Monday, 16 December 2013

Adakah Aku Berjaya Pregnant Dengan Rawatan Kehamilan di LPPKN ??

Bagi Follower yang tahu kisah rawatan kehamilan MP di LPPKN mesti tahu hari ini 12/12/2013 (Khamis), hari yang dinanti-nantikan telah tiba iaitu Doktor Hamizah (DH) sebelum ini ada menyatakan jika 12/12/2013 MP tak period, In syaa Allah MP pregnant.

Jadi di sini MP ceritakan sedikit sebanyak apa yang MP telah alami sepanjang menunggu kehadiran 12/12/2013.

Start 26/11/2013, MP sudah rasa macam nak period, tapi sampai sekarang tak period.  Rasa nak period tu datang sekejap-sekejap bukan berpanjangan.  Rasa lenguh-lenguh di kaki dan peha.

Sebenarnya MP tak pasti bila tarikh ovulasi MP.  Walaupun pada 16/11/2013 MP ada jumpa EggWhite (EW) tapi MP sendiri tak yakin adakah masa itu MP dalam keadaan subur ataupun tidak.

Bagi yang tak tahu kisah MP sebelum ini tentang Rawatan Kehamilan di LPPKN jadi MP ceritakan serba sedikit tentang itu.

8/11/2013:
Appointment Dengan Doktor Hamizah di LPPKN untuk Treatment IUI Kali Kedua.  

Doktor bekalkan:
Clomid - 2 biji - Sekali Sehari - 5 Hari - 11.00 malam

9 - 13/11/2013

Injection HuMoG 150iu:
10/11/2013
12/11/2013
14/11/2013
16/11/2013
11.00 malam

18/11/2013:
Appointment LPPKN untuk rawatan susulan.  Cek Telur (Ovum) berapa yang matang.

Telur Matang (Berukuran 17mm keatas):
5 biji belah kanan.
1 biji belah kiri.

Telur Hampir Matang (Berukuran 14mm keatas):
Hampir 10 biji kesemuanya campur belah kanan dan kiri.

Disebabkan Telur Matang dan Hampir Matang terlalu banyak iaitu sebanyak 15biji kesemuanya, DH terus beritahu kami yang DH tak boleh teruskan dengan Prosedur IUI atas sebab risiko kematian.

Menurut DH jika Doktor teruskan juga dengan injection HCG bagi pecahkan semua telur-telur itu bagi proses ovulasi dan memudahkan persenyawaan, seperti rawatan IUI yang lepas (First rawatan IUI juga tidak dapat dilakukan kerana semasa rawatan tersebut telur yang matang hanya sebiji, untuk melakukan rawatan IUI sekurang-kurangnya memerlukan 3 biji telur yang matang), kemungkinan besar MP akan berasa sakit yang teramat sangat dan kemungkinan MP akan dimasukkan ke hospital dan berkemungkinan lagi MP akak dimasukkan ke ICU.  Disebabkan itulah risiko kematian juga ada.

Bila doktor terangkan begitu, hancur luluh rasanya hati ini disebabkan peluang kedua untuk melakukan IUI hancur lebur.  Sedih rasanya hati bila tak dapat buat IUI sebab MP rasa peluang untuk mendapatkan cahaya mata lebih tinggi dengan melakukan IUI.  Tetapi sudah itu ketentuanNya.  Kami redha.  Dan kami hanya bersama secara manual dan mengikut tarikh yang telah doktor tetapkan.

Sesudah selesai bersoal jawab dengan doktor, MP pulang dengan sebarang ubat-ubatan.  Menurut doktor, doktor tidak bekalkan sebarang ubat-ubatan seperti rawatan yang lepas atas sebab jika doktor bekalkan duphaston (ubat kuatkan rahim), jika semua telur yang banyak itu berjaya disenyawakan bagaimana pula ia nak membesar dengan baik kerana kedudukan rahim yang tidak berapa nak besar.  Oleh sebab itulah doktor tak bekalkan ubat, supaya telur yang betul-betul ready tanpa bantuan ubat sahaja yang disenyawakan.

Fuh panjang lebor cerita pasal kegagalan untuk melakukan prosedur IUI buat kali kedua. huhuhu. Kita sambung lagi dengan kisah sepatutnya yer.

9/12/2013 waktu nak mandi saya bersihkan lubang faraj (Vagina), ada terdapat sedikit darah yang coklat pekat tetapi tak mengalir di pantyliner.  selepas bersihkan, pada keesokan harinya 10/12/2013, darah coklat tetapi semakin sedikit berbanding dengan semalam.  Pada 11/12/2013 saya cek sudah tiada darah tersebut.  Hari ini saya cek lagi darah tersebut sudah tiada.  Saya khuatir darah tersebut adalah darah penyakit.  Saya harap darah itu adalah darah implantasi.  Tetapi semuanya masih menjadi tanda tanya.

Sepatutnya hari ini 12/12/2013, jika masih belum period doktor ada minta MP datang jumpa doktor di LPPKN untuk rawatan susulan kerana doktor kata jika MP tak period In syaa Allah MP pregnant tapi bila MP call tadi PA doktor kata doktor tak de jadi tak dapatlah MP berjumpa dengan doktor.

Nak buat UPT (Urine Pregnancy Test) sendiri, MP tak berani.  Takut negatif.

Nak tahu keputusannya POSITIF or NEGATIF..  Ikuti kisah seterusnya di next entri..


18 comments:

nayfatimah rasyid said...

