Showing posts with label KESIHATAN. Show all posts
Showing posts with label KESIHATAN. Show all posts

Monday, 6 July 2015

Maksud Di Sebalik Warna Air Kencing


Perubahan warna air kencing boleh berlaku di dalam beberapa keadaan iaitu:

1) Warna Kuning Gelap jika berlaku kekurangan air di dalam badan atau dehidrasi
2) Warna Kuning Cerah jika minum air yang berlebihan
3) Warna Air Teh 'O' jika terdapat kandungan darah di dalam air kencing
4) Warna Merah jika berlaku pendarahan ketara di dalam sistem buah-pinggang atau pundi kencing

Thursday, 19 September 2013

Petua Untuk Mengurangkan Kesakitan Senggugut


Petua Untuk Mengurangkan Kesakitan Senggugut

1. Jauhi minuman berkafein dan beralkohol seperti soda, kopi, teh dan coklat beberapa hari sebelum kedatangan haid. Minuman berkafein mempengaruhi sistem saraf wanita.

2. Ambil makanan yang berkaborhidrat tinggi beberapa hari sebelum dan semasa haid kerana kajian menunjukkan makanan yang berkabohidrat tinggi boleh membantu penghasilan hormon serotonin yang dapat mengurangkan perubahan mood dan gangguan tidur.

3. Lakukan senaman yang lebih agresif dari biasa seperti aerobik, jogging dan lain-lain yang boleh meninggikan jumlah denyutan jantung. Ianya mampu dalam menghasilkan lebih banyak hormon endorfin yang boleh membantu mengurangkan masalah yang dihadapi ketika haid.

4. Kurangkan tidur ketika haid juga dapat membantu dalam mengurangkan kesakitan sengugut.

5. Kurangkan pengambilan garam dan makanan masin. Mengikut kajian, garam boleh menyebabkan penahanan air dan pembengkakan pada perut yang mengakibatkan perut kembung dan sakit.

6. Banyakkan minum susu. Meminum sebanyak 1000 mg susu sehari dapat membantu mengurangkan kejang perut. Kalsium yang terkandung dalam susu tersebut juga dapat membantu tubuh untuk menghasilkan hormon endorfin yang mampu menenangkan perasaan.

7. Amalkan memakan makanan yang mengandungi vitamin B6 seperti hati dan ikan tuna. Vitamin B6 ini telah terbukti dapat membantu mengawal pengeluaran hormon serotonin. Kurangnya pengeluaran hormon ini dapat membantu menjauhkan perasaan tertekan, memulihkan mood serta memulihkan nafsu makan.

Monday, 26 August 2013

PRODUK KURUS SECARA SIHAT DAN SELAMAT


FOREVER ALOE VERA GEL

Daun Aloe yang Ajaib didapati mengandungi lebih daripada 200 Sebatian.  Satu Produk hasil daripada Penstabilan Alow yang Berpaten, Gel kami digemari oleh mereka yang inginkan Sistem Pencernaan yang Sihat dan Tahap Tenaga yang Semulajadi.

KEBAIKAN/MANFAAT ALOE VERA GEL
PRODUK FOREVER LIVING

Aloe Vera Gel yang Tulen

Membantu Penyahtoksikan Badan yang Lengkap

Menggalakkan Sistem Penghadaman

Meningkatkan Penyerapan Nutrien

Meningkatkan Tahap Tenaga

 Mengekalkan kesihatan, membantu menguatkan sistem imunisasi dan melancarkan sistem gastrousus.

Membantu meningkatkan keefisienan penyerapan nutrien oleh sel-sel. Tubuh anda akan menerima lebih banyak khasiat daripada makanan dan penokok diet yang anda ambil dan meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan anda.

Membantu menyahtoksik tubuh dan mengurangkan beban terhadap sistem pencernaan. Ia membersihkan usus kecil, melancarkan pembuangan najis dan mengurangkan mikroorganisma yang tidak baik seperti kulat. Kulit anda akan menjadi lebih baik dan berseri apabila proses penyahtoksikan berjalan dengan lancar.

