Friday 23 May 2014

JENIS-JENIS BENTAN


Bentan bermaksud sakit semula setelah hampir sembuh semasa dalam proses rawatan selepas bersalin.  Ini bermakna walaupun anda hampir sihat namun kerana culas tentang penjagaan diri dalam tempoh itu akan menyebabkan kemungkinan sakit semula.  Oleh sebab itu, ada segelintir ibu mengalaminya pada penghujung atau selepas proses rawatan selepas bersalin.

Jenis-jenis Bentan.

-  Bentan Urat  -
Merujuk kepada keadaan badan yang lemah seperti demam, bisa-bisa urat dan sendi badan seperti lutut, menggigil kesejukan walaupun pada waktu tengahari, seluruh otot tegang dan kekejangan.  Ia berlaku apabila ibu terlalu aktif atau melakukan aktiviti fizikal lasak.  Rawatan bertangas atau wap herba mampu melegakan keadaan ini.

-  Bentan Urat Peranakan/Urat Rahim  -
Sakit di bahagian ari-ari yang sederhana atau terlampau sakit hingga mengakibatkan tumpah darah.  Boleh berlaku jika si ibu mengangkat objek yang berat.  Selain itu, tersepak ibu jari kaki atau terhempas yang boleh menyebabkan bentan urat peranakan.

-  Bentan Urat Besar (Pinggang)  -
Urat besar ialah urat buluh rahim yang melalui bahagian pinggul menyebabkan rasa lenguh dan sakit di atas bahagian belakang.  Selalunya, terjadi kepada ibu yang bersalin secara pembedahan.  Kadang-kadang kesakitan di bahagian pinggang dan tumit yang serius sampai ibu jalan berdingkit-dingkit.

No comments: