Wednesday 13 February 2013

SAMSUNG GALAXY NOTE 2




Baru-baru ini Samsung telah melancarkan gajet terbaru mereka di IFA Show. Gajet yang dikategorikan sebagai phablet (smartphone + tablet) itu dinamakan dengan Samsung Galaxy Note 2 @ II. Seperti Galaxy Note pertama yang pernah dikeluarkan sebelum ini, generasi kedua Note ini mempunyai kelebihan dan spesifikasi yang lebih tinggi.

Seperti yang dapat dijangka phablet ini mempunyai kelajuan yang lebih tinggi dengan pemproses quad-core 1.6GHz, pilihan cakera memori sehingga 64GB dan RAM 2GB untuk penggunaan yang lebih pantas. Di samping itu seperti gajet-gajet terbaru Samsung, Galaxy Note 2 juga didatangkan dengan OS terbaru Android iaitu Android 4.1 Jelly Bean.

Perkara yang paling menarik pada Samsung Galaxy Note 2 @ II ini adalah kebolehannya baterinya yang ditetapkan sehingga 3100mAh. Ini sangat bagus untuk gajet seperti ini yang memerlukan kuasa bateri yang besar untuk penggunaan yang lebih lama. Disamping itu teknologi baru NFC juga diterapkan dalam Galaxy Note 2 ini.


Seperti diduga Samsung mengekalkan kelebihan mereka pada phablet ini dengan paparan skrin seluas 5.5 inci Super AMOLED dan dengan mempunyai kamera belakang 8MP serta 2MP (depan). Selain itu Samsung juga menawarkan simpanan Dropbox sebanyak 50GB untuk 2 tahun!

Jom tengok spesifikasi Samsung galaxy Note 2 @ II ni.


Spesifikasi Samsung Galaxy Note 2 @ II


  • Android 4.1 (Jelly Bean) 
    1.6GHz ARM Cortex-A9 Quad-core processor 
    Mali-400MP GPU, Exynos 4412 chipset 
    16GB/32/64 GB internal storage 
    MicroSD up to 32GB 
    2GB RAM

  • 5.5-inch HD (720 x 1280) Super AMOLED display 
    8MP AF Camera (3264×2448 pixels) with LED flash 
    2MP front-facing camera





  • HSPA+ (HSDPA, 21 Mbps; HSUPA, 5.76 Mbps); 4G LTE-enabled, GPRS, EDGE 
    Wi-Fi 802.11 a/b/g/n, Wi-Fi Direct, Wi-Fi Hotspot 
    GPS, A-GPS and GLONASS 
    USB 2.0, USB OTG 
    Bluetooth 4.0 with A2DP and EDR

  • 3.5mm audio jack 
    3100 mAh Li-Ion battery 
    151.1 x 80.5 x 9.4 mm 
    180 g



  • Marble White / Titanium Gray




























Harga Samsung Galaxy Note 2

Harga setakat hari ini dalam lingkungan RM1900 - RM2400..  Tengok kedai.  Kena rajin survey. Jangan sampai kena tipu dahla yer.  Peringatan untuk diri sendiri juga.





No comments: