Monday, 16 December 2013

Adakah Aku Berjaya Pregnant Dengan Rawatan Kehamilan di LPPKN ??

Bagi Follower yang tahu kisah rawatan kehamilan MP di LPPKN mesti tahu hari ini 12/12/2013 (Khamis), hari yang dinanti-nantikan telah tiba iaitu Doktor Hamizah (DH) sebelum ini ada menyatakan jika 12/12/2013 MP tak period, In syaa Allah MP pregnant.

Jadi di sini MP ceritakan sedikit sebanyak apa yang MP telah alami sepanjang menunggu kehadiran 12/12/2013.

Start 26/11/2013, MP sudah rasa macam nak period, tapi sampai sekarang tak period.  Rasa nak period tu datang sekejap-sekejap bukan berpanjangan.  Rasa lenguh-lenguh di kaki dan peha.

Sebenarnya MP tak pasti bila tarikh ovulasi MP.  Walaupun pada 16/11/2013 MP ada jumpa EggWhite (EW) tapi MP sendiri tak yakin adakah masa itu MP dalam keadaan subur ataupun tidak.

Bagi yang tak tahu kisah MP sebelum ini tentang Rawatan Kehamilan di LPPKN jadi MP ceritakan serba sedikit tentang itu.

8/11/2013:
Appointment Dengan Doktor Hamizah di LPPKN untuk Treatment IUI Kali Kedua.  

Doktor bekalkan:
Clomid - 2 biji - Sekali Sehari - 5 Hari - 11.00 malam

9 - 13/11/2013

Injection HuMoG 150iu:
10/11/2013
12/11/2013
14/11/2013
16/11/2013
11.00 malam

18/11/2013:
Appointment LPPKN untuk rawatan susulan.  Cek Telur (Ovum) berapa yang matang.

Telur Matang (Berukuran 17mm keatas):
5 biji belah kanan.
1 biji belah kiri.

Telur Hampir Matang (Berukuran 14mm keatas):
Hampir 10 biji kesemuanya campur belah kanan dan kiri.

Disebabkan Telur Matang dan Hampir Matang terlalu banyak iaitu sebanyak 15biji kesemuanya, DH terus beritahu kami yang DH tak boleh teruskan dengan Prosedur IUI atas sebab risiko kematian.

Menurut DH jika Doktor teruskan juga dengan injection HCG bagi pecahkan semua telur-telur itu bagi proses ovulasi dan memudahkan persenyawaan, seperti rawatan IUI yang lepas (First rawatan IUI juga tidak dapat dilakukan kerana semasa rawatan tersebut telur yang matang hanya sebiji, untuk melakukan rawatan IUI sekurang-kurangnya memerlukan 3 biji telur yang matang), kemungkinan besar MP akan berasa sakit yang teramat sangat dan kemungkinan MP akan dimasukkan ke hospital dan berkemungkinan lagi MP akak dimasukkan ke ICU.  Disebabkan itulah risiko kematian juga ada.

Bila doktor terangkan begitu, hancur luluh rasanya hati ini disebabkan peluang kedua untuk melakukan IUI hancur lebur.  Sedih rasanya hati bila tak dapat buat IUI sebab MP rasa peluang untuk mendapatkan cahaya mata lebih tinggi dengan melakukan IUI.  Tetapi sudah itu ketentuanNya.  Kami redha.  Dan kami hanya bersama secara manual dan mengikut tarikh yang telah doktor tetapkan.

Sesudah selesai bersoal jawab dengan doktor, MP pulang dengan sebarang ubat-ubatan.  Menurut doktor, doktor tidak bekalkan sebarang ubat-ubatan seperti rawatan yang lepas atas sebab jika doktor bekalkan duphaston (ubat kuatkan rahim), jika semua telur yang banyak itu berjaya disenyawakan bagaimana pula ia nak membesar dengan baik kerana kedudukan rahim yang tidak berapa nak besar.  Oleh sebab itulah doktor tak bekalkan ubat, supaya telur yang betul-betul ready tanpa bantuan ubat sahaja yang disenyawakan.

Fuh panjang lebor cerita pasal kegagalan untuk melakukan prosedur IUI buat kali kedua. huhuhu. Kita sambung lagi dengan kisah sepatutnya yer.

9/12/2013 waktu nak mandi saya bersihkan lubang faraj (Vagina), ada terdapat sedikit darah yang coklat pekat tetapi tak mengalir di pantyliner.  selepas bersihkan, pada keesokan harinya 10/12/2013, darah coklat tetapi semakin sedikit berbanding dengan semalam.  Pada 11/12/2013 saya cek sudah tiada darah tersebut.  Hari ini saya cek lagi darah tersebut sudah tiada.  Saya khuatir darah tersebut adalah darah penyakit.  Saya harap darah itu adalah darah implantasi.  Tetapi semuanya masih menjadi tanda tanya.

Sepatutnya hari ini 12/12/2013, jika masih belum period doktor ada minta MP datang jumpa doktor di LPPKN untuk rawatan susulan kerana doktor kata jika MP tak period In syaa Allah MP pregnant tapi bila MP call tadi PA doktor kata doktor tak de jadi tak dapatlah MP berjumpa dengan doktor.

Nak buat UPT (Urine Pregnancy Test) sendiri, MP tak berani.  Takut negatif.

Nak tahu keputusannya POSITIF or NEGATIF..  Ikuti kisah seterusnya di next entri..


Petua-Petua Anak Pintar




1.setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun2 kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali.

2.membaca surah al fatehah 1 kali, alam nasyrah 1 kali

3.bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.

4.apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.

5.ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.

Insyaallah selamat mencuba!

Monday, 18 November 2013

Apa Itu Laparoscopy ??

 


Ia merupakan pemeriksaan untuk melihat secara terus ke dalam perut wanita melalui sejenis teropong yang digelar laparoskop. Teropong ini dimasukkan melalui satu hirisan sepanjang setengah inci di bawah pusat. Menerusi teropong ini doktor boleh melihat keadaan ovari, salur fallopian dan sekeliling rahim. Jika terdapat sesuatu penyakit yang menimbulkan masalah bagi kesuburan wanita, rawatan yang sewajarnya perlu diberi.
Pemeriksaan laparoskopi ini juga sangat penting kerana memang terdapat penyakit seperti ketumbuhan dan jangkitan kuman yang tidak memberi sebarang tanda, boleh dikesan melalui teropong tersebut. Antara jenis penyakit yang selalu tumbuh ialah sejenis ketumbuhan yang digelar endometriosis. Penyakit ini kerapkali mengganggu pengeluaran benih dan ia juga menyekat saluran peranakan. Menurut kajian Dr. Hamid Arshat Pakar, iaitu Pakar Sakit Puan yang terkenal di negara kita, kejadian penyakit ini kini kian meningkat. Ini mungkin disebabkan oleh lebih ramai wanita zaman sekarang yang melambatkan perkahwinan ataupun menangguhkan kehamilan dan kelahiran anak.

Selain itu juga wanita yang pernah mengalami keguguran sama ada secara sengaja atau tidak, kerapkali juga dijangkiti oleh kuman khususnya pada bahagian saluran peranakan. Saluran peranakan boleh rosak dan tersumbat. Ketumbuhan juga boleh berlaku pada kilang ovari dan ini boleh mengganggu pengeluaran benih.
Sesetengah penyakit yang dikesan ketika pemeriksaan `laparoskopi’ dirawat pada masa itu juga tetapi ini adalah terhad. Kadangkala, rawatan selanjutnya perlu dilakukan dengan satu pembedahan besar untuk mengatasi masalah saluran tersumbat ataupun untuk mengeluarkan ketumbuhan pada rahim atau ovari.








Apa itu HSG (Hysterosalpingogram) ??


 Ia merupakan ujian yang dilakukan pada seseorang wanita untuk memastikan saluran peranakannya (tiub fallopio) tersumbat ataupun tidak. Prosedur ujian ini khusus untuk melihat ruang rahim dan juga saluran peranakan menerusi gambar X-ray. Sebelum gambar X-ray diambil, satu jenis cecair khas atau contrast medium disuntikkan ke dalam pangkal rahim dan selepas itu beberapa gambar X-ray diambil. Ujian ini biasanya dilakukan sebaik sahaja berhenti darah haid tetapi sebelum waktu subur. X-ray yang dilakukan selepas waktu subur dikhuatiri akan memberi kesan buruk kepada bayi sekiranya berlaku kehamilan akibat terdedah kepada bahangan atau sinar X-ray.








