Showing posts with label Info Kesuburan/Fertility. Show all posts
Showing posts with label Info Kesuburan/Fertility. Show all posts

Monday, 18 November 2013

Apa Itu Laparoscopy ??

 


Ia merupakan pemeriksaan untuk melihat secara terus ke dalam perut wanita melalui sejenis teropong yang digelar laparoskop. Teropong ini dimasukkan melalui satu hirisan sepanjang setengah inci di bawah pusat. Menerusi teropong ini doktor boleh melihat keadaan ovari, salur fallopian dan sekeliling rahim. Jika terdapat sesuatu penyakit yang menimbulkan masalah bagi kesuburan wanita, rawatan yang sewajarnya perlu diberi.
Pemeriksaan laparoskopi ini juga sangat penting kerana memang terdapat penyakit seperti ketumbuhan dan jangkitan kuman yang tidak memberi sebarang tanda, boleh dikesan melalui teropong tersebut. Antara jenis penyakit yang selalu tumbuh ialah sejenis ketumbuhan yang digelar endometriosis. Penyakit ini kerapkali mengganggu pengeluaran benih dan ia juga menyekat saluran peranakan. Menurut kajian Dr. Hamid Arshat Pakar, iaitu Pakar Sakit Puan yang terkenal di negara kita, kejadian penyakit ini kini kian meningkat. Ini mungkin disebabkan oleh lebih ramai wanita zaman sekarang yang melambatkan perkahwinan ataupun menangguhkan kehamilan dan kelahiran anak.

Selain itu juga wanita yang pernah mengalami keguguran sama ada secara sengaja atau tidak, kerapkali juga dijangkiti oleh kuman khususnya pada bahagian saluran peranakan. Saluran peranakan boleh rosak dan tersumbat. Ketumbuhan juga boleh berlaku pada kilang ovari dan ini boleh mengganggu pengeluaran benih.
Sesetengah penyakit yang dikesan ketika pemeriksaan `laparoskopi’ dirawat pada masa itu juga tetapi ini adalah terhad. Kadangkala, rawatan selanjutnya perlu dilakukan dengan satu pembedahan besar untuk mengatasi masalah saluran tersumbat ataupun untuk mengeluarkan ketumbuhan pada rahim atau ovari.








Apa itu HSG (Hysterosalpingogram) ??


 Ia merupakan ujian yang dilakukan pada seseorang wanita untuk memastikan saluran peranakannya (tiub fallopio) tersumbat ataupun tidak. Prosedur ujian ini khusus untuk melihat ruang rahim dan juga saluran peranakan menerusi gambar X-ray. Sebelum gambar X-ray diambil, satu jenis cecair khas atau contrast medium disuntikkan ke dalam pangkal rahim dan selepas itu beberapa gambar X-ray diambil. Ujian ini biasanya dilakukan sebaik sahaja berhenti darah haid tetapi sebelum waktu subur. X-ray yang dilakukan selepas waktu subur dikhuatiri akan memberi kesan buruk kepada bayi sekiranya berlaku kehamilan akibat terdedah kepada bahangan atau sinar X-ray.








Sunday, 17 November 2013

Pengalaman Mendapatkan Rawatan Kehamilan/Kesuburan di LPPKN

Rawatan Kali Pertama.
29 April 2013
(Isnin)
2.00 petang

Kami diminta tunggu sehingga nurse panggil MP untuk ditemuduga dan suami MP diminta untuk mengambil sample "MONEY" di tingkat 7.

Yang bagusnya di LPPKN ini, ada menyediakan bilik khas untuk para suami mengeluarkan "MONEY" dengan rasa selesa, tidak seperti di Hospital-hospital kerajaan yang lain yang memerlukan para suami mengeluarkan "MONEY" hanya dalam TANDAS.

Setelah husband selesai mengeluarkan "MONEY" dan turun di tingkat 6, husband juga turut dipanggil untuk sesi temuduga.  Selepas sesi temuduga, MP dan husband dipanggil untuk pengambilan darah untuk cek penyakit kelamin jika ada.

********************************************

Rawatan Kali Kedua
28 Mei 2013
(Selasa)

Rawatan untuk kali ini adalah MP diminta untuk mengambil darah sekali lagi untuk cek tahap kesuburan.  Dan nurse minta MP pergi ke Hospital Tawakal untuk buat HSG pada hari ke 21 period.

********************************************

Rawatan HSG
Hospital Tawakal
5 Jun 2013
(Rabu)
10.00 pagi

Untuk pengetahuan semua, HSG adalah singkatan untuk Hysterosalpingogram. HSG prosedur adalah untuk mengesan samaada tiub fallopio kita tersumbat ataupun tidak.  Dan keputusannya alhamdulilah semuanya baik belaka.  Tiada masalah.





********************************************

Rawatan Kali Ketiga
2 Oktober 2013
(Rabu)

Jika anda perasan tarikh rawatan kali kedua MP jauh berbeza dengan tarikh rawatan kali ketiga adalah kerana beberapa faktor:

Yang Pertama:
Selepas rawatan kedua, MP perlu datang semula ke LPPKN semasa kedatangan haid bulan berikutnya.  Dan semasa kedatangan haid bulan berikutnya jatuh pada Bulan Ramadhan (Bulan Puasa) iaitu pada bulan Julai 2013 maka tidak dapatlah MP meneruskan rawatan kerana untuk makluman semua, pihak LPPKN tidak mengambil sebarang temujanji yang berkaitan dengan Rawatan Kehamilan.

Yang Kedua:
Selepas bulan puasa iaitu bulan Ogos 2013 MP tidak dapat lagi hadir ke LPPKN untuk meneruskan rawatan atas sebab ketiadaan doktor.  Maka tertangguh lagilah untuk kesian kalinya.

Disebabkan seterusnya jatuh pada 30 September 2013 jadi MP dapat jumpa doktor pada 2 Oktober 2013.

Hari itu, adalah pertama kali kami berjumpa dengan Doktor Hamizah.  Doktor Hamizah (DH) adalah seorang doktor yang baik dan lemah lembut.  Beliau banyak memberi pandangan yang baik dan tidak pernah men"down"kan kami.  Sentiasa beri kata-kata positif supaya kami tidak berputus asa dan terus berusaha untuk mendapatkan zuriat.

Untuk rawatan pada ketika itu, Doktor telah menerangkan keputusan ujian "MONEY" husband, keputusan HSG, dan keputusan darah kami.

Alhamdulilah, keputusan ujian "MONEY" husband sangat Excellent.  Keputusan HSG saya juga tiada masalah.  Tiub tak tersumbat.  Dan keputusan darah kami menyatakan tiada penyakit kelamin.  Cuma keadaan Ovum (Telur) MP tidak memberansangkan.  Telur banyak tetapi tidak matang.  Walaupun rasa down sangat ketika itu, tetapi MP cuba fikirkan positif, Telur tak matang tak semestinya tak boleh mengandung, dan MP patut bersyukur sebab ada alternatif lain untuk mematangkan telur iaitu dengan injection.  Jadi jangan terus cepat mengalah kerana ada jalannya.  In syaa Allah.

Maka pada hari itu, DH pun telah membekalkan kami Clomid dan Injection HuMoG 75iu.



Clomid:
2 biji sehari untuk selama 5 Hari.
9.00 mlm

Injection HuMoG 75iu:
4/10/2013 - 10.00 mlm
6/10/2013 - 10.00 mlm
8/10/2013 - 10.00 mlm



Rawatan Susulan
10 Oktober 2013
(Khamis)

Appointment LPPKN, buat Transvaginal Ultrasound (TVs) melalui vagina menggunakan ultrasound transducer.




 Ultrasound Transducer

Setelah mengambil Clomid dan Injection HuMoG 75iu, keputusannya amatlah mendukacitakan kerana Telur (Ovum) tidak membesar dengan sepatutnya.

