Sunday, 17 November 2013

Pengalaman Mendapatkan Rawatan Kehamilan/Kesuburan di LPPKN

Rawatan Kali Pertama.
29 April 2013
(Isnin)
2.00 petang

Kami diminta tunggu sehingga nurse panggil MP untuk ditemuduga dan suami MP diminta untuk mengambil sample "MONEY" di tingkat 7.

Yang bagusnya di LPPKN ini, ada menyediakan bilik khas untuk para suami mengeluarkan "MONEY" dengan rasa selesa, tidak seperti di Hospital-hospital kerajaan yang lain yang memerlukan para suami mengeluarkan "MONEY" hanya dalam TANDAS.

Setelah husband selesai mengeluarkan "MONEY" dan turun di tingkat 6, husband juga turut dipanggil untuk sesi temuduga.  Selepas sesi temuduga, MP dan husband dipanggil untuk pengambilan darah untuk cek penyakit kelamin jika ada.

********************************************

Rawatan Kali Kedua
28 Mei 2013
(Selasa)

Rawatan untuk kali ini adalah MP diminta untuk mengambil darah sekali lagi untuk cek tahap kesuburan.  Dan nurse minta MP pergi ke Hospital Tawakal untuk buat HSG pada hari ke 21 period.

********************************************

Rawatan HSG
Hospital Tawakal
5 Jun 2013
(Rabu)
10.00 pagi

Untuk pengetahuan semua, HSG adalah singkatan untuk Hysterosalpingogram. HSG prosedur adalah untuk mengesan samaada tiub fallopio kita tersumbat ataupun tidak.  Dan keputusannya alhamdulilah semuanya baik belaka.  Tiada masalah.





********************************************

Rawatan Kali Ketiga
2 Oktober 2013
(Rabu)

Jika anda perasan tarikh rawatan kali kedua MP jauh berbeza dengan tarikh rawatan kali ketiga adalah kerana beberapa faktor:

Yang Pertama:
Selepas rawatan kedua, MP perlu datang semula ke LPPKN semasa kedatangan haid bulan berikutnya.  Dan semasa kedatangan haid bulan berikutnya jatuh pada Bulan Ramadhan (Bulan Puasa) iaitu pada bulan Julai 2013 maka tidak dapatlah MP meneruskan rawatan kerana untuk makluman semua, pihak LPPKN tidak mengambil sebarang temujanji yang berkaitan dengan Rawatan Kehamilan.

Yang Kedua:
Selepas bulan puasa iaitu bulan Ogos 2013 MP tidak dapat lagi hadir ke LPPKN untuk meneruskan rawatan atas sebab ketiadaan doktor.  Maka tertangguh lagilah untuk kesian kalinya.

Disebabkan seterusnya jatuh pada 30 September 2013 jadi MP dapat jumpa doktor pada 2 Oktober 2013.

Hari itu, adalah pertama kali kami berjumpa dengan Doktor Hamizah.  Doktor Hamizah (DH) adalah seorang doktor yang baik dan lemah lembut.  Beliau banyak memberi pandangan yang baik dan tidak pernah men"down"kan kami.  Sentiasa beri kata-kata positif supaya kami tidak berputus asa dan terus berusaha untuk mendapatkan zuriat.

Untuk rawatan pada ketika itu, Doktor telah menerangkan keputusan ujian "MONEY" husband, keputusan HSG, dan keputusan darah kami.

Alhamdulilah, keputusan ujian "MONEY" husband sangat Excellent.  Keputusan HSG saya juga tiada masalah.  Tiub tak tersumbat.  Dan keputusan darah kami menyatakan tiada penyakit kelamin.  Cuma keadaan Ovum (Telur) MP tidak memberansangkan.  Telur banyak tetapi tidak matang.  Walaupun rasa down sangat ketika itu, tetapi MP cuba fikirkan positif, Telur tak matang tak semestinya tak boleh mengandung, dan MP patut bersyukur sebab ada alternatif lain untuk mematangkan telur iaitu dengan injection.  Jadi jangan terus cepat mengalah kerana ada jalannya.  In syaa Allah.

Maka pada hari itu, DH pun telah membekalkan kami Clomid dan Injection HuMoG 75iu.



Clomid:
2 biji sehari untuk selama 5 Hari.
9.00 mlm

Injection HuMoG 75iu:
4/10/2013 - 10.00 mlm
6/10/2013 - 10.00 mlm
8/10/2013 - 10.00 mlm



Rawatan Susulan
10 Oktober 2013
(Khamis)

Appointment LPPKN, buat Transvaginal Ultrasound (TVs) melalui vagina menggunakan ultrasound transducer.




