Tuesday 31 July 2012

Our Milestone For New House

Mesti ramai tertanya-tanya apa benda MILESTONE ni kan???  MILESTONE ni macam Perkara Penting yang perlu kita selesaikan... Atau macam hajat kita pada sesuatulah...  Jadi kami punya MILESTONE untuk Our New House...  ialah... jeng...  jeng...  jeng...

1.  Pasang Grill
2.  Pasang Lampu & Kipas
3.  Pasang Railing
4.  Tempah Langsir
5.  Kitchen Cabinet
6.  Awning Belakang
7.  Pasang Tinted 
(Kalau belum diberi tinted)
8.  Tanam Rumput Carpet

Wah banyaknya angan-angan untuk rumah baru...  Tetapi ini bukan hanya angan-angan...  Aku akan buktikan pada semua yang aku dan Incik Suami dapat sempurnakan semua hajat di atas....  Insyallah...  Semoga Allah s.w.t pemurahkan rezeki kami agar tercapai hajat-hajat kami....

Jadi untuk menunaikan Our Milestone..  Aku sudah mulakan survey kedai-kedai yang boleh berikan harga-harga yang mengikut bajet poket kami...  Selagi belum dapat aku akan terus survey kat Internet... Bila weekends jek aku akan ajak Incik Suami pergi survey plak kat kedai-kedai...  Walaupun bulan puasa Incik Suami tetap melayan kerenah Isteri yang tersayang ni...  hahaha.... 

So banyaklah nombor telefon dibuku catatan Our House...  Oh ye hampir terlupa...  Aku ada sediakan buku khas untuk rumah...  Buku ni aku catit segala maklumat yang aku dapat...  Aku catit alamat dan nombor telefon tukang buat grill, awning, kitchen cabinet, rumput carpet, kedai lampu & kipas...  selain dari tu aku catit gak semua info yang aku dapat dari internet bagi tujuan rujukan aku...  contoh macam...  macamana nak tanam rumput carpet...  pastu masa kita dapat kunci apa yang perlu kita buat...  semua tu nanti aku akan update dalam entri lain...  dalam buku ni jugak aku wat kira-kira...  supaya aku tak lari bajet...  hehehe...  lagi satu korang boleh catit setiap ukuran pintu, sliding door, tingkap rumah korang untuk buat grill, tinted or langsir...  ukuran nak buat awning pun jangan lupa catat...  bukannya apa kalau korang pergi survey-survey kedai grill ke awning ke langsir ke, tak dela korang pergi dengan tangan kosong...  korang sudah ada ukuran untuk orang kedai tu buat kira-kira untuk korang...  tak pe nanti aku update entri khas untuk bab tu yer...  


Inilah rumah kami di Banting








Monday 30 July 2012

Misi Mencari Kipas

Langsir sudah pun ditempah...  Selepas selesai menempah langsir kami pun meronda sekitar Nilai 3 untuk mencari kipas... Dari satu kedai ke satu kedai... Akhirnya kami masuk ke kedai GC LIGHTING ENTERPRISE betul-betul dekat dengan main road... Lupa nak tangkap gambar kedai tu... Sorryy...

Ramai yang kata kalau nak beli kipas belilah kipas brand KDK...  Panasonic...  sebab brand ni berkualiti...  tetapi harga brand tu agak mahal untuk dimiliki...  kalau setakat nak beli 1 @ 2 mungkin aku akan memilih untuk membelinya tetapi disebabkan aku perlu membeli kipas untuk keperluan sebuah rumah...  bayangkan rumah aku ada 4 bilik...  tak mampu aku untuk menghadiahkan setiap bilik rumahku dengan hadiah kipas brand KDK @ Panasonic... dengan ruang tamunya lagi...  dapur pun nak letak kipas jugak sebab ruang makan aku terletak di dapur...  kalau tak letak nanti masa makan berpeluh-peluh pulak...  bertambah kuah plak kami nanti... hahaha...

Jadi sebelum aku dan Incik Suami pergi membeli kipas, aku telah pun mendapatkan info dan bertanya pada yang pakar (taklah pakar mana pun)...  tanya pada kawan-kawan tentang kipas yang ada di rumah mereka... Ramai yang berkata kalau nak cari kipas yang berkualiti tetapi harga mampu milik pilihlah brand ALPHA WINGS... Brand ALPHA WINGS ni berkualiti, laju, sejuk, cantik, elegan dan moden...  So kami pun carilah dan hasilnya...


Kipas Untuk Ruang Tamu
Kipas Jenama ALPHA WINGS
With Remote Control
52 GM 5B/8S 4SF & 4SR
Black Color
RM260 RM245


Kipas Untuk MasterBedRoom & Kitchen 
Kipas Jenama ALPHA WINGS
With Remote Control
698 (pwt)
RM140

Kipas Dinding untuk Bilik yang lain
Bukan gambar sebenar
Ihsan dari pakcik Google Image

Kipas Jenama KDK
Without Remote Control
KU4068 40cm 16"
RM160

Jadi jumlah keseluruhan untuk kipas:

RM845

Sekian, Terima kasih....


Selesai sudah kisah kipas...  Nanti aku cerita pulak pasal Lampu....  Lampu belum beli lagi, kami baru usha-usha kat Puchong...  Kedai yang orang ramai sibuk gembar gemburkan tu...  Tetapi kedai ni memang terbaik...  Kami da survey merata-rata kedai tetapi tak de satu pun yang dapat menandingi harga lampu kat kedai tu... Korang semua mesti nak tahu kedai yang mana kan??? Tapi rasanya macam korang semua sudah tahu je...  Kalau korang dah tahu pun aku tetap nak cerita gak...  Nanti aku masukkan gambar dalam Entri lain yer...  Jangan lupa tengok tau...  Pasti korang juga akan turut teruja sepertimana Incik Suami...  hehehe....



Sunday 29 July 2012

Misi Mencari Langsir

Misi mencari langsir telah berlaku di Nilai 3, Negeri Sembilan...  Pada 8 Julai 2012 hari Ahad...  Selepas riki punya riki...  Kami telah sepakat menempah langsir di kedai di bawah ini:

KEDAI KAIN CHING inilah kami tempah langsir & beli railing... Kami telah memilih langsir double layer...  dan railing kayu diletakkan di sliding door as main railing tetapi second railing untuk second langsir yang jarang tu kami guna railing besi yang biasa tu...


Jenis Railing Kayu nilah yang kami akan gunakan untuk ruang tamu kami....  
Railing kayu ni as main railing maknanya dok depan sekali....

Kami gunakan second railing di ruang tamu adalah jenis biasa macam kat atas ni...  
Dan railing dalam bilik semuanya gunakan jenis biasa ni...

Inilah kain langsir yang kami pilih untuk dijadikan langsir dirumah kami... 
Ini pilihan Incik Suami...
Kain jenis ni Semeter Berharga RM15 sahaja...


Kain di atas ini adalah sebagai day curtain...  eh ye ke aku taip ni...  senang cerita kain kat atas ni adalah second layer untuk langsir kami nanti...  tetapi second layer untuk langsir ni hanya kami sediakan untuk ruang tamu dan masterbedroom sahaja...  bilik lain pakai satu sudah....  :)
Kain Lace ni Semeter Berharga RM20 sahaja...
Lace lagi mahal dari Main langsir...  hehehe....

Untuk pembikinan langsir ruang tamu kami telah pilih jenis Singapore Plate... kami pilih Singapore Plate ni kami dapat idea masa kami pergi Home Deco kat Stadium Shah Alam hari tu...  Konon-konon nak buat kat Home Deco tulah...  Kami pergilah cari booth curtain pastu amoi tu suggestkan kami gunakan Singapore Plate...  Kira punya kira...  Fuh...  Semuanya RM1500... Tak pelah... Terima kasih...  Hehehe... 

Kebaikan Singapore Plate ni....  Senang bagi kita mencangkuk besi tu sebab Platenya telah dijahitkan terus mengikut sukatan yang sama...  Jadi kedut-kedut (emm...  apa nak panggil ek...  aku pun tak tahu sebab aku tak tahu jahit langsir... hehe) langsir tu akan sama je kedutannya...  senang cerita macam kat bawah nilah...  kan nampak sama je...  nampak lebih kemas...  cantik...  menarik...  menawan...  dan tertawan....  hehehe....