Jadi DH menambah lagi 2 kali Injection HuMoG 75iu.  Dan diambil selang sehari juga iaitu pada malam tersebut 10/10/2013 dan 12/10/2013.

Selepas itu kami dikehendaki ke LPPKN pada 14/10/2013 sehari sebelum Hari Raya Haji.



Rawatan Susulan
14 Oktober 2013
(Isnin)

Hari tersebut, MP dikehendaki buat perkara yang sama iaitu TVs.  Bila DH masukkan alat tersebut dan lihat discreen, sekali lagi amat mendukacitakan kerana telur yang matang hanya ada SATU sahaja belah kanan.

Niat dihati, dengan harapan dapatlah buat IUI tetapi tiada rezeki kami untuk buat IUI.  Reasonnya, jika ingin proceed dengan IUI, pesakit perlu memiliki 3 Telur yang MATANG.  Oleh disebabkan MP punya telur ada satu sahaja, DH minta bersama secara manual sahaja.

Setelah jumpa Doktor, MP diminta untuk ke bilik Nurse untuk Injection Pecahkan Telur pada jam 8.30 pagi.


Injection HuCoG 5000iu

Kemudian, kami diminta bersama selepas 36 jam iaitu pada keesokkan harinya jam 8.30 mlm - 10.30 mlm.

Dan DH ada menyatakan bahawa jika 7/11/2013 MP tidak period, In syaa Allah MP akan mengandung.  Dan DH juga ada bekalkan MP Duphaston, katanya untuk menguatkan rahim jika MP pregnant tetapi jika tak pregnant, ubat tersebut akan membantu menurunkan period.

5/11/2013 period pun muncul, memang tiada rezeki kami.  Kami redha.  Tetapi itu tidak bermakna kami akan berhenti disitu sahaja kerana kami akan tetap terus mencuba, dan terus mencuba.  Jika ini dugaan yang perlu kami tempuh suami isteri, In syaa Allah kami akan terus harungi bersama.  Kami yakin satu hari nanti Allah swt pasti akan berikan kami zuriat.  Kami akan nantikan saat itu dengan penuh kesabaran dan akan terus berusaha sehingga berhasil.  In syaa Allah.


********************************************


Rawatan Kali Keempat
8 November 2013
(Jumaat)

5hb MP period, jadi hari keempat baru MP datang bertemu doktor.  Kenapa tidak hari kedua atau hari ketiga??  Sebab hari-hari tersebut MP ada hal yang tidak dapat dielakkan.  Tetapi tak mengapa kerana Pembantu DH kata boleh buat rawatan sehingga hari KeLima Period.  Jadi MP pun buat appointment pada hari tersebut.

Setelah berjumpa dengan Doktor Hamizah (DH), DH kata, beliau ingin naikkan dos suntikan dari 75iu ke 150iu.  Jadi DH telah bekalkan pada MP Clomid dan Injection HuMoG 150iu.

Clomid:
2 biji sekali sehari untuk 5 hari.
11.00 mlm

Injection HuMoG 150iu:
10/11/2013 - 11.00mlm
12/11/2013 - 11.00mlm
14/11/2013 - 11.00mlm
16/11/2013 - 11.00mlm



Rawatan Susulan
18/11/2013
(Isnin)

Seperti biasa, MP diminta baring untuk buat TVs.  Dan hasilnya MP memiliki 6 biji telur yang matang, 5 biji kanan dan sebiji belah kiri.  6 biji yang matang ini berukuran 17mm ke atas.  Dan sebenarnya MP memiliki telur yang hampir matang iaitu berukuran 14mm lebih dari 5 biji.  Dan mengikut kiraan DH jumlah keseluruhan telur yang MP miliki telur yang matang campur yang hampir matang lebih kurang 15 biji.  Oleh disebabkan terlalu banyak, DH tidak membenarkan MP untuk buat prosedur IUI.

Mesti ramai yang nak tahu kan, kenapa MP miliki telur yang matang dan banyak tetapi tidak boleh buat IUI??  Ini kerana ia boleh mengundang risiko sakit yang teramat sangat dan kemungkinan besar akan menyebabkan pesakit akan dimasukkan ke hospital dan boleh menyebabkan kematian.