 Ultrasound Transducer

Setelah mengambil Clomid dan Injection HuMoG 75iu, keputusannya amatlah mendukacitakan kerana Telur (Ovum) tidak membesar dengan sepatutnya.

Jadi DH menambah lagi 2 kali Injection HuMoG 75iu.  Dan diambil selang sehari juga iaitu pada malam tersebut 10/10/2013 dan 12/10/2013.

Selepas itu kami dikehendaki ke LPPKN pada 14/10/2013 sehari sebelum Hari Raya Haji.



Rawatan Susulan
14 Oktober 2013
(Isnin)

Hari tersebut, MP dikehendaki buat perkara yang sama iaitu TVs.  Bila DH masukkan alat tersebut dan lihat discreen, sekali lagi amat mendukacitakan kerana telur yang matang hanya ada SATU sahaja belah kanan.

Niat dihati, dengan harapan dapatlah buat IUI tetapi tiada rezeki kami untuk buat IUI.  Reasonnya, jika ingin proceed dengan IUI, pesakit perlu memiliki 3 Telur yang MATANG.  Oleh disebabkan MP punya telur ada satu sahaja, DH minta bersama secara manual sahaja.

Setelah jumpa Doktor, MP diminta untuk ke bilik Nurse untuk Injection Pecahkan Telur pada jam 8.30 pagi.


Injection HuCoG 5000iu

Kemudian, kami diminta bersama selepas 36 jam iaitu pada keesokkan harinya jam 8.30 mlm - 10.30 mlm.

Dan DH ada menyatakan bahawa jika 7/11/2013 MP tidak period, In syaa Allah MP akan mengandung.  Dan DH juga ada bekalkan MP Duphaston, katanya untuk menguatkan rahim jika MP pregnant tetapi jika tak pregnant, ubat tersebut akan membantu menurunkan period.

5/11/2013 period pun muncul, memang tiada rezeki kami.  Kami redha.  Tetapi itu tidak bermakna kami akan berhenti disitu sahaja kerana kami akan tetap terus mencuba, dan terus mencuba.  Jika ini dugaan yang perlu kami tempuh suami isteri, In syaa Allah kami akan terus harungi bersama.  Kami yakin satu hari nanti Allah swt pasti akan berikan kami zuriat.  Kami akan nantikan saat itu dengan penuh kesabaran dan akan terus berusaha sehingga berhasil.  In syaa Allah.


********************************************


Rawatan Kali Keempat
8 November 2013
(Jumaat)

5hb MP period, jadi hari keempat baru MP datang bertemu doktor.  Kenapa tidak hari kedua atau hari ketiga??  Sebab hari-hari tersebut MP ada hal yang tidak dapat dielakkan.  Tetapi tak mengapa kerana Pembantu DH kata boleh buat rawatan sehingga hari KeLima Period.  Jadi MP pun buat appointment pada hari tersebut.

Setelah berjumpa dengan Doktor Hamizah (DH), DH kata, beliau ingin naikkan dos suntikan dari 75iu ke 150iu.  Jadi DH telah bekalkan pada MP Clomid dan Injection HuMoG 150iu.

Clomid:
2 biji sekali sehari untuk 5 hari.
11.00 mlm

Injection HuMoG 150iu:
10/11/2013 - 11.00mlm
12/11/2013 - 11.00mlm
14/11/2013 - 11.00mlm
16/11/2013 - 11.00mlm



Rawatan Susulan
18/11/2013
(Isnin)

Seperti biasa, MP diminta baring untuk buat TVs.  Dan hasilnya MP memiliki 6 biji telur yang matang, 5 biji kanan dan sebiji belah kiri.  6 biji yang matang ini berukuran 17mm ke atas.  Dan sebenarnya MP memiliki telur yang hampir matang iaitu berukuran 14mm lebih dari 5 biji.  Dan mengikut kiraan DH jumlah keseluruhan telur yang MP miliki telur yang matang campur yang hampir matang lebih kurang 15 biji.  Oleh disebabkan terlalu banyak, DH tidak membenarkan MP untuk buat prosedur IUI.

Mesti ramai yang nak tahu kan, kenapa MP miliki telur yang matang dan banyak tetapi tidak boleh buat IUI??  Ini kerana ia boleh mengundang risiko sakit yang teramat sangat dan kemungkinan besar akan menyebabkan pesakit akan dimasukkan ke hospital dan boleh menyebabkan kematian.