Sistem pencernaan yang sihat mengurangkan beban hati dan dengan demikian membolehkannya memetabolismekan lemak dengan lebih efisien untuk membebaskan lebih banyak tenaga. Dengan itu, dapat mengurangkan simpanan lemak dan membantu mengawalkan berat badan.

Memberikan tindakan 2 dalam 1 (2 in 1) iaitu menyahtoksik dan mencergaskan dengan serentak.

Membantu meningkatkan kebolehan penyembuhan sistematik badan dan dengan demikian mengurangkan penyakit yang terjadi akibat keupayaan penyahtoksikan dan penyerapan nutrien yang kurang baik.

Cara Pengambilan:
Dos yang dicadangkan: 30 - 60ml setiap kali, 2 kali sehari

Harga sebotol:

RM 90.00 sahaja

Jika berminat boleh hubungi:
017-2668174

Sunday, 14 July 2013

15 Kelebihan Sujud Dalam Solat Dari Aspek Kesihatan


“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat, dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” (2:45)
Pakar sains mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling menggalakkan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.
Percaya atau tidak, berikut adalah hikmah yang diperoleh daripada perbuatan bersujud ketika sembahyang. Semoga ia dapat memotivasikan diri untuk tidak meninggal solat wajib dan mengejar berbuat solat sunat.
1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.
2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
3. Melegakan sakit hernia.
4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. Kedudukan sujud dalam solat adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
7. Meringankan bahagian pelvis.
8. Memberi dorongan supaya mudah tidur.
9. Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. – Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.
10. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
11. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.
12. Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin. organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut .(Convulsions).
13. Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
14. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak takbur dan sebagainya.
15. Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud dalam solat yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.

By: Generasi Jutawan Iman & Taqwa

Tanda-Tanda Sakit Di Badan - Suatu Keajaiban Yang Wajib Kita Ketahui

Salam semua. Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Bacalah keterangan di bawah supaya anda memahaminya. Info di bawah ini antara info yang terbaik.

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).

a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
b) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
c) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
d) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
e) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.


2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).

a) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
b) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
b) Bersin
i) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.


3. BATUK

a) Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b) Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
c) Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.


4. KERONGKONG

a) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
b) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.


5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

a) Bibir pucat
i) Sistem penghadaman yang lemah.
ii) Perut mengandungi angin.
iii) Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
b) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.


6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.

a) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
b) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
c) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.


7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.

a) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
b) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.


8. KULIT Berpeluh :

a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.


9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.


10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.


11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.


12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.


13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).


14. TANDA-TANDA DALAMAN

A. KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
a) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
b) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.

E. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.


15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH

a) LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b) MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.



16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.


17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman


18. KENCING

a) KERAP KENCING Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.


19. BUANG AIR BESAR

a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.


20. BADAN

a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.


21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.


22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.


23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.


24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :

a) Sistem jantung yang lemah.
b) Sistem saraf otak yang lemah.
c) Masalah pengaliran darah.


25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.



Disediakan oleh:


Pn. Rusnani Omar
Penolong Pendaftar
Unit Keselamatan & kesihatan Pekerjaan
Universiti Malaysia Perlis. 

Friday, 5 July 2013

10 Cara Untuk Mengurangkan Asid Urik Dalam Badan


Asid urik adalah bahan buangan yang terhasil dalam badan anda semasa proses penghadhaman (pemecahan) purine yang terdapat secara semula jadi dalam banyak makanan. Asid urik biasanya tidak berbahaya pada kesihatan tetapi paras yang tinggi boleh menyebabkan gout, batu karang, dan kegagalan buah pinggang pada sesetengah orang.

