Showing posts with label My Precious Baby. Show all posts
Showing posts with label My Precious Baby. Show all posts
Tuesday, 7 July 2015
Monday, 6 July 2015
APPETON: Multivitamin Plus Infant Drops Membantu Menambah Selera Makan Baby
Ibu mana yang tidak risau akan selera makan anak yang semakin merosot. Semua makan dah diberi, bubur, buah, biskut dan macam-macam lagilah tapi semuanya dia sembur. Tengok anak orang lain bagi apa semuanya mereka makan tapi anak kita susah betul nak bagi makan. Harap susu badan je, susu formula pun dia tak nak. Kisah susu formula nanti Ibu cerita kat page lain ye.
Selera makan makin merosot ni lebih kronik masa Aryan demam sampai kena admit sebab platelet darah Aryan yang sangat rendah sampai 102 (Cerita bab ni pun nanti ibu cerita kat page lain ye). Sebelum demam tu pun memang Aryan memang tak suka makan, jadi bila demam lagilah langsung Aryan tak nak makan. Susu ibu je yang dia nak. Berat badan pun makin lama makin turun.
Jadi apa lagi ibu pun googlelah ada tak vitamin yang boleh tambahkan selera makan, Alhamdulilah terjumpa satu blog ni (lupa plak apa nama blog tu, terima kasih), yang menceritakan tentang pengambilan Multivitamin Plus Infant Drops ni dapat membantu menambah selera makan anak.
Ibu pun apa lagi, dengan segera pergi mencarinya di farmasi. Masa tu Ibu balik Kapar rumah Parent ibu, jadi ibu pun pergi dengan Encik Husband ke Pekan Kapar, cari punya cari, Ya Allah, MAHALnya bendalah ni. Semuanya harga RM50 ++ jadi kami pun cancellah nak beli kat Pekan Kapar. Esoknya masa kami nak balik Banting, kami singgah Klinik Dr. Rosli kat Seksyen 18, Shah Alam, jangan pelik ye, kami tinggal di Banting tapi pergi Klinik kat Shah Alam. Dalam banyak-banyak Klinik yang kami pergi kami anak beranak memang serasi dengan ubat dari Klinik Dr. Rosli, Seksyen 18 sebab tu bila sakit selalunya kami memang pergi situ je. Hari tu kami pergi untuk ambil ubat untuk Aryan. Selepas pergi klinik kami pergi farmasi berdekatan dengan klinik tersebut. Alhamdulilah kami jumpa Appeton MPID ni harga asal RM50++ selepas diskaun RM43 so tanpa berlengah-lengah lagi kami pun terus beli.
Esoknya kami bagi pada Aryan, alhamdulilah Aryan suka sangat dengan MPID ni tak perlu pun paksa nak makan macam kita paksa dia makan ubat. Aryan suka dengan rasanya yang macam oren. Selepas bagi MPID ni, Alhamdulilah Aryan jadi makin kuat makan. Sebelum tidur makan, bangun tidur makan, asyik makan jelaaa.. Suka.. Suka... Suka.. Berat pun makin bertambah-tambah. Tapi masih maintain belum sampai overweight or obesiti. Susu formula pun Aryan sudah mula minum walaupun bukanlah sehebat anak-anak lain yang minum sampai beroz2. Kami kalau Aryan dapat minum habis 3oz or 4oz pun kami dah rasa bersyukur sangat dah. Bagi Aryan tiada apa yang dapat menandingi Susu Ibu dia yang lebih banyak berperisa dari susu formula kot sebab ibu Aryan suka makan so air susu pun mesti macam-macam perisa dia rasa.
Cuma bagi ibu-ibu yang teringin nak bagi anak makan MPID ni ibu sarankan supaya tidak menggunakan tiub kaca yang mereka beri sebab first botol hari tu kami ada menggunakan tiub kaca tu tapi selepas 2 minggu menggunakannya tiub kaca tu patah kat dalam botol tu, kami pun tak tau nak cerita macamana boleh pecah, yang pastinya bila dah pecah kat dalam, ibu terus tak bagi MPID tu pada Aryan sebab takut serpihan-serpihan kaca tertinggal kat dalam botol jadi ibu terpaksa buang, terasa sayang tengok MPID yang masih berbaki dalam botol tu. Tapi untuk menjaga kesihatan Aryan kami akur dengan membuang botol tu dan beli MPID yang baru.