Sunday, 17 November 2013

Pengalaman Mendapatkan Rawatan Kehamilan/Kesuburan di LPPKN

Rawatan Kali Pertama.
29 April 2013
(Isnin)
2.00 petang

Kami diminta tunggu sehingga nurse panggil MP untuk ditemuduga dan suami MP diminta untuk mengambil sample "MONEY" di tingkat 7.

Yang bagusnya di LPPKN ini, ada menyediakan bilik khas untuk para suami mengeluarkan "MONEY" dengan rasa selesa, tidak seperti di Hospital-hospital kerajaan yang lain yang memerlukan para suami mengeluarkan "MONEY" hanya dalam TANDAS.

Setelah husband selesai mengeluarkan "MONEY" dan turun di tingkat 6, husband juga turut dipanggil untuk sesi temuduga.  Selepas sesi temuduga, MP dan husband dipanggil untuk pengambilan darah untuk cek penyakit kelamin jika ada.

********************************************

Rawatan Kali Kedua
28 Mei 2013
(Selasa)

Rawatan untuk kali ini adalah MP diminta untuk mengambil darah sekali lagi untuk cek tahap kesuburan.  Dan nurse minta MP pergi ke Hospital Tawakal untuk buat HSG pada hari ke 21 period.

********************************************

Rawatan HSG
Hospital Tawakal
5 Jun 2013
(Rabu)
10.00 pagi

Untuk pengetahuan semua, HSG adalah singkatan untuk Hysterosalpingogram. HSG prosedur adalah untuk mengesan samaada tiub fallopio kita tersumbat ataupun tidak.  Dan keputusannya alhamdulilah semuanya baik belaka.  Tiada masalah.





********************************************

Rawatan Kali Ketiga
2 Oktober 2013
(Rabu)

Jika anda perasan tarikh rawatan kali kedua MP jauh berbeza dengan tarikh rawatan kali ketiga adalah kerana beberapa faktor:

Yang Pertama:
Selepas rawatan kedua, MP perlu datang semula ke LPPKN semasa kedatangan haid bulan berikutnya.  Dan semasa kedatangan haid bulan berikutnya jatuh pada Bulan Ramadhan (Bulan Puasa) iaitu pada bulan Julai 2013 maka tidak dapatlah MP meneruskan rawatan kerana untuk makluman semua, pihak LPPKN tidak mengambil sebarang temujanji yang berkaitan dengan Rawatan Kehamilan.

Yang Kedua:
Selepas bulan puasa iaitu bulan Ogos 2013 MP tidak dapat lagi hadir ke LPPKN untuk meneruskan rawatan atas sebab ketiadaan doktor.  Maka tertangguh lagilah untuk kesian kalinya.

Disebabkan seterusnya jatuh pada 30 September 2013 jadi MP dapat jumpa doktor pada 2 Oktober 2013.

Hari itu, adalah pertama kali kami berjumpa dengan Doktor Hamizah.  Doktor Hamizah (DH) adalah seorang doktor yang baik dan lemah lembut.  Beliau banyak memberi pandangan yang baik dan tidak pernah men"down"kan kami.  Sentiasa beri kata-kata positif supaya kami tidak berputus asa dan terus berusaha untuk mendapatkan zuriat.

Untuk rawatan pada ketika itu, Doktor telah menerangkan keputusan ujian "MONEY" husband, keputusan HSG, dan keputusan darah kami.

Alhamdulilah, keputusan ujian "MONEY" husband sangat Excellent.  Keputusan HSG saya juga tiada masalah.  Tiub tak tersumbat.  Dan keputusan darah kami menyatakan tiada penyakit kelamin.  Cuma keadaan Ovum (Telur) MP tidak memberansangkan.  Telur banyak tetapi tidak matang.  Walaupun rasa down sangat ketika itu, tetapi MP cuba fikirkan positif, Telur tak matang tak semestinya tak boleh mengandung, dan MP patut bersyukur sebab ada alternatif lain untuk mematangkan telur iaitu dengan injection.  Jadi jangan terus cepat mengalah kerana ada jalannya.  In syaa Allah.

Maka pada hari itu, DH pun telah membekalkan kami Clomid dan Injection HuMoG 75iu.



