Thursday 28 February 2013

Apa Yang Menarik Di Pulau Perhentian


Soalan dan jawapan yang selalu bermain di fikiran bakal pengunjung Pulau Perhentian...


1. Beza Perhentian Kecil dan Perhentian Besar?
Antara Perhentian Kecil dan Perhentian tidak terdapat banyak perbezaan. Cuma di Perhentian Besar terdapat lebih banyak resort untuk menjadi pilihan para pelancong berbanding dengan Perhentian Kecil. Ramai yang tersalah anggap bahawa di Perhentian Besar terdapat banyak kampung nelayan tetapi sebenarnya kampung nelayan terletak di Pulau Perhentian Kecil. Angin di Perhentian Kecil lebih kuat berbanding Perhentian Besar dan boleh dikatakan Perhentian Besar lebih panas berbanding Perhentian Kecil.Perhentian Kecil mempunyai 'Long Beach' dimana tempat yang paling meriah pada waktu malam di Pulau Perhentian.
 2. Di mana mempunyai air paling cantik/pasir yang paling putih?
Pantai Long Beach dan Pantai Adam&Eve di Perhentian Kecil
 3. Di mana pemandangan paling cantik?
Pantai Adam&Eve, Pantai D'Lagoon Chalet, Marine Park dan Solar Turbine
 4. Di mana tempat paling sesuai untuk melihat matahari terbenam (Sunset)?
Kebanyakan pakej bulan madu di Pulau Perhentian menawarkan 1 kali 'Sunset View'. Sebenarnya anda sendiri boleh pergi melihat matahari terbenam dengan menaiki 'water taxi' di Teluk Aur (Senja Bay dan Sharila Island Resort) dan juga di Pantai Adam&Eve.
 5. Pantai paling happening di Pulau Perhentian?
Sudah semestinya Pantai Long Beach, Pulau Perhentian Kecil. Sekiranya anda memang sukakan atau ingin mencuba dan melihat 'night life' di pulau anda amat digalakkan pergi ke sini pada waktu malam. Tetapi bagi yang mempunyai anak kecil, eloklah mencari tempat penginapan di kawasan lain kerana bunyi bising mungkin menyebabkan anak anda tidak dapat tidur malam!!
 6. Saya ada anak kecil, bolehke saya pergi bercuti ke Pulau Perhentian?
Kenapa tidak? Malah saya selalu melihat ibu bapa bergilir-gilir pergi snorkelling dan kemudian menjaga anak.
 7. Mana nak cari kedai makan/restoran yang menyediakan BBQ paling sedap?
Setakat ini, 'the best' BBQ yang pernah saya cuba adalah di Sharila Island Resort Cafe. Semua restoran/kafe menyediakan makanan laut yang segar kerana sumber makanan laut di Pulau Perhentian mudah didapati. Malah ada resort (D'Lagoon Chalet) sebelum mereka menyediakan 'BBQ Dinner', staff resort sendiri yang pergi memancing ikan. Sharila Island Resort bukan setakat menyediakan makanan yang segar tetapi pilihan dia yang banyak dan masakan dia juga memang sedap.
 8. Mana nak snorkeling?
Bagi yang kaki snorkeling kami cadangkan anda pergi snorkelling di Turtle Point (anda boleh berenang dengan penyu), Shark Point (Jerung disini 'vegeterian' dan kalau anda bernasib baik anda dapat melihat jerung besar), pantai Perhentian Island Resort (senang nak cari 'clown fish' dan disini penyu suka melepak waktu tengah hari - petang) dan juga pantai D'Lagoon Chalet (kalau anda bernasib baik anda akan terjumpa banyak ikan besar seperti baracuda, jerung dan lain-lain), coral bay (coral disini cantik)
 9. Pantai Adam&Eve?
Kebanyakan pengunjung masih tidak mengenali pantai ini dan pantai ini agak 'privacy'. Bot tidak boleh memasuki pantai ini kerana terdapat banyak 'coral' dan airnya yang cetek. Untuk ke pantai ini anda perlu ke D'Lagoon Chalet dan berjalan dalam 5 minit. Pantai ini menyajikan pemandangan yang cantik dan juga di sini anda boleh melihat matahari terbenam. Anda juga boleh melihat anak jerung bermain di kaki air.
 10. Resort mana yang ada swimming pool?
Ada sesetengah pengunjung yang suka mencari resort yang lengkap dengan kolam renang. Antara resort yang mempungai kemudahan kolam renang adalah Perhentian Island Resort dan juga Arwana Perhentian di Perhentian Besar. Tetapi saya ingin mengingatkan anda mempunyai 'border less'  kolam renang tetapi kenapa masih mencari kolam renang yang kecil?