Tapi dengan MPID yang baru ini, kami gunaka syringe (picagari) mengikut sukatan yang diberikan iaitu 1ml. Selepas guna tutup semula dengan penutup asal selepas tu basuh syringe tu pastu keringkan. Lagi terjamin kebersihannya. Tapi terpulang pada ibu-ibu samada nak gunakan ataupun tidak. Tiada paksaan dalam memberikan anak makan MPID.. hehe..
Second botol kami beli kat Pekan Banting, nama Farmasi tu Farmasi Banting, Alhamdulilah lagi murah harga asal RM40 dapat diskaun jadi RM38. 2 farmasi yang saya suka pergi kat Pekan Banting iaitu:
Susu Formula
Alhamdulilah MP berjaya menyusukan Zhareef Aryan (ZA) sepenuhnya sehingga 6 bulan tanpa campur susu formula tetapi disebabkan ZA sangat gemarkan susu ibu (maksudnya minum banyak) stok yang MP sediakan tidak mencukupi untuk hantar ke Babysitter (BS) so MP terpaksa beri ZA susu formula semasa berada di rumah BS. Pada asalnya MP try bagi susu formula NAN tetapi ZA macam tak berapa minat. ZA lebih banyak sembur dari minum. Selepas bagi 2 kotak masih macam tu juga, saya cuba Bebelac, mula-mula tu ZA minum jugalaaa tapi nak habiskan 3oz pun susah. Selepas 3 tin pun ZA masih minum main-main tak serius macam budak-budak lain. Kami try bagi minum lactogen. Ada kawan ni bagi sedikit sample susu lactogen untuk bagi Aryan try tapi Aryan boleh terus sembur. Terus tak nak minum. Geram jugak rasanya sebab kecik-kecik dah pandai demand. So kami try pulak beli susu ducth lady pun sama jugak Aryan terus sembur tak nak minum.
Masa di Office sembang-sembang dengan Officemate, dia kata try susu Anmum, asalnya memang kami nak bagi susu Anmum tapi ada orang kata susu Anmum ni manis jadi kami tak berani nak bagi sebab saya ada salasilah kencing manis semasa pregnant so agak risau untuk beri pada Aryan. Tetapi disebabkan nak juga bagi Aryan susu yang Aryan nak minum, why not kami cuba kan. Mula-mula tu Aryan rasa dulu sikit, agaknya susu tu sedap jadi dia terus habiskan 3oz yang sebelum ni nak habiskan 1oz pun susah. Jadi akhirnya kami teruskan dengan pemberian susu Anmum pada Aryan. Tetapi ada 1 masalah pula yang datang. Najis Aryan keras. Macam Tahi Kambing. Kesian pula tengok Aryan. Sampai merah tempat keluar najis tu. Bila sapu krim menjerit Aryan. Kami terpaksa tukar lagi susu sebab tak sanggup nak tengok Aryan sembelit. (Aryan kuat minum air putih tetapi tetap sembelit).
Sekarang ni kami dah standby susu S26. Susu Anmum masih ada lagi jadi kami akan selang seli kan susu Anmum dengan susu S26. Nanti bila dah try susu S26. MP udpate ye. Terima kasih.