Clomid:
2 biji sehari untuk selama 5 Hari.
9.00 mlm

Injection HuMoG 75iu:
4/10/2013 - 10.00 mlm
6/10/2013 - 10.00 mlm
8/10/2013 - 10.00 mlm



Rawatan Susulan
10 Oktober 2013
(Khamis)

Appointment LPPKN, buat Transvaginal Ultrasound (TVs) melalui vagina menggunakan ultrasound transducer.




 Ultrasound Transducer

Setelah mengambil Clomid dan Injection HuMoG 75iu, keputusannya amatlah mendukacitakan kerana Telur (Ovum) tidak membesar dengan sepatutnya.

Jadi DH menambah lagi 2 kali Injection HuMoG 75iu.  Dan diambil selang sehari juga iaitu pada malam tersebut 10/10/2013 dan 12/10/2013.

Selepas itu kami dikehendaki ke LPPKN pada 14/10/2013 sehari sebelum Hari Raya Haji.



Rawatan Susulan
14 Oktober 2013
(Isnin)

Hari tersebut, MP dikehendaki buat perkara yang sama iaitu TVs.  Bila DH masukkan alat tersebut dan lihat discreen, sekali lagi amat mendukacitakan kerana telur yang matang hanya ada SATU sahaja belah kanan.

Niat dihati, dengan harapan dapatlah buat IUI tetapi tiada rezeki kami untuk buat IUI.  Reasonnya, jika ingin proceed dengan IUI, pesakit perlu memiliki 3 Telur yang MATANG.  Oleh disebabkan MP punya telur ada satu sahaja, DH minta bersama secara manual sahaja.

Setelah jumpa Doktor, MP diminta untuk ke bilik Nurse untuk Injection Pecahkan Telur pada jam 8.30 pagi.


Injection HuCoG 5000iu

Kemudian, kami diminta bersama selepas 36 jam iaitu pada keesokkan harinya jam 8.30 mlm - 10.30 mlm.

Dan DH ada menyatakan bahawa jika 7/11/2013 MP tidak period, In syaa Allah MP akan mengandung.  Dan DH juga ada bekalkan MP Duphaston, katanya untuk menguatkan rahim jika MP pregnant tetapi jika tak pregnant, ubat tersebut akan membantu menurunkan period.

5/11/2013 period pun muncul, memang tiada rezeki kami.  Kami redha.  Tetapi itu tidak bermakna kami akan berhenti disitu sahaja kerana kami akan tetap terus mencuba, dan terus mencuba.  Jika ini dugaan yang perlu kami tempuh suami isteri, In syaa Allah kami akan terus harungi bersama.  Kami yakin satu hari nanti Allah swt pasti akan berikan kami zuriat.  Kami akan nantikan saat itu dengan penuh kesabaran dan akan terus berusaha sehingga berhasil.  In syaa Allah.


********************************************


Rawatan Kali Keempat
8 November 2013
(Jumaat)

5hb MP period, jadi hari keempat baru MP datang bertemu doktor.  Kenapa tidak hari kedua atau hari ketiga??  Sebab hari-hari tersebut MP ada hal yang tidak dapat dielakkan.  Tetapi tak mengapa kerana Pembantu DH kata boleh buat rawatan sehingga hari KeLima Period.  Jadi MP pun buat appointment pada hari tersebut.

Setelah berjumpa dengan Doktor Hamizah (DH), DH kata, beliau ingin naikkan dos suntikan dari 75iu ke 150iu.  Jadi DH telah bekalkan pada MP Clomid dan Injection HuMoG 150iu.

Clomid:
2 biji sekali sehari untuk 5 hari.
11.00 mlm

Injection HuMoG 150iu:
10/11/2013 - 11.00mlm
12/11/2013 - 11.00mlm
14/11/2013 - 11.00mlm
16/11/2013 - 11.00mlm



Rawatan Susulan
18/11/2013
(Isnin)

Seperti biasa, MP diminta baring untuk buat TVs.  Dan hasilnya MP memiliki 6 biji telur yang matang, 5 biji kanan dan sebiji belah kiri.  6 biji yang matang ini berukuran 17mm ke atas.  Dan sebenarnya MP memiliki telur yang hampir matang iaitu berukuran 14mm lebih dari 5 biji.  Dan mengikut kiraan DH jumlah keseluruhan telur yang MP miliki telur yang matang campur yang hampir matang lebih kurang 15 biji.  Oleh disebabkan terlalu banyak, DH tidak membenarkan MP untuk buat prosedur IUI.