Insyaalah ade rezeki kamu yer MP..saya doakan awak berjaya hamil ...ikhlas dari saya ..
//nayfatimahrasyid.blogspot.com/
silalah melawat page saya juga.. saya mengikuti perjlanan MP untul menjadi seorang 'ibu'

mizz idza said...
This comment has been removed by the author.
mizz idza said...

salam MP.awak dah berjaya hamil ye. tahniah...sy pun pesakit DR Hamizah. dah 2 kali iui tapi belum ada rezeki lagi.

Dunia Mrs. Pejan said...

Salam nayfatimah...

Terima kasih kerana sudi follow blog saya... nnt saya jenguk blog awak ye.. :)

Dunia Mrs. Pejan said...

Salam Mizz Idza...

Alhamdulilah saya berjaya hamil.. Baru masuk 2 bulan.. MP berjaya pregnant dgn rawatan kehamilan di LPPKN.. tapi kalau bukan kerana keizinan dan rezeki dari Allah swt mana mungkin MP akan merasai nikmat untuk menjadi ibu. Insya Allah ada ada rezeki awak... Sabar.. dan jgn berputus asa... Yakin dgn Allah swt.. Pasti Dia akan beri apa yg kita minta.. Jgn putus doa... Dan saya harap awak sudi mendoakan, semoga baby saya membesar dgn sihat dan sempurna cukup sifat..

Ukhti Ena said...

Alhamdulillah..tahniah! Syukur...nnt boleh la update blog tanda kehamilan yg u dpt rasa..ke tak de tanda ni..hehe

Nur JB said...

Assalam MP...saya baru habis membaca dari A-Z pengalaman anda membuat rawatan kesuburan di LPPKN sehingga akhirnya berjaya mengandung walaupun beberapa kali tak berjaya buat rawatan IUI...sejujurnya saya agak sebak bila akhirnya baca yang awak berjaya juga mengandung walaupun menghadapi pelbagai dugaan pada mulanya...saya sendiri masih lagi mencuba...tetapi masih belum ada rezeki dikurniakan zuriat setelah hampir 7 tahun berkahwin...kisah anda sedikit sebanyak memberi semangat pada saya untuk terus berusaha...saya doakan semoga anda dan kandungan selamat sehingga hari kelahiran InsyaAllah...dan semoga anda dapat menjadi ibu yang baik :)

yusniza nasir said...

Salam MP, alhamduliah & Tahniah awak dh berjaya hamil...sy skrng tgh berusaha...dh lewat period tp takut nk check, takut kecewa...LPPKN tu kt mane MP? Sy mcm nk mencubela...

Ayu azmir said...

Harap dapat baca kisah selanjutnya.... harap berjaya...

Nu Ellena said...

Tahniah..bahagianya bila disahkan mengandungkan. Ellena dah 5 tahun tunggu rezeki yang satu ni. InsyaAllah kita dapat rezeki macam awak jg.Doakan yer

Anonymous said...

Salam MP.

Salam perkenalan. saya nana. saya baru pertama kali singgah di blog awak dan tertarik dgn topik rawatan di lppkn smpai la ke topik ni. Tahniah sbb x sia2 rawatan tu. saya baru berkahwin x smpai setahun, baru 10bulan tp keinginan untuk mempunyai anak sangat tinggi lagi2 bila tgk kawan2 semua dah ada anak. saya rasa sangat teruja danterharu dan bermotivasi bila baca blog awak ni. harap2 lepasni saya pun boleh cekal mcm awak. :)

Anonymous said...

Post MP sangat membantu..
sy baru nk pegi cube rawatan kt LPPKN Jln Raja Laut ni..
doakan semoga sy & suami mendapat izin Allah utk berjaya spt MP :)

dielazairie life said...

assalamualaikum,
saya suka baca kisah ni sebab beri semangat utk saya. saya belum lagi buat sebarang rawatan..saya pn baru start menulis blog kisah saya..just to fill my time..sila la baca http://dielazairie.blogspot.com/

jika ada sebarang improvement needed, pls adv

sebg wanita doakan saya mempunyai rezki ada seperti kalian

faizah said...

Hi MP,
blog yg sangat bagus. saya baru saja berkahwin 7 bulan, but due to age factor kalau boleh nak dapat anak awal..but seem takde rezeki lagi ni...so i pun search google..n jumpa your blog..uh..lega..ada penerangan lagi..thanks tau..hehe..nanti kita nak g klinik lppkn tu..oh ya..salam persahabatan..

Anonymous said...

Brp kos keseluruhannya ek?

ummu said...

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Berjaya hamil selepas 10 tahun menunggu

Anonymous said...

MP berjaya dgn cara manual or 3rd IUI?

NuR said...

Alhamdulillah.....Akhirnya Allah s.w.t mengurniakan zuriat....sangat comel....teruja saya...saya pun biasa ke Lppkn juga...tapi saya dgn dr G...saya pergi dgn ilmu yg 0 ...x tau apa2...bila dah go tru baru saya tau malunya nak lalui prosedur iui dgn seorg dr lelaki...so bila percubaan pertama x berjaya saya dan suami memilih utk mcuba kaedah lain...
hingga kini kami belum.dikurniakan cahayamata...cuma yg mengembirakan saya ialah saya berjaya hamil secara tak disangka2 pada 2014 dn saya keguguran pada minggu ke 5..Apapun yg telah tertulis, kita syukuri...Doakan saya ye....t.ksh atas perkongsian pengalaman....membaca tulisan puan, seperti membaca kisah saya sendiri...t.ksh