Showing posts with label INFO KERAJAAN. Show all posts
Showing posts with label INFO KERAJAAN. Show all posts
Sunday, 7 December 2014
Wednesday, 21 August 2013
Monday, 20 May 2013
Senarai Gaji Menteri Kabinet, Perdana Menteri Malaysia Bagi Tahun 2013
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, secara umumnya ramai yang sedia maklum bahawamenteri-menteri kabinet Malaysia yang baru bagi tahun 2013 telah diumumkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak pada 15 Mei yang lalu.
Info Tambahan.
Seorang Ahli Parlimen boleh menjana pendapatan sehingga RM10,000 sebulan termasuk elaun.
Merujuk Kertas Statut 235 Tahun 1983, Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980, seorang Ahli Parlimen diberikan elaun bulanan seperti untuk keraian (RM1,500), pemandu peribadi (RM1,200), perjalanan (RM1, 500) dan telefon (RM900).
Ahli Parlimen turut dibayar elaun sebanyak RM200 sehari apabila mereka menghadiri mesyuarat di Parlimen dan RM150 apabila mereka menghadiri mana-mana jemputan rasmi mesyuarat, taklimat, seminar atau pelbagai acara anjuran kementerian atau agensi-agensi kerajaan di peringkat persekutuan atau negeri.
Selain itu, Ahli Parlimen juga boleh menuntut elaun makanan (termasuk 25% untuk tips) dan bayaran untuk bilik hotel, bayaran caj dobi, tempat letak kenderaan, tol, dan wang belanja untuk membeli pakaian panas dan pakaian istiadat.
Faedah-faedah lain seorang Ahli Parlimen ialah mendapat rawatan perubatan percuma untuk diri mereka, pasangan dan anak-anak di bawah 21 tahun di hospital dan klinik kerajaan, pinjaman komputer, kereta dan perumahan, senjata api percuma dan lesen kenderaan, serta pencen dan ganjaran untuk perkhidmatan mereka di bawah syarat-syarat dan keadaan tertentu.
Sunday, 19 May 2013
Barisan Kabinet Baru 2013
Perdana Menteri - Datuk Seri Najib Razak
Timb Perdana Menteri - Muhyiddin Yassin
Menteri Di JPM - Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Menteri Di JPM - Datuk Abdul Wahid Omar
Menteri Di JPM - Datuk Seri Idris Jala
Menteri Di JPM - Tan Sri Joseph Kurup
Menteri Di JPM - Datuk Seri Shahidan Kassim
Menteri Di JPM - Nancy Shukri
Menteri Di JPM - Datuk Paul Low Seng Kuan
Menteri Di JPM - Datuk Joseph Entulu
Timb Menteri Di JPM - Datuk Razali Ibrahim
Timb Menteri Di JPM - P. Waytha Moorthy
Menteri Kewangan - Datuk Seri Najib Razak
Menteri Kewangan 2 - Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Timb Menteri Kewangan - Datuk Hj Ahmad Maslan
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Datuk Seri G Palanivel
Timb Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Dato' Dr. James Dawos Mamit
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan - Nazri Aziz
Timb Menteri Pelancongan dan Kebudayaan - Dato' Joseph Salang
Menteri Wilayah Persekutuan - Datuk Seri Tengku Adnan Mansor
Timb Menteri Wilayah Persekutuan - Dato' Dr Loga Bala Mohan
Menteri Belia dan Sukan - Khairy Jamaluddin
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Datuk M.Saravanan
Menteri Komunikasi dan Media - Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Timb Menteri Komunikasi dan Media - Datuk Jailani Johari
Menteri Luar Negeri - Datuk Seri Anifah Aman
Timb Menteri Luar Negeri - Datuk Hamzah Zainuddin
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Zahid Hamidi
Timb Menteri Dalam Negeri - Datuk Dr Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar
Menteri Pertahanan - Datuk Seri Hishamuddin Hussein
Timb Menteri Pertahanan - Datuk Abd Rahim Bakri
Menteri Pelajaran & Pengajian Tinggi - Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri Pelajaran & Pengajian Tinggi 2 - Datuk Seri Idris Jusoh
Timb Menteri Pelajaran & Pengajian Tinggi - P.Kamalanathan
Timb Mneteri Pelajaran & Pengajian Tinggi - Datuk Mary Yap Kain Ching