Tuesday, 26 May 2015
Petua Hilangkan Batuk & Selesema Baby @ Anak
** Limau Nipis & Kapur **
Sapu air perahan limau nipis yang telah dicampurkan dengan kapur sedikit
pada dada baby/anak
** Tropical Herbal Cream **
Sapu pada dada dan belakang tengkuk baby/anak
** Wap Bersama Bawang Putih & Minyak Zaitun **
Masukkan Air Panas dalam Mangkuk Besar
Masukkan Bawang Putih yang telah dibakar dan ditumbuk seta Minyak Zaitun ke dalam mangkuk berisi air panas
Riba anak dengan menghadapkan mukanya ke arah mangkuk
Tutup kepala anak dengan napkin nipis supaya kesannya lebih baik
Semasa proses wap, lakukan tepuk percussion (Seperti gambar di bawah)
Buat dalam 10-15 minit
** Wap Bersama Minyak Kayu Putih **
Masukkan Air Panas dalam Mangkuk Besar
Masukkan Minyak Kayu Putih (Saya guna seperti dalam gambar) ke dalam mangkuk berisi air panas
Riba anak dengan menghadapkan mukanya ke arah mangkuk
Tutup kepala anak dengan napkin nipis supaya kesannya lebih baik
Semasa proses wap, lakukan tepuk percussion (Seperti gambar di bawah)
Buat dalam 10-15 minit
** Kunyit **
Tumbuk kunyit hidup
Sapukan kunyit tersebut di Batang Hidung dan Dahi baby/anak
** Lemon, Halia & Madu **
Perah Lemon, Hiris Halia dan Masukkan madu sehingga meliputi Halia
Biarkan semalaman dalam peti ais
Beri minum (Anak yang berumur 2 tahun ke atas)
** Bunga Belimbing Dan Air Beras **
(Diberikan pada baby yang sudah makan makanan pepejal)
| Bunga Belimbing |
Bunga Belimbing dan campurkan dengan didihan air beras
Tapiskan dan kemudian beri anak minum
** Daun Selasih (Daun Basil), Daun Bangun2 (Daun Oregano) & Daun Sirih **
Perah ketiga-tiga daun tersebut dan ambil patinya
Beri minum pada baby yang sudah makan makanan pepejal
** Garlic Socks **
Bakar Bawang Putih
Tumbuk dan letakkan dalam stoking baby/anak
@
** Stoking Bawang Putih **
Ambil 2 @ 3 ulas bawang putih
Ketuk @ Penyekkan Bawang Putih
Campur dengan minyak zaitun
Biar sekejap dalam 10 minit
Lepas tu letak atas kapas dan tampal pada kaki anak
Kemudian pakaikan stoking
** Mandian Lemon **
Letakkan beberapa hirisan lemon dalam mandian baby/anak
Bau lemon dipercayai dapat membantu mengeringkan hingus baby/anak
** Minyak Masak **
Sapukan minyak masak yang belum digunakan lagi di Batang Hidung dan Dada Baby bagi melegakan batuk dan hidung tersumbat
** Daun Kaduk **
Ramas Daun Kaduk dengan Kapur dan sedikit air
Sapu di Dada dan Belakang baby/anak
** Spray Hidung **
Spray ni boleh dibeli di Farmasi
Membantu anak mengeluarkan hingus kerana baby kita
tidak pandai mengeluarkan hingus mereka sendiri
** Minyak Bawang Putih **
Bawang Putih di Bakar
Tumbuk atau lenyek bawang putih
Campurkan dengan Minyak Telon atau Minyak Masak
Sapu di dada untuk melegakan pernafasan
** Urutan Bayi **
Urut baby selepas mandi
** Sedut Hingus Baby Dengan Mulut **
Paling rare
Sunday, 29 June 2014
Jadual Makanan Yang BOLEH dan TIDAK BOLEH Di Makan Semasa Pantang
|
JENIS
MAKANAN
|
BOLEH
|
TIDAK
BOLEH
|
|
AYAM
& DAGING
|
C Burung
Puyuh
C Burung
Merpati
C Ayam
Hitam
C Ayam
Didik
C Ayam
Selasih
C Ayam
Kampung
C Daging
Batang Pinang
|
D Ayam
Biasa (Takut Gatal)
|
|
IKAN
Penting:
Ikan berbisa jika dimakan oleh ibu-ibu dalam
pantang boleh menyebabkan darah dan bentan.
Ikan haruan
menyembuhkan luka.
Ikan yu membanyakkan susu ibu.
|
C
Ikan Haruan
C
Ikan Yu
C
Ikan Selar
C
Ikan Gelama
C
Ikan Jenahak
C
Ikan Merah
C
Ikan Tenggiri
C
Ikan Kurau
C
Ikan Bawal Putih
C
Ikan Senangin
C
Ikan Bilis
|
D
Ikan Kering
D
Ikan Masin
D
Ikan Keli
D
Ikan Bawal Hitam
D
Ikan Terubuk
D
Ikan Duri
D
Ikan Pari
D
Ikan Sembilang
D
Ikan Parang
D
Ikan Tamban
D
Ikan Cencaru
D
Ikan Tongkol
D
Udang
D
Sotong
D
Kerang
|
|
ULAM-ULAMAN
Ulam-Ulaman ini mengandungi Fiber, Zat Galian (Mineral) dan Pelbagai Vitamin termasuk
A, C dan E bersifat Anti Oksidan.
Jantung
Pisang membanyakkan Susu Ibu.