Tuesday 26 February 2013

BEUTSKIN ESSENCE

Mengubah Statistik Umur Manusia


Pada 25 Februari 2013 (Isnin), MP telah mengorder produk kat atas tu.  Nak try betul ke mujarab macam artis Adira tu.  Hehe...  Nak tengok hasilnya??  Kena tunggu selepas sebulan memakannya.  Disini dilampirkan fungsi, pengambilan dos, cara menyimpan & ingredients.

FUNSI UTAMA
Berupaya menguraikan melanin dan pigmen kuning pada kulit dengan cepat demi memutihkan dan memperbaharui metabolisme sel dari dalam ke luaran menjadikan anda lebih sihat dan mencerahkan kulit anda.  Ia juga membebaskan enzim-enzim aktif sel, berkesan untuk menghalang aktiviti penyahasilan dan meningkatkan tenaga sel supaya tisu kulit seluruh badan berfungsi dengan normal.

DOS
Ini adalah persediaan tradisional.
Dewasa:  2 kapsul, 2 kali sehari.
Kandungan setiap kapsul:  500mg
60 Kapsul sekotak.

CARA MENYIMPAN
  • Simpan ditempat yang dingin dan kering, jauhkan daripada suhu yang terlampau.
  • Elakkan daripada menyimpan produk di dalam kereta.
  • Jika produk ini perlu ditinggalkan di dalam kereta, simpankannya di ruang simpanan tertutup (glove compartment) dan jauhkan daripada sinaran matahari.
MAIN INGREDIENTS
  • Hippopae Rhamnoides Seed Oil (150mg)
  • Radix Puerariae Lobata (120mg)
  • Grapeseed (Vitis Vinifera) Oil (85mg)
  • Fructus Solanum Lycopersicum (80mg)
  • Pinus Sibirica (60mg)
  • Beeswax (Excipient) (5mg)
PRICE
RM210 sekali pos






KITCHEN CABINET 3G MURAH & CANTIK

Zaman sekarang ini, kalau beli rumah baru wajib buat Kitchen Cabinet (KC).  Walaupun wanita sekarang ini rata-ratanya bekerjaya tetapi masak-memasak tetap menjadi kewajipan kaum hawa.  Walaupun tidak ramai yang berkesempatan untuk masak selepas pulang dari kerja tetapi dapur yang kemas, selesa & cantik adalah tempat kaum hawa untuk menyimpan segala khazanah dapur yang ada.

Begitu juga dengan MP, walaupun jarang sekali memasak tetapi tetap inginkan ruang dapur yang dilengkapi dengan Kitchen Cabinet yang cantik, kemas & elegan bagi kepuasan diri ini.  MP buat Kitchen Cabinet ini adalah kerana untuk menyimpan pinggan mangkuk hadiah perkahwinan kami 2 tahun yang lepas.  Banyak sangat berkotak-kotak.  MP juga tidak suka dapur yang tidak teratur dan tidak mempunyai cabinet yang khas kerana susah untuk menyimpan perkakas yang ada.

Panjang sungguh mukadimah MP.  Jadi mesti ramai yang nak tahu dimana MP buat Kitchen Cabinet 3G yang murah & cantikkan?  Jom MP ceritakan.

23 Februari 2013, hari Sabtu kami telah membuat keputusan untuk menggunakan khidmat Abang Zulmi dari Labohan Dagang, Banting.  Untuk pengetahuan anda semua, kami telah survey banyak tempat tetapi akhirnya  kami memilih khidmat Abang Zulmi juga.

Kedai Abang Zulmi
Abang Zulmi (AZ) banyak membantu kami dalam memberi idea dan pandangan mengenai dapur kami.  Dapur kami tidaklah sebarapa besar.  AZ telah ukur berapa keluasan untuk membuat KC, 6 kaki 5 inci X 9 kaki.

