Showing posts with label LPPKN. Show all posts
Showing posts with label LPPKN. Show all posts

Monday, 16 December 2013

Adakah Aku Berjaya Pregnant Dengan Rawatan Kehamilan di LPPKN ??

Bagi Follower yang tahu kisah rawatan kehamilan MP di LPPKN mesti tahu hari ini 12/12/2013 (Khamis), hari yang dinanti-nantikan telah tiba iaitu Doktor Hamizah (DH) sebelum ini ada menyatakan jika 12/12/2013 MP tak period, In syaa Allah MP pregnant.

Jadi di sini MP ceritakan sedikit sebanyak apa yang MP telah alami sepanjang menunggu kehadiran 12/12/2013.

Start 26/11/2013, MP sudah rasa macam nak period, tapi sampai sekarang tak period.  Rasa nak period tu datang sekejap-sekejap bukan berpanjangan.  Rasa lenguh-lenguh di kaki dan peha.

Sebenarnya MP tak pasti bila tarikh ovulasi MP.  Walaupun pada 16/11/2013 MP ada jumpa EggWhite (EW) tapi MP sendiri tak yakin adakah masa itu MP dalam keadaan subur ataupun tidak.

Bagi yang tak tahu kisah MP sebelum ini tentang Rawatan Kehamilan di LPPKN jadi MP ceritakan serba sedikit tentang itu.

8/11/2013:
Appointment Dengan Doktor Hamizah di LPPKN untuk Treatment IUI Kali Kedua.  

Doktor bekalkan:
Clomid - 2 biji - Sekali Sehari - 5 Hari - 11.00 malam

9 - 13/11/2013

Injection HuMoG 150iu:
10/11/2013
12/11/2013
14/11/2013
16/11/2013
11.00 malam

18/11/2013:
Appointment LPPKN untuk rawatan susulan.  Cek Telur (Ovum) berapa yang matang.

Telur Matang (Berukuran 17mm keatas):
5 biji belah kanan.
1 biji belah kiri.

Telur Hampir Matang (Berukuran 14mm keatas):
Hampir 10 biji kesemuanya campur belah kanan dan kiri.

Disebabkan Telur Matang dan Hampir Matang terlalu banyak iaitu sebanyak 15biji kesemuanya, DH terus beritahu kami yang DH tak boleh teruskan dengan Prosedur IUI atas sebab risiko kematian.

Menurut DH jika Doktor teruskan juga dengan injection HCG bagi pecahkan semua telur-telur itu bagi proses ovulasi dan memudahkan persenyawaan, seperti rawatan IUI yang lepas (First rawatan IUI juga tidak dapat dilakukan kerana semasa rawatan tersebut telur yang matang hanya sebiji, untuk melakukan rawatan IUI sekurang-kurangnya memerlukan 3 biji telur yang matang), kemungkinan besar MP akan berasa sakit yang teramat sangat dan kemungkinan MP akan dimasukkan ke hospital dan berkemungkinan lagi MP akak dimasukkan ke ICU.  Disebabkan itulah risiko kematian juga ada.

Bila doktor terangkan begitu, hancur luluh rasanya hati ini disebabkan peluang kedua untuk melakukan IUI hancur lebur.  Sedih rasanya hati bila tak dapat buat IUI sebab MP rasa peluang untuk mendapatkan cahaya mata lebih tinggi dengan melakukan IUI.  Tetapi sudah itu ketentuanNya.  Kami redha.  Dan kami hanya bersama secara manual dan mengikut tarikh yang telah doktor tetapkan.

Sesudah selesai bersoal jawab dengan doktor, MP pulang dengan sebarang ubat-ubatan.  Menurut doktor, doktor tidak bekalkan sebarang ubat-ubatan seperti rawatan yang lepas atas sebab jika doktor bekalkan duphaston (ubat kuatkan rahim), jika semua telur yang banyak itu berjaya disenyawakan bagaimana pula ia nak membesar dengan baik kerana kedudukan rahim yang tidak berapa nak besar.  Oleh sebab itulah doktor tak bekalkan ubat, supaya telur yang betul-betul ready tanpa bantuan ubat sahaja yang disenyawakan.