Paras asid urik dalam badan di sebabkan oleh: 

Fungsi buah pinggang yang lemah.
Kekurangan Potasium
Reaksi kepada Ubat-ubatan & Vitamin
Berdiet untuk menurunkan berat badan anda.

Selain dari ubat-ubatan, untuk mengurangkan asid di dalam badan anda untuk kesihatan, cubalah makan beberapa atau semua jenis makanan berikut yang dikenali dapat membantu menghindarkan anda dari penyakit gout dan merendahkan tahap asid urik/uric acid.

.1.
PERASA & REMPAH

Cuka epal cider (Apple Cider Vinegar) berupaya menghancurkan/melarutkan/membubarkan kristal asid urik dengan menukar ph darah kepada keadaan yang lebih alkali.

Tambah 1/3 cawan halia yang telah dikisar dalam tab mandi untuk menggalakkan badan berpeluh dan membuang asid urik dari sistem badan. Ingat untuk bilas selepas mandi anda untuk mengeluarkan sebarang sisa dari halia untuk melindungi kulit anda.

.2.
SAYUR-SAYURAN

Alfalfa tinggi dengan mineral dan nutrien lain yang boleh mengurangkan serum asid urik dalam darah.

Daun pasli adalah diuretik yang hebat, ia membantu dalam meningkatkan jumlah air kencing yang seterusnya menggalakkan penyingkiran asid urik.

.3.
BIJIRIN KECIL

Dr Theodore A. Baroody mencadangkan dalam bukunya, "Alkalinize or Die" bahawa penghidap gout boleh makan bijirin kecil yang beralkali untuk membantu dalam penyingkiran asid urik. Bijirin itu adalah cous cous, amaranth dan millet. 
Cuba dapatkan di kedai-kedai makanan kesihatan, ia boleh disediakan dalam kaedah yang sama seperti beras dan adalah alternatif yang lazat untuk beras dan pasta. Boleh juga menggunakan resipi-resipi yang lain.

.4.
HERBA
  • Black cohosh mengawal keasidan darah dan membantu melarutkan asid urik membuat ia lebih mudah untuk dihapuskan. 
  • Bilberry tinggi kandungan flavanoids, sejenis pigmen larut air yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan yang mempunyai ciri-ciri anti-oksida. 
  • Teh Buchu (Buchu adalah sejenis tumbuhan dari Western dan Southern Cape Afrika Selatan) membantu melarutkan dan mengepam keluar kristal asid urik dari sendi dan buah pinggang serta aliran darah anda. 
  • Devil's claw adalah ejen pembersihan semula jadi untuk kekotoran toksik dalam darah. Ambil 400 mg ekstrak keringnya 3 kali sehari seperti yang diperlukan untuk kesihatan. 
  • Biji saderi (Celery seeds) melegakan gout dengan mengeluarkan asid urik dari badan. Biji saderi mengandungi kira-kira 20 agen anti-radang yang berbeza. Dos yang disyorkan adalah 500 mg, 2 kali sehari.Amaran: Wanita hamil dan orang yang mempunyai penyakit buah pinggang perlu berhati-hati kerana biji saderi adalah diuretik yang kuat dan boleh memburukkan lagi penyakit buah pinggang.
.5.
PRODUK TENUSU

Menurut 1 kajian analisis kesan susu dari lembu, kerbau atau bison, pada tahap asid urik 6 peserta yang sihat. Selepas minum susu, kandungan asid urik air kencing peserta meningkat sehingga 38% berbanding dengan jumlah mereka keluarkan selepas minum air. Untuk manfaat kesihatan yang berpotensi sama, susu rendah lemak boleh juga digunakan selalu. Produk susu rendah lemak, seperti yogurt, boleh memberi manfaat kesihatan yang sama.

Produk tenusu, seperti susu, yogurt dan keju kotej (cottage cheese), membekalkan kalsium dan vitamin D untuk tulang yang kuat dan protein. Menurut laporan yang disiarkan dalam "Pemakanan dan Penyakit reumatik" pada tahun 2008, produk tenusu mempunyai "kesan klinikal yang bermakna" dalam mengurangkan asid urik. Oleh kerana susu dan keju biasa tinggi lemak tepu, selalulah pilih versi rendah lemak.

Produk tenusu, termasuk susu, keju dan yogurt, boleh membantu mengurangkan paras asid urik dalam badan anda, membawa kepada penurunan risiko untuk gout. Sebagai cecair, susu/susu rendah lemak boleh membantu badan anda mengepam asid urik yang berlebihan keluar melalui air kencing. Sasarkan 16-24 oz minum susu setiap hari. 

Makan bijirin sarapan pagi anda dengan susu rendah lemak dan minum susu rendah lemak dan bukannya minuman ringan (minuman ringan adalah salah satu penyumbang peningkatan asid urik) atau minuman beralkohol untuk manafaat yang tinggi.

.6.
KEKACANG ATAU PROTIN TUMBUHAN

Daging dan makanan laut mengandungi kandungan purine yang tinggi dan boleh meningkatkan tahap asid urik anda. Menggantikan protein haiwan dengan sumber berasaskan tumbuhan, di sisi lain, boleh menurunkan tahap asid urik anda.

Kekacang yang kaya dengan protein termasuklah kacang soya, lentil, kacang hitam, kacang dal, kacang kuda dan kacang navy, makanan berasaskan soya, seperti tauhu, susu soya dan tempe, kacang soya, edamame, tauhu bakar atau kukus, smoothie soya, kuah dal, sup lentil dan salad chilled bean, "vegetarian chili", hummus dan lain-lain adalah sumber tumbuh-tumbuhan yang bernilai untuk menyediakan sejumlah besar keperluan protein.

Beli atau sediakan sup dan makanan lain yang rendah garam untuk mencegah pengambilan natrium yang berlebihan yang dikaitkan dengan pembentukan batu karang.

Sebagai makanan yang kaya dengan serat, kekacang juga membantu anda menurunkan berat badan anda, mengurangkan risiko anda untuk gout dan batu karang.

Hadkan pengambilan daging anda tidak lebih daripada 6 oz. sehari jika anda terdedah kepada batu karang & asid urik yang tinggi. Kekacang adalah semula jadi rendah lemak, bebas kolesterol, dengan meningkatkan pengambilannya anda boleh mengurangkan tahap kolesterol anda dan meningkatkan kesihatan kardiovaskular anda secara keseluruhan.

.7.
CECAIR

Cecair/bendalir menggalakkan penghidratan dan membantu badan anda mengeluarkan asid urik melalui air kencing. Jika anda terdedah kepada batu karang asid urik, minum sekurang-kurangnya 10 gelas cecair setiap hari, sekurang-kurangnya separuh daripadanya dalam bentuk air kosong. 

Air kencing berwarna kuning cair atau jernih merupakan tanda positif penghidratan. Cecair lain yang boleh membantu mengurangkan tahap asid urik termasuklah susu atau susu non dairy, sup rendah garam, teh herba, susu soya, susu beras, gelatin dan buah-buahan & sayur-sayuran yang kaya dengan air seperti tembikai, buah-buahan sitrus, tomato, timun, saderi dan buah-buah jenis beri. 

Elakkan jus kranberi dan jus limau gedang (grapefruit), yang boleh menyumbang kepada batu asid urik.

.8.
BIJIRIN PENUH

Bijirin penuh mengandungi semua bahagian berkhasiat dari bijirin, lebih banyak serat, protein dan mikronutrien, termasuk magnesium, berbanding bijirin bertapis. Pengambilan makanan yang kaya dengan magnesium dan rendah kalsium seperti barli, oat, beras perang dan bran, dalam diet anda untuk mengurangkan risiko batu karang. 