Ulam Kunyit
mengembalikan kecergasan badan dan menyembuhkan luka dalaman.
|
C Halia
C Serai
C Lengkuas
C Pucuk
Pegaga
C Pucuk
Mengkudu
C Pucuk
Ulam Raja
C Lempuyang
C Jantung
Pisang Rebus
C Daun
Atau Ubi Cekur
C Bunga
Kantan
C Kunyit
Hidup
C Daun
Lemuni Hitam
C Daun
Kaduk
C Daun
Sekentut
C Daun
Kesum
C Daun
Cemumar
C Daun
Pudina
C Daun
Kari
C Daun
Bebuas
C Daun
Ruku
|
NIL
|
|
SAYUR-SAYURAN
Penting:
Mengambil
Sayur-Sayuran Menjalar, Sejuk serta Berangin boleh menyebabkan
Ibu-Ibu Kembung dan Sakit-Sakit Badan.
Lobak Putih Dan Peria Membanyakkan Susu Ibu.
Peria memudahkan Buang Air Besar,
Membantu Membersih dan Melancarkan
Peredaran Darah dalam Tubuh.
|
C
Ubi Kentang
C
Peria
C
Sawi
C
Lobak Merah
C
Lobak Putih
|
D
Ubi Kayu
D
Kangkung
D
Petola
D
Terung
D
Cili
D
Timun
D
Tomato
D
Brokoli
D
Kubis
D
Seledri
D
Pucuk Ubi
D
Pucuk Paku
D
Bayam
D
Sayur @ Daun Keti
D
Kacang Panjang
D
Kacang Botol
D
Labu
D
Rebung
D
Jeruk Maman
D
Petai
D
Jering
|
|
BUAH-BUAHAN
Penting:
Makanan
tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk
otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit
tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai arthritis
dan rheumatisme.
|
C Buah
Anggur
C Kurma
C Oren
C Epal
Merah
C Strawberi
C Peach
C Prune
C Kismis
C Longan
Cina
|
D Nenas
D Limau
D Buah
Lai
D Tembikai
Susu
D Tembikai
Merah
D Tembikai
Cina
D Epal
Hijau
D Kiwi
D Buah
Pear
D Pisang
D Jambu
D Belimbing
D Durian
Belanda
D Mangga
D Betik
D Ciku
D Langsat
D Nangka
D Cempedak
D Pisang
Masak Hijau
D Pisang
Nangka
D Pisang
Embun
D Pisang
Udang
D Ubi
Kayu
D Ubi
Keladi
D Sengkuang
D Manggis
D Macang
D Kuinin
D Binjai
|
|
LAIN-LAIN MAKANAN
Asam jawa membantu membuang air besar
selain dari menyegarkan tubuh badan.
|
C
Biskut
C
Roti
C
Nestum
C
Quaker Oat
C
Cornflakes
C
Masakan Panggang
C
Masakan Rebus
C
Masakan Kukus
C
Masakan Bakar
C
Masakan Salah
C
Asam Jawa
C
Asam Keping
|
D
Tempe
D
Burger
D
Nugget
D
Sosej
D
Bihun
D
Mee
D
Kuey Teow
D
Laksa
D
Telur
D
Semua Jenis Ubi
D
Semua Jenis Seafood
D
Masakan berminyak
|
|
AIR
Penting:
Ibu-Ibu tidak boleh minum minuman
sejuk, tajam dan jus daripada
buah-buahan yang dilarang.
Air Kunyit Mengecutkan Rahim Dan Mencuci Darah.
Air Rebusan Pegaga ini membersihkan darah dalam tubuh ibu yang
baru melahirkan anak.
Manjakani berfungsi untuk mengering dan mengetatkan
pangkal rahim.
Air Jus Halia Kurma boleh membuang angin dalam badan dan
menambah tenaga.
Air Madu memanaskan badan.
|
C Air
Suam
C Air
Pati Kunyit
C Jus
Pegaga
C Air
Halia
C Air
Kopi
C Air
Manjakani
C Jus
Halia Kurma
C Air
Madu
|
D Air Ais
D Air
Sejuk
D Air
Bergas
D Air
Tebu
D Air
Cincau
D Air
Kelapa Muda
D Air Jus
Buah-Buahan Yang Dilarang
|
Subscribe to:
Posts (Atom)




















.jpg)