Tetapi kami hanya buat Langsir Singapore Plate ni untuk ruang tamu sahaja... hehehe...  Nak buat semua tak mampu...  Lari bajet...  Sebab untuk jahitan Singapore Plate ni setiap langsir kena tambah RM80...  huhuhu...  Jadi dengan itu langsir dalam bilik semuanya buat biasa je...  Sendiri buat kedutan tu... :)

Kami menggunakan Bidai/Tirai/Blinds untuk tingkap dapur...  Kami tak gunakan langsir sebab kain tak elok dok kat dapur sebab kain absorb bau nanti habis semua dia serap masa aku masak...  Nanti habislah berbau dapur aku yang cantik tuh...  hahaha.... Sebab tulah kami gunakan Bidai/Tirai/Blinds...  Guna blinds ni nampak lebih moden...  cantik...  kemas... Kami gunakan jenis macam kat bawah ni...

Jenis Aluminium Venetian Blinds

Kami pilih nak buat macam kat atas tu...  Combinekan warna...  Kat atas ni gambar contoh... Kami pilih warna Light Purple + Light Pink... Tak sabar nak tengok mesti cantik...  hehehe...
  

Warna Light Purple nilah kami pilih untuk dicombinekan dengan 
warna Light Pink kat bawah ni...

Mesti cantikkan...  Pilihan warna yang cerah  dapat membantu ruang dapur kita kelihatan lebih besar...  damai...  cantik...  dan menawan....  :)


 ***********************************************************


Nak tahu kira-kira untuk Langsir/Tirai rumah baru kami ni...


Sliding Door:

9 kaki 6 inci (Lebar)
7 kaki 7 inci (Tinggi)

Kiraan untuk kain:
120 inci (Lebar)
96 inci (Tinggi) 
~~  Kami lebihkan sedikit kaki langsir untuk kelihatan lebih cantik dan beralun ~~

Kiraan untuk Sliding Door kami:
12 meter x RM15 = RM180 (Main Kain)
7 x RM10 = RM70 
(amount kat atas ni aku lupa untuk apa...  hehe)
6 meter x RM20 = RM120 (Kain Lace)

TOTAL = RM370

***********************************************************

Tingkap MasterBedRoom:

6 kaki (Lebar)
4 kaki 2 inci (Tinggi)

Kiraan untuk kain:
120 inci (Lebar)
96 inci (Tinggi) 
~~  Kami lebihkan sedikit kaki langsir untuk kelihatan lebih cantik dan beralun ~~

Kiraan untuk Tingkap MasterBedRoom kami:
9.40 meter x RM15 = RM141 (Main Kain)
4 x RM5 = RM20 
(amount kat atas ni aku lupa untuk apa...  hehe)
5 meter x RM20 = RM100 (Kain Lace)
~~  Kami lebihkan sedikit kaki langsir untuk kelihatan lebih cantik dan beralun ~~

TOTAL = RM261

***********************************************************

Tirai/Bidai (Blinds) Untuk Tingkap Dapur:

6 kaki (Lebar)
4 kaki 2 inci (Tinggi)

Jadi untuk Tirai:
78 inci (Lebar)
53 inci (Tinggi)

Kiraanya tak tahu...  
Sebab kedai tu bagi terus amount lumsum sebanyak..

PRICE RM234

***********************************************************

Railing biasa untuk: 
- sliding door (second railing)
- tingkap masterbedroom
- tingkap bilik belakang

PRICE RM115

Railing kayu kena tambah:

PRICE RM80

TOTAL = RM195

***********************************************************

UPAH JAHITAN SINGAPORE PLATE:
PRICE RM80

***********************************************************

SO TOTAL KESEMUA AMOUNT DI ATAS

RM1140

Tetapi kami hanya perlu bayar

RM1080

Diskaun RM60 hinggit...  hehehe...