Mesti ramai yang nak tahu kan, kenapa MP miliki telur yang matang dan banyak tetapi tidak boleh buat IUI??  Ini kerana ia boleh mengundang risiko sakit yang teramat sangat dan kemungkinan besar akan menyebabkan pesakit akan dimasukkan ke hospital dan boleh menyebabkan kematian.

Jadi, DH tidak mahu ambil risiko tersebut kerana ia bermain dengan nyawa, jadi DH minta kami teruskan dengan bersama secara manual.  Bermula malam ini, kemudian selang sehari sehingga 22/11/2013.

MP juga ada bertanyakan tentang rahim MP, adakah rahim MP normal dan adakah rahim MP nipis atau tebal.  Dan alhamdulilah, DH kata yang rahim MP normal dan ketebalannya juga normal iaitu 7mm (eh yeke "mm"..  yela kot..  hehe..).  Jadi DH kata tak perlu risau.  "Bersama" mengikut hari yang beliau suruh, In Syaa Allah jika ada rezeki, ada zuriat untuk kami.

Jika 12/12/2013 (Khamis), masih tidak period, In Syaa Allah MP akan pregnant.  Tetapi itu semua kuasa Allah swt.  Dia yang menentukan segalanya.








Sunday, 27 October 2013

Kalendar 2014 & Cuti Sekolah


Dengan adanya kalendar 2014 ini bolehlah kita merancang percutian atau agenda kita untuk tahun hadapan.  Semoga Tahun 2014 menjadi detik paling indah dalam hidup kita semua.  Insyallah.



Wednesday, 23 October 2013

Masa/Waktu Berjimak Yang Dituntut Dalam Islam




1. Berjimak pada malam Isnin. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh dengan kitab Allah dan redha terhadap segala pembahagian allah s.w.t 

2. Pada malam Selasa. Jika Allah mengurniakan anak ia akan mendapat nikmat mati syahid sesudah syahadah, dan Allah tidak akan azabkanya (turun bala ) kepadanya bersama-sama orang musyrikin. Mulutnya berbau harum, yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu domba. 

3. Pada malam Khamis. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yg bijaksana dikalangan yg bijaksana atau org alim dikalangan orang alim. 

4. Sewaktu matahari ditengah langit. Jika Allah mengurniakan anak yang tidak dihampiri oleh syaitan sehingga ia tua dan menjadi seorang yang faqih serta Allah s. w. t rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia. 

5. Pada malam Jumaat .Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang pemidato yang berwibawa dan petah. 

6. Hari Jumaat selepas asar. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang anak yang terkenal, masyhor dan alim. 

7. Malam Jummat selepas Isyak yang akhir. Jika Allah mengurniakan anak ia diharapkan menjadi seorang yang terkemuka. 

8. Bacalah doa berlindung dari syaitan. Jika Allah kurniakan anak tidak dimudaratkan oleh syaitan terhadapnya selama-lamanya .

Masa/Waktu Yang Tidak Digalakkan Berjimak Dalam Islam


Sabda Rasullah s. a. w. "Wahai Ali! Peliharalah wasiatku ini sebagaimana aku telah memeliharanya dari Jibril a. s" 

1. Jangan berjimak di bawah pohon kayu yang berbuah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang tukang sebat atau ketua yang bengis. 

2. Jangan berjimak antara azan dan iqmah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka menumpahkan darah. 

3. Jangan berjimak jika isteri sedang hamil melainkan kedua-dua berwuduk. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan. 

4. Jangan berjimak pada pertengahan nifsu syaban. Jika Allah mengurniakan anak ia akan mempunyai tanda pada yang jelek pada muka dan rambutnya. 

5. Jangan berjimak pada akhir bulan (tinggal 2 hari). Jika dikurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka meminta - minta. 

6. Jangan berjimak semasa syahwat terhadap saudara perempuan (adik ipar) Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim, pada tanganya membuat kebinasaan kepada banyak manusia. 

7. Jangan berjimak dengan isterimu di atas loteng. Jika Allah mengurniakan anak, nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas. 

8. Jangan berjimak dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar bermusafir. Jika Allah mengurniakan anak ia akan membelanjakan harta pada jalan yang tidak haq. 

9. Jangan berjimak dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi pembantu kepada setiap orang yang zalim. 

10. Jangan berjimak dengan isterimu pada awal malam (sebelum isyak) Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang ahli sihir, sunglap dan menghendaki dunia daripada akhirat. 