Fuh panjang lebor cerita pasal kegagalan untuk melakukan prosedur IUI buat kali kedua. huhuhu. Kita sambung lagi dengan kisah sepatutnya yer.

9/12/2013 waktu nak mandi saya bersihkan lubang faraj (Vagina), ada terdapat sedikit darah yang coklat pekat tetapi tak mengalir di pantyliner.  selepas bersihkan, pada keesokan harinya 10/12/2013, darah coklat tetapi semakin sedikit berbanding dengan semalam.  Pada 11/12/2013 saya cek sudah tiada darah tersebut.  Hari ini saya cek lagi darah tersebut sudah tiada.  Saya khuatir darah tersebut adalah darah penyakit.  Saya harap darah itu adalah darah implantasi.  Tetapi semuanya masih menjadi tanda tanya.

Sepatutnya hari ini 12/12/2013, jika masih belum period doktor ada minta MP datang jumpa doktor di LPPKN untuk rawatan susulan kerana doktor kata jika MP tak period In syaa Allah MP pregnant tapi bila MP call tadi PA doktor kata doktor tak de jadi tak dapatlah MP berjumpa dengan doktor.

Nak buat UPT (Urine Pregnancy Test) sendiri, MP tak berani.  Takut negatif.

Nak tahu keputusannya POSITIF or NEGATIF..  Ikuti kisah seterusnya di next entri..


Monday, 18 November 2013

Apa Itu Laparoscopy ??

 


Ia merupakan pemeriksaan untuk melihat secara terus ke dalam perut wanita melalui sejenis teropong yang digelar laparoskop. Teropong ini dimasukkan melalui satu hirisan sepanjang setengah inci di bawah pusat. Menerusi teropong ini doktor boleh melihat keadaan ovari, salur fallopian dan sekeliling rahim. Jika terdapat sesuatu penyakit yang menimbulkan masalah bagi kesuburan wanita, rawatan yang sewajarnya perlu diberi.
Pemeriksaan laparoskopi ini juga sangat penting kerana memang terdapat penyakit seperti ketumbuhan dan jangkitan kuman yang tidak memberi sebarang tanda, boleh dikesan melalui teropong tersebut. Antara jenis penyakit yang selalu tumbuh ialah sejenis ketumbuhan yang digelar endometriosis. Penyakit ini kerapkali mengganggu pengeluaran benih dan ia juga menyekat saluran peranakan. Menurut kajian Dr. Hamid Arshat Pakar, iaitu Pakar Sakit Puan yang terkenal di negara kita, kejadian penyakit ini kini kian meningkat. Ini mungkin disebabkan oleh lebih ramai wanita zaman sekarang yang melambatkan perkahwinan ataupun menangguhkan kehamilan dan kelahiran anak.

Selain itu juga wanita yang pernah mengalami keguguran sama ada secara sengaja atau tidak, kerapkali juga dijangkiti oleh kuman khususnya pada bahagian saluran peranakan. Saluran peranakan boleh rosak dan tersumbat. Ketumbuhan juga boleh berlaku pada kilang ovari dan ini boleh mengganggu pengeluaran benih.
Sesetengah penyakit yang dikesan ketika pemeriksaan `laparoskopi’ dirawat pada masa itu juga tetapi ini adalah terhad. Kadangkala, rawatan selanjutnya perlu dilakukan dengan satu pembedahan besar untuk mengatasi masalah saluran tersumbat ataupun untuk mengeluarkan ketumbuhan pada rahim atau ovari.








Apa itu HSG (Hysterosalpingogram) ??


 Ia merupakan ujian yang dilakukan pada seseorang wanita untuk memastikan saluran peranakannya (tiub fallopio) tersumbat ataupun tidak. Prosedur ujian ini khusus untuk melihat ruang rahim dan juga saluran peranakan menerusi gambar X-ray. Sebelum gambar X-ray diambil, satu jenis cecair khas atau contrast medium disuntikkan ke dalam pangkal rahim dan selepas itu beberapa gambar X-ray diambil. Ujian ini biasanya dilakukan sebaik sahaja berhenti darah haid tetapi sebelum waktu subur. X-ray yang dilakukan selepas waktu subur dikhuatiri akan memberi kesan buruk kepada bayi sekiranya berlaku kehamilan akibat terdedah kepada bahangan atau sinar X-ray.








Sunday, 17 November 2013

Pengalaman Mendapatkan Rawatan Kehamilan/Kesuburan di LPPKN

Rawatan Kali Pertama.
29 April 2013
(Isnin)
2.00 petang

Kami diminta tunggu sehingga nurse panggil MP untuk ditemuduga dan suami MP diminta untuk mengambil sample "MONEY" di tingkat 7.

Yang bagusnya di LPPKN ini, ada menyediakan bilik khas untuk para suami mengeluarkan "MONEY" dengan rasa selesa, tidak seperti di Hospital-hospital kerajaan yang lain yang memerlukan para suami mengeluarkan "MONEY" hanya dalam TANDAS.

Setelah husband selesai mengeluarkan "MONEY" dan turun di tingkat 6, husband juga turut dipanggil untuk sesi temuduga.  Selepas sesi temuduga, MP dan husband dipanggil untuk pengambilan darah untuk cek penyakit kelamin jika ada.

********************************************

Rawatan Kali Kedua
28 Mei 2013
(Selasa)

Rawatan untuk kali ini adalah MP diminta untuk mengambil darah sekali lagi untuk cek tahap kesuburan.  Dan nurse minta MP pergi ke Hospital Tawakal untuk buat HSG pada hari ke 21 period.

********************************************

Rawatan HSG
Hospital Tawakal
5 Jun 2013
(Rabu)
10.00 pagi

Untuk pengetahuan semua, HSG adalah singkatan untuk Hysterosalpingogram. HSG prosedur adalah untuk mengesan samaada tiub fallopio kita tersumbat ataupun tidak.  Dan keputusannya alhamdulilah semuanya baik belaka.  Tiada masalah.





********************************************

Rawatan Kali Ketiga
2 Oktober 2013
(Rabu)

Jika anda perasan tarikh rawatan kali kedua MP jauh berbeza dengan tarikh rawatan kali ketiga adalah kerana beberapa faktor:

Yang Pertama:
Selepas rawatan kedua, MP perlu datang semula ke LPPKN semasa kedatangan haid bulan berikutnya.  Dan semasa kedatangan haid bulan berikutnya jatuh pada Bulan Ramadhan (Bulan Puasa) iaitu pada bulan Julai 2013 maka tidak dapatlah MP meneruskan rawatan kerana untuk makluman semua, pihak LPPKN tidak mengambil sebarang temujanji yang berkaitan dengan Rawatan Kehamilan.

Yang Kedua:
Selepas bulan puasa iaitu bulan Ogos 2013 MP tidak dapat lagi hadir ke LPPKN untuk meneruskan rawatan atas sebab ketiadaan doktor.  Maka tertangguh lagilah untuk kesian kalinya.

Disebabkan seterusnya jatuh pada 30 September 2013 jadi MP dapat jumpa doktor pada 2 Oktober 2013.

Hari itu, adalah pertama kali kami berjumpa dengan Doktor Hamizah.  Doktor Hamizah (DH) adalah seorang doktor yang baik dan lemah lembut.  Beliau banyak memberi pandangan yang baik dan tidak pernah men"down"kan kami.  Sentiasa beri kata-kata positif supaya kami tidak berputus asa dan terus berusaha untuk mendapatkan zuriat.

Untuk rawatan pada ketika itu, Doktor telah menerangkan keputusan ujian "MONEY" husband, keputusan HSG, dan keputusan darah kami.

Alhamdulilah, keputusan ujian "MONEY" husband sangat Excellent.  Keputusan HSG saya juga tiada masalah.  Tiub tak tersumbat.  Dan keputusan darah kami menyatakan tiada penyakit kelamin.  Cuma keadaan Ovum (Telur) MP tidak memberansangkan.  Telur banyak tetapi tidak matang.  Walaupun rasa down sangat ketika itu, tetapi MP cuba fikirkan positif, Telur tak matang tak semestinya tak boleh mengandung, dan MP patut bersyukur sebab ada alternatif lain untuk mematangkan telur iaitu dengan injection.  Jadi jangan terus cepat mengalah kerana ada jalannya.  In syaa Allah.