Tetapi sebenarnya kami dapat diskaun sebanyak RM201 sebab pekerja kedai tu terlupa nak kira langsir untuk bilik belakang yang berharga RM141...  Aku pun baru perasan bila nak wat blog pasal langsir ni...  maaf yer bukan sengaja tak perasan...  memang langsung tak perasan... huhu... 

************************************************************

Langsir belum siap lagi...  nanti bila da nak masuk rumah nanti dalam bulan 12/2012 baru pergi ambil sebab rumah belum boleh diduduki sepenuhnya lagi...  Tak sabar nak tengok hasilnya...  mesti cantik...  :)

Nak tengok hasil Langsir Rumah Baru kami...  
Nanti aku update dalam Entri lain yer...  Tunggu akan kemunculannya...  :)










Thursday 19 July 2012

Rumah Pertama Kami

Survey punya survey...  Akhirnya kami memilih rumah Single Storey...  Rumah Satu Tingkat...  Di Banting....  Harga rumah ni RM139,900...  Memang pada mulanya kami macam biasalah...  Yakin tak yakin je samada loan lepas ke tak...  Maklumla aku tak confirm lagi (sektor kerajaan) jadi kami hanya menggunakan loan Incik Suami....  Nak tengok rumah yang kami nak beli tu tak???  Masa kami datang tu...  Hanya ini je yang baru siap...



Nak tau kenapa kami beli rumah ni??

1.  Kami memang dah lama teringin cari rumah yang ada tanah...  Tak mau rumah yang tinggi-tinggi ni...  Tak larat nak naik tangga...  Hehe...  

2.  Harga rumah masih mampu milik...  Kalau tak sampai bila nak tolong orang lain bayarkan rumah diaorang...  Sekarang ni pun sewa RM400, tambah RM250 boleh bayar rumah sendiri...  Okla tuh....

3.  Keluasan tanah pun oklah 20 x 70, kalau nak besar-besar kena tambah duit lagilah...  huhu...  tak mampu den...

4.  Bilik ada 4...  Bilik air ada 2...  1 kat dalam masterbedroom...  1 lagi kat luar untuk tetamu....  Oklah tu....

5.  Ada jamban nyangkung dalam bilik air luar... dan yang paling penting ada jamban duduk dalam bilik air masterbedroom....  fuh....  lega....

6.  Dekat dengan pekan Banting...  So nak beli apa cari je kat pekan Banting...  Semua ada....  tp...  Wayang & Boling mintak maaf yer tak de....

7.  Design rumah pun cantik....  oklah...  ada bumbung...  ada pagar....  hehehe....  tapi...  yang paling penting dalam rumah dah bertile (jubin)...  tingkap semuanya yang jenis slide...  modenla katakan...  bertinted lagi tu...  peti surat n tempat sampah pun ada...  besar....

8.  Oh...  hampir lupa pulak...  duit guaman freeeeeee.....  da save 3, 4 ribu kat situ....  hahaha....

setakat ni, tu jela kenapa kami beli rumah ni...  nanti kalau aku teringat aku update lagi....


Survey Rumah

Sebelum kita bercerita tentang panduan beli rumah, aku nak bercerita tentang kisah kami nak beli rumah.

Pada mulanya kami agak was-was samada kami ni layak ke tak nak beli rumah...  Gaji kami ni bukannya besar mana...  Rumah plak mahal sekarang ni...  Tapi bila memikirkan balik sampai bila nak tolong orang lain bayarkan rumah mereka tu dalam erti kata lain menyewa rumah orang...  Jadi kami nekad untuk mencuba nasib...  Sana sini kami survey rumah...  Fuh...  Penat...  Letih...  Bajet kami kalau boleh tak lebih dari RM150k...  Kami survey kat Mudah.my...  First rumah yang kami survey kat Mantin, N9...  