Jadi, DH tidak mahu ambil risiko tersebut kerana ia bermain dengan nyawa, jadi DH minta kami teruskan dengan bersama secara manual.  Bermula malam ini, kemudian selang sehari sehingga 22/11/2013.

MP juga ada bertanyakan tentang rahim MP, adakah rahim MP normal dan adakah rahim MP nipis atau tebal.  Dan alhamdulilah, DH kata yang rahim MP normal dan ketebalannya juga normal iaitu 7mm (eh yeke "mm"..  yela kot..  hehe..).  Jadi DH kata tak perlu risau.  "Bersama" mengikut hari yang beliau suruh, In Syaa Allah jika ada rezeki, ada zuriat untuk kami.

Jika 12/12/2013 (Khamis), masih tidak period, In Syaa Allah MP akan pregnant.  Tetapi itu semua kuasa Allah swt.  Dia yang menentukan segalanya.








34 comments:

Nurul Nadila said...

gigihnya MP.Dilla senasib dengan MP.
setahun 6 bulan dah kawen tp masih belum sampai masa untuk kami dapaatkan zuriat.tapi still belum dptkan rawatan susulan...

Dunia Mrs. Pejan said...

Salam nurul....

Disebabkan keinginan yang sangat tinggi untuk mendapatkan zuriat, kami gagahkan juga nurul... usaha dan terus usaha... nurul da boleh cuba LPPKN.. MP suggestkan LPPKN sebab berdasarkan melalui pengalaman, setakat ni LPPKN yang the best dari segi rawatan mahupun kos rawatan... dan LPPKN menyediakan bilik khas utk suami mengeluarkan "MONEY" dengan selesa jika dibandingkan tempat rawatan yang lain. dan lagi satu, yang bestnya LPPKN ni ialah doktor yang monitor kita hanya seorang jadi kalau kita start rawatan dengan doktor H, jadi hanya doktor H sahaja yang akan monitor kita sampai kita pregnant, jadi dia lebih tahu akan keadaan dan keperluan badan kita. nurul mulakanlah langkah... In sya allah ada rezeki kita nanti...

Anonymous said...

Berapa kos keseluruhan sehingga iui?

Anonymous said...

salam Nurul..
saya kerap mengikuti blog awak.lebih-lebih lagi sekarang ini saya mula menjalani rawatan di lppkn.
saya telah 5 tahun berkahwin tapi masih belum ada rezeki untuk mendapat cahaa mata.rawatan pertama telah saya ikuti...dan pada hari ini saya akan menjalani HSG pula.selama saya diberitahu ttg HSG ini saya banyak membaca post awak.tq

Anonymous said...

Boleh bgtahu berapa kos keseluruhan?

faizah said...

terima kasih atas info yang berguna ini...

Syu Suria said...

Kos keseluruhan kurang dr 1k

Dunia Mrs. Pejan said...

Salam semua..

Kos bergantung pada individu dan berapa lama prosider pasangan itu berjaya pregnant.. lagi lama prosider utk pregnant lagi banyakla kosnya.. macam saya hari tu saya start rawatan bulan 4 2013 dan berjaya hamil bulan 11 2013 jadi kosnya RM1700 tak termasuk rawatan selepas pregnant.. sebab selepas pregnant kita kena perlu buat rawatan di LPPKN sehingga usia kandungan 5 bulan bagi pemantauan doktor di LPPKN.. rasa2nya kalau total termasuk rawatan semasa pregnant dalam 2k lebih..

Anonymous said...

Kalau usia perkhwinan bwh 1 thn blh refer lppkn x?

Dunia Mrs. Pejan said...

Hai anony:
7 bulan ke atas boleh rasanya... Apa2 pun call LPPKN tanya details..

dhuha said...

Salam MP, saya baru mula buat rawatan kt LPPKN. mcm mne klu hri ke-2 kte dpt amik darah tp hri ke-21 jtuh hri ahad,bleh ke amik darah hri isnin hri ke-23 period?

Anonymous said...

Teruskan berusaha! saya dan isteri dah berjaya melalui rawatan di LPPKN bawah penjagaan Dr Hamizah. Isteri sekarang sedang mengandung anak kembar due 13 Julai 2015.Staf pon baik2 semuar.

Nana Zahfir said...

Salam MP,

Nana nak tanya. nana baru je lepas balik LPPKN, doktor ada bg duphaston bg turun darah sbb nana period tak stabil. kemudian bila dah period doktor akan start dengan clomid.
So, kita mkn clomid slalu CD2-CD6 kan? lepastu CD ke berapa akan check telur tu ok ke x?
and kalau semuanya ok, cukup 3 biji telur matang, bila doktor akan proceed dengan iui?
Harap sangat MP reply.
Terima kasih ye.

Anonymous said...

Salam,
Sy pun sedang menjalani rawatan kesuburan di lppkn.now tgh tggu next cycle utk ubat kesuburan. Baru je tukar doc hamizah sbb dr ghaffar dah bersara. Sy doakan semua urusan dipermudah kan ye..

Fisah Isa said...

Saya sedang pun dlm rawatan di LPPKN. Dr hamizah jg. Kos x terlalu mahal.

Fisah Isa said...

Saya sedang pun dlm rawatan di LPPKN. Dr hamizah jg. Kos x terlalu mahal.

Anonymous said...

kamu check di lppkn mane yr kwn2,anonymous bpe kos isteri kamu wat,sy br nk cba pi ke lppkn

Anonymous said...

Saya baru terbaca blog ni...mmg membantu..saya akan dptkan rawatan di lppkn ni..insyaAllah...dah dekat 3 tahun berkahwin dan kitaran haid tak teratur..thanks sis..

nuyul Azhar said...

bleh tahu lppkn mna ya dr hamizah?

Ruqayya said...

I have your silent reader. Dulu setiap kali nak pergi apa-apa procedure, mesti baca blog ni. Alhamdulillah it helps a lot. Can be recommended to my friends yang TTC-ians

Ruqayya menulis... Cari hari kesuburan dengan OPK

Hajra said...

ssalamualaikum semua,


saya pun sedang menjalani rawatan dengan LPPKN pada masa ini . berkahwin sudah 3 tahun. ini kali pertama saya berjumpa doktor untuk mendapatakan rawatan. disini saya nak ucapkan terima kasih kepada tuan blogger iaitu Puan MP sebab entri yang berguna kepada kami semua pembaca. Doa daripada saya kepada keluarga Puan selamat dan sejahtera semoga dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Ameen. kepada rakan rakan lain. saling lah kita sama mendoakan sama sama memberikan sokongan sama sama memberikan maklumat untuk kita menjalani rawatan di LPPKN. Semoga dikalangan kita yang bersama menjalani rawatan kesuburan ini diikurniakan Allah nikmat kesabaran nikmat bersyukur atas apa yangkita lalui dalam kehidupan seharian. Semuanya dengan kehendak Allah S.W.T.

Pn Shema

ummu said...

Wah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. Tips Kesuburan Wanita

Azeni Ahmad said...

Sungguh detail prosedurnya kan.
Sama macam prosedur di swasta.
Harga pun dengarnya mampu untuk dibuat kan.
Sekurang-kurangnya bagi alternatif untuk pasangan yg belum hamil kan.
Nice sharing..

Farizza Hanafi said...

Salam mp..mp g lppkn di mana yea?dr hamizah berkhidmat di lppkn mne :-)

Farizza Hanafi said...

Salam mp..mp g lppkn di mana yea?dr hamizah berkhidmat di lppkn mne :-)

Nurul md saad said...

assalamualaikum, sis berjaya dgn iui ke? sy teruja, tp sy ada mslh tiup tersumbat.. doc hamizah suggest ivf.. sedang tgu next period utk proceed.. doa kn sy berjaya ya.. tq ats perkongsian..

Nurul md saad said...

tahniah... sy juga dlm rawatan di lppkn dgn dr hamizah.. doakan sy juga berjaya memiliki zuriat ya.. tq ;)

Nurul md saad said...

lppkn, kl sis..

Nurul md saad said...

lppkn kl sis.. sy juga terima rawatan dgn dr hamizah.. doa kn sy berjaya hamil ya.. tq ;)

Nurul md saad said...

lppkn kl sis.. sy juga terima rawatan dgn dr hamizah.. doa kn sy berjaya hamil ya.. tq ;)

ana budakgemok said...

Saya nk.tanya berapa kos xray hsg di pusat pakar tawakal?

Anonymous said...

Salam
Sya baru menjalani hsg sbtu lalu di.hosp.tawakal..27aug16..kos nya rm260...pn. ayu sedang menjalANI rawatan kesuburan di lppkn
Doakan saya juga berjaya hamil...

syafiqah said...

Saya nak tanya lppkn kl waktu operasi nya bila ye? Sabtu Ahad pun buka ke?

aisyah hanis said...

Salam...MP..mcm mn..dh bjaya hamil ke..nice sharing blog ni....