Tuesday, 15 October 2013

Kos Rawatan Di LPPKN

Setelah beberapa kali mendapatkan rawatan kehamilan di LPPKN baru hari ini berkesempatan untuk mengupdate kos rawatan yang kami dapatkan di LPPKN.

Kos Rawatan Pertama Kali
29 April 2013 
(Isnin)

Lawatan:  RM40.00
SA & SC & S:  RM50.00

Rawatan:
Husband & Wife Di Interview Oleh Misi (Nurse)
Ambil darah husband & wife

Total:  RM90.00

--------------------------------------------

Kos Rawatan Kali Kedua
28 Mei 2013
(Selasa)

Blood Group:  RM5.00
FSH, LH, P4:  RM54.00
STD X2:  RM56.00

Rawatan:
Ambil sample sperma (Husband)
Ambil darah (Wife)

Total:  RM115.00

--------------------------------------------

Kos Rawatan HSG di Hospital KPJ Tawakal
5 Jun 2013
(Rabu)
(Hari Ke-9 Period)

Rawatan:
HSG

Kos Rawatan:
RM180

--------------------------------------------

Kos Rawatan Kali Ketiga
2 Oktober 2013 
(Rabu)
First Time Jumpa Doktor Hamizah

Perundingan:  RM10.00
Clomid:  RM36.00
Humog 75iu (3 kotak):  RM195.00
Syringe:  RM1.80

Total:  RM242.80

--------------------------------------------

Kos Rawatan Kali Keempat
10 Oktober 2013 
(Khamis)

Lawatan:  RM10.00
Humog 75iu (2 kotak):  RM130.00
Syringe:  RM1.20
Transvaginal Ultrasound (TVs):  RM20.00

Total:  RM161.20

--------------------------------------------

Kos Rawatan Kali Kelima
14 Oktober 2013 
(Isnin)

Lawatan:  RM10.00
Hucog 5000iu (Sekotak):  RM45.50
Duphaston (24 biji):  RM64.80
Syringe:  RM0.60
Transvaginal Ultrasound (TVs):  RM20.00

Total:  RM140.90

--------------------------------------------

Kos Rawatan Kali Keenam
8 November 2013 
(Jumaat)

Lawatan:  RM10.00
Clomid:  RM36.00
HuMoG 150iu (4 kotak):  RM509.60
Syringe (4):  RM2.40

Total:  RM558.00

--------------------------------------------

Kos Rawatan Kali Ketujuh
18 November 2013 
(Isnin)

Lawatan:  RM10.00
Transvaginal Ultrasound (TVs): RM20.00

Total:  RM30.00

--------------------------------------------

Sunday, 6 October 2013

Pesuruhjaya Sumpah Di Banting

Jika ingin mendapatkan khidmat Pesuruhjaya Sumpah di Banting, anda boleh cari di bangunan yang terdapat teksi-teksi berhimpun.


Waktu Urusan:

Isnin - Jumaat
9.00 pagi - 1.00 tengahari
2.00 ptg - 5.00 ptg

Sabtu
9.00 pagi - 1.00 tengahari

No. Telefon:
012-3317435
03-31853129

SABA RESTAURANT (Restoran Nasi Arab Best Di Cyberjaya)


Cyberjaya memang famous dengan Nasi Arabnya.  Mula-mula sekali, kami cuba makan Nasi Arab di Saba Restaurant.  Dan ternyata memang sedap sehingga menjilat jari.  hehe.

Walaupun Nasi Arab di Saba Restaurant memang sedap tetapi kami cuba juga Nasi Arab di restaurant-restaurant yang lain di Cyberjaya tetapi malangnya memang tiada restaurant lain yang dapat menandingi Saba Restaurant.  Itu hanya pandangan kami, terpulang pada selera masing-masing.

Baiklah, bagi seseiapa yang teringin nak makan di Saba Restaurant boleh search alamat ni ye.

Alamat Saba Restaurant:
4800 Suite 02 Ground Floor
 CDB Perdana, Cyberjaya

Boleh hubungi:
03-83202544


Waktu Operasi
Saba Restaurant


Saba Restaurat juga menerima kredit kad seperti di bawah.

