Wednesday 6 February 2013

Cara Tunaikan BR1M


Cara Tuntut Baucer BR1M:
Baucer itu boleh ditunaikan di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB dan Maybank di seluruh negara. Kaunter bergerak khas turut disediakan di ketiga-tiga bank berkenaan pada majlis penyerahan baucar di kawasan luar bandar untuk kemudahan orang ramai di pedalaman menunaikan baucar.
Pertanyaan Status Permohonan BR1M:
Pemohon boleh menghubungi talian hotline 1800222500 atau 1300883010 mulai Isnin ini antara jam 9 pagi hingga jam 5 petang untuk memeriksa status permohonan. Atau anda boleh mula menghantar pertanyaan email ke belanjawan2012@treasury.gov.my.
Rayuan Permohonan BR1M:
Bagi pemohon yang gagal pula, rayuan boleh dibuat dengan menggunakan borang khas yang boleh diperoleh di pejabat LHDN, agensi kerajaan berkaitan atau download menerusi laman web www.treasury.gov.my.
Lanjutan Tarikh Permohonan:
Bagi mereka yang tidak sempat untuk menghantar borang permohonan, anda boleh mengahantar borang BR1M dimana tarikh penyerahan penghantaran borang telah dilanjutkan sehingga 10 Februari 2012.




No comments: