Sunday 6 October 2013

Pasar Kemboja, Kanchong Darat, Banting

Setelah hampir 5 bulan kami menetap di Banting, akhirnya kami berjaya menjejakkan kaki di Pasar Kemboja, Banting.

Sebelum ini, kami hanya mendengar cerita dari ayahanda yang di Banting juga ada Pasar Kemboja seperti di Sg. Buloh.  Jadi kami pun meriki-riki tempat.  Rupa-rupanya Pasar Kemboja sangatlah berdekatan dengan rumah kami.

Apa lagi, dengan rasa excited yang tak terkata, esoknya pagi-pagi MP bangun dan kejutkan Encik Husband untuk pergi ke Pasar Kemboja.

Jika ada rakan-rakan yang teringin sangat nak pergi ke Pasar Kemboja di Banting, bolehlah ikut direction di bawah ye.

Direction Ke Pasar Kemboja Banting:
Dari Pekan Banting, terus dalam 3 - 5km sehingga jumpa Jalan Kenanga belah kanan anda,
kemudian masuk simpang Jalan Kenanga, anda boleh nampak signboard ini
Signboard tertera:
Pasar Borong, Kanchong Darat, Banting
Lorong yang ada Restoran Juvita.

Masuk Jalan Kenanga, terus dlm 300 meter ada simpang, ambil kiri, terus lagi dalam 500 meter...

Anda sudah sampai ke destinasi yang dituju..
Pasar Kemboja, Kanchong Darat, Banting





Mari kita nikmati pemandangan sekitar Pasar Kemboja, Kanchong Darat, Banting.

Kita tengok apa yang ada di sini..
Yang pastinya macam-macam ada..





 Inilah sosej bakar yang ramai kata best tu.  Sosej ni dibuat sendiri oleh tauke kedai.  Menggunakan daging yang dicincang halus kemudian dimasukkan ke dalam usus lembut, jangan risau, usus lembu tu sudah dicuci dengan bersih.  Rasa daging yang sangat manis, memang sedap sangat. Insyallah Halal sebab yang buat sosej tu adalah orang Kemboja Islam.





Kalau nak cari, ulam-ulam dan sayuran yang jarang didapati di pasaraya, bolehlah datang sini.  Tengok atas tu, buah teratai pun ada.

Pasar Kemboja, Kanchong Darat, Banting dibuka pada hari AHAD sahaja.
Sangat sesuai bagi orang-orang yang bekerja macam MP ini.  Hanya hari Ahad sahaja yang dapat MP cuci mata dengan harga yang berpatutan.

2 comments:

Unknown said...

Salam MP, ada tau mana2 rumah yang nak disewakan tak area Banting..sorry lah out of topic je soklan hakak ni. Huhu..
Kalau ada apa2 info, ianya sgtlah membantu..sbb cadang nak berpindah dari terengganu tgh bulan Januari 2014.
Tq in advance :)

AIQA AFIQAH said...

Salam saya tengah buat kajian tentang melayu kemboja pasar ni masih Ada lagi me?