Showing posts with label Info Berkaitan Home Sweet Home. Show all posts
Showing posts with label Info Berkaitan Home Sweet Home. Show all posts

Monday, 26 August 2013

Contact: GRILL YANG MURAH DAN CANTIK


No. 16, Jalan Salak Idaman 1,
Taman Salak Idaman,
Bandar Baru Salak Tinggi,
43900 Sepang, Selangor

012-3979951
(Brother A'An)

Progress Rumah End of Julai 2012

Hari ini aku nak update progress rumah baru kami yang kat Banting...  Aku pergi masa 1st day puasa 21 Julai 2012 hari Sabtu...

Alhamdulilah nampak macam sudah nak siap...  Aku tanya pekerja-pekerja yang buat rumah aku tu, agak-agak bila boleh siap...  Mereka kata hujung bulan kena pastikan semuanya siap kalau tidak pemaju boleh kena penalti...  So bila mereka kata macam tu lagi lah bertambah ketidaksabaranku untuk melihat rumah ku siap sepenuhnya...  Sebenarnya sudah tidak sabar nak duduk rumah sendiri...  Mesti best...

Cuma pekerja-pekerja tu kata rumah siap belum tentu boleh duduk lagi sebab kena tunggu CF...  kebiasaannya kalau nak dapat CF mengambil masa paling lama pun 3 bulan...  so aku kira-kira paling lewat pun kami boleh duduk rumah pertama kami tu Insyallah bulan Januari 2013...  

So tanpa melengahkan lagi aku mempersembahkan pada kalian semua foto-foto yang telah kuambil untuk tatapan semua... hehehe...  


Inilah gambar rumah depan kami...  Cantik tak??  Sukanya tengok bumbung rumah yang berkaler Grey tu...  Sungguh moden dan elegan... suka sangat2...

Inilah gambar pagar kami...  Sedihnya bila tengok gambar ni...  Tak seperti dalam pamplet pun...  huhuhu...  tak pela mrs. pejan... nanti ada rezeki lebih kita tukar pagar ni yer...  sabar tau...


Inilah gambar tong sampah & peti surat kami...  sebelum ni memang selalu tengok kat rumah orang lain tapi yang ini beza dengan rumah yang lain sebab saiznya besar tak sama dengan yang orang pernah tengok sebelum ni...  tapi yang tak bestnya tong sampah ni...  tak de pintu dari dalam rumah so kalau nak buang sampah still kena buka pagar kuar baru boleh buang sampah... huhuhu...  tak tahulah kenapa mereka tak buat pintu dari dalam kat tong sampah tuh...  mesti ada sebab kenapa pemaju buat macam tu kan... think positif...  positif...  :)
Ini pula gambar depan rumah orang tapi ni dalam pagar...  luar dalam dah cat cuma tingkap dan sliding door je belum lagi letak... elektrik.. air..  dah ada...  korang cuba tengok kaler purple grey kat dinding luar rumah tu...  suka sgt5...  macam tau..  tau... je yang org love purple and grey...  lagi satu korang nampak tak lubang-lubang kat atas tu...  function lubang-lubang kat atas tu adalah untuk angin...  so kalau nak beli rumah beli rumah yang ada lubang angin macam tu sebab kalau tak de lubang angin tu rumah akan panas...  walaupun lubang-lubang angin tu nampak macam kampung je kan tapi ia amat berjasa pada kita nanti...
Ini tingkap MasterBedRoom... Tingkap MasterBedRoom menggunakan tingkap jenis Casement Windows...  So time masa aku datang ni tingkap belum pasang lagi so tak boleh nak tunjuk Casement Windows tu macamana tapi aku ada search kat pakcik google contoh Casement Windows...
Inilah contoh Casement Windows... So nanti tingkap Masterbedroom kat rumah aku pun akan kelihatan seperti ini...
Inilah gambar ruang tamu aku...  Kecil je kan saiz ruang tamu aku...  Nak buat macamana itu je yang termampu...  Ruang tamu aku nampak kecil disebabkan rumah aku ada 4 bilik so pemaju ambil space kat ruang tamu untuk dijadikan bilik... so terima jelah...
Ini pula gambar lantai dan dinding rumah aku... semuanya sama kaler...  aku pun tak bape nak pasti ni kaler ape tapi dinding rasanya light yellow/cream tapi lantai memang aku tak tahu nak kata kaler ape...  sorry..  korang nampak tak ada macam papan putih sandar kat dinding tu...  kalau korang nak tahu tulah plaster syiling...  setahu aku ruang tamu je yang pemaju akan bagi plaster syiling tapi rupa-rupanya dapur aku pun pemaju bagi plaster syiling...  tapi simple jela tak de cornice pun...  oklah tu dari tak de bg apa-apakan...  tapi yang pastinya bila da ada plaster syiling, ruang tamu dan dapur aku nak letak downlight...  wah mesti cantik, moden dan elegan...  hehehe..