Ruang Dapur Rumah Kami
Nak tengok hasil rekaan AZ?  AZ telah design mengikut citarasa kami berdua.  Kami memang teringin sangat nak buat KC 3G tetapi rata-rata yang kami survey semuanya 6k keatas tetapi alhamdulilah AZ dapat memberikan harga yang murah kepada kami.  Tetapi untuk makluman korang semua AZ hanya membuat KC sahaja, segala keperluan lain seperti Hod & Hoob, sinki, kepala paip kami beli sendiri.  Nak tengok Hod & Hoob kami?  Nanti klik entri Hod & Hoob ye.  


Design asal KC kami.  Ada counter di sebelah kanan tetapi setelah dikira-kira, bajet agak lari.  Design ini hanya berharga RM6500, KC 3G ye kawan-kawan.  Kira masih murah lagilah berbanding dengan kontraktor lain.


Inilah KC 3G yang AZ lakarkan untuk kami.  Buang counter itu.  Kalau nak tengok hasil yang sebenar.  Kena tunggu bulan depan.  Siap sahaja KC ini, MP akan update ye.


Mesti ramai yang ternanti-nanti berapa harga KC 3G yang kami buat ni kan??  Jeng..  jeng..  jeng.....  



Material:  3G

Keluasan:  6.5 kaki X 9.4 kaki
Tema:  Black & Red

Harga: RM4500 sahaja

Macamana murah tak harga tu?  Bagi kami murahlah juga bila nak dibandingkan dengan kontraktor lain.  Tapi bila dikira-kira balik Hod & Hoob, Sinki, Kepala Paip, kami beli sendiri jadi total lebih kurang RM6299.  Oklah tu kan. 

Lagi satu, AZ ni best sebab AZ ni memang tak berkira kalau kami minta tolong buatkan apa-apa pun.  Contohnya kalau kontraktor lain, pasang sinki, hod & hoob, pasang cerowong asap untuk hod & hoob kena caj tapi AZ ni tak caj langsung.  RM4500 termasuk KC, pasang sinki & kepala paip, pasang hod & hoob, pasang cerowong asap untuk hod & hoob, pindahkan suis yang ada kt ruang KC tu.  Memang bestlah AZ ni.  Semoga Allah memurahkan rezeki Abang Zulmi.


Inilah Abang Zulmi yang best & baik itu...  Tak sabar nak tengok hasil kerja AZ.  Hope semuanya berjalan dengan lancar.


Bagi sesiapa yang berminat untuk memasang Kitchen Cabinet dan Wardrobe disini disertakan alamat dan no telefon beliau.

Alamat:
Silver Optimum Furniture
No. 6, Bangunan PNKS,
Jalan Labohan Dagang,
42700 Banting, Selangor

Juga boleh hubungi:
016-373 3282
019-609 6192











Monday 25 February 2013

DR. BACKBONE



Sakit belakang akut merupakan satu fenomena yang biasa terjadi. Boleh dikatakan, antara 50 hingga 80 peratus daripada penduduk Malaysia yang berusia antara 25 hingga 60 tahun pernah mengalami masalah ini, sekali dalam seumur hidup mereka.

Dianggarkan, antara 12 hingga 26 peratus kanak-kanak dan remaja juga mengalami sakit belakang. Kebanyakkan kecederaan belakang terjadi bila-bila masa sahaja, oleh yang demikian, jagalah belakang anda sentiasa dan di mana sahaja, kerana tulang belakang anda adalah antara tulang yang amat penting dan ia sentiasa bekerja walaupun semasa anda tidur.

Apabila anda mengalami sakit belakang, secara automatik ia akan menyukarkan aktiviti seharian anda. Duduk, berjalan dan membongkok boleh menyebabkan kesakitan yang menusuk, rasa berdenyut dan kebas. Masalah sakit belakang adalah masalah yang biasa dihidapi oleh semua golongan.

Dianggarkan lebih 90 peratus penduduk Malaysia akan mengalami masalah sakit belakang sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Sakit belakang antara lain disebabkan oleh diska tergelincir (slipped disk) atau turut dikenali sebagai diska hernia atau diska pecah (herniated disc atau ruptured disk).

