Showing posts with label BANTING. Show all posts
Showing posts with label BANTING. Show all posts

Monday, 6 July 2015

APPETON: Multivitamin Plus Infant Drops Membantu Menambah Selera Makan Baby

Ibu mana yang tidak risau akan selera makan anak yang semakin merosot.  Semua makan dah diberi, bubur, buah, biskut dan macam-macam lagilah tapi semuanya dia sembur.  Tengok anak orang lain bagi apa semuanya mereka makan tapi anak kita susah betul nak bagi makan.  Harap susu badan je, susu formula pun dia tak nak.  Kisah susu formula nanti Ibu cerita kat page lain ye.

Selera makan makin merosot ni lebih kronik masa Aryan demam sampai kena admit sebab platelet darah Aryan yang sangat rendah sampai 102 (Cerita bab ni pun nanti ibu cerita kat page lain ye).  Sebelum demam tu pun memang Aryan memang tak suka makan, jadi bila demam lagilah langsung Aryan tak nak makan.  Susu ibu je yang dia nak.  Berat badan pun makin lama makin turun.

Jadi apa lagi ibu pun googlelah ada tak vitamin yang boleh tambahkan selera makan, Alhamdulilah terjumpa satu blog ni (lupa plak apa nama blog tu, terima kasih), yang menceritakan tentang pengambilan Multivitamin Plus Infant Drops ni dapat membantu menambah selera makan anak.

Ibu pun apa lagi, dengan segera pergi mencarinya di farmasi.  Masa tu Ibu balik Kapar rumah Parent ibu, jadi ibu pun pergi dengan Encik Husband ke Pekan Kapar, cari punya cari, Ya Allah, MAHALnya bendalah ni.  Semuanya harga RM50 ++ jadi kami pun cancellah nak beli kat Pekan Kapar.  Esoknya masa kami nak balik Banting, kami singgah Klinik Dr. Rosli kat Seksyen 18, Shah Alam, jangan pelik ye, kami tinggal di Banting tapi pergi Klinik kat Shah Alam.  Dalam banyak-banyak Klinik yang kami pergi kami anak beranak memang serasi dengan ubat dari Klinik Dr. Rosli, Seksyen 18 sebab tu bila sakit selalunya kami memang pergi situ je.  Hari tu kami pergi untuk ambil ubat untuk Aryan.  Selepas pergi klinik kami pergi farmasi berdekatan dengan klinik tersebut.  Alhamdulilah kami jumpa Appeton MPID ni harga asal RM50++ selepas diskaun RM43 so tanpa berlengah-lengah lagi kami pun terus beli.

Esoknya kami bagi pada Aryan, alhamdulilah Aryan suka sangat dengan MPID ni tak perlu pun paksa nak makan macam kita paksa dia makan ubat.  Aryan suka dengan rasanya yang macam oren.  Selepas bagi MPID ni, Alhamdulilah Aryan jadi makin kuat makan.  Sebelum tidur makan, bangun tidur makan, asyik makan jelaaa..  Suka.. Suka... Suka.. Berat pun makin bertambah-tambah.  Tapi masih maintain belum sampai overweight or obesiti.  Susu formula pun Aryan sudah mula minum walaupun bukanlah sehebat anak-anak lain yang minum sampai beroz2.  Kami kalau Aryan dapat minum habis 3oz or 4oz pun kami dah rasa bersyukur sangat dah.  Bagi Aryan tiada apa yang dapat menandingi Susu Ibu dia yang lebih banyak berperisa dari susu formula kot sebab ibu Aryan suka makan so air susu pun mesti macam-macam perisa dia rasa.

Cuma bagi ibu-ibu yang teringin nak bagi anak makan MPID ni ibu sarankan supaya tidak menggunakan tiub kaca yang mereka beri sebab first botol hari tu kami ada menggunakan tiub kaca tu tapi selepas 2 minggu menggunakannya tiub kaca tu patah kat dalam botol tu, kami pun tak tau nak cerita macamana boleh pecah, yang pastinya bila dah pecah kat dalam, ibu terus tak bagi MPID tu pada Aryan sebab takut serpihan-serpihan kaca tertinggal kat dalam botol jadi ibu terpaksa buang, terasa sayang tengok MPID yang masih berbaki dalam botol tu.  Tapi untuk menjaga kesihatan Aryan kami akur dengan membuang botol tu dan beli MPID yang baru.

