Wednesday 24 April 2013

Permohonan Tambahan Dan Pindaan Bangunan Rumah, dan Kedai/Pejabat Sediada Yang Perlu Dijelaskan Kepada Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL)

Sebelum kami hendak buat Reno rumah kami tercari-cari info berkenaan permohonan ini.  Bagaimana nak mohon??  Dokumen apa yang perlu disediakan untuk memohon?? Berapa yang perlu dibayar??  Bahagian mana yang perlu dirujuk?? Kami agak terkilan kerana tiada sebarang info yang membantu kami untuk membuat permohonan ini.

Jadi oleh itu, MP sediakan entri ini untuk membantu sahabat-sahabat diluar sana bagi memudahkan anda semua membuat permohonan.

MP membuat permohonan ini di Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) kerana rumah kami di Banting jadi anda semua bolehlah membuat permohonan di Majlis Daerah masing-masing ye.

MP rasa prosedur permohonan kemungkinan lebih kurang sama sahaja.  Mungkin kalau ada beza maybe sedikit sahaja.

Mula-mula kami pergi ke Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) di alamat:

Majli Daerah Kuala Langat
(MDKL)
Persiaran Majlis Baru
42700 Banting,
Selangor Darul Ehsan.

Nombor Telefon MDKL:
03-3187 2825
03-3187 2732
03-3187 8957

Nombor Faks:
03-3187 9304

Kemudian kami pergi ke 
Ground Floor,
Jabatan Kawalan Bangunan
Instruction:
Masuk Lobi -> Terus -> Turn Left (Kiri)
Uols akan nampak signage kat atas tu.

Masuk pintu kaca tu dan tunggu sehingga staff datang pada kita.  Kami pergi Jabatan Kawalan Bangunan tu untuk mengambil borang dan beli buku PELAN SETARA.  Apa Buku Pelan Setara ni kan??  Nanti MP terangkan ye.

Sebelum tu mari kita lihat 
Checklist Permohonan Tambahan Dan Pindaan Bangunan Rumah dan sebagainya.


Ini contoh borang yang staff MDKL beri pada kami yang perlu kami isi untuk mendapatkan kebenaran Reno rumah kami.


Kita WAJIB membeli Buku Pelan Setara ini dan pembayaran perlu dibuat di kaunter khas di Kaunter Pembayaran berdekatan dengan lobi.
Buku Pelan Setara ini memudahkan owner untuk membuat permohonan kerana owner tidak perlu pening kepala untuk mencari Pelukis Pelan untuk melakar bahagian rumah anda yang hendak di ubahsuai.

Di Buku Pelan Setara ini dilengkapi dengan Pelan ubahsuai yang diluluskan oleh Majlis Daerah.

Harganya tidaklah semahal mana dan kita boleh simpan dan sekiranya kita hendak tambah mana-mana bahagian lain dirumah kita kelak kita tidak perlu untuk membelinya lagi kerana kita boleh memfotokopi dari Buku Pelan Setara yang kita sudah beli sebelum ini.

Harga Buku Pelan Setara ini hanya
RM15.00 sahaja.

Dan kita akan dapat resit ini:

Kemudian kita kena photostate 4 helai pelan yang berkenaan dengan pengubahsuaian rumah kita.

Masa kami jumpa staff di Jabatan Kawalan Bangunan, dia ada berikan kami borang.  Borang-borang yang perlu kami isi selain borang di atas adalah:

Akujanji Pemilik

Akujanji Pemborong/Kontraktor

Akujanji Pemilik Menggunakan Perkhidmatan Tong Sisa Bahan Binaan.
(Kami tidak menggunakan perkhidmatan ini kerana kami tidak perlu memecahkan dinding yang ada jadi tiada batu atau sampah yang perlu dibuang menggunakan Tong Sisa Bahan Binaan).

Tapi kami perlu membuat surat tunjuk sebab kenapa kami tidak menggunakan perkhidmatan ini jika ingin wang cagaran dikembalikan.