Struktur sokongan belakang secara kasar terdiri daripada tulang vertebra, tulang lembut/diska intervertebral, sendi, ligamen dan otot। Pada tulang belakang terdapat satu terowong yang dilalui oleh saraf tunjang dan penghujung saraf tunjang.
.
Masalah sakit belakang boleh berpunca daripada kecederaan pada otot, ligamen, sendi, diska dan vertebra. Jatuh atau kemalangan, aktiviti lasak atau teknik mengangkat barang yang salah dan juga faktor usia merupakan penyebab biasa kecederaan tulang belakang.
.
Diska tergelincir adalah satu masalah kecederaan pada tulang lembut/diska yang juga dikenali sebagai diska intervertebral. Masalah ini kerap berlaku pada peringkat umur 30 hingga 50 tahun.
.
Diska intervertebral pula bolehlah diumpamakan sekeping tulang lembut di antara tulang vertebral. Ia terdiri daripada satu tisu yang kuat (annulus fibrosus) di mana di dalamnya terkandung sejenis bahan yang lembut yang dikenali sebagai nucleus polposus. Kecederaan pada diska intervertebral boleh menyebabkan kerosakan pada annulus fibrosus. Akibatnya, ia akan menjadi bengkak dan seringkali juga pecah pada diska intervertebral.
.
Apabila bengkak berlaku, ia akan menekan urat saraf yang terletak di belakangnya. Keadaan akan menjadi lebih serius apabila ia pecah menyebabkan isinya atau nucleus polposus keluar dan menekan urat saraf.
.
Di antara segmen tulang belakang terdapat rawan (disk) yang bertindak sebagai penyerap hentakan. Semakin usia seseorang itu meningkat, rawan akan menjadi lemah lalu terbonjol keluar dan menekan urat-urat saraf. Ini boleh meyebabkan rasa sakit yang amat sangat yang akan merebak turun ke kaki sehingga pesakit akan mengalami kebas dan lemah kaki.


SAKIT BELAKANG KETIKA KEHAMILAN
Sakit belakang semasa mengandung adalah perkara biasa yang berlaku. Ia selalunya berlaku pada bahagian tengah atau bawah tulang belakang. Biasanya ia semakin teruk bila usia kandungan meningkat.

Kebanyakan masalah ini tidaklah begitu serius. Bagaimanapun, sekiranya ia berlaku dengan cepat atau disertai dengan tanda-tanda lain seperti pendarahan dan sebagainya, rawatan segera adalah diperlukan.

SAKIT BELAKANG SELEPAS EPIDURAL
Kajian terbaru menunjukkan risiko mendapat sakit belakang selepas epidural sama seperti risiko bagi wanita yang bersalin tanpa epidural.

Oleh itu, masalah sakit belakang ini sebenarnya berpunca ketika mengandung lagi, dan tidak berkait dengan kesan berpanjangan dari teknik epidural.

Ada dua cara pembiusan yang digunakan sebelum melakukan pembedahan caesarean, iaitu pembiusan secara tidak sedar yang memerlukan intubasi di mana, gas anestetik diberikan atau bius separuh badan.

Kaedah epidural dan spinal pula ialah dua cara pembiusan separuh badan. Mengikut kaedah ini, pesakit itu sedar dan teknik untuk membius ialah dengan memasukkan ubat ke kawasan epidural atau spinal pada bahagian tulang belakang.

Ubat ini akan melalikan urat saraf yang merangsang bahagian badan yang terbabit termasuk bahagian kulit, rahim dan kedua-dua belah kaki. Prosedur ini hanya dilakukan pakar bius.

Kawasan epidural dan spinal adalah berbeza, epidural ialah lapisan sebelum ruang spinal. Akar saraf yang keluar dari saraf tunjang berada di lapisan ini. Bila ubat pelali dimasukkan di kawasan ini melalui kateter yang halus, ia akan membasahi akar saraf ini menyebabkan pembiusan yang efektif.

Kelebihannya ialah ia boleh diberi secara berterusan selagi kateter itu tidak dikeluarkan atau tidak beralih. Ia menjadi cara pembiusan yang sangat sesuai untuk digunakan dalam kes pembedahan yang mengambil masa lama dan juga untuk menahan sakit bersalin. Selepas pembedahan, kateter ini masih boleh ditinggalkan selama mana yang perlu.

Manakala kaedah spinal pula ialah memasukkan ubat terus ke ruang spinal. Kesan pembiusan bermula sejurus selepas ubat dimasukkan, tetapi ia akan tahan selama jangkamasa ubat pelali itu saja, biasanya lebih kurang dua jam. Ini sudah mencukupi kerana pembedahan caesarean tidaklah mengambil masa lama.