Jadi, DH tidak mahu ambil risiko tersebut kerana ia bermain dengan nyawa, jadi DH minta kami teruskan dengan bersama secara manual.  Bermula malam ini, kemudian selang sehari sehingga 22/11/2013.

MP juga ada bertanyakan tentang rahim MP, adakah rahim MP normal dan adakah rahim MP nipis atau tebal.  Dan alhamdulilah, DH kata yang rahim MP normal dan ketebalannya juga normal iaitu 7mm (eh yeke "mm"..  yela kot..  hehe..).  Jadi DH kata tak perlu risau.  "Bersama" mengikut hari yang beliau suruh, In Syaa Allah jika ada rezeki, ada zuriat untuk kami.

Jika 12/12/2013 (Khamis), masih tidak period, In Syaa Allah MP akan pregnant.  Tetapi itu semua kuasa Allah swt.  Dia yang menentukan segalanya.








Tuesday, 15 October 2013

Kos Rawatan Di LPPKN

Setelah beberapa kali mendapatkan rawatan kehamilan di LPPKN baru hari ini berkesempatan untuk mengupdate kos rawatan yang kami dapatkan di LPPKN.

Kos Rawatan Pertama Kali
29 April 2013 
(Isnin)

Lawatan:  RM40.00
SA & SC & S:  RM50.00

Rawatan:
Husband & Wife Di Interview Oleh Misi (Nurse)
Ambil darah husband & wife

Total:  RM90.00

--------------------------------------------

Kos Rawatan Kali Kedua
28 Mei 2013
(Selasa)

Blood Group:  RM5.00
FSH, LH, P4:  RM54.00
STD X2:  RM56.00

Rawatan:
Ambil sample sperma (Husband)
Ambil darah (Wife)

Total:  RM115.00

--------------------------------------------

Kos Rawatan HSG di Hospital KPJ Tawakal
5 Jun 2013
(Rabu)
(Hari Ke-9 Period)

Rawatan:
HSG

Kos Rawatan:
RM180

--------------------------------------------

Kos Rawatan Kali Ketiga
2 Oktober 2013 
(Rabu)
First Time Jumpa Doktor Hamizah

Perundingan:  RM10.00
Clomid:  RM36.00
Humog 75iu (3 kotak):  RM195.00
Syringe:  RM1.80

Total:  RM242.80

--------------------------------------------

Kos Rawatan Kali Keempat
10 Oktober 2013 
(Khamis)

Lawatan:  RM10.00
Humog 75iu (2 kotak):  RM130.00
Syringe:  RM1.20
Transvaginal Ultrasound (TVs):  RM20.00

Total:  RM161.20

--------------------------------------------

Kos Rawatan Kali Kelima
14 Oktober 2013 
(Isnin)

Lawatan:  RM10.00
Hucog 5000iu (Sekotak):  RM45.50
Duphaston (24 biji):  RM64.80
Syringe:  RM0.60
Transvaginal Ultrasound (TVs):  RM20.00

Total:  RM140.90

--------------------------------------------

Kos Rawatan Kali Keenam
8 November 2013 
(Jumaat)

Lawatan:  RM10.00
Clomid:  RM36.00
HuMoG 150iu (4 kotak):  RM509.60
Syringe (4):  RM2.40

Total:  RM558.00

--------------------------------------------

Kos Rawatan Kali Ketujuh
18 November 2013 
(Isnin)

Lawatan:  RM10.00
Transvaginal Ultrasound (TVs): RM20.00

Total:  RM30.00

--------------------------------------------

Monday, 26 August 2013

PRODUK KURUS SECARA SIHAT DAN SELAMAT


FOREVER ALOE VERA GEL

Daun Aloe yang Ajaib didapati mengandungi lebih daripada 200 Sebatian.  Satu Produk hasil daripada Penstabilan Alow yang Berpaten, Gel kami digemari oleh mereka yang inginkan Sistem Pencernaan yang Sihat dan Tahap Tenaga yang Semulajadi.