Maka pada hari itu, DH pun telah membekalkan kami Clomid dan Injection HuMoG 75iu.



Clomid:
2 biji sehari untuk selama 5 Hari.
9.00 mlm

Injection HuMoG 75iu:
4/10/2013 - 10.00 mlm
6/10/2013 - 10.00 mlm
8/10/2013 - 10.00 mlm



Rawatan Susulan
10 Oktober 2013
(Khamis)

Appointment LPPKN, buat Transvaginal Ultrasound (TVs) melalui vagina menggunakan ultrasound transducer.




 Ultrasound Transducer

Setelah mengambil Clomid dan Injection HuMoG 75iu, keputusannya amatlah mendukacitakan kerana Telur (Ovum) tidak membesar dengan sepatutnya.

Jadi DH menambah lagi 2 kali Injection HuMoG 75iu.  Dan diambil selang sehari juga iaitu pada malam tersebut 10/10/2013 dan 12/10/2013.

Selepas itu kami dikehendaki ke LPPKN pada 14/10/2013 sehari sebelum Hari Raya Haji.



Rawatan Susulan
14 Oktober 2013
(Isnin)

Hari tersebut, MP dikehendaki buat perkara yang sama iaitu TVs.  Bila DH masukkan alat tersebut dan lihat discreen, sekali lagi amat mendukacitakan kerana telur yang matang hanya ada SATU sahaja belah kanan.

Niat dihati, dengan harapan dapatlah buat IUI tetapi tiada rezeki kami untuk buat IUI.  Reasonnya, jika ingin proceed dengan IUI, pesakit perlu memiliki 3 Telur yang MATANG.  Oleh disebabkan MP punya telur ada satu sahaja, DH minta bersama secara manual sahaja.

Setelah jumpa Doktor, MP diminta untuk ke bilik Nurse untuk Injection Pecahkan Telur pada jam 8.30 pagi.


Injection HuCoG 5000iu

Kemudian, kami diminta bersama selepas 36 jam iaitu pada keesokkan harinya jam 8.30 mlm - 10.30 mlm.

Dan DH ada menyatakan bahawa jika 7/11/2013 MP tidak period, In syaa Allah MP akan mengandung.  Dan DH juga ada bekalkan MP Duphaston, katanya untuk menguatkan rahim jika MP pregnant tetapi jika tak pregnant, ubat tersebut akan membantu menurunkan period.

5/11/2013 period pun muncul, memang tiada rezeki kami.  Kami redha.  Tetapi itu tidak bermakna kami akan berhenti disitu sahaja kerana kami akan tetap terus mencuba, dan terus mencuba.  Jika ini dugaan yang perlu kami tempuh suami isteri, In syaa Allah kami akan terus harungi bersama.  Kami yakin satu hari nanti Allah swt pasti akan berikan kami zuriat.  Kami akan nantikan saat itu dengan penuh kesabaran dan akan terus berusaha sehingga berhasil.  In syaa Allah.


********************************************


Rawatan Kali Keempat
8 November 2013
(Jumaat)

5hb MP period, jadi hari keempat baru MP datang bertemu doktor.  Kenapa tidak hari kedua atau hari ketiga??  Sebab hari-hari tersebut MP ada hal yang tidak dapat dielakkan.  Tetapi tak mengapa kerana Pembantu DH kata boleh buat rawatan sehingga hari KeLima Period.  Jadi MP pun buat appointment pada hari tersebut.

Setelah berjumpa dengan Doktor Hamizah (DH), DH kata, beliau ingin naikkan dos suntikan dari 75iu ke 150iu.  Jadi DH telah bekalkan pada MP Clomid dan Injection HuMoG 150iu.

Clomid:
2 biji sekali sehari untuk 5 hari.
11.00 mlm

Injection HuMoG 150iu:
10/11/2013 - 11.00mlm
12/11/2013 - 11.00mlm
14/11/2013 - 11.00mlm
16/11/2013 - 11.00mlm



Rawatan Susulan
18/11/2013
(Isnin)

Seperti biasa, MP diminta baring untuk buat TVs.  Dan hasilnya MP memiliki 6 biji telur yang matang, 5 biji kanan dan sebiji belah kiri.  6 biji yang matang ini berukuran 17mm ke atas.  Dan sebenarnya MP memiliki telur yang hampir matang iaitu berukuran 14mm lebih dari 5 biji.  Dan mengikut kiraan DH jumlah keseluruhan telur yang MP miliki telur yang matang campur yang hampir matang lebih kurang 15 biji.  Oleh disebabkan terlalu banyak, DH tidak membenarkan MP untuk buat prosedur IUI.

Mesti ramai yang nak tahu kan, kenapa MP miliki telur yang matang dan banyak tetapi tidak boleh buat IUI??  Ini kerana ia boleh mengundang risiko sakit yang teramat sangat dan kemungkinan besar akan menyebabkan pesakit akan dimasukkan ke hospital dan boleh menyebabkan kematian.

Jadi, DH tidak mahu ambil risiko tersebut kerana ia bermain dengan nyawa, jadi DH minta kami teruskan dengan bersama secara manual.  Bermula malam ini, kemudian selang sehari sehingga 22/11/2013.

MP juga ada bertanyakan tentang rahim MP, adakah rahim MP normal dan adakah rahim MP nipis atau tebal.  Dan alhamdulilah, DH kata yang rahim MP normal dan ketebalannya juga normal iaitu 7mm (eh yeke "mm"..  yela kot..  hehe..).  Jadi DH kata tak perlu risau.  "Bersama" mengikut hari yang beliau suruh, In Syaa Allah jika ada rezeki, ada zuriat untuk kami.

Jika 12/12/2013 (Khamis), masih tidak period, In Syaa Allah MP akan pregnant.  Tetapi itu semua kuasa Allah swt.  Dia yang menentukan segalanya.








Tuesday, 15 October 2013

Kos Rawatan Di LPPKN

Setelah beberapa kali mendapatkan rawatan kehamilan di LPPKN baru hari ini berkesempatan untuk mengupdate kos rawatan yang kami dapatkan di LPPKN.

Kos Rawatan Pertama Kali
29 April 2013 
(Isnin)

Lawatan:  RM40.00
SA & SC & S:  RM50.00

Rawatan:
Husband & Wife Di Interview Oleh Misi (Nurse)
Ambil darah husband & wife

Total:  RM90.00

--------------------------------------------

Kos Rawatan Kali Kedua
28 Mei 2013
(Selasa)

Blood Group:  RM5.00
FSH, LH, P4:  RM54.00
STD X2:  RM56.00

Rawatan:
Ambil sample sperma (Husband)
Ambil darah (Wife)

Total:  RM115.00

--------------------------------------------

Kos Rawatan HSG di Hospital KPJ Tawakal
5 Jun 2013
(Rabu)
(Hari Ke-9 Period)

Rawatan:
HSG

Kos Rawatan:
RM180

--------------------------------------------

Kos Rawatan Kali Ketiga
2 Oktober 2013 
(Rabu)
First Time Jumpa Doktor Hamizah

Perundingan:  RM10.00
Clomid:  RM36.00
Humog 75iu (3 kotak):  RM195.00
Syringe:  RM1.80

Total:  RM242.80

--------------------------------------------

Kos Rawatan Kali Keempat
10 Oktober 2013 
(Khamis)

Lawatan:  RM10.00
Humog 75iu (2 kotak):  RM130.00
Syringe:  RM1.20
Transvaginal Ultrasound (TVs):  RM20.00

Total:  RM161.20

--------------------------------------------

Kos Rawatan Kali Kelima
14 Oktober 2013 
(Isnin)

Lawatan:  RM10.00
Hucog 5000iu (Sekotak):  RM45.50
Duphaston (24 biji):  RM64.80
Syringe:  RM0.60
Transvaginal Ultrasound (TVs):  RM20.00

Total:  RM140.90

--------------------------------------------

Kos Rawatan Kali Keenam
8 November 2013 
(Jumaat)

Lawatan:  RM10.00
Clomid:  RM36.00
HuMoG 150iu (4 kotak):  RM509.60
Syringe (4):  RM2.40

Total:  RM558.00

--------------------------------------------

Kos Rawatan Kali Ketujuh
18 November 2013 
(Isnin)

Lawatan:  RM10.00
Transvaginal Ultrasound (TVs): RM20.00

Total:  RM30.00

--------------------------------------------

Wednesday, 5 June 2013

Info Fertility Treatment/Rawatan Kesuburan di LPPKN

Selama 2 Tahun 3 Bulan Usia Perkahwinan kami, pelbagai rawatan yang MP dan suami telah cuba.  Dalam Quran pun ada menyatakan kita perlu berusaha sedaya upaya terlebih dahulu baru kita tawakal dan redha.

Jadi kali ini, kami mengambil keputusan untuk membuat rawatan di LPPKN.  Kami harap rawatan kali ini berjaya.  MP harap pada rakan-rakan yang baca blog MP, MP mohon untuk mendoakan supaya kami dipermudahkan untuk mendapat zuriat.

Bagi rakan-rakan yang baru pertama kali untuk membuat rawatan di LPPKN ini, disini MP akan berkongsi sedikit sebanyak info yang MP tahu ye.

Sebelum itu, MP akan nyatakn LPPKN singkatan untuk apa.  LPPKN singkatan untuk Lembaga Penduduk & Pembangunan Keluarga Negara.  Setiap negeri mempunyai cawangan LPPKN tetapi untuk membuat Fertility Treatment/ Rawatan Kesuburan hanya ada di Klinik LPPKN, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, LPPKN Johor & LPPKN Ipoh, Perak sahaja.  Tetapi untuk makluman semua, hanya LPPKN di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur sahaja yang mempunyai doktor LPPKN sendiri manakala di LPPKN Johor & Ipoh pula, menggunakan khidmat doktor luar iaitu memanggil doktor dari hospital lain untuk menjalankan rawatan ke atas pesakit.

MP dan suami membuat rawatan di Klinik LPPKN di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.  Jadi MP hanya dapat berkongsi maklumat berkenaan Klinik LPPKN di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur sahaja.

KLINIK LPPKN:

Bahagian Reproduksi Manusia
Lembaga Penduduk & Pembangunan Keluarga Negara
12B, Bangunan LPPKN
Jalan Raja Laut
50350 Kuala Lumpur.

No. Telefon:
03-26937555
(minta sambungkan ke Subfertility Treatment)

Sebelum rakan-rakan datang ke Klinik LPPKN, rakan-rakan perlu menghubungi pihak LPPKN terlebih dahulu untuk membuat appointment.
Selepas dapat tarikh appointment, pastikan rakan-rakan follow tarikh tu jika tidak rakan-rakan akan rugi kerana perlu dapatkan appointment baru yang kita tidak tahu bila tarikhnya.

Rakan-rakan boleh datang ke Klinik LPPKN yang beralamat di atas.  Sampai sahaja di sana rakan-rakan boleh membuat pilihan samada untuk parking terus di bangunan LPPKN ataupun parking di tempat parking berhampiran bangunan LPPKN tetapi ia memerlukan rakan-rakan untuk berjalan dalam 5 ke 10 minit untuk ke bangunan LPPKN.  Kerana parking di bangunan LPPKN agak mahal.  Tetapi MP dan suami akan terus parking di dalam bangunan LPPKN walaupun mahal tetapi sebab agak malas untuk menapak jauh jadi bayar jela. huhu.

Masuk sahaja pintu bangunan LPPKN, rakan-rakan akan diminta untuk meninggalkan lesen dan mengisi buku pelawat dan akan diberikan sekeping slip pelawat.

Slip Pelawat

Kemudian rakan-rakan naik lift ke tingkat 6 menuju ke Bahagian Reproduksi Manusia Pusat Kepakaran Reproduksi Manusia untuk memulakan rawatan.

Tingkat 6

Bahagian Reproduksi Manusia Pusat Kepakaran Reproduksi Manusia.