Gantikan karbohidrat rendah serat, seperti roti putih, pasta dan pretzels dari tepung berproses, dengan bijirin penuh, yang lebih mengenyangkan, bagus untuk mengawal jumlah pengambilan makanan (portion intake) dan penurunan berat badan. Apabila membeli roti, pasta dan bijirin, teliti pembungkusan produk untuk memastikan bahawa bijirin penuh disenaraikan sebagai bahan utama.

Menurut laporan "Pemakanan dan Penyakit reumatik", terdapat kaitan antara obesiti dan gout; pengurusan berat badan yang sihat boleh membantu tahap asid urik yang lebih rendah. 

Bijirin penuh boleh dihadhamkan dengan lebih baik berbanding bijirin bertapis/berproses dan mempunyai kesan yang rendah pada tahap gula dalam darah anda dan melambatkan isyarat lapar, ini membantu anda menguruskan berat badan.

Untuk hasil terbaik, gantikan roti putih, pasta, cereal dan makanan ringan dengan makanan bijirin penuh yang belum diproses keseluruhan seperti oat, beras perang, beras huma, barli dan air-popped popcorn. Kerana makanan yang kaya dengan serat juga mengenyangkan dan membantu dalam kawalan berat badan anda.

.9.
BIJIRIN BEBAS YIS

Produk bijirin yang dicampur yis mengandungi tahap purine yang tinggi. Ia boleh membawa kepada peningkatan paras asid urik. Bijirin penuh bebas yis seperti beras perang, beras huma, quinoa, barli dan air-popped popcorn adalah alternatif yang berkhasiat. Sebagai makanan yang kaya dengan serat, bijirin juga boleh menggalakkan selera dan kawalan berat badan juga mengurangkan risiko anda untuk mendapat batu karang dan gout.

.10.
BUAH-BUAHAN DAN SAYURAN

Buah-buahan dan sayur-sayuran kaya dengan antioksidan yang membantu badan anda mempertahankan dirinya daripada jangkitan dan penyakit, serat dan air. Diet yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran, malah kacang yang kaya dengan purin, kobis bunga dan bayam tidak dikaitkan dengan peningkatan risiko gout meningkat, menurut Johns Hopkins, Medicine. 

Buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan antioksidan, seperti buah beri, ceri, tomato, bell pepper, tomato dan squash boleh membantu mengurangkan gejala batu karang. 

Oleh kerana buah-buahan dan sayur-sayuran rendah dalam kandungan tenaga, bermakna mereka menyediakan kurang kalori bagi setiap hidangan berbanding lemak dan kanji, ia juga boleh membantu memudahkan proses pengurusan berat badan. Mengekalkan berat badan yang sihat adalah penting untuk mencegah risiko gout dan batu karang.

Elakkan sayur-sayuran dalam tin yang mengandungi sodium tinggi yang boleh menyumbang kepada batu karang.

Amalkan pemakanan yang sihat untuk pengawalan kandungan asid urik penting untuk kesihatan anda.



Monday, 25 February 2013

DR. BACKBONE



Sakit belakang akut merupakan satu fenomena yang biasa terjadi. Boleh dikatakan, antara 50 hingga 80 peratus daripada penduduk Malaysia yang berusia antara 25 hingga 60 tahun pernah mengalami masalah ini, sekali dalam seumur hidup mereka.

Dianggarkan, antara 12 hingga 26 peratus kanak-kanak dan remaja juga mengalami sakit belakang. Kebanyakkan kecederaan belakang terjadi bila-bila masa sahaja, oleh yang demikian, jagalah belakang anda sentiasa dan di mana sahaja, kerana tulang belakang anda adalah antara tulang yang amat penting dan ia sentiasa bekerja walaupun semasa anda tidur.

Apabila anda mengalami sakit belakang, secara automatik ia akan menyukarkan aktiviti seharian anda. Duduk, berjalan dan membongkok boleh menyebabkan kesakitan yang menusuk, rasa berdenyut dan kebas. Masalah sakit belakang adalah masalah yang biasa dihidapi oleh semua golongan.

