Thursday 28 February 2013

Apa Yang Menarik Di Pulau Perhentian


Soalan dan jawapan yang selalu bermain di fikiran bakal pengunjung Pulau Perhentian...


1. Beza Perhentian Kecil dan Perhentian Besar?
Antara Perhentian Kecil dan Perhentian tidak terdapat banyak perbezaan. Cuma di Perhentian Besar terdapat lebih banyak resort untuk menjadi pilihan para pelancong berbanding dengan Perhentian Kecil. Ramai yang tersalah anggap bahawa di Perhentian Besar terdapat banyak kampung nelayan tetapi sebenarnya kampung nelayan terletak di Pulau Perhentian Kecil. Angin di Perhentian Kecil lebih kuat berbanding Perhentian Besar dan boleh dikatakan Perhentian Besar lebih panas berbanding Perhentian Kecil.Perhentian Kecil mempunyai 'Long Beach' dimana tempat yang paling meriah pada waktu malam di Pulau Perhentian.
 2. Di mana mempunyai air paling cantik/pasir yang paling putih?
Pantai Long Beach dan Pantai Adam&Eve di Perhentian Kecil
 3. Di mana pemandangan paling cantik?
Pantai Adam&Eve, Pantai D'Lagoon Chalet, Marine Park dan Solar Turbine
 4. Di mana tempat paling sesuai untuk melihat matahari terbenam (Sunset)?
Kebanyakan pakej bulan madu di Pulau Perhentian menawarkan 1 kali 'Sunset View'. Sebenarnya anda sendiri boleh pergi melihat matahari terbenam dengan menaiki 'water taxi' di Teluk Aur (Senja Bay dan Sharila Island Resort) dan juga di Pantai Adam&Eve.
 5. Pantai paling happening di Pulau Perhentian?
Sudah semestinya Pantai Long Beach, Pulau Perhentian Kecil. Sekiranya anda memang sukakan atau ingin mencuba dan melihat 'night life' di pulau anda amat digalakkan pergi ke sini pada waktu malam. Tetapi bagi yang mempunyai anak kecil, eloklah mencari tempat penginapan di kawasan lain kerana bunyi bising mungkin menyebabkan anak anda tidak dapat tidur malam!!
 6. Saya ada anak kecil, bolehke saya pergi bercuti ke Pulau Perhentian?
Kenapa tidak? Malah saya selalu melihat ibu bapa bergilir-gilir pergi snorkelling dan kemudian menjaga anak.
 7. Mana nak cari kedai makan/restoran yang menyediakan BBQ paling sedap?
Setakat ini, 'the best' BBQ yang pernah saya cuba adalah di Sharila Island Resort Cafe. Semua restoran/kafe menyediakan makanan laut yang segar kerana sumber makanan laut di Pulau Perhentian mudah didapati. Malah ada resort (D'Lagoon Chalet) sebelum mereka menyediakan 'BBQ Dinner', staff resort sendiri yang pergi memancing ikan. Sharila Island Resort bukan setakat menyediakan makanan yang segar tetapi pilihan dia yang banyak dan masakan dia juga memang sedap.
 8. Mana nak snorkeling?
Bagi yang kaki snorkeling kami cadangkan anda pergi snorkelling di Turtle Point (anda boleh berenang dengan penyu), Shark Point (Jerung disini 'vegeterian' dan kalau anda bernasib baik anda dapat melihat jerung besar), pantai Perhentian Island Resort (senang nak cari 'clown fish' dan disini penyu suka melepak waktu tengah hari - petang) dan juga pantai D'Lagoon Chalet (kalau anda bernasib baik anda akan terjumpa banyak ikan besar seperti baracuda, jerung dan lain-lain), coral bay (coral disini cantik)
 9. Pantai Adam&Eve?
Kebanyakan pengunjung masih tidak mengenali pantai ini dan pantai ini agak 'privacy'. Bot tidak boleh memasuki pantai ini kerana terdapat banyak 'coral' dan airnya yang cetek. Untuk ke pantai ini anda perlu ke D'Lagoon Chalet dan berjalan dalam 5 minit. Pantai ini menyajikan pemandangan yang cantik dan juga di sini anda boleh melihat matahari terbenam. Anda juga boleh melihat anak jerung bermain di kaki air.
 10. Resort mana yang ada swimming pool?
Ada sesetengah pengunjung yang suka mencari resort yang lengkap dengan kolam renang. Antara resort yang mempungai kemudahan kolam renang adalah Perhentian Island Resort dan juga Arwana Perhentian di Perhentian Besar. Tetapi saya ingin mengingatkan anda mempunyai 'border less'  kolam renang tetapi kenapa masih mencari kolam renang yang kecil?

7 comments:

Anonymous said...

Bordeless tu airnya masin.. sebab tu la ada yang masuk dalam kolam kecik..

Pulau Perhentian adalah antara pulau yang tercantik di Malaysia. Kalu ada yang berminat nak berkunjung ke sana hubungi la kami di PerhentianRaisya.Com

Anonymous said...

hi... tumpang tanya... kalau di perhentian kecil pantai cantik, ade night life tp tak sesuai untuk family ade anak kecil.. so u rasa mana challet/resort yg sesuai untuk lepak dgn family yg ade view yg cantik (cadang nak ambil gambar) pastu bila malam tak bosan sangat.. cadang lepas PRU13 nak pergi bercuti..

Anonymous said...

Boleh dikatakan semua kawasan di Pulau Perhentian suasana hampir sama dari segi pengunjungnya...

Kalau ada sebarang pertanyaan bh terus hubungi kami di PerhentianRaisya.Com atau di talian 0129485404 Tel. & Fax : 096975404 Email : perhentianraisya@yahoo.com

Dunia Mrs. Pejan said...

Awal bulan 3 hari tu saya ada pergi Pulau Perhentian Besar. Saya stay di Pulau Perhentian Resort. Di Pulau Perhentian Resort suasana memang mendamaikan. Kalau ada anak kecil sesuai datang sini tetapi bagi saya dan husband yang belum ada anak lagi jadi suasana di Pulau Perhentian Resort tu agak membosankan kerana tidak banyak aktiviti yang boleh dilakukan. Dalam bilik TV pun tiada. Adakah ini trademark semua resort yang ada di Pulau Perhentian, saya pun tidak pasti. Jadi bagi sesiapa yang ingin ke Pulau Perhentian Kecil mahupun Besar dan inginkan TV dibilik anda dinasihatkan tanya Resort itu dahulu baru buat pembayaran kalau tidak anda akan menyesal seperti kami. Itu hanyalah pandangan saya.

Anonymous said...

kesimpulannya....

bole bagi cadangan:

1.perhentian mana yang paling best ikut citarasa awk?..kecil @ besar?

2.Resort mana yang paling menarik dari semua aspek...view/makanan/layanan dll.

3.Cara yang paling mudah kalau nak holiday ke pehentian nih...ikut package dari agent @ main redah jek..kalau agent....agent mana yg terbaik bg awk...hehehe

saya baru nak berjinak dengan holiday kat pulau2 ni...so pulau perhentian 1st trip pulau pilihan saya...so mintak pandangan awk lah ye...

thank you.

Anonymous said...

salam...sy ade send email kat awk smlm..tp x berbalas...=)

mcm menarik je long beach tu...n any suggestion pakej for honeymoon x?

Ain said...

Pulau perhentian mane yg lbh privasi utk bln madu? Kecil atau besar?