Tapi dengan MPID yang baru ini, kami gunaka syringe (picagari) mengikut sukatan yang diberikan iaitu 1ml.  Selepas guna tutup semula dengan penutup asal selepas tu basuh syringe tu pastu keringkan.  Lagi terjamin kebersihannya.  Tapi terpulang pada ibu-ibu samada nak gunakan ataupun tidak.  Tiada paksaan dalam memberikan anak makan MPID..  hehe..

Second botol kami beli kat Pekan Banting, nama Farmasi tu Farmasi Banting, Alhamdulilah lagi murah harga asal RM40 dapat diskaun jadi RM38.  2 farmasi yang saya suka pergi kat Pekan Banting iaitu:




Sunday, 6 October 2013

Pesuruhjaya Sumpah Di Banting

Jika ingin mendapatkan khidmat Pesuruhjaya Sumpah di Banting, anda boleh cari di bangunan yang terdapat teksi-teksi berhimpun.


Waktu Urusan:

Isnin - Jumaat
9.00 pagi - 1.00 tengahari
2.00 ptg - 5.00 ptg

Sabtu
9.00 pagi - 1.00 tengahari

No. Telefon:
012-3317435
03-31853129

Pasar Kemboja, Kanchong Darat, Banting

Setelah hampir 5 bulan kami menetap di Banting, akhirnya kami berjaya menjejakkan kaki di Pasar Kemboja, Banting.

Sebelum ini, kami hanya mendengar cerita dari ayahanda yang di Banting juga ada Pasar Kemboja seperti di Sg. Buloh.  Jadi kami pun meriki-riki tempat.  Rupa-rupanya Pasar Kemboja sangatlah berdekatan dengan rumah kami.

Apa lagi, dengan rasa excited yang tak terkata, esoknya pagi-pagi MP bangun dan kejutkan Encik Husband untuk pergi ke Pasar Kemboja.

Jika ada rakan-rakan yang teringin sangat nak pergi ke Pasar Kemboja di Banting, bolehlah ikut direction di bawah ye.

Direction Ke Pasar Kemboja Banting:
Dari Pekan Banting, terus dalam 3 - 5km sehingga jumpa Jalan Kenanga belah kanan anda,
kemudian masuk simpang Jalan Kenanga, anda boleh nampak signboard ini
Signboard tertera:
Pasar Borong, Kanchong Darat, Banting
Lorong yang ada Restoran Juvita.

Masuk Jalan Kenanga, terus dlm 300 meter ada simpang, ambil kiri, terus lagi dalam 500 meter...

Anda sudah sampai ke destinasi yang dituju..
Pasar Kemboja, Kanchong Darat, Banting





Mari kita nikmati pemandangan sekitar Pasar Kemboja, Kanchong Darat, Banting.

Kita tengok apa yang ada di sini..
Yang pastinya macam-macam ada..





 Inilah sosej bakar yang ramai kata best tu.  Sosej ni dibuat sendiri oleh tauke kedai.  Menggunakan daging yang dicincang halus kemudian dimasukkan ke dalam usus lembut, jangan risau, usus lembu tu sudah dicuci dengan bersih.  Rasa daging yang sangat manis, memang sedap sangat. Insyallah Halal sebab yang buat sosej tu adalah orang Kemboja Islam.





Kalau nak cari, ulam-ulam dan sayuran yang jarang didapati di pasaraya, bolehlah datang sini.  Tengok atas tu, buah teratai pun ada.

Pasar Kemboja, Kanchong Darat, Banting dibuka pada hari AHAD sahaja.
Sangat sesuai bagi orang-orang yang bekerja macam MP ini.  Hanya hari Ahad sahaja yang dapat MP cuci mata dengan harga yang berpatutan.