Our MasterBedRoom... As u can see... Kecil je kan...  Muatlah nak letak katil, meja solek, dan sebuah almari...  Oklah tu...  Kalau nak MasterBedRoom bes0..  bes0..  g beli banglo kat Cyberjaya tu ha...  baru puas hatikan...  hehehe...


Bilik air dalam MasterBedRoom...  Walaupun tak besar mana tapi aku suka sangat-sangat kat kaler coklat ala-ala kayu gitu...  memang nampak unik...  smart...  menawan...  dalam bilik air ni ada shower, sinki dan yang paling penting ada jamban duduk...  hehehe...  kalau tak seksala aku...  nasib baik ada...


Ini gambar bilik kedua dan ketiga...  still tak besar mana pun...  bilik kedua tu aku nak letak katil untuk tetamu...  yang bilik ketiga tu plak aku nak jadikan bilik baju...  semua baju akan disimpan dan digantung disini... nak iron pun kat dalam bilik ni jugak...  kesian bilik ni...  dah la kecik pastu semuanya nak sumbat dalam bilik ni... ish.. ish.. ish... hehe..


Gambar kat atas ni pula adalah gambar bilik kami yang keempat.. Bilik belakang sekali...  Bilik ni kami da decide untuk dijadikan STOR...  Kami nak letak para atau rak serbaguna kt dalam stor ni...  barang pun boleh simpan dengan kemas dan teratur...  cuma sekarang ni tak tahu nak cari para/rak tu kat mana...  parent aku kata try cari kat kedai hardware...  tp tak penah lagi survey ada ke tak de...  harga pun tak tahu bape... 




Rak kat atas ni lah yang kami nak letak kat stor... kat manalah ada jual rak macam ni...  harap-harap adalah kat kedai hardware...  Rak ni ada yang bagi nama Rak Besi Siku... Dalam bahasa omputih Stolled Angle Racks...


Ini gambar toilet kedua...  Terletak di ruang masuk nak ke dapur...  sama kaler dengan tandas MasterBedRoom...  Kaler Coklat...  Tandas luar ni menggunakan Tandas Menyangkung...  So okla satu rumah ada satu tandas duduk dan satu lagi tandas menyangkung...  Dua-dua tandas gunakan shower...  Jimat ruang...  So tak perlulah nak guna kolah yang akan makan space toilet yang sekangkang kera ni...


Wednesday, 24 April 2013

Permohonan Tambahan Dan Pindaan Bangunan Rumah, dan Kedai/Pejabat Sediada Yang Perlu Dijelaskan Kepada Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL)

Sebelum kami hendak buat Reno rumah kami tercari-cari info berkenaan permohonan ini.  Bagaimana nak mohon??  Dokumen apa yang perlu disediakan untuk memohon?? Berapa yang perlu dibayar??  Bahagian mana yang perlu dirujuk?? Kami agak terkilan kerana tiada sebarang info yang membantu kami untuk membuat permohonan ini.

Jadi oleh itu, MP sediakan entri ini untuk membantu sahabat-sahabat diluar sana bagi memudahkan anda semua membuat permohonan.

MP membuat permohonan ini di Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) kerana rumah kami di Banting jadi anda semua bolehlah membuat permohonan di Majlis Daerah masing-masing ye.

MP rasa prosedur permohonan kemungkinan lebih kurang sama sahaja.  Mungkin kalau ada beza maybe sedikit sahaja.

Mula-mula kami pergi ke Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) di alamat:

Majli Daerah Kuala Langat
(MDKL)
Persiaran Majlis Baru
42700 Banting,
Selangor Darul Ehsan.

Nombor Telefon MDKL:
03-3187 2825
03-3187 2732
03-3187 8957

Nombor Faks:
03-3187 9304

Kemudian kami pergi ke 
Ground Floor,
Jabatan Kawalan Bangunan
Instruction:
Masuk Lobi -> Terus -> Turn Left (Kiri)
Uols akan nampak signage kat atas tu.

