Showing posts with label My AZAM. Show all posts
Showing posts with label My AZAM. Show all posts

Tuesday, 9 April 2013

Kawan-Kawan Diluar Sana Tolonglah Update Tarikh Kemasukan Mana-Mana Universiti Untuk Pengajian Jarak Jauh (PJJ) @ Pengajian Luar Kampus (PLK) ye.




Setelah 2 Tahun kahwin tapi masih belum dikurniakan cahaya mata terdetik di hati ini untuk MP sambung belajar.  



Dulu pun ibu abah ada pesan nanti time kerja ada masa sambung belajar balik, amik degree.  Selepas habis diploma, terus dapat kerja MP rasa macam malas nak sambung balik tetapi bila fikir balik kalau MP tak sambung balik macam rugi je.


Jadi dengan semangat yang berkobar-kobar MP pun search di internet tentang Permohonan PJJ @ PLK tetapi nasib MP tak berapa baik sebab kebanyakannya permohonan sudah tutup.  Agak sedikit hampa, tapi tidak mengapa semua itu mesti ada hikmah, Allah lebih mengetahui yang mana terbaik untuk diri kita.

Oleh itu, MP minta sangat pada kawan-kawan diluar sana untuk mengupdate tarikh permohonan untuk PJJ @ PLK di mana-mana universiti tempatan (IPTA).  Terima kasih ye.

Boleh email MP
gorgeouslady8@yahoo.com





Monday, 14 January 2013

AZAM TAHUN 2013

AZAM

Setiap tahun saya mesti ada list down azam.  Tapi jarang sungguh untuk merealisasikan azam-azam itu.  Jadi tahun ini saya melistdownkan lagi azam-azam yang perlu saya realisasikan pada tahun ini.  Saya harap tahun ini Allah swt mempermudahkan saya mencapai azam-azam saya ini.  Nak tahu apa AZAM saya pada TAHUN 2013??  

PERTAMA
Ingin solat 5 waktu sehari semalam tanpa meninggalkan walaupun 1 waktu pun.

KEDUA
Ingin jadi Isteri yang solehah.  Jaga makan pakai suami.  Jaga adab dengan suami.  Memberi layanan dan kasih sayang yang mendamaikan hati suami.  hehehe...

KETIGA
 Berusaha dengan gigih lagi untuk mendapatkan zuriat.

KEEMPAT
Ingin lebih banyakkan beribadat.  Menggaji, bersedekah, mendengar ceramah agama dan sebagainya.


KELIMA

Ingin menjadi anak/menantu yang solehah.  Pekerja yang rajin & berdedikasi. Sahabat yang setia. Muslimah yang sejati.

KEENAM
Hope tahun ni rumah dapat CF dengan pantasnya.  Jadi tahun ni dengan pantasnya juga kami boleh pindah masuk.  So sebelum masuk rumah kami nak setelkan grill, kitchen cabinet, awning belakang rumah, pasang lampu & kipas.  Kalau duit ada lebih nak beli sofa, nak beli katil, nak wat almari yg lekat kat dinding tu... hehehe...  kalau ada lebihlah...


KETUJUH
 
Teingin untuk menguruskan badan tapi azam tu kena buat selepas jika diberi rezeki mendapat zuriat tahun ni.  Sebab time tu je boleh makan apa2 supplement utk kurus.  Untuk wat masa ni tak berani nak makan sebab nak pregnant.  hehehe..

KELAPAN
 
AZAM yang terakhir sekali adalah...  TAHUN 2013 saya nak tulis apa sahaja yang saya lalui setiap hari dalam blog...



  Ya Allah swt semoga Engkau perkenankan segala doaku dan semoga semuanya dipermudahkan oleh-Mu.  Amiinnnn...

Wednesday, 9 January 2013

Tahun 2013 bersamaan 1434 Hijrah

Selamat Tahun Baru 
Tahun 2013
Bersamaan
1434 Hijrah


Hari ini 10 Januari 2013.  Sudah 10 hari masuk tahun baru, baru nak ucapkan Selamat Tahun Baru.  Tapi apa-apa pun nak wish juga.  Tahun. Sejak bergelar isteri kami hanya sambut tahun baru hanya dirumah.  Selepas berkahwin dah tak rasa nak celebrate-celebrate ni.  Rasa macam waste time.  Lebih baik duduk kat rumah.  Bersantai-santai.. Berdua-duan bersama semua tersayang dari keluar semata-mata nak celebrate-celebrate ni.


Bila tengok kat tv banyak konsert-konsert yang diadakan.  Rasa macam...  Perlukah semua tu.  Ya..  Memang saya akui dulu pun saya ada join juga benda-benda macam tu tapi bila umur sudah semakin meningkat ni timbul kesedaran yang semua tu tak perlu kalau untuk celebrate new year.  Tapi tula umur banyak mendewasakan seseorang itu.  Syukur, Alhamdulilah.  

Alangkah bagusnya kalau anak muda sekarang ni dapat kesedaran itu lebih awal tak macam saya dulu.  Bila melihat anak muda sekarang ni yang dahulunya saya juga turut berkelakuan begitu terasa betapa bodohnya saya waktu itu.  Kenapalah saya dulu tidak berfikiran seperti sekarang ini.  KENAPA??  Tapi tak mengapalah jadikan semua tu sebagai pengajaran dan pengalaman hidup.


Tapi saya bersyukur sangat, Dataran Kemerdekaan Shah Alam, sambut Tahun Baru 2013 dengan kehadiran Ustaz Azhar Idrus yang memberi ceramah agama.  Ribuan anak muda yang hadir untuk mendengar ceramah.  Indahnya rasa hati bila dapat melihat ribuan anak muda dapat berkumpul untuk menimba ilmu agama ISLAM.  Dari menghadirkan diri ke konsert-konsert yang mengundang maksiat.  Mungkin ada yang kata tengok konsert je tapi ketahuilah dari hanya datang tengok konsert, dengan keadaan yang sesak, bergesel-gesel antara laki dan prempuan yang bukan muhrim walaupun tanpa niat dan tanpa disengajakan pun boleh mengundang kita ke arah yang bertentangan dengan agama.

Saya bercerita melalui pengalaman silam.  Semasa saya masih cetek ilmu di dada, semasa hanya memikirkan keseronokan semata-mata. Adik-adik semua tu hanya sementara.  Dan bila sudah berumur macam saya mesti adik-adik akan rasa apa yang saya rasa sekarang ni.  Betapa bodohnya saya, betapa ceteknya ilmu agama saya ketika itu hanya semata-mata untuk mencari keseronokan yang pastinya hanyalah sementara.  

Tapi masih tidak terlambat untuk insaf dan bertaubat.  Kerana pintu taubat sentiasa terbuka pada semua umat Allah swt yang mahukan perubahan dalam hidup mereka.  Allah swt itu sangat penyayang.  Saya akui dulu agak susah jugak untuk saya bersujud padaNya.  Tapi alhamdulilah Allah swt telah memberikan hidayah kepadaku supaya kembali bersujud padaNya.  Malah selepas saya mula bersolat, saya mendapati diri ini lebih berasa tenang dan tenteram.  Bila tak solat saya rasa hidup serba tak kena.  Jadi saya tak sanggup untuk hidup serba tak kena lagi dengan meninggalkan solat jadi saya akan pastikan diri ini tidak meninggalkan solat.


Mungkin ada yang akan berkata.  Alah dia pun sama juga, ingatkan baik sangat, kata pergi konsert tak eloklah apalah tapi dia pun baru nak solat tapi saya tak marah bila ada yang berkata begitu sebab memang saya sendiri sedar yang saya agak lambat baru nak sedar.  Sudah 29 tahun baru nak sedar semua itu, tapi saya bersyukur, sekurang-kurangnya Allah swt masih memberi peluang kepada saya untuk bertaubat.  Saya amat takut kalau-kalau saya tidak diberi peluang untuk bertaubat kerana saya takut hati saya sudah menjadi gelap.  Tetapi Allah swt itu Maha Besar, Maha Pengampun Dan Maha Penyayang.  Akhirnya saya mula menjalani kehidupan sebagai Islam yang sempurna dengan sujud padaNya. Alhamdulilah.

Jadi tahun ni saya sudah berazam...  Nak tau apa AZAM saya untuk 2013??  Klik AZAM....