Tuesday 29 April 2014

JENIS-JENIS PEMBELIAN (RESIT) YANG BOLEH DI CLAIM (DITUNTUT) DI LHDN


Sejak dua menjak bila cek Payslip kena caj PCB, saya terus dapatkan info tentang tuntutan.  Jadi disini saya sertakan segala jenis pembelian (resit) yang boleh kita claim di LHDN.

1. Individu dan saudara tanggungan = RM9,000
2. Perbelanjaan Perubatan Ibu Bapa = RM5,000 (Terhad)
3. Peralatan Sokongan Asas = RM5,000 (Terhad)
4. Individu Kurang Upaya = RM6,000
5. Yuran Pendidikan (Sendiri) = RM5,000 (Terhad)
6. Perbelanjaan perubatan penyakit yang sukar diubati = RM5,000 (Terhad)
7. Pemeriksaan perubatan penuh = RM500 (Terhad)
8. Pembelian buku, majalah, jurnal dan penerbitan = RM1,000 (Terhad)
9. Pembelian komputer peribadi untuk individu= RM3,000 (Terhad)
10. Tabungan bersih dalam skim SSPN = RM3,000 (Terhad)
11. Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan = RM300 (Terhad)
12. Yuran langganan Jalur Lebar = RM500 (Terhad)
13. Faedah pembelian rumah. Potongan cukai terhad kepada RM10,000 setiap tahun asas bagi 3 tahun taksiran berturut-turut bermula dari tarikh faedah mula dibayar. 

Syarat kelayakan:
(i) pemastautin warganegara Malaysia;
(ii) pembelian rumah kediaman terhad kepada satu unit sahaja;
(iii) perjanjian jual beli ditandatangani dalam tempoh 10 Mac 2009 sehingga 31 Disember 2010; dan
(iv) rumah kediaman tersebut tidak disewakan. 

Di mana:
(a) 2 atau lebih individu layak menuntut potongan bagi sebuah rumah kediaman; dan
(b) jumlah faedah yang dibelanjakan oleh kesemua individu berkenaan melebihi amaun yang dibenarkan dalam tahun itu. Setiap individu dibenarkan suatu potongan bagi setiap tahun mengikut formula berikut: 

A x B = C 

Di mana;
A = jumlah faedah dibenarkan dalam tahun berkenaan;
B = jumlah faedah dibelanjakan oleh individu berkenaan dalam tahun berkenaan;
C = jumlah faedah dibelanjakan oleh kesemua individu

14. Suami/Isteri/Bayaran alimoni kepada bekas isteri = RM3,000 (Terhad)
15. Suami/Isteri kurang upaya = RM3,500
16. Anak di bawah umur 18 tahun = RM1,000
17. Anak berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan menerima pendidikan sepenuh masa = RM1,000
18. Anak berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan = RM4,000
19. Anak Kurang upaya - Pelepasan tambahan sebanyak RM4,000 bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan = RM5,000
20. Insuran nyawa dan KWSP = RM6,000 (Terhad)
21. Skim anuiti baru atau tambahan jumlah anuiti sedia ada dan bayaran di buat mulai 01/01/2010 (apa-apa lebihan daripada premium anuiti baru atau tambahan melebihi RM1,000 boleh dituntut dan diambil kira bersama-sama jumlah premium insurans nyawa) = RM1,000 (Terhad)
22. Insurans pendidikan dan perubatan = RM3,000 (Terhad)

Wednesday 9 April 2014

Surah-Surah Amalan Untuk Ibu Mengandung


1.  Surah Al-Fatihah
     -  Untuk Terang Hati Dan Kuat Ingatan

2.  Surah Maryam
     -  Untuk Memudahkan Ibu Bersalin Dan Memperoleh Anak Yang Soleh

3.  Surah Luqman
     -  Untuk Memperoleh Anak Yang Cerdik Akal Dan Jiwanya

4.  Surah Yusuf
     -  Untuk Memperoleh Anak Yang Cantik Rupa Dan Cantik Akhlak

5.  Surah Al-Hujurat
     -  Untuk Memperbanyakkan Susu Ibu Dan Sifat Berhati-Hati (Anak)

6.  Surah Yassin
     -  Untuk Ketenangan Hati Dan Anak Jauh Dari Godaan Iblis Dan Syaitan

7.  Surah At-Tawbah
     -  Untuk Membersihkan Jiwa Dan Memelihara Diri Daripada Maksiat

8.  Surah An-Nahl
     -  Untuk Melahirkan Anak Yang Berdisiplin