Dianggarkan lebih 90 peratus penduduk Malaysia akan mengalami masalah sakit belakang sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Sakit belakang antara lain disebabkan oleh diska tergelincir (slipped disk) atau turut dikenali sebagai diska hernia atau diska pecah (herniated disc atau ruptured disk).

Struktur sokongan belakang secara kasar terdiri daripada tulang vertebra, tulang lembut/diska intervertebral, sendi, ligamen dan otot। Pada tulang belakang terdapat satu terowong yang dilalui oleh saraf tunjang dan penghujung saraf tunjang.
.
Masalah sakit belakang boleh berpunca daripada kecederaan pada otot, ligamen, sendi, diska dan vertebra. Jatuh atau kemalangan, aktiviti lasak atau teknik mengangkat barang yang salah dan juga faktor usia merupakan penyebab biasa kecederaan tulang belakang.
.
Diska tergelincir adalah satu masalah kecederaan pada tulang lembut/diska yang juga dikenali sebagai diska intervertebral. Masalah ini kerap berlaku pada peringkat umur 30 hingga 50 tahun.
.
Diska intervertebral pula bolehlah diumpamakan sekeping tulang lembut di antara tulang vertebral. Ia terdiri daripada satu tisu yang kuat (annulus fibrosus) di mana di dalamnya terkandung sejenis bahan yang lembut yang dikenali sebagai nucleus polposus. Kecederaan pada diska intervertebral boleh menyebabkan kerosakan pada annulus fibrosus. Akibatnya, ia akan menjadi bengkak dan seringkali juga pecah pada diska intervertebral.
.
Apabila bengkak berlaku, ia akan menekan urat saraf yang terletak di belakangnya. Keadaan akan menjadi lebih serius apabila ia pecah menyebabkan isinya atau nucleus polposus keluar dan menekan urat saraf.
.
Di antara segmen tulang belakang terdapat rawan (disk) yang bertindak sebagai penyerap hentakan. Semakin usia seseorang itu meningkat, rawan akan menjadi lemah lalu terbonjol keluar dan menekan urat-urat saraf. Ini boleh meyebabkan rasa sakit yang amat sangat yang akan merebak turun ke kaki sehingga pesakit akan mengalami kebas dan lemah kaki.


SAKIT BELAKANG KETIKA KEHAMILAN
Sakit belakang semasa mengandung adalah perkara biasa yang berlaku. Ia selalunya berlaku pada bahagian tengah atau bawah tulang belakang. Biasanya ia semakin teruk bila usia kandungan meningkat.

Kebanyakan masalah ini tidaklah begitu serius. Bagaimanapun, sekiranya ia berlaku dengan cepat atau disertai dengan tanda-tanda lain seperti pendarahan dan sebagainya, rawatan segera adalah diperlukan.

SAKIT BELAKANG SELEPAS EPIDURAL
Kajian terbaru menunjukkan risiko mendapat sakit belakang selepas epidural sama seperti risiko bagi wanita yang bersalin tanpa epidural.

Oleh itu, masalah sakit belakang ini sebenarnya berpunca ketika mengandung lagi, dan tidak berkait dengan kesan berpanjangan dari teknik epidural.

Ada dua cara pembiusan yang digunakan sebelum melakukan pembedahan caesarean, iaitu pembiusan secara tidak sedar yang memerlukan intubasi di mana, gas anestetik diberikan atau bius separuh badan.

Kaedah epidural dan spinal pula ialah dua cara pembiusan separuh badan. Mengikut kaedah ini, pesakit itu sedar dan teknik untuk membius ialah dengan memasukkan ubat ke kawasan epidural atau spinal pada bahagian tulang belakang.