KEBAIKAN/MANFAAT ALOE VERA GEL
PRODUK FOREVER LIVING

Aloe Vera Gel yang Tulen

Membantu Penyahtoksikan Badan yang Lengkap

Menggalakkan Sistem Penghadaman

Meningkatkan Penyerapan Nutrien

Meningkatkan Tahap Tenaga

 Mengekalkan kesihatan, membantu menguatkan sistem imunisasi dan melancarkan sistem gastrousus.

Membantu meningkatkan keefisienan penyerapan nutrien oleh sel-sel. Tubuh anda akan menerima lebih banyak khasiat daripada makanan dan penokok diet yang anda ambil dan meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan anda.

Membantu menyahtoksik tubuh dan mengurangkan beban terhadap sistem pencernaan. Ia membersihkan usus kecil, melancarkan pembuangan najis dan mengurangkan mikroorganisma yang tidak baik seperti kulat. Kulit anda akan menjadi lebih baik dan berseri apabila proses penyahtoksikan berjalan dengan lancar.

Sistem pencernaan yang sihat mengurangkan beban hati dan dengan demikian membolehkannya memetabolismekan lemak dengan lebih efisien untuk membebaskan lebih banyak tenaga. Dengan itu, dapat mengurangkan simpanan lemak dan membantu mengawalkan berat badan.

Memberikan tindakan 2 dalam 1 (2 in 1) iaitu menyahtoksik dan mencergaskan dengan serentak.

Membantu meningkatkan kebolehan penyembuhan sistematik badan dan dengan demikian mengurangkan penyakit yang terjadi akibat keupayaan penyahtoksikan dan penyerapan nutrien yang kurang baik.

Cara Pengambilan:
Dos yang dicadangkan: 30 - 60ml setiap kali, 2 kali sehari

Harga sebotol:

RM 90.00 sahaja

Jika berminat boleh hubungi:
017-2668174

Saturday, 13 July 2013

Rawatan Kesuburan Dengan Ayat Ruqyah Syariah


Adakalanya masalah kesuburan disebabkan gangguan. Oleh itu adalah penting untuk kita mengesan adakah badan kita ditumpang oleh makhluk ini? Mari sama-sama kita mencuba.. saya dah cuba, selepas habis surah ruyah saya pening dan sendawa.


Langkah 1

Play RUQYAH SYARIAH di bawah ini dan dengar sehingga tamat (20min) menggunakan headphone dengan volume yang kuat.

Langkah 2

Pejamkan mata dan jangan ikut bacaan ayat-ayat ini baik dimulut atau dihati.

Langkah 3

Perhatikan setelah selesai... Jika anda batuk, berpeluh-peluh, terasa mual, jantung berdegup kencang, terasa berdebar-debar, ada benda bergerak-gerak di bawah kulit, sendawa, mengantuk, pening dan menguap, maka sahlah badan anda dihuni JIN.

Berjumpalah dengan ustaz atau ahli perubatan yang lebih mahir untuk mengesahkannya dan berubatlah secepat mungkin sebelum ia merebak menjadi lebih teruk. Di bawah ini ada sebuah video khas penerangan oleh ustaz Sharhan Shafie tentang cara-cara mengetahui adakah kita mewarisi saka.







Simptom-Simptom/Tanda-Tanda Endometriosis

Kesakitan Pelvik Yang Kronik (Berlarutan)

Sakit Sebelum Dan Semasa Haid/Period.

Sakit Semasa Melakukan Hubungan Kelamin. (Make Love)

Sakit Semasa Kencing Dan Membuang Air Besar.

Pendarahan Semasa Membuang Air Kecil Atau Air Besar.

Sakit Pinggang.

Sembelit Atau Cirit Birit.

Kembung Perut.

Pendarahan Tidak Teratur Diantara Haid/Period.

Ketidaksuburan Dan Keguguran.

Keletihan Disebabkan Sukar Tidur Kerana Kesakitan.

Kemurungan.

Tulisan berwarna Merah Jambu merupakan Simptom-simptom yang MP alami.  Jadi bagi kawan-kawan yang mengalami simptom-simptom di atas, adalah dinasihatkan untuk berjumpa dengan Pakar Sakit Puan/Pakar Gynae.

Simptom-simptom/Tanda-tanda Endometriosis adalah tidak sama.  Ia berbeza-beza dan bergantung pada individu itu sendiri.




Info Tentang Laparoscopy/Laparoskopi - Endometriosis


Pembedahan laparoskopi atau juga disebut pembedahan lubang kunci ialah pemeriksaan melalui parutan kecil pada dinding abdomen.
Sekurang-kurangnya satu lubang tebukan dilakukan bergantung keadaan dan tebukan biasanya dilakukan di pusat bagi memasukkan kamera. Tebukan juga boleh dilakukan di bahagian iliak (pinggang) atau lumbar (bersebelahan ari-ari). Ia dilakukan sebagai alternatif kepada pembedahan melalui parutan yang besar.
Perunding Perbidanan dan Sakit Puan Pusat Perubatan Tropicana, Dr Arifah Mohd Amin berkata kebanyakan pembedahan dilakukan bagi masalah pembengkakan kilang ovari (`cyst' atau sista) atau pada rahim. 


Kehadiran sista di ovari setiap bulan adalah normal, namun ada juga yang boleh membawa gejala bahaya. Terdapat dua kategori sista iaitu tidak bahaya (benign) dan kanser (malignant). Gejala dialami bergantung kepada jenis sista terbabit.

Antara gejala yang memerlukan pembedahan segera adalah kesakitan yang akut (acute pain) yang boleh juga disusuli dengan loya atau muntah dan pitam.


“Ada ketika seseorang merasai dirinya ‘gemuk’ kerana pakaian biasa dipakai semakin ketat, atau berasa senak di bahagian perut. Sista sebegini boleh membesar dan mengambil masa untuk tumbuh sebesar kandungan wanita yang hamil,” katanya. 

Sista yang hadir setiap bulan sekitar haid digelar ‘functional cyst.’ Jenis ini tidak membawa sebarang gejala atau tanda. Ia tidak bahaya dan akan hilang dengan sendiri.

‘Endometriosis’ atau ‘polycystic ovaries’ adalah di antara sista yang juga tidak bahaya tetapi selalunya berkaitan dengan masalah kepayahan untuk hamil akibat ketidaksuburan. `Endometriosis’ boleh hadir dalam bentuk tumbuhan kecil (spots) atau sista. Sekiranya pembedahan dilakukan kepada ‘endometriotic cyst,’ kandungannya adalah kumpulan darah lama. 

“Sejenis lagi sista yang biasa berlaku kepada wanita muda adalah ‘dermoid cyst’ dan kandungannya adalah kumpulan lemak, rambut, gigi atau tulang. Kebanyakan ‘dermoid cyst’ tidak dapat dikesan sehinggalah saiznya agak besar dan menyebabkan sedikit ketidakselesaan,” katanya.

Dr Arifah berkata, kebaikan prosedur laparoskopi melebihi pembedahan biasa kerana ia membolehkan pesakit cepat sembuh dan kembali ke aktiviti harian seperti biasa dan waktu berada di hospital selepas pembedahan juga boleh dikurangkan. Ini disebabkan parut yang kecil dan tempoh sembuh yang cepat. Jangkaan tempoh sesuatu pembedahan laparoskopi bergantung kepada prosedur yang dilakukan dan beberapa faktor lain.



Cara mengetahui kehadiran sista/cyst:



  • Ia mungkin berlaku secara kebetulan ketika pesakit melakukan pemeriksaan dengan pakar sakit puan. 

  • Perut buncit.

  • Sakit di bahagian bawah abdomen – sista yang pecah dan bocor boleh menyebabkan kesakitan. Pembedahan perlu dilakukan segera bagi menyelamatkan bahagian ovari lain yang masih baik.