Borang Akuan Sumpah

Selain daripada melengkapkan borang-borang di atas kami perlu menyediakan:

.1.
SLIP PEMBAYARAN CUKAI TAKSIRAN Majlis Daerah YANG TERKINI

.2.
RESIT CAGARAN (SYABAS)

.3.
SATU SALINAN KAD PENGENALAN (IC) PEMILIK

.4.
SATU SALINAN SURAT HAKMILIK/SALINAN SURAT PERJANJIAN JUAL BELI PEMILIK/S&P

.5.
RESIT PEMBAYARAN CUKAI TANAH TERKINI

.6.
4 SALINAN PELAN BUKU GARIS PANDUAN
* Cadangan tambahan binaan baru hendaklah diwarnakan *
* Ulasan rajah kasar hendaklah disertakan *

.7.
2 KEPING GAMBAR TAPAK SEMASA
* Bahagian hadapan bangunan (rumah) *
* Bahagian belakang bangunan (rumah) *
* Bahagian tepi bangunan (rumah) (jika ada) *

.8.
SALINAN RESIT PEMBELIAN BUKU GARIS PANDUAN
(BUKU PELAN SETARA)

.9.
SALINAN RESIT BAYARAN PROSES PELAN

Jadi setelah kami lengkapkan semua borang-borang dan menyediakan setiap dokumen yang diminta beserta bayaran pihak MDKL akan memberikan kita sehelai A4 paper yang menyatakan KELULUSAN PELAN TAMBAHAN DAN PINDAAN

Disini saya sertakan senarai pembayaran yang perlu kita buat berdasarkan ruang yang hendak kita ubahsuai.

Alhamdulilah..  Lega akhirnya dapat juga MP sempurnakan entri ini.  Asyik tertangguh je.  MP harap entri ini serba sedikit dapat membantu anda semua mendapatkan kebenaran sebelum membuat proses ubahsuai rumah kerana jika anda tidak mendapatkan kebenaran dan pihak Majlis Daerah dapat tahu dan datang ke rumah anda akan dikenakan denda dan jika nasib anda tidak baik pihak Majlis Daerah akan meruntuhkan bahagian yang anda ubahsuai.  Jadi jika anda tidak mahu perkara sebegitu berlaku adalah lebih baik anda dapatkan kebenaran dahulu sebelum membuat ubahsuai jika tidak anda juga yang rugi.

Jangan risau kita boleh dapatkan kembali wang yang kita cagarkan jika kita mengikuti syarat-syarat yang dikenakan oleh Majlis Derah masing-masing.

Sekian, terima kasih.







       





12 comments:

apin86 said...

salam...nk tanya...kos keseluruhan brp...utk dapatkan kelulusan plan tersebut..brp lama masa yg di ambik..

Dunia Mrs. Pejan said...

Salam.. kos keseluruhan rasanya dlm RM400.. tp selepas kita da selesai buat renovation, dan kte x de melanggar apa2 syarat yg disediakn, kite boleh claim balik duit cagaran kita.. kos renovation berbeza2 ia bergantung part mana kte nak tmbah atau ubahsuai.. jika kita dpt siapkn borang2 seperti yg dikehendaki sekejap je blh dpt kelulusannya..

Anonymous said...

As salam..nak tnye,resit cagaran syabas tu nak dptkan macam mane ye?

Unknown said...

assalam...
saje nak tanya...renovate rumah berape?saiz sama ngan rumah sy...renovate belakang kan...

Anonymous said...

As salam..
MP,bleh x nak tengok contoh surat tunjuk sebab kalo kite xguna tong roro tu?tenkiu..

Lyana Mansor said...

hoho banyaknye nak kene buat ni..

edzat1 said...

Salam..en, ada tak majlis mintak salinan lesen kontraktor..? Sbb tukang rumah takde lesen..camane yer..

naomis' familia said...

Terima kasih info nie...mmg membantu sangat2..tqvm adikku

Anonymous said...

salam...ada tak pihak majlis datang buat pemeriksaan sebelum dan selepas kebenaran diberikan?temasih..

Anonymous said...

Selamat sejathera,Saya nak tanya,rumah Saya Baru Saya sudah lebih 3 tahun.sekarang, Jika Saya mahu buat sikit renovasi pintu pagar depan Dan mahu jadikan pagar dari pagar besi kepada dinding Batu,jadi Saya masih perlu buat pemohonan dari MDKLkah?

Pidot said...

Assalam nak tanya, kalau buat kabinet dapur n grill memang kena apply permit jgak ke?

Anonymous said...

Alhamdulillah..terima kasih kerana buat entri ini.sangat2 berinformasi & membantu saya..semoga puan sekeluarga dimurahkan rezeki sentiasa.