Ubat ini akan melalikan urat saraf yang merangsang bahagian badan yang terbabit termasuk bahagian kulit, rahim dan kedua-dua belah kaki. Prosedur ini hanya dilakukan pakar bius.

Kawasan epidural dan spinal adalah berbeza, epidural ialah lapisan sebelum ruang spinal. Akar saraf yang keluar dari saraf tunjang berada di lapisan ini. Bila ubat pelali dimasukkan di kawasan ini melalui kateter yang halus, ia akan membasahi akar saraf ini menyebabkan pembiusan yang efektif.

Kelebihannya ialah ia boleh diberi secara berterusan selagi kateter itu tidak dikeluarkan atau tidak beralih. Ia menjadi cara pembiusan yang sangat sesuai untuk digunakan dalam kes pembedahan yang mengambil masa lama dan juga untuk menahan sakit bersalin. Selepas pembedahan, kateter ini masih boleh ditinggalkan selama mana yang perlu.

Manakala kaedah spinal pula ialah memasukkan ubat terus ke ruang spinal. Kesan pembiusan bermula sejurus selepas ubat dimasukkan, tetapi ia akan tahan selama jangkamasa ubat pelali itu saja, biasanya lebih kurang dua jam. Ini sudah mencukupi kerana pembedahan caesarean tidaklah mengambil masa lama.

GEJALA SAKIT BELAKANG
Antara gejala sakit belakang ialah:
1. Kejang otot.
2. Sakit yang menjalar dari belakang turun ke kaki kiri atau kanan.
3. Sakit di sekeliling pinggang.
4. Sakit di bahagian rusuk belakang .
5. Sakit di bahagian bahu.
6. Sakit di bahagian tengkuk.
7. Sakit di bahagian kepala.
8. Sakit di bahagian tulang rawan.

PUNCA SAKIT BELAKANG
1. Terjatuh atau kemalangan sehingga patah tulang belakang.
2. Mengangkat benda berat dengan kedudukan badan yang tidak betul.
3. Peningkatan usia
4. Jangkitan kuman.
5. Kanser tulang belakang.

PRODUK DR. BACKBONE KELUARAN COSCOBOS (M) SDN BHD
Jika anda mengalami sakit belakang berpanjangan, kini anda tidak perlu risau lagi kerana dengan pengetahuan mendalam tentang struktur tulang belakang dapat membantu anda melakukan terapi sendiri, lebih-lebih lagi dengan menggunakan produk keluaran Coscobos (M) Sdn Bhd yang dikenali sebagai Dr. Backbone tanpa perlu merujuk doktor.

Seorang kerani contohnya, bekerja antara 35 hingga 48 jam seminggu dalam keadaan statik menghadap fail-fail dan komputer di pejabat sehingga menyebabkan tulang belakang kekurangan oksigen yang mencukupi.

Untuk mengatasi masalah ini, anda perlu memiliki produk Dr. Backbone ini kerana ia merupakan produk terbaik yang dapat membantu mengurangkan tekanan stress dan sakit belakang.

Malahan produk Dr. Backbone juga amat sesuai bagi semua lapisan masyarakat dan ia adalah sebagai alternatif bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk beriadah.

ANTARA KEISTIMEWAAN PRODUK DR. BACKBONE
1. Mengurangkan sakit belakang.
2. Mencegah penyakit tulang belakang dan osteoporosis.
3. Menyokong keseimbangan kedudukan badan.
4. Mengelakkan kecacatan tulang belakang.
5. Menggalakkan postur berdiri dan duduk dengan sempurna.
6. Mengurangkan stress ketika memandu.
7. Mengelak dari terasa mengantuk dalam perjalanan jauh.
8. Baik untuk ibu mengandung kerana dapat mengurangkan gegaran sakit pinggang.
9. Bagi wanita, ianya dapat membantu mencantikkan pinggul serta membentuk tubuh badan.
10. Bagi lelaki, ianya dapat membantu meningkatkan kemampuan tenaga seks.