Masuk pintu kaca tu dan tunggu sehingga staff datang pada kita.  Kami pergi Jabatan Kawalan Bangunan tu untuk mengambil borang dan beli buku PELAN SETARA.  Apa Buku Pelan Setara ni kan??  Nanti MP terangkan ye.

Sebelum tu mari kita lihat 
Checklist Permohonan Tambahan Dan Pindaan Bangunan Rumah dan sebagainya.


Ini contoh borang yang staff MDKL beri pada kami yang perlu kami isi untuk mendapatkan kebenaran Reno rumah kami.


Kita WAJIB membeli Buku Pelan Setara ini dan pembayaran perlu dibuat di kaunter khas di Kaunter Pembayaran berdekatan dengan lobi.
Buku Pelan Setara ini memudahkan owner untuk membuat permohonan kerana owner tidak perlu pening kepala untuk mencari Pelukis Pelan untuk melakar bahagian rumah anda yang hendak di ubahsuai.

Di Buku Pelan Setara ini dilengkapi dengan Pelan ubahsuai yang diluluskan oleh Majlis Daerah.

Harganya tidaklah semahal mana dan kita boleh simpan dan sekiranya kita hendak tambah mana-mana bahagian lain dirumah kita kelak kita tidak perlu untuk membelinya lagi kerana kita boleh memfotokopi dari Buku Pelan Setara yang kita sudah beli sebelum ini.

Harga Buku Pelan Setara ini hanya
RM15.00 sahaja.

Dan kita akan dapat resit ini:

Kemudian kita kena photostate 4 helai pelan yang berkenaan dengan pengubahsuaian rumah kita.

Masa kami jumpa staff di Jabatan Kawalan Bangunan, dia ada berikan kami borang.  Borang-borang yang perlu kami isi selain borang di atas adalah:

Akujanji Pemilik

Akujanji Pemborong/Kontraktor

Akujanji Pemilik Menggunakan Perkhidmatan Tong Sisa Bahan Binaan.
(Kami tidak menggunakan perkhidmatan ini kerana kami tidak perlu memecahkan dinding yang ada jadi tiada batu atau sampah yang perlu dibuang menggunakan Tong Sisa Bahan Binaan).

Tapi kami perlu membuat surat tunjuk sebab kenapa kami tidak menggunakan perkhidmatan ini jika ingin wang cagaran dikembalikan.

Borang Akuan Sumpah

Selain daripada melengkapkan borang-borang di atas kami perlu menyediakan:

.1.
SLIP PEMBAYARAN CUKAI TAKSIRAN Majlis Daerah YANG TERKINI

.2.
RESIT CAGARAN (SYABAS)

.3.
SATU SALINAN KAD PENGENALAN (IC) PEMILIK

.4.
SATU SALINAN SURAT HAKMILIK/SALINAN SURAT PERJANJIAN JUAL BELI PEMILIK/S&P

.5.
RESIT PEMBAYARAN CUKAI TANAH TERKINI

.6.
4 SALINAN PELAN BUKU GARIS PANDUAN
* Cadangan tambahan binaan baru hendaklah diwarnakan *
* Ulasan rajah kasar hendaklah disertakan *

.7.
2 KEPING GAMBAR TAPAK SEMASA
* Bahagian hadapan bangunan (rumah) *
* Bahagian belakang bangunan (rumah) *
* Bahagian tepi bangunan (rumah) (jika ada) *

.8.
SALINAN RESIT PEMBELIAN BUKU GARIS PANDUAN
(BUKU PELAN SETARA)

.9.
SALINAN RESIT BAYARAN PROSES PELAN

Jadi setelah kami lengkapkan semua borang-borang dan menyediakan setiap dokumen yang diminta beserta bayaran pihak MDKL akan memberikan kita sehelai A4 paper yang menyatakan KELULUSAN PELAN TAMBAHAN DAN PINDAAN

Disini saya sertakan senarai pembayaran yang perlu kita buat berdasarkan ruang yang hendak kita ubahsuai.

Alhamdulilah..  Lega akhirnya dapat juga MP sempurnakan entri ini.  Asyik tertangguh je.  MP harap entri ini serba sedikit dapat membantu anda semua mendapatkan kebenaran sebelum membuat proses ubahsuai rumah kerana jika anda tidak mendapatkan kebenaran dan pihak Majlis Daerah dapat tahu dan datang ke rumah anda akan dikenakan denda dan jika nasib anda tidak baik pihak Majlis Daerah akan meruntuhkan bahagian yang anda ubahsuai.  Jadi jika anda tidak mahu perkara sebegitu berlaku adalah lebih baik anda dapatkan kebenaran dahulu sebelum membuat ubahsuai jika tidak anda juga yang rugi.