GEJALA SAKIT BELAKANG
Antara gejala sakit belakang ialah:
1. Kejang otot.
2. Sakit yang menjalar dari belakang turun ke kaki kiri atau kanan.
3. Sakit di sekeliling pinggang.
4. Sakit di bahagian rusuk belakang .
5. Sakit di bahagian bahu.
6. Sakit di bahagian tengkuk.
7. Sakit di bahagian kepala.
8. Sakit di bahagian tulang rawan.

PUNCA SAKIT BELAKANG
1. Terjatuh atau kemalangan sehingga patah tulang belakang.
2. Mengangkat benda berat dengan kedudukan badan yang tidak betul.
3. Peningkatan usia
4. Jangkitan kuman.
5. Kanser tulang belakang.

PRODUK DR. BACKBONE KELUARAN COSCOBOS (M) SDN BHD
Jika anda mengalami sakit belakang berpanjangan, kini anda tidak perlu risau lagi kerana dengan pengetahuan mendalam tentang struktur tulang belakang dapat membantu anda melakukan terapi sendiri, lebih-lebih lagi dengan menggunakan produk keluaran Coscobos (M) Sdn Bhd yang dikenali sebagai Dr. Backbone tanpa perlu merujuk doktor.

Seorang kerani contohnya, bekerja antara 35 hingga 48 jam seminggu dalam keadaan statik menghadap fail-fail dan komputer di pejabat sehingga menyebabkan tulang belakang kekurangan oksigen yang mencukupi.

Untuk mengatasi masalah ini, anda perlu memiliki produk Dr. Backbone ini kerana ia merupakan produk terbaik yang dapat membantu mengurangkan tekanan stress dan sakit belakang.

Malahan produk Dr. Backbone juga amat sesuai bagi semua lapisan masyarakat dan ia adalah sebagai alternatif bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk beriadah.

ANTARA KEISTIMEWAAN PRODUK DR. BACKBONE
1. Mengurangkan sakit belakang.
2. Mencegah penyakit tulang belakang dan osteoporosis.
3. Menyokong keseimbangan kedudukan badan.
4. Mengelakkan kecacatan tulang belakang.
5. Menggalakkan postur berdiri dan duduk dengan sempurna.
6. Mengurangkan stress ketika memandu.
7. Mengelak dari terasa mengantuk dalam perjalanan jauh.
8. Baik untuk ibu mengandung kerana dapat mengurangkan gegaran sakit pinggang.
9. Bagi wanita, ianya dapat membantu mencantikkan pinggul serta membentuk tubuh badan.
10. Bagi lelaki, ianya dapat membantu meningkatkan kemampuan tenaga seks.




Sunday 24 February 2013

KUNCI RUMAH BARU: PART 2

Alhamdulilah kami sudah dapat kunci pada 21 Februari 2013 (Khamis) di Pejabat Pemaju Lebar Kencana, Klang, Selangor.  Kami hanya perlu bayar RM93.45 sahaja.  Lega sangat sebab kami tidak perlu mengeluarkan wang yang banyak bagi proses akhir untuk menduduki rumah (wah skemanya ayat, kali ini Mrs Pejan (MP), cuba untuk menggunakan bahasa atas..  hehe..)

Taraaaaaaaaaaaa.............

Inilah Kunci Rumah Baru Kami

Cik Abe merasmikan rumah baru kami

Nak tahu kisah selanjutnya tentang rumah baru kami.  Ikuti kisah Kunci Rumah Baru Kami seterusnya.

Wednesday 20 February 2013

KUNCI RUMAH BARU: PART 1

20 Februari 2013 (Rabu), terdetik hati ini untuk meminta husband call Lebar Kencana (Pemaju Perumahan kami di Banting) tentang urusan kunci rumah baru kami.  Bila kami boleh datang pejabat untuk mendapatkan kunci sebab rumah, air & api rasanya semuanya sudah setel.  

Ini Bukan Kunci Rumah Kami..  Hehe...
Dan... Alhamdulilah pihak pemaju berkata esok  sudah boleh dapatkan kunci.  Hepi sangat rasanya.  Kami buat keputusan untuk cuti pada esok hari untuk selesaikan urusan rumah.

Tak sabar rasanya nak dapatkan kunci dan kami rancang selepas dapat sahaja kunci, kami akan terus ke rumah kami di Taman Kenanga, Banting (Belakang rumah Keluarga Sidek).