  • Haid tidak teratur, sakit ketika haid atau ketika melakukan hubungan kelamin.

  • Tekanan pada pundi kencing yang menyebabkan kerap kencing atau kencing tidak lawas.

  • Hilang selera makan dan berat turun dengan mendadak bersama buncit di bahagian abdomen (antara tanda kanser ovari).



    Menurutnya, walaupun tidak ada cara yang pasti untuk mencegah pertumbuhan sista, pemeriksaan secara berkala tetap adalah satu cara untuk membantu memastikan perubahan dalam ovari didiagnosis seawal mungkin.


    Di samping itu, seseorang itu perlu peka kepada perubahan dalam kitaran haidnya, termasuk sakit atau turutan yang tidak teratur. Berbincang dengan pakar mengenai perubahan ini supaya rawatan susulan boleh dijalankan sewajarnya.

    Artikal ini disiarkan pada:
    29 Jun 2013
    (myMetro)

  • Pengalaman Pembedahan Laparoskopi/Laparoscopy Di Columbia Asia, Bandar Puteri, Puchong, Selangor.


    MP mula mendapat rawatan di Columbia Asia, Bandar Puteri, Puchong pada 9 Julai 2013 (Selasa) jam 2.00 ptg. Nama Doktor Dr. Silvam. Seorang Doktor yang baik, caring dan bagus sangat.  

    Jika rakan-rakan mencari dimana untuk mendapatkan rawatan untuk Endometriosis atau hendak buat Laparoscopy/Laparoskopi atau hendak mencari Pakar Gynae yang bagus, MP suggestkan cari Doktor Silvam di Columbia Asia, Bandar Puteri, Puchong.  Beliau sangat-sangat membantu MP dalam menghadapi masalah ini.

    Di sini MP sertakan alamat:
    COLUMBIA ASIA HOSPITAL - PUCHONG
    1, Lebuh Puteri,
    Bandar Puteri Puchong,
    47100 Puchong, Selangor.

    Juga boleh hubungi Columbia Asia Hospital
    03-8064 8688

    Waktu Klinik Columbia Asia Hospital
    Isnin - Jumaat
    9.00 pg - 5.00 ptg

    Sabtu
    9.00 pg - 1.00 ptg

    Ahad & Cuti Am
    TUTUP

    Waktu Melawat Columbia Asia Hospital
    Isnin - Ahad
    9.00 pagi - 9.30 malam


    ADENOMYOSIS

    Pembedahan Laparoscopy By Dr. Selva

    Pembedahan Laparoscopy - Endometriosis

    Pembedahan Laparoscopy/Laparoskopi Endometriosis

    Thursday, 4 July 2013

    Apa Itu ADENOMYOSIS??


    Adenomyosis 
    (Keadaan Endometrium, sel-sel lapisan dalam rahim berkembang di Bahagian Rahim yang lain, biasanya di lapisan Otot Rahim).


    Adenomyosis
    Gejala umum yang terdapat pada adenomyosis adalah secara luar biasa pendarahan haid yang teruk. Kekejangan teruk akan berlaku semasa haid apabila adneomyosis melebihi 80% atau lebih di uterus.

    Adenomyosis kebiasaannya berlaku pada remaja yang selalu mengalami senggugut. Pada kebiasaan mereka yang mengalami Adenomyosis akan mengalami ketidaksuburan dan mudah keguguran. Kesakitan yang dialami adalah seperti mengalami senggugut tetapi penyebabnya adalah berbeza dengan kesakitan seggugut yang biasa.


    Bagaimana Adenomyosis Terjadi??
    Biasanya tempat-tempat di luar rahim di mana tisu endometrium ini tumbuh ialah pada kilang telur (ovari), belakang rahim (utero sacral ligament),  saluran fallopian, pundi kencing, kadang-kala di tempat-tempat yang aneh seperti parut bekas pembedahan selepas melahirkan anak ataupun pembedahan untuk tujuan lain.  Endometrium ini juga boleh tumbuh pada dinding/otot rahim menyebabkan penyakit yang digelar Adenomyosis.  