Menteri Pertanian Industri Asas Tani - Datuk Seri Ismail Sabri
Timb Menteri Pertanian Industri Asas Tani - Datuk Tajuddin Abdul Rahman
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Rohani Karim
Timb Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Hajah Azizah Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun
Menteri Sumber Manusia - Datuk Richard Riot
Timb Menteri Sumber Manusia - Datuk Haji Ismail Haji Abd Mutalib
Menteri Kesihatan - Datuk S.Subramaniam
Timb Menteri Kesihatan - Dato' Seri Dr. Hilmi Haji Yahya
Menteri Kerja Raya - Datuk Haji Fadillah Yusof
Timb Menteri Kerja Raya - Datuk Rosnah Sirlin
Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri - Datuk Mustapa Mohamed
Timb Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri - Ir Haji Hamim Samuri
Menteri Pembangunan Luar Bandar - Datuk Shafie Apdal
Timb Menteri Pembangunan Luar Bandar - Datuk Alexander Nanta Linggi
Menteri Komoditi Dan Perladangan - Datuk Seri Douglas Uggah Embas
Timb Menteri Komoditi Dan Perladangan - Noriah binti Kasnon
Menteri Pengangkutan - (Memangku) Datuk Seri Hishamuddin Hussein
Timb Menteri Pengangkutan - Datuk Abd Aziz Kaprawi
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili
Timb Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Dato' Seri Mahdzir Khalid
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Iwon Ebin
Timb Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Dr. Abu Bakar Mohamad Diah
Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna - Dato' Haji Hasan bin Malek
Timb Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna - Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Abdul Rahman Dahlan
Timb Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Halimah Sadique
Wednesday, 6 February 2013
Isi Borang Tapisan Keselamatan Secara Online Melalui Sistem E-vitting
Bagi penjawat awam lantikan baru dan masih dalam tempoh percubaan, anda perlu mengisi borang tapisan keselamatan serta melakukan beberapa perkara lain bagi pengesahan jawatan yang telah dilantik dalam tempoh 3 tahun (skim SSM, SBPA hanya 1 tahun). Borang tapisan keselamatan kini boleh di isi secara online melalui sistem yang dikenali sebagai E-Vetting. Malahan semakan bagi status semasa, kemaskini dan pemprosesan data juga turut di sediakan melalui sistem yang sama.
[ link (pautan) dibawah dikemakini pada 24 mei 2012 ]
BORANG dan SEMAKAN
Melalui sistem e-vetting, kesemua perkara yang terdapat di dalam borang tapisan keselamatan yang sebelum ini perlu di isi secara manual telah di terjemahkan ke dalam bentuk satu sistem. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah dengan mendaftar, mengisi dan menghantar butir butir peribadi melalui sistem bagi pihak keselamatan membuat tapisan. Semakan status kemaskini bagi status tapisan keselamatan juga boleh dibuat melalui sistem E-Vetting setelah perkara yang perlu dilengkapkan di isi dengan baik dan lengkap. Paparan gambarajah di bawah adalah merujuk kepada perkara yang terdapat sistem E-Vetting yang perlu di isi.. Sekiranya anda perhatikan, ianya masih sama dengan borang yang perlu di isi secara manual seperti perkara yang melibatkan :
- Profil pemohon – gambar seperti IC diperlukan
- Pekerjaan terdahulu
- Maklumat Suami, Isteri, Tunang
- Maklumat Persatuan
- Maklumat Pendidikan
- Maklumat Ibu Bapa dan Penjaga
- Maklumat Adik Beradi
- Lawatan ke Luar Negara
- Latihan Ketenteraan
- Kesalahan yang pernah dilakukan dan perakuan
PENGGUNA BARU SISTEM
Bagi pengguna baru, anda hanya perlu mendaftar butir peribadi seperti pengguna ID (merujuk pada nombor kad pengenalan), katalaluan (password) dan email (bagi tujuan menghantar katalaluan sekiranya hilang?). Pendaftaran boleh dibuat dengan “click” pada pautan “Daftar Baru” melalui paparan login skrin seperti di bawah (lihat pada kotak bewarna merah).