Pihak pemaju kata kami hanya perlu bawa Wang dalam seratus ringgit lebih sahaja.  Ikutkan kami kena denda sebab pihak perbendaharaan (pinjaman perumahan kerajaan) ada lambat membuat pembayaran tapi pekerja tu kata pihak syarikat tidak mahu tuntut.  Alhamdulilah lega rasanya...  Kalau tak, tak tahulah berapa yang kami kena bayar.

Kalau nak tahu cerita selanjutnya orang akan update esok ye.  Hope esok semuanya berjalan dengan lancar dan tak perlu mengeluarkan duit dengan banyaknya.

Oh ye... Esok juga selepas kami melihat rumah dan wat "defect" rumah kami akan teruskan dengan operasi mencari kontraktor yang boleh mengubahsuai rumah kami...  Yang penting... Grill, Kitchen Cabinet, Awning.  Kalau sempat nak survey sofa.  Hehehe... Muka ada senyum...






Monday 18 February 2013

VAKUM RUMAH BRAND HANABISHI murah

Ahad lepas 17 Februari 2013, aku dan husband pergi beli Vakum rumah brand Hanabishi kat Kedai Barangan Elektrik, Seri Kembangan.  Nama kedai JOVEN. Nak alamat??  Jap ye, nanti aku berikan kat bawah entri ni.  Berhadapan dengan Komuter Serdang.  Kedai ni agak murah jugaklah. Pastu siap boleh tawar menawar lagi.  Aku memang suka kalau bab tawar menawar ni.  Serah pada yang pakar. Akulah yang pakar tu.  Hehehe..  

Kami ada vacuum brand hitachi pemberian department aku kt opis bagi time kawen 2 tahun lepas.  Pakai jarang sekali tapi sekali pakai, 2 kali pakai terus jahanam.  huhu...  vacuum tu kocik sgt.  kesian dia.  sampai rosak kami buat.  

Disebabkan itulah kami terpaksa mencari vacuum baru.  Kami bajet dalam RM300.  Jadi kami pun pergilah kedai JOVEN tu atas saranan sahabatku yang bernama FaraLiyana, yang sama dengan nama aku Farah Liyana.  



Tengok punya tengok, kami agak berkenan kat brand Electrolux, comel je kaler hijau tapi kalau dapat kaler pink or purple lagilah best, harga bro tu letak RM280.  Yang bestnya vacuum jenis ni tak perlu pakai beg sampah yang kat dalam vacuum tu untuk tampung sampah ke habuk ke yg masuk kt dalam vacuum tulah.  Uols tahu ke tak ni.  ok aku bagi contoh ye


Inilah contoh beg sampah yang kat dalam vacuum tu.
Tapi sekarang ni da ada brand yang tak perlu gunakan beg sampah macam kat atas tu sebab agak banyak jugaklah keburukan beg sampah tu antaranya adalah:

  • Kalau pecah beg tu disebabkan isi yang penuh kan sudah menyusahkan pengguna untuk mengutip semula sampah sarap yang ada kat dalam perut beg sampah tu.
  • Pengguna kena beli beg sampah extra jika berlaku sebarang kemungkinan.
  • Beg sampah ni pun bukannya boleh pakai seumur hidup.  Kita kena tukar setelah menggunakannya beberapa kali.
Jadi itu adalah sebab-sebab kita as pengguna yang sangat "rajin" sekarang ni.  Selagi kita boleh jimat, kita jimatlah, sebab duit untuk kita beli beg sampah kertas tu kita boleh salurkan ke belian yang lain.  hehehe... 

Sembang punya sembang dengan Bro Edward.  Dia suggestkan beli yang kami minat tulah tapi kalau nak lagi puas hati beli yang 3+1.  Dry + Wet + apa lagi 1 lupa.  hehehe...  nanti kalau aku ingat aku update balik ye.  Sama harga dengan Electrolux tu RM280 tapi brand Hanabishi.  Aku mula was-was untuk beli brand ni tapi disebabkan dia kata Hanabishi ni brand Malaysia, kalau rosak senang dapat sparepart, oklah aku pun setujulah untuk membelinya.  