 Nasi Arab yang saya suggestkan adalah:

Nasi Arab Chicken Hanith

Nasi Arab Chicken Kabsah





Pasar Kemboja, Kanchong Darat, Banting

Setelah hampir 5 bulan kami menetap di Banting, akhirnya kami berjaya menjejakkan kaki di Pasar Kemboja, Banting.

Sebelum ini, kami hanya mendengar cerita dari ayahanda yang di Banting juga ada Pasar Kemboja seperti di Sg. Buloh.  Jadi kami pun meriki-riki tempat.  Rupa-rupanya Pasar Kemboja sangatlah berdekatan dengan rumah kami.

Apa lagi, dengan rasa excited yang tak terkata, esoknya pagi-pagi MP bangun dan kejutkan Encik Husband untuk pergi ke Pasar Kemboja.

Jika ada rakan-rakan yang teringin sangat nak pergi ke Pasar Kemboja di Banting, bolehlah ikut direction di bawah ye.

Direction Ke Pasar Kemboja Banting:
Dari Pekan Banting, terus dalam 3 - 5km sehingga jumpa Jalan Kenanga belah kanan anda,
kemudian masuk simpang Jalan Kenanga, anda boleh nampak signboard ini
Signboard tertera:
Pasar Borong, Kanchong Darat, Banting
Lorong yang ada Restoran Juvita.

Masuk Jalan Kenanga, terus dlm 300 meter ada simpang, ambil kiri, terus lagi dalam 500 meter...

Anda sudah sampai ke destinasi yang dituju..
Pasar Kemboja, Kanchong Darat, Banting





Mari kita nikmati pemandangan sekitar Pasar Kemboja, Kanchong Darat, Banting.

Kita tengok apa yang ada di sini..
Yang pastinya macam-macam ada..





 Inilah sosej bakar yang ramai kata best tu.  Sosej ni dibuat sendiri oleh tauke kedai.  Menggunakan daging yang dicincang halus kemudian dimasukkan ke dalam usus lembut, jangan risau, usus lembu tu sudah dicuci dengan bersih.  Rasa daging yang sangat manis, memang sedap sangat. Insyallah Halal sebab yang buat sosej tu adalah orang Kemboja Islam.





Kalau nak cari, ulam-ulam dan sayuran yang jarang didapati di pasaraya, bolehlah datang sini.  Tengok atas tu, buah teratai pun ada.

Pasar Kemboja, Kanchong Darat, Banting dibuka pada hari AHAD sahaja.
Sangat sesuai bagi orang-orang yang bekerja macam MP ini.  Hanya hari Ahad sahaja yang dapat MP cuci mata dengan harga yang berpatutan.

Friday, 27 September 2013

Adab Mandikan Baby Baru Lahir


Ramai orang terlepas pandang. Zaman ini ramai yang suka gunakan kapas lembab (wet nappy) untuk lap najis bayi tanpa mencuci dengan air. Apabila memandikan bayi, jangan terus masukkaan badan bayi ke dalam tab. Cuci dahulu kemaluan bayi depan dan belakang menggunakan air mengalir supaya bersih. Tujuannya supaya apabila memasukkan bayi dalam tab air tidak menjadi air najis, kesan kemaluan bayi yang beristinjak tidak dicuci dengan air.

ADAB MANDIKAN BAYI BARU LAHIR...

Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas sembilan bulan tinggal di alam rahim. Justeru ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam.

Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.


1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.


2. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.

3. Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.

4. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.

5. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi.

6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.

7. Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.

8. Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.


Monday, 23 September 2013

Nama-nama Islam Yang Terindah dan Baik Maknanya (LELAKI)

Huruf D
1.  Damian (Bijak)
2.  Danial (Bijak)
3.  Darwish (Bijak)
4.  Danish (Bijak)

Huruf Q
1.  Qaiser (Raja)

Nama-nama Islam Yang Terindah dan Baik Maknanya (Perempuan)

Huruf A
1.  Aina (Cantik)

Huruf D
1.  Danisha (Bijak)
2.  Damia (Bijak)

Huruf F
1.  Farizah (Jelas)

Huruf H
1.  Humaira (Berpipi Merah)
2.  Hana (Rezeki Tanpa Kepayahan)

Huruf M
1.  Marissa (Sopan Santun)

Huruf N
1.  Nur (Cahaya)

Huruf S
1.  Sofia (Menawan)

Huruf Z
1.  Zahra (Bunga)
2.  Zulaikha (Cantik)