Seterusnya dengan mengisi maklumat yang diperlukan bagi pendaftaran maklumat pengguna baru seperti gambarajah skrin di bawah …
MANUAL vs ONLINE
Berikut adalah beberapa perkara yang memperincikan kebaikan penggunaan sistem E-Vetting berbanding pengisian maklumat melalui borang tapisan keselamatan secara manual
- Semakan boleh dibuat secara online melalui sistem E-Vetting berbanding semakan secara telefon sekiranya mengisi secara manual
- Tiada kerosakan borang yang mungkin boleh menyebabkan kelewatan memproses permohonan bagi tapisan keselamatan
- Data atau maklumat yang di isi boleh diperbaiki atau dikemaskini mengikut kesesuaian sebelum penghantaran dibuat tanpa menjejaskan sebarang maklumat berbanding secara manual sekiranya terdapat pengubahsuaian yang perlu dilakukan boleh menyebabkan kerosakan borang
- Data dan maklumat yang di isi dapat di hantar dengan cepat serta memudahkan pemprosesan tapisan keselamatan dari pihak yang bertanggungjawab mengurus dan memproses
- Data dan maklumat yang di hantar adalah 100% dijamin sampai terus ke pihak Keselamatan tanpa keciciran borang yang boleh melambatkan dan menjamin tiada kebocoran maklumat di pihak ke-3
- Tidak memerlukan kos tambahan bagi penghantaran serta mengurangkan kos pemprosesan dan pengurusan maklumat penjawat awam
SISTEM E-VETTING: TAPISAN KESELAMATAN ONLINE
Melalui keberkesanan dan kemampuan yang boleh dilakukan melalui sistem ini, sudah pasti pujian harus diberikan pada pihak yang menguruskannya kerana sistem e-vetting boleh menerima data dan maklumat penjawat awam dengan baik dan teratur yang memberikan banyak kelebihan berbanding borang yang perlu di isi secara manual. Anda boleh melayari sistem E-vetting melalui link di bawah (klik pada link tersebut):
http://evetting.cgso.gov.my [dikemaskini pd 24 mei 2012]
link sebelumnya kini tidak lagi aktif yang akan membawa anda kehalaman 404 page not found.
Cara Tunaikan BR1M
Cara Tuntut Baucer BR1M:
Baucer itu boleh ditunaikan di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB dan Maybank di seluruh negara. Kaunter bergerak khas turut disediakan di ketiga-tiga bank berkenaan pada majlis penyerahan baucar di kawasan luar bandar untuk kemudahan orang ramai di pedalaman menunaikan baucar.
Pertanyaan Status Permohonan BR1M:
Pemohon boleh menghubungi talian hotline 1800222500 atau 1300883010 mulai Isnin ini antara jam 9 pagi hingga jam 5 petang untuk memeriksa status permohonan. Atau anda boleh mula menghantar pertanyaan email ke belanjawan2012@treasury.gov.my.
Rayuan Permohonan BR1M:
Bagi pemohon yang gagal pula, rayuan boleh dibuat dengan menggunakan borang khas yang boleh diperoleh di pejabat LHDN, agensi kerajaan berkaitan atau download menerusi laman web www.treasury.gov.my.
Lanjutan Tarikh Permohonan:
Bagi mereka yang tidak sempat untuk menghantar borang permohonan, anda boleh mengahantar borang BR1M dimana tarikh penyerahan penghantaran borang telah dilanjutkan sehingga 10 Februari 2012.
Subscribe to:
Posts (Atom)