        Bagaimana tisu endometrium ini boleh tumbuh pada tempat-tempat yang luar biasa, tidaklah diketahui dengan sebabnya.  Terdapat beberapa teori yang cuba menjelaskan berlakunya keadaan seperti ini.    Di antaranya ialah ada kemungkinan darah kotor melimpah atau tumpah ke belakang rahim melalui saluran fallopian. Ini mungkin desebabkan oleh kedudukan rahim yang luarbiasa iaitu jatuh kearah tulang tongking (retroverted uterus).    Keadaan rahim sebegini sering dikaitkan dengan penyakit endometriosis sedangkan rahim yang menghadap ke hadapan (anteverted) jarang mendapat penyakit endometriosis.
         Ada juga yang menyatakan bahawa tisu endometrium ini di bawa ke tempat lain melalui saluran darah atau saluran kelenjar.    Tetapi hakikat sebenarnya tidak diketahui.    Ada juga yang mengaitkan bahawa endometriosis ini sering berlaku dikalangan wanita-wanita yang sering tertekan (stress),  yang mudah menggelabah dan di kalangan mereka yang sangat mementingkan kerjaya dan mereka yang tinggi I.Q.nya.
        Ada juga yang mengatakan bahawa sistem ketahanan pada wanita tersebut telah lemah dan lentur, oleh itu tisu- tisu yang patut keluar dari tubuhnya kini menyerang balik tubuh badannya sendiri.   Apa yang terjadi ialah apabila tisu endometrium ini melekat pada tempat-tempat tertentu, ia mulai tumbuh. Lapisan endometrium menjadi tebal akibat daripada rangsangan hormon wanita dalam pusingan haid dan apabila haid berlaku lapisan endometrium tersebut juga akan mengeluarkan darah.
       Jika keadaan begini berlaku dalam telur (ovari) lama kelamaan darah akan berkumpul serta menyebabkan apa yang digelar ovarian cysts atau chocolate cysts kerana mengandungi darah kotor yang berbentuk seperti pasta coklat.

    Tanda-tanda & Gangguan
    Tanda yang paling utama sekali di kalangan wanita ialah senggugut ataupun kesakitan pada bawah perut dan pinggang.   Senggugut ini mungkin dialami dari sejak remaja lagi dan ia berterusan dan mungkin tidak reda walaupun selepas kahwin.   Ada setengahnya lega sekejap lepas berkahwin dan melahirkan anak tetapi senggugut ini akan timbul balik akibat daripada penyakit endometriosis.   Kesakitan yang dialami biasanya berlaku sebelum datangnya haid yang biasanya berbentuk kesakitan yang amat kuat pada bahagian ari-ari dan sering juga ke bahagian pinggang.
           Biasanya sakit akan hanya reda selepas dua atau tiga hari sahaja, tetapi jika keadaan di mana endometriosis ini telah merebak, kesakitan ini mungkin akan berterusan waktu haid dan walaupun haid sudah berhenti kadang-kala kesakitan masih ada lagi.    Ini menunjukkan bahawa penyakit ini berada di peringkat teruk dan mungkin telah melibatkan dinding/otot rahim.
       Kesakitan juga dialami ketika melakukan persetubuhan khususnya jika suaminya menekan agak kuat sedikit dan kesakitan juga mungkin dialami waktu membuang air besar khususnya pada waktu haid.   Ini disebabkan oleh perdarahan yang berlaku dibelakang rahim yang mungkin melibatkan usus besar.
    Gangguan lain ialah ketidaksuburan dan kemandulan.   Ini adalah masalah besar di kalangan pengidap-pengidap penyakit endometriosis.     Mereka tidak sedar yang penyakit ini mungkin telah timbul, yang mereka tahu ialah mereka sukar untuk mengandung, samaada buat kali pertama ataupun selepas melahirkan seorang dan mengalami kesukaran untuk hamil buat kali seterusnya selepas beberapa tahun.