Monday, 30 July 2012

Misi Mencari Kipas

Langsir sudah pun ditempah...  Selepas selesai menempah langsir kami pun meronda sekitar Nilai 3 untuk mencari kipas... Dari satu kedai ke satu kedai... Akhirnya kami masuk ke kedai GC LIGHTING ENTERPRISE betul-betul dekat dengan main road... Lupa nak tangkap gambar kedai tu... Sorryy...

Ramai yang kata kalau nak beli kipas belilah kipas brand KDK...  Panasonic...  sebab brand ni berkualiti...  tetapi harga brand tu agak mahal untuk dimiliki...  kalau setakat nak beli 1 @ 2 mungkin aku akan memilih untuk membelinya tetapi disebabkan aku perlu membeli kipas untuk keperluan sebuah rumah...  bayangkan rumah aku ada 4 bilik...  tak mampu aku untuk menghadiahkan setiap bilik rumahku dengan hadiah kipas brand KDK @ Panasonic... dengan ruang tamunya lagi...  dapur pun nak letak kipas jugak sebab ruang makan aku terletak di dapur...  kalau tak letak nanti masa makan berpeluh-peluh pulak...  bertambah kuah plak kami nanti... hahaha...

Jadi sebelum aku dan Incik Suami pergi membeli kipas, aku telah pun mendapatkan info dan bertanya pada yang pakar (taklah pakar mana pun)...  tanya pada kawan-kawan tentang kipas yang ada di rumah mereka... Ramai yang berkata kalau nak cari kipas yang berkualiti tetapi harga mampu milik pilihlah brand ALPHA WINGS... Brand ALPHA WINGS ni berkualiti, laju, sejuk, cantik, elegan dan moden...  So kami pun carilah dan hasilnya...


Kipas Untuk Ruang Tamu
Kipas Jenama ALPHA WINGS
With Remote Control
52 GM 5B/8S 4SF & 4SR
Black Color
RM260 RM245


Kipas Untuk MasterBedRoom & Kitchen 
Kipas Jenama ALPHA WINGS
With Remote Control
698 (pwt)
RM140

Kipas Dinding untuk Bilik yang lain
Bukan gambar sebenar
Ihsan dari pakcik Google Image

Kipas Jenama KDK
Without Remote Control
KU4068 40cm 16"
RM160

Jadi jumlah keseluruhan untuk kipas:

RM845

Sekian, Terima kasih....


Selesai sudah kisah kipas...  Nanti aku cerita pulak pasal Lampu....  Lampu belum beli lagi, kami baru usha-usha kat Puchong...  Kedai yang orang ramai sibuk gembar gemburkan tu...  Tetapi kedai ni memang terbaik...  Kami da survey merata-rata kedai tetapi tak de satu pun yang dapat menandingi harga lampu kat kedai tu... Korang semua mesti nak tahu kedai yang mana kan??? Tapi rasanya macam korang semua sudah tahu je...  Kalau korang dah tahu pun aku tetap nak cerita gak...  Nanti aku masukkan gambar dalam Entri lain yer...  Jangan lupa tengok tau...  Pasti korang juga akan turut teruja sepertimana Incik Suami...  hehehe....



3 comments:

effi said...

Salam. Sis nak tanya kipas Alpha ni mmg ok ke. Dah 2 tahun kan sis guna. ada problem x? Sbb sy pun ingat nk beli kipas jenama Alpha ni. Tapi harga dia skang ni mahal la.

Sitibaizura Mohdali said...

Sy gune alpha xde remote bru pakaib5 thn da rosakk... kipas bilik anak dan dapo.... myampah....

Sitibaizura Mohdali said...

Sy gune alpha xde remote bru pakaib5 thn da rosakk... kipas bilik anak dan dapo.... myampah....