Bro Edward tu kata, sebenarnya bukan tengok brand apa yang kita beli tapi kita tengok bagaimana kita menggunakannya.  Kalau cara kita gunakannya pun macam apa je barang bagus mana pun akan jahanam jugak.  Ok maybe betul apa yang dia kata.  Dia kata mana-mana barang pun jangan gunakan street sampai 2, 3 jam tanpa henti.  Kena henti jugak.  Kesian barang tu.  Dia pun nak rehat jugak.  

Tambahan lagi, Bro Edward kata better beli yang 1200wt ke atas.  Brand yang Bro Edward tu suggestkan 1600wt.  So oklah untuk vacuum 1 rumah.  Baru tahan lasak sikit.  Korang semua mesti nak tahukan berapa RM aku beli kan??  Jeng..  Jeng.. Jeng..

Bestnya kalau dapat vacuum yang kaler macam kat bawah ni...



BEssssssssttttttttt...  LooooVeeeiiiitttt.....

Ok ni lah alamat kedai yang aku pergi ari tu. Kawan-kawan aku kata, Aircond kat kedai tu pun murah tapi ada brand punyer.

WIN HO ELECTRIC SDN BHD
(JOVEN) 
SIGNBOARD KALER MERAH
16, JALAN DAGANG SB 4/2,
TAMAN SUNGAI BESI INDAH,
43300 SERI KEMBANGAN,
SELANGOR DARUL EHSAN
03-8943 3876




Wednesday 13 February 2013

SAMSUNG GALAXY NOTE 2




Baru-baru ini Samsung telah melancarkan gajet terbaru mereka di IFA Show. Gajet yang dikategorikan sebagai phablet (smartphone + tablet) itu dinamakan dengan Samsung Galaxy Note 2 @ II. Seperti Galaxy Note pertama yang pernah dikeluarkan sebelum ini, generasi kedua Note ini mempunyai kelebihan dan spesifikasi yang lebih tinggi.

Seperti yang dapat dijangka phablet ini mempunyai kelajuan yang lebih tinggi dengan pemproses quad-core 1.6GHz, pilihan cakera memori sehingga 64GB dan RAM 2GB untuk penggunaan yang lebih pantas. Di samping itu seperti gajet-gajet terbaru Samsung, Galaxy Note 2 juga didatangkan dengan OS terbaru Android iaitu Android 4.1 Jelly Bean.

Perkara yang paling menarik pada Samsung Galaxy Note 2 @ II ini adalah kebolehannya baterinya yang ditetapkan sehingga 3100mAh. Ini sangat bagus untuk gajet seperti ini yang memerlukan kuasa bateri yang besar untuk penggunaan yang lebih lama. Disamping itu teknologi baru NFC juga diterapkan dalam Galaxy Note 2 ini.


Seperti diduga Samsung mengekalkan kelebihan mereka pada phablet ini dengan paparan skrin seluas 5.5 inci Super AMOLED dan dengan mempunyai kamera belakang 8MP serta 2MP (depan). Selain itu Samsung juga menawarkan simpanan Dropbox sebanyak 50GB untuk 2 tahun!

Jom tengok spesifikasi Samsung galaxy Note 2 @ II ni.


Spesifikasi Samsung Galaxy Note 2 @ II


  • Android 4.1 (Jelly Bean) 
    1.6GHz ARM Cortex-A9 Quad-core processor 
    Mali-400MP GPU, Exynos 4412 chipset 
    16GB/32/64 GB internal storage 
    MicroSD up to 32GB 
    2GB RAM

  • 5.5-inch HD (720 x 1280) Super AMOLED display 
    8MP AF Camera (3264×2448 pixels) with LED flash 
    2MP front-facing camera





  • HSPA+ (HSDPA, 21 Mbps; HSUPA, 5.76 Mbps); 4G LTE-enabled, GPRS, EDGE 
    Wi-Fi 802.11 a/b/g/n, Wi-Fi Direct, Wi-Fi Hotspot 
    GPS, A-GPS and GLONASS 
    USB 2.0, USB OTG 
    Bluetooth 4.0 with A2DP and EDR

  • 3.5mm audio jack 
    3100 mAh Li-Ion battery 
    151.1 x 80.5 x 9.4 mm 
    180 g



  • Marble White / Titanium Gray




























Harga Samsung Galaxy Note 2

Harga setakat hari ini dalam lingkungan RM1900 - RM2400..  Tengok kedai.  Kena rajin survey. Jangan sampai kena tipu dahla yer.  Peringatan untuk diri sendiri juga.