Jangan risau kita boleh dapatkan kembali wang yang kita cagarkan jika kita mengikuti syarat-syarat yang dikenakan oleh Majlis Derah masing-masing.

Sekian, terima kasih.







       





Tuesday, 9 April 2013

HASIL KITCHEN CABINET 3G YANG MURAH, CANTIK & KEMAS.

Mesti ramai yang ternanti-nanti hasil Kitchen Cabinet 3G yang kami tempah untuk rumah kami di Banting.  Kami sangat berpuas hati dengan hasil kerja Abg Zulmi (AZ).  


Jadi tanpa membuang masa MP sertakan gambar-gambar untuk tatapan semua.  
(Bukan niat untuk menunjuk-nunjuk tapi hanya semata-mata untuk berkongsi dengan kawan-kawan untuk dijadikan panduan idea untuk membuat Kitchen Cabinet, itu sahaja).

Inilah Abang Jimmy yang tolong buatkan Table Top Konkrit.

Proses pertama yang perlu dilakukan.

Antara bahan-bahan untuk membuat Table Top Konkrit untuk Kitchen Cabinet.
("Bahan-bahan" macam nak buat kek plak.. hehe..)

Inilah hasilnya Table Top Konkrit.  Kami minta tiles kaler hitam sbb kalau kotor tak delah nampak sangat.  Dan untuk pengetahuan kawan-kawan semua dalam pun Abang Jimmy tolong tileskan tau.  Memang kemas sangat.

Inilah hasilnyaaaa.....

Ruang sinki.

Dapur belum dipasangkan lagi.  Tapi senang je pasang dapur tu rupanya.

Tara....  Inilah hasilnya... 
Kitchen Cabinet 3G kami.
Tema Black & Red.

Ini pula Abang Zulmi yang telah mereka dan menghasilkan Kitchen Cabinet 3G untuk kami.


Inilah Cik Abg Saya.

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang berapa harga, no telefon Pembuat Kitchen Cabinet kami dan sebagainya boleh kliks sini.




Sunday, 24 March 2013

GRILL RUMAH YANG CANTIK, TELITI, KEMAS & MURAH

Perkara utama yang perlu dibuat semasa beli rumah baru adalah GRILL.  Zaman sekarang ini, pemasangan grill rumah adalah penting kerana banyak kes kecurian, pecah masuk rumah.  

Walaupun kita pasang grill tidak bermaksud pencuri-pencuri tegar ini tidak akan pecah masuk rumah kita tetapi dengan adanya grill ini keberangkalian untuk dipecah masuk adalah kurang sikit berbanding dengan rumah yang tiada grill.

Jadi kami telah mengupah brother An (bukan chinese tetapi javanese..  hehe..) untuk memasang grill dirumah kami.  Kami telah memilih design yang simple tetapi ada butterfly.  

Design Butterfly
White Color
Hallow
(Walaupun hallow bukan wrought iron tapi sgt berkualiti kerana menggunakan besi padu)
RM2300
(satu rumah termasuk grill + awning untuk belakang rumah - half tembok - half grill)

Ihsan Tuan Mudah.my
contoh rumah belakang. lebih kurang macam nilah.


Nanti bila sudah siap sepenuhnya yang kami punya MP akan update untuk tatapan bersama ye.

Bagi sesiapa yang berminat untuk mengambil khidmat Brother An untuk membuat Grill mengikut citarasa tersendiri bolehlah menghubungi beliau dengan cara:

Alamat:
RANGKAI BINA ENTERPRISE
Lot 3540, RDU-1, Kg. Labohan Dagang,
42700 Banting, Selangor.

Juga boleh hubungi:
012-905 1969

Perkhidmatan Yang Disediakan:
Grill, Wrought Iron, Sliding Door, Awning, Buaian, Elektrik, Perpaipan, Pengubahsuaian dll.

Info tentang pemilihan grill rumah yang bagus dan sebagainya bolehlah klik entri ini nanti yer...




Persediaan Masuk Rumah Baru

Pejam celik, pejam celik... Syukur Alhamdulilah 29 Mac 2013 (Jumaat malam) kami akan berpindah ke rumah baru kami di Taman Kenanga, Banting.