Rumahnya cantik....  Yela meke pandai deco2 rumah contoh tuh...  Memangla nampak cantik....  Tergoda i tau....  Tapi bila fikir2kan balik rumah tu sebenarnya kecil sangat...  Untuk orang yang saiz2 macam aku ni memang sangat tidak sesuai untuk berumahkan saiz sebegitu...  Harga memang mampu milik...  Kalau tak silap RM135k sahaja... Kami telah bayar duit muka hanya sebanyak RM50 sahaja tetapi bila balik malam tu saya sampai tak boleh tidur sebab asyik fikir pasal rumah tu jer....  Fikir2 punya fikir akhirnya...  Setelah berbincang semula dengan Incik Suami...  Rupa2nya Incik Suami pun sependapat denganku...  Akhirnya kami tidak jadi untuk membeli rumah tersebut.... Duit muka yang hanya sebanyak RM50 tu kami halalkan sahaja.... 

Begitulah kisah rumah pertama yang kami survey....  Nak tau kami beli rumah yang mana...  Jom ikuti Entri kami seterusnya....  :) 


Wednesday 18 July 2012

Cinta Kau & Aku

Bagaimana Aku Berkenalan Dengan Mr. Pejan??


Melalui FaceBook...  Cinta Muka Buku la ni...  Walaupun kami satu pejabat tetapi FaceBook yang telah menemukan aku dan dia...  Pada mulanya aku tidak mengenalinya...  Hanya rakan-rakan Netball selalu menyebut2 namanya...  Teringat kembali tentang Hari Sukan LKIM Tahun 2010...  Ketika itu rakan-rakan Netball aku yang bernama Yuyu, Mira & Ili ingin menggunakan khidmat Si Dia menjadi Drebar ke Kelantan...  Kerana ketika itu, Sukan LKIM berlangsung di Kelantan...  Jadi aku pun mengusik mereka dengan mengatakan aku juga nak Si Dia menjadi Drebar aku sedangkan aku sendiri tidak mengenalinya...  Mereka selalu mengatakan Si Dia ni baik orangnya...  Jadi apabila mengatakan Si Dia ni baik...  Terus aku katakan yang aku tidak berminat dengan lelaki2 yang baik2 ni...  Korang amikla....  Hehehe....

Disebabkan rakan2 netball aku ni selalu menyebut nama aku didepan Si Dia... Si Dia rupanya berminat untuk mengenaliku dengan lebih dekat lagi...  Rupa2nya dalam2 diam Si Dia mencari namaku di dalam FaceBook...  Maka selepas itu, kami mula berkawan.... 

Selepas berkawan selama beberapa minggu kami pun berjumpa...  Itu pun bukan disengajakan pun...  Teringat lagi ketika itu, kami baru lepas habis training volleyball & netball...  Kami training di Taman Tasik Titiwangsa....  Waktu itu, aku malu2 sebab aku ada jerawat di tengah2 keningku...  Dah macam 'nandek'....  Malu sangat rasanya masa itu....    Kami pun sembang dengan aku cover2 mukaku dari dipandang Si Dia...  Hehehe....

Akhirnya kami mula berkawan...  Berkawan je tau...  Bukannya bercinta.... Orangnya memang baik...  Sopan santun...  Lembut je...  Suka mengalah...  Cool je...  

Masa ke Kelantan... Si Dia mempelawa aku pergi bersamanya...  Aku pun bersetuju....  Lagipun kami bukannya pergi berdua tetapi kami pergi secara konvoi beramai-ramai dengan rakan2 yang lain...  

Dipendekkan cerita...  060610 (Ahad), Jam 12.00 pagi di Kedai Makan di tepi Pantai Cahaya Bulan, Kelantan, Si Dia telah melamarku menjadi Kekasih Hati Pujaan Hatinya...  hehehe....  Aku dengan selamber mengatakan pada Si Dia...  Kalau awak betul2 nak kat saya...  Saya tak mau bercinta lama2... Saya nak terus kawen....  Hehehe... Tak malu sungguh aku waktu itu....  Tetapi apakan daya aku da serik nak bercinta lama2 ni tapi tak kemana pun....  Justeru itu, dengan pantas Si Dia mengatakan BAIKlah saya setuju...  Si Dia pun sependapat dengan aku....  Alhamdulilah...  Lega....

Nak tahu bila kami bertunang???  Ikuti kisah kami selanjutnya di Entri Bertunang plak....  :)


Monday 2 July 2012