Tuesday 19 March 2013

HADIAH BUAT SUAMI TERSAYANG

Lambatnya nak update entri Hadiah Buat Suami Tersayang ni.  Tahun ni, besday husband pada 8 Mac 2013 buat yang ke 31 tahun, ada beberapa hadiah yang MP beri.  

Alhamdulilah, tahun ini ada rezeki lebih jadi banyak jugalah yang husband dapat tahun ini.  7 Mac 2013, MP create sendiri Kad Besday untuk husband.  Walaupun tidaklah sekreatif mana dan tidaklah secantik printed kedai tetapi MP puas hati sebab dari hasil tangan sendiri.

Kami satu office tapi lain bahagian, jadi petang tu, MP minta husband turun awal dan MP pergi letak kad besday ini masa husband dah turun.  Konon-konon nak supriselah tuh.  Hope esok harinya husband hepilah bila dapat kad ni.

Inilah hasil kad besday yang MP buat sendiri. Satu kepuasan sebab dapat buat sendiri untuk suami tersayang.

Selain beri kad, 7 Mac 2013 juga MP ada buat tempahan bunga online kat laman web ini http://www.lovegardens.com.my/ 

Jadi esoknya, mereka pun hantar tapi agak lambatlah jugak sebab husband dapat selepas sembahyang Jumaat.  Tak pelah lambat janji selamat sampai ke tangan husband.


Inilah bunga yang MP tempah untuk husband.  12 kuntum je. Mawar Merah. Harga rahsia. Nak tahu kena tengok kat laman web http://www.lovegardens.com.my/ 

MP juga hadiahkan husband wallet.

Wallet Brand Arnold Palmer
RM149.00
Jusco EquinePark (AEON)

Dan akhir sekali, MP hadiahkan husband Electric Shaver.
Husband teringin sgt nak Electrik Shaver ni.  So MP pun carikanlah untuk husband.
Electrik Shaver 
(PHILIPS)
RM79.98
Guardian

Alhamdulilah tahun ini ada rezeki lebih jadi dapatlah hadiahkan macam-macam untuk husband tersayang.  Suka bila tengoh husband hepi.  Senyum sampai ke telinga. Saya buat entri ini bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi hanya sekadar untuk tatapan MP dimasa akan datang.



3 comments:

mrshaqkirin said...

: auuuww... romantik..!

p/s : aien dah follow blog Farah... meh follow blog Aien plak... ;P
http://mrsshaqkirin.blogspot.com/

Dunia Mrs. Pejan said...

sekali sekali romantik... hehe...

ok nnt org follow ek... Thanks sbb sudi follow blog ek... :)

Unknown said...

Nanti bleh juga belikan suami jam....
Lagi bagus kalau beli yg couple set....
Bleh cuba tengok jam ni.....
Besi:
http://www.muslimchoices.com/?p=pair_watch

Kulit;
http://www.muslimchoices.com/?p=jam_tawaf_tali_kulit