertanya apa sahaja yang korang ingin nak tahu...  Sekurang-kurangnya korang dapat menambahkan ilmu di dada...  

5.  Setelah dia buat mengikut citarasa korang, dan dia sudah bagi harga...  kalau korang rasa harga yang diberi korang mampu milik...  korang just senyum dan bayar jelah...  tetapi kalau harga yang diberi lari dari bajet yang korang ada, jangan malu, jangan segan, minta tawar...  selagi boleh tawar korang tawarlah...  tetapi kalau orang tu pun keras jek tak mau turunkan harga...  apa lagi minta maaf kat orang kedai tu...  terus terang je kata harga lari dari bajet...  mana tahu rezeki korang, orang tu kesian kat korang, dia boleh bagi apa yang korang nak tu dengan harga korang minta...  tapi nak tawar tu agak-agaklah yer...  Jangan melampaui batas...  Kesian juga kat diaorang...  Mereka tu meniaga...  Kalau mereka bagi harga murah langsung tak de untung...  Lebih baik tak payah buat bisnesskan...  Bertolak ansurlah sesama kita...  

6.  Kalau sudah decide nak buat dengan kedai tu korang tanyalah apa proses seterusnya...  bila boleh pergi rumah buat ukuran...  kalau kedai tu jauh dari rumah korang, korang tanyalah ada caj transport ke tak...  berapa lama boleh siap...  pembayaran macamana...  kena terus bayar full ke atau bayar deposit dulu nanti dah siap rumah baru bayar habis ke atau macamana....

7.  Jangan lupa ambil nombor telefon kedai tu...  kalau belum adala...  senang kalau ada apa-apa hal nanti...  minta je kad bisness...

8.  Jangan lupa juga minta resit jika sudah buat pembayaran sebagai bukti pembayaran...  nanti kalau ada apa-apa hal senang...


SELEPAS

1.  Selepas sudah buat tempahan atau pembelian... Update buku catatan korang...  Potong senarai yang sudah ditempah atau dibeli... Kalau ada yang sudah dibayar deposit jangan lupa catat dalam buku korang tu supaya tak terbayar dua kali... kalau nak bayar juga terpulang...  hehehe...

2.  Resit jangan lupa simpan...  Macam aku, aku stapler atau klipkan kat kulit buku catatan...  senang untuk buat rujukan...  tapi kalau rajin boleh juga sediakan 1 fail untuk resit-resit tu...

3.  Bila waktu mereka datang ukur, atau tengok rumah... jangan pulak korang tak datang...  nanti ntah apa-apa je yang dia buat...  kalau korang ada korang boleh tahu apa yang mereka buat... terangkan pada mereka apa yang korang nak...  jangan diam je...  nanti jadi lain tak mengikut kehendak hati korang nanti korang tak puas hati pulak.... bincang elok-elok...

4.  Sesudah mereka datang ukur atau tengok rumah, korang jangan lupa call mereka tanya pasal setiap progress tempahan kita...  kena follow up la dalam bahasa omputihnya...  kena ada due date kalau tak nanti mereka buat sambil lewa...

5.  Bila tiba masa mereka nak datang buat kerja, korang kena pergi rumah baru korang untuk tengok apa yang mereka buat...  nanti kalau sudah pasang baru korang nak complaint, nanti menyusahkan mereka...  kesian pulak kat mereka tu...  

6.  Akhir sekali jangan lupa bayar baki setiap tempahan atau pembelian korang selepas semuanya telah siap...  

Fuh...  Jenuhnya nak habiskan entri ni...  harap entri ni dapat berikan panduan kepada anda semua...  :)