Perasaan tidak tergambar dengan kata-kata kerana dalam fikiran ini banyak benda yang perlu difikirkan.

Mari kita lihat apa yang telah kami sudah sediakan untuk perpindahan kali ini.

1  
Sewa Lori 5 Tan
Kami akan menggunakan khidmat lori brother yang kami pindah 2 tahun yang lepas dari Balakong ke Semenyih (rumah sekarang).  Pada asalnya kami nak pindah pada 30 Mac 2013 hari Sabtu tetapi  disebabkan brother tu sudah ada job hari itu, jadi kami decide pindah malam jumaat 29 Mac 2013.  Caj yang dikenakan oleh brother Wan ni hanyalah sebanyak RM350.00 mengikut berapa banyak barang yang perlu diangkat.  Kalau kurang dari yang sepatutnya dapat kurang lagi RM300.00.  Kami sewa lori 5 Tan.

Brother Wan
019-6738622

2
Cuci Rumah Baru
Disebabkan tidak mahu menyusahkan dan memenatkan diri sendiri dan adik beradik jadi kami decide upah orang untuk mencuci rumah.  MP cari khidmat cuci rumah baru ni dalam internet.  Hope hasilnya memuaskan hati. Untuk sebuah rumah single storey macam rumah kami yang bersaiz 20 X 70 ni upahnya adalah sebanyak RM250.00 sahaja.

Encik Faris
013-4055012

3
Buka & Pasang Aircond
Kami terpaksa upah orang Aircond untuk membuka dan memasang Aircond kerana kami tidak pandai membuka & memasangnya sendiri. Hehe.. Khidmat Buka & Pasang Aircond ini pun MP cari dalam internet.  Aircond 1hp buka dan pasang mereka caj RM230.00 sahaja.

MM Aircond
03-89127531

4
Buka & Pasang Astro
Oleh kerana kami pengguna Astro Beyond jadi kami tidak perlu pening kepala untuk upah orang untuk buka & pasang Astro kerana kelebihan pengguna Astro Beyond perkhidmatan pindah Astro adalah PERCUMA... FREE...

1-300-82-3838




Thursday, 21 March 2013

SHOPPING AKSESORI DAPUR DAN TOILET: MURAH, BERKUALITI, MODEN & CUN

Pada asalnya kami tidak terfikir langsung untuk shopping aksesori toilet.  Asalnya kami pergi ke Top Bath Sanitary Trading untuk membeli sinki dan hob & hood untuk kitchen cabinet tetapi akhirnya kami terbeli juga aksesori untuk toilet.  Bagi sesiapa yang ingin beli sinki, hod & hob, aksesori untuk dapur & toilet boleh mengunjungi Kedai di bawah ini.

TOP BATH SANITARY TRADING
No. 77, Jalan Cempaka Harum 1,
Taman Cempaka, 42700 Banting,
Selangor Darul Ehsan

Juga boleh hubungi:
03-3187 5422

No. Fax:
03-3181 5422

Di sini kami telah membeli beberapa barang antaranya:

Rubine 2 Boul Sink
Harga asal RM400 dapat 40% less
RM240.00

Cabana Double Tap
RM140.00

Rubine Sapphire Hod & Hoob
3 Burner
RM1399.00

Glass Basin For Toilet
(Termasuk paip untuk sinki)
1 Set - RM488.00
2 Set - RM976.00

Mirror for Toilet Master Bedroom
RM45.00
Mirror for Toilet Luar
RM45.00

2 Layer Corner Glass Shelf
1 Set - RM75.00
2 Set - RM150.00

Sorento Glass Shelf
(Paling atas)
Harga Asal RM160.00
1 Set - RM110.00
2 Set - RM220.00

Cabana Towel Shelf
1 Set - RM60.00
2 Set - RM120.00

Cabana 2 Way Tap
Harga Asal RM95.00
1 Set - RM65.00
2 Set - RM130.00


Toilet Hose Pipe (Bidet)
1 Set - RM40.00
2 Set - RM80.00

Cabana Paper Holder
1 Set - RM38.00
2 Set - RM76.00

9" Fiber Filter
(Free Installation)
RM599.00

TOTAL RM4220.00

Fuh...  Lega sebab dapat update pasal Shopping Aksesori Toilet & Dapur. Hampir 5k jugakan.  